Friday, January 22, 2021

TRAVELOG : SEJUKNYA CAMERON HIGHLAND 1

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
Novel vibe~~~

(amal pergi CH masa PKPP bulan September 2020)
Inilah masanya untuk Freezing time di Cameron Hingland!

"tok"..."tok"....ketukan pintu berkali2 mengejutkan Amal yg sedang lena beruliti selimut akibat kesejukan buaian hujan lebat malam. 

Telefon pula tak berhenti bergegar sama seperti ketukan pintu tadi. Aku buka mata dan lihat screen pada telephone...nama abang aku terpapar, nama kakak ipar aku juga naik di paparan depan dan nama adik2 aku juga turut berada dalam senarai panggilan tak berjawab. 

Gigih sekali dorang gerak. Memang tido adalah modal kebanggaan aku. Tido mati.

Dengan pakaian belum aku packing apa pun... semuanya aku tarik dan sumbat. Asal boleh...yg penting aku tanya abang aku...

"Ubat gigi ada?" Dengan masih mengosok mata.

Sebelum memasukkan beg dekat bonet kereta abang aku...aku rembat dulu 3 balang coklat yg aku buat semalam...masa adik2 aku sibuk berbbq kat luar rumah dalam musim pkp. Jangan risau adik aku ikut sop. Hand sanitizer, face mask dengan my sejahtera pun ada.

Okay lah berbalik kepada cerita coklat tu...aku nak buat bergambar kat cameroon. That's why aku bawa.

Memandangkan aku pergi dengan abang, kakak ipar aku dan 2 anaknya yg comel2. Seronoklah dapat spend time dengan anak buah kesayangan aku ni. 

Malam tu aku lihat kaki bukit cameron di penuhi dengan lambakan ais disertai hujanan strawberry yg mencurah-curah turun. Tak pernah pula aku tahu tanah cameron sudah bertukar menjadi ais. Abang aku cakap, Angah Kita dh sampai. Sejukkkkkkkk tak?
.
Ah...mimpi rupanya... mengarut. 
.
Tapi aku Tak mimpi ...tapi kenapa bendera kelantan? 
.
Baiklah secara ringkasnya, aku Akan tulis begini 3 Hari 2 malam punya percutian.
.
Abang aku rupanya dh buat kajian trafik, tempat menarik, ramalan cuaca dan bajet.
.
Hari Pertama- Ahad, 1.30 pagi.
Gerak dari Sekinchan, melalui laluan Simpang Pulai. Kemudian terus solat subuh di...

1. Masjid Lojing, Kelantan. 

Masjid Lojing, Kelantan


Biasalah air dekat atas bukit ni sejukkkkkkkk sangat2. Yelah mana biasa, aku ni duduk bawah bukit...air suam2 je...level sejuk dia tahap air kolah rumah aku je. Lepas solat subuh tu, abang aku tunjuk tempat pemandangan yg cantik belakang bukit dekat masjid, sebab situ tempat orang hiking selalu naik. Pergi dengan abang aku, maca pergi dengan tour guide...semua benda ada maklumat dia akan cerita. 

Lepas solat subuh, Cari sarapan. Abang aku ni Tak suka tempat ramai orang. Dia suka kedai yg takde orang...itulah yg dia Akan try. Yelah dh takde orang, mestilah Kita yg Akan dilayan. Yg Tak ramai orang nilah, makanan dia sedap. Makcik yg layan Kita pun baik2 je. 
Aku biasalah makan nasi lemak, fahana dengan kakak ipar aku pun sama. affan pula makan karipap. Abang aku makan nasi berlauk. Si kecik yg comel...dengan roti. 

Sejuk katanya...


Alhamdulillah, kenyang perut kami pergi ke check point pertama di...

2. Cactus 🌵 Point, Cameron Hingland, Pahang

Cactus point

Tempat ni free, luas dan pelbagai jenis tumbuhan2 yg dijual dalam pasu. Yg kecik2 sampailah yg besar gedabak. Yg murah sampailah yg Mahal. Tangan aku memang gatal nak beli...tapi macam terfikir, rajinkan aku untuk menjaga nya?. Jadi, batalkan niat...ambil gambar sahajalah...


Comel betul...


untuk jadikan kenangan tengok balik. Lepastu beli cenderahati yg macam jarang ditemui. Seperti... keychain Cameron Hingland. 

3. Big Red Strawberry 🍓 farm, Taman Agro Tourism, Cameron Hingland, Pahang

Tempat ambil gambar

Rasa nak petik je...


Tempat ni pun free, cuma kawasan nya agak membukit dan agak curam untuk meletakkan kenderaan. Hati2 kalau nak pergi sini tau. Okaylah, bagi pencinta bunga dan tumbuhan2...tempat ni memang sangat 'heaven'. Sebab macam berada di alam fantasi, sebab dipenuhi pokok2 bunga berwarna warni yg cantik2. 

Cantiknya bungah ni...


Orang lain mungkin Cari strawberry ...yelah kan pergi tempat strawberry...tapi aku terperangkap dalam suasana 'syurga' ni. Cantik sangat...

4. Taman Pertabalan Tanah Rata, Cameron

Ada suhu kat sini 


Selepas melalui kesesakan selama 30 minit dalam saat kritikal, turun dari bukit lepas melawat big farm...kami menerusi terus laju ke tanah rata untuk check-in homestay di Tanah Rata. Ditambah pula cuaca hujan lebat, memang agak sukar untuk sesiapa pun memandu dalam keadaan baik...lagi2 kawasan berbukit. Tapi, abang aku dh buat strategy yg cukup baik, kenderaan dari arah bertentangan memang sangat sesak. Yg datang dari arah tanah rata ke brinchang. Manakala kami, yg dari brinchang ke tanah rata...pemanduan sangat2 lancar tanpa sebarang kesesakan. Memang tempat sejuk ni, asyik lapar je. Sebelum makan tengahari...kami berehat dulu di Taman Pertabalan Tanah Rata. Berhadapan dengan kedai makan yg kami plan nak makan. Sementara abang aku dengan kakak ipar menggurus anak2 dorang. Dibawa main ke taman. Aku sibuk ambil gambar coklat yg aku usung dalam beg plastik. Sambil farhana pula berselfie menemani aku. 

Coklat aku pun dh sampai CH


5. Homestay Sweet, Tanah Rata, Cameron Hingland

Kemaskan...

Homestay ni kakak ipar aku yg uruskan, masa sebelum nak sampai Kat homestay...jujur aku cakap aku Tak sangka lawa betul dia jaga. Sangat memahami keperluan ibu seperti kakak ipar aku yg ada anak kecil. Disekitar cameron memang banyak tempat penginapan untuk pengunjung...dari hotel bajet...sampai hotel 5 bintang. Tapi biasalah, bila dengan family...tambah ada anak kecil...hotel mungkin kurang sesuai. Rezeki betul dapat homestay di kawasan yg tenang, belakang bukit dekat dengan hutan. Yg jauh dari bising bunyi kenderaan. Lepas check-in memang kami semua berehat sahaja...lagipun kesian driver...abang aku korban Tak tidur dari pukul 1.30 pagi. Memang dia balas dendam tido. Kami keluar lepas maghrib, jalan2 di brinchang dan Cari makan malam.

Nanti Amal sambung lagi...









Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...