JANGAN kata yang kita semua tak pernah bercakap. kalau tak bercakap guna mulut pun..hati kita kita tetap akan berkata-kata. Tapi mulutlah yang selalunya yang akan lontarkan apa yang kita kata dalam hati tu. Mulut cakap benda yang baik kadang-kadang yang jahat. Kan Rasulullah dah pesan, kalau tiada apa yang hendak dikatakan lebih baik kita diam je. cakap benda-benda yang tak baik ni...buat dosa je.
Tubuh badan kita ni, atau anggota badan kita ni aku rasa sebenarnya satu pengangkutan yang paling canggih Allah cipta untuk roh kita bergerak..tanpa adanya jasad atau tubuh badan ni, memang mustahil untuk kita berada di dunia. Jadi, bila disebut pengangkutan mesti ada tempatnya pemandu dan kemana destinasi yang hendak dituju. Siapa pemandu untuk tubuh badan kita ni? arah mana pula kita nak pergi dengan tubuh badan ni?
adik bongsu |
jadi..dah tahu ke belum siapa pemandu dalam badan kita ni? sekarang kita cari pula mana destinasi yang kita nak tuju. akal adalah pemandu, siapa pula penumpang? penumpang adalah jiwa atau roh. cuba tanya Roh asal dari mana. Roh berasal dari ciptaan Allah. Jadi dari mana kita datang macam tu juga kita akan kembali tempat asal kita iaitu Allah. Dialog biasa seperti makcik timah jumpa mak cik kiah kat R & R.
"Assalamualaikum kak, terima kasih ye pinjamkan telekung" kata makcik Timah. "oh takpe, mana saya boleh tolong, saya tolong" jawab lembut makcik kiah. "ramainya orang hari ni.. nak balik ke pahang agaknya, itu yang penuh R & R ni, akak dari mana? soal makcik Timah. "Dari perak, nak ke kenduri anak buah ahad esok" terang makcik kiah.
hah macam gitulah, bila disapa orang lain kita jawab asal mana, rumah kat perak...mestilah bila balik kita akan menghala semula ke perak. takkan kita nak balik ke singapura...mana ada rumah kita kat situ. kalau sampai kesitu pun ternganga nak cari rumah tak jumpa-jumpa sebab kita memang bukan dari situ. Jadi kita muhasabah diri bila kita datang dari Allah, balik mesti jumpa Allah semula. tapi... takkan kita takde buah tangan sepanjang kita merantau di atas dunia. bila Allah tanya, mana buah tangan untuk aku? kita nak jawab apa...takkan nak jawab, Ya Allah! aku lupa!.. maksud buah tangan kat sini adalah amalan. amalan apa yang kita nak bawa bila jumpa Allah..
# pesanan buat diri dan semua, hargailah rezeki yang masih Allah beri pada kita dan sentiasalah membasahkan lidah dengan mengucapkan syukur pada Allah atas segala nikmatNya yang tak terhingga.