Persoalan hukum memang nampak mudah, tapi memerlukan penerangan yang terperinci untuk kita saling memahami dan mengamalkannya. segala pertuturan, perlakuan, gerak hati dan segala macam aktiviti yang kita lakukan sangat-sangat berkait rapat dengan soal hukum. Jadi, inilah masanya untuk kita sama-sama mengetahui dengan menambah ilmu asas ini. Jom baca hukum yang pertama....
- Hukum HALAL: sesuatu yang dibolehkan(tidak berdosa) memakai, memakan atau mengerjakannya setelah ada pengesahan menurut syarak.-makanan halal
- Hukum HARAM: sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkanya dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. (lawan kepada hukum halal)-minum arak
- Hukum WAJIB: sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila meninggalkannya.-solat fardhu lima waktu
- Hukum SUNAT: amalan yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila ditinggalkan.-solat sunat
- Hukum MAKRUH: amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dikerjakan.-makanan berbau seperti petai yang mengganggu jemaah dalam solat
- Hukum HARUS: amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan-makan, minum, bersiar-siar
- Hukum SAH: amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak.-syarat sah solat suci daripada hadas kecil dan besar
- Hukum BATAL: amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak.-batal solat apabila bergerak-gerak lebih daripada tiga kali berturut-turut.
# okay...sekarang kita dah tahu hukum-hukum dasar dalam Islam...jadi berilah tumpuan dan fokus kearah mencapai keredhaan-Nya...marilah sama-sama kita berusaha...Amal nak masuk syurga...korang tak nak ke?