Friday, May 29, 2015

Saya Gadis Banjar : Diari Demam Denggi

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jom jadi orang yang bersyukur!...

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ   (خ 593
"Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesehatan dan waktu luang." 
(HR. Bukhari, no: 5933)
hadis diatas berkaitan dengan dua nikmat yang sering manusia terlupa. Dua nikmat tersebut adalah nikmat kesihatan dan juga nikmat diberikan masa lapang. 
jadi, apa kaitan dengan tajuk saya Diari Demam Denggi?
kaitannya adalah nikmat kesihatan. Allah swt uji dengan diambil nikmat kesihatan tersebut daripada diri. 
Diari Demam Denggi
saya memulakan rutin macam biasa, pagi khamis yang penuh barakah itu, menyebar ilmu di bumi Allah swt ini. InsyaAllah senyuman di wajah pada pagi itu, manis macam hari khamis.
Namun, seusai bermadah dua jam selepasnya, tiba-tiba tubuh menjadi lemah disertai dengan panas di muka. 
Allah, anak-anak syurga, para pejuang muda...disebabkan ilmu, saya biarkan rasa itu. Mungkin penat sangat minggu ni, detik kecil hati saya.
Tepat jam pukul 2 petang, meneruskan perjuangan menyebar ilmu, seorang sahabat menegur saya, katanya mata saya merah...nampak sakit. Memang...ketika itu, kepala merasakan beban yang berat, seolah-olah batu yang menghempap. Perancangan Allah swt, memang cantik...petang itu saya ada temujanji dengan Doktor untuk pemeriksaan kesihatan.
Di bahagian saringan kesihatan, tekanan darah saya tinggi. Mata kurang, bila dengan Doktor pula, lama beliau teliti filem x-ray. berkerut-kerut. Allah swt sahaja yang tahu bagaimana hati ketika ini. Doktor memeriksa keadaan saya, awak tak sihat ke hari ni. Dengan jujur, saya cerita keadaan saya hari ni, mungkinn demam katanya. (masa ni, muka boleh sengih...tak nampak sakit pun)...
okaylah, cukup cerita awal pasal Diari Demam Denggi. Saya nak berkongsi tanda-tanda awal demam denggi. (Berdasarkan pengalaman, bacaan dan doktor)
1. Rasa panas di sekitar muka dan di ikuti dengan keseluruhan badan secara tiba-tiba.
2. sakit di sekitar belakang mata.
3. sakit kepala.
4. Tubuh badan menjadi lemah.
5. Demam secara tiba-tiba.
tiga fasa Demam Denggi yang saya alami. (mungkin berbeza pada setiap orang, member rumah pun kena juga, tapi tak seteruk saya)
hari 1-3:
tubuh badan panas, sakit di belakang mata, sakit kepala, hilang selera makan, dan muntah-muntah.
~keadaan muntah saya pada tahap teruk. minum air kosong pun muntah. Dalam keadaan ini banyakkan istigfhar. lemahnya manusia. fasa muntah akan hilang pada hari ke-3.
hari 3-5:
tubuh badan masih panas, masih rasa sakit di belakang mata, rasa gelisah, seram sejuk dan bagi wanita akan keluarnya darah haid, tubuh menjadi lemah sebab tak makan, air liur pahit, jiwa tak tenteram.
~rasa gelisah dan tak tenteram ni, mungkin umum...tapi apa yang berlaku pada saya...saya tak boleh dengar sebarang bunyi pun, bunyi mesej telefon pun jadi gelisah. fasa ini buat fikiran saya sakit sangat. tak best.
hari 5-7:
demam masih belum kurang, sakit belakang mata dah okey, bintik-bintik ruam merah akan muncul pada tapak tangan dan tapak kaki, pitam.
~rasa macam dah okey, tapi teruk sebenarnya, dua kali saya pitam. terus berpeluh badan. pitam disebabkan tak makan, dan pendarahan yang keluar. Allah...lemahnya manusia.
hari 7-9:
tiada lagi demam, tiada sakit belakang mata, yang tinggal adalah ruam-ruam merah pada seluruh tubuh disertai rasa gatal yang perit. Darah haid juga dah berhenti pada hari ke-9.
~rasa gatal ni, memang perit...pesakit denggi mesti tau rasa ni macam mana. ibarat nyamuk-nyamuk kecil yg gigit bawah kulit. dengan garu pun tak kan hilang. redha je.kalau nak tahu inilah fasa penyembuhan. 
hari ke-10:
Alhamdulillah dah sembuh! Seminggu Allah swt bagi saya rehat, terima kasih Ya Allah.
Apa lagi yang anda perlu tahu pasal Demam Denggi?
1. Jika demam lebih 3 hari, pergi buat ujian darah. Tujuannya untuk tahu samada anda Positive denggi atau tidak. Jika ya...anda akan dapat buku rekod pesakit denggi, untuk diambil darahnya setiap hari. jika tidak?...bersyukurlah tak perlu menghadap jarum.
2. Denggi tiada ubat. nak lawan penyakit ni kena ada antibodi dan semangat juang yang kuat. 
3. Banyakkan minum air kosong, supaya platlet darah kembali normal.
4. selagi platlet tidak melepasi 150(x10), selagi itulah anda kena cucuk ambil darah setiap hari.
5. Denggi tak semestinya masuk wad. 
6. Jadi fobia dengan nyamuk.
7. Tubuh anda tak sama macam keadaan sebelum kena denggi. Anda akan jadi orang yang cepat penat dan letih. (mungkin dalam seminggu baru stabil balik)...
8. lebih kurang seminggu baru sembuh denggi.
9. ramai orang ziarah semasa anda sakit...hehe.
10. Tak kerja seminggu. CUTI.~kerja anda akan berlambak.
11. lepas sembuh denggi, pegawai kesihatan akan call. Interview.
12. Asap tebal akan menyelubungi kediaman anda selepas kena interview.
13. takut untuk kena kali kedua.
# tak sangka, rupanya diri ini salah seorang penambah statistik denggi di selangor. 







Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...