Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, tahun ni masuk
tahun ke-3 pengajian Amal di UKM sebagai Part Time Eksekutif student. Agak mencabar
lah sebab sambil kerja kan, kat UKM ni Amal ambil Degree Ekonomi Islam (Islamic
Economic). Satu bidang yang agak rare bagi orang ramai. Banyak UA (Universiti Awam)
yang lain tawarkan course Kewangan Islam (Islamic Finance) berbanding dengan
kos yang Amal ambil tu. Haa nampak samakan?...tapi falsafahnya berbeza.
Cukuplah intronya yang itu je. Alright, merujuk kepada tajuk
diatas.
5 perkara yang korang patut
tahu:
1. Bangunan
PKP
Ini bab
paling penting sekali, kalau korang adalah Student Part Time atau PJJ. Nama PKP
akan menjadi nama yang paling melekat di bibir korang. Biasalah hal ehwal
students ni tak boleh lari dengan bab-bab macam ni. PKP a.k.a Pusat Kembangan
Pendidikan yang lokasinya terletak dekat dengan Pusat Sukan UKM, belakang Hotel
Puri Pujangga UKM dan hampir dengan Permata. Kat sinilah korang nak buat urusan
bayar yuran, ambil buku, surat-menyurat, PTPTN dan lain-lain lagi.
2. SMPE
Ini
portal untuk korang kemaskini maklumat pelajar. Semasa hari pendaftaran korang
akan dapat no.pin untuk masuk dalam sistem ni. Jangan risau lepas korang masuk
dalam sistem, pandai-pandailah setting. Tujuan SMPE ini untuk daftar subjek,
gugur subjek, nilai pensyarah, pengesahan exam, tangguh exam, tengok result
exam, laporan akademik, nak minta sediakan dokumen, nak konvo dan banyak lagi
lah. Yang penting, mesti kena alert dengan bila masa pengesahan subjek, kalau
terlepas kena denda atau lebih teruk tak
exam. Ayookk…
3. I
folio
I
folio ni penting juga. Bila korang dan sah subjek dekat SMPE, secara langsung
nama korang akan ada dekat I folio. Yang bestnya pasal I folio ni korang dah
boleh tahu sapa nama pensyarah korang, proforma subjek dia ajar, berapa ramai
student dalam tu, dan apa assignment yang dah ada. Ek?. Hamboi bunyi excited
sangat!. Yup, kat I folio para pensyarah akan letak segala nota, task, tugasan,
dan kuiz. Bukan sahaja pensyarah yang boleh upload, malah sebagai student kita
boleh message lecturer, hantar assignment, dan buat discussion. Jangan pernah
buat-buat lupa nak siapkan dan hantar tugasan sebab mereka boleh cari kita
sampai lubang cacing.
4. Laman
Web PKP, UKM
Yang ni
laman sesawang PKP, kat sini segala info dan hebahan berkaitan dengan PKP macam
kita lah untuk student Part Time ataupun PJJ. Yang Amal rasa penting kat sini
adalah antaranya jadual perkuliahan, kalender akademik dan rekod bayaran yuran.
Yang lain tu hebahan biasa macam tarikh penutupan kaunter, draf peperiksaan dan
lain-lain. Oh ya, kalau nak cari SMPE dan I folio boleh juga klik di aplikasi
online kat situ.
5. PTSL
PTSL adalah singkatan bagi Perpustakaan
Tun Seri Lanang, kalau korang nak cari buku, nak pinjam buku, nak ulangkaji
boleh lah lepak-lepak kat sini, banyak disediakan ruang kat dalam mahupun kat
luar. Kalau lapar pun ada koperasi boleh lah buat alas perut macam sandwich dan
roti. Korang akan banyak ulang-alik kat PTSL ni bila dah start buat assignment apatah
lagi kalau korang dah kena mula buat thesis. Selamat berthesis lah ya.
Rumusannya, lima perkara yang
Amal senaraikan tadi memang penting kalau korang bakal menjadi Part Time student
di UKM, of course kita akan sedikit berbeza dengan pelajar dalam sebab kita
adalah pelajar luar. Haha. Okay tak lawak.
*amal nak masukkan café sebenarnya
dalam list, tapi macam takde kaitan pulak.
Terima kasih sudi baca dan
singgah.
Pengembara Berbaju Kurung |