Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Murid berkualiti,
adakah lagi masa kini, identitinya sukar dicari, susuk peribadi sukar ditemui,
kemanakah ciri-ciri murid berkualiti yang boleh dicontohi?
Tiga medan akan kita tempuhi bersama, pertama mengenal
pasti ciri-ciri murid berkualiti yang membawa kita mengenali dengan lebih
mendalam. Kedua, proses pembentukan murid berkualiti yang mengambil kira
didikan awal dan seterusnya. Ketiga,
kesan murid berkualiti bukan sahaja impak kepada diri malah kepada masyarakat
dan juga negara.
Dengan itu, mari
bersama kita membuka minda, mencakna jiwa mendalami “Murid Berkualiti Pemangkin
Kecemerlangan”.
Pembaca sekalian,
Pertama. Kita perlu mengenal
pasti ciri-ciri murid berkualiti. Bagi menghasilkan murid yang cemerlang
mestilah dengan kualiti muridnya. Persoalannya karakter bagaimana yang ingin di
cari?. Jawapannya melalui 3 B. Bijak, berilmu dan beramal.
Bijak bukan sahaja
terletak pada fikiran, bijak juga terletak pada hati. Bijak juga dalam
tindakan. Bijak perlukan ilmu. Berilmu syarat kedepan. Berilmu syarat sang
pemimpin. Berilmu ketika berurusan. Berilmu jangan disimpan tapi untuk
diamalkan. Supaya, lebih kuat, lebih hebat dan berkat. seperti kata buah fikir ilmu tanpa amal
ibarat pohon tanpa buah.
Pembaca sekalian,
Setelah kita
mengenal pasti ciri-ciri murid yang berkualiti. Kita perlu ke langkah
seterusnya. Dimana, proses yang penting bagi membentuk seorang insan yang
kamil. Bahan asas telah ada, Bijak. Berilmu. Beramal. Namun, alat apa yang
boleh kita gunakan bagi menghasilkan sesuatu yang cantik. Alatnya juga mesti
cantik. Iaitu 4 D. Didikan ibubapa.
Didikan guru. Didikan rakan-rakan. Dan didikan masyarakat.
Didikan ibu bapa
merupakan guru pertama bagi seorang manusia, bahkan madrasah terawal bagi sang
anak. Ibu bapa mestilah memberikan yang terbaik dengan mengenalkan ilmu
mengenal tuhan, ilmu mengenal rasul dan ilmu kehidupan. insyaAllah apa yang
terhasil pasti hebat dan berkesan.
Kedua, didikan guru. Kesinambungan daripada didikan ibu bapa. Guru adalah gedung ilmu formal insan ke langkah seterusnya. Guru mengaji, guru bahasa, guru matematik, guru silat atau apa sahaja guru menyempurnakan lagi pemahaman ilmu yang telah diberikan. Sebagai persiapan menuju dunia sebenar. Sebagai bekalan menghadapi alam yang mencabar.
Ketiga, didikan
rakan yang membawa pengaruh besar yang mencorak anak ini tadi. Untuk
pengetahuan kanak-kanak adalah peniru yang terbaik. Berkualiti rakannya, maka
berkualiti lah dia.
Keempat didikan
masyarakat, dari awal kita menyebut didikan ibu bapa, didikan guru, dan didikan
rakan.
Maka, hal yang penting juga mestilah pengaruh dari masyarakat sekeliling itu sendiri. Akhlak masyarakat setempat yang berbudi akan disantuni, jiran yang saling menghormati akan diteladani, disini nanti kita akan melihat setiap rumah memiliki anak yang cemerlang duniawi malah cemerlang ukhrawi
Pembaca sekalian,
Maka, hal yang penting juga mestilah pengaruh dari masyarakat sekeliling itu sendiri. Akhlak masyarakat setempat yang berbudi akan disantuni, jiran yang saling menghormati akan diteladani, disini nanti kita akan melihat setiap rumah memiliki anak yang cemerlang duniawi malah cemerlang ukhrawi
Pembaca sekalian,
Akhir sekali,
apakah kesan murid berkualiti? Apakah untungnya kepada ibu bapa? Apakah
kebaikannya pada guru, masyarakat ataupun negara?
Dalam keluarga akan mendapat permata yang bernilai dan bersinar, menjadi kebanggaan ibu dan bapa. Namanya akan menjadi sebutan yang baik dalam masyarakat. Walau nanti mati meninggalkan jasad. Negara akan menjadi cemerlang kerana rakyatnya. Bagaimana? Anak yang cemerlang akan menjadi ibu bapa cemerlang. Ibu bapa cemerlang akan menyumbang dalam negara. Hasilnya negara turut cemerlang.
Kesimpulannya,
Pembentukan
seseorang murid yang berkualiti mestilah dijaga daripada awal. Disamping
berdoa, perlu diberi penekanan dari aspek fardhu ain dan kifayahnya. Supaya
Allah sentiasa menjadi rujukan utama. Semoga murid yang berkualiti bukan sahaja
cemerlang akdemiknya namun turut cemerlang akhiratnya.
Akhir kalam terimalah serangkap pantun daripada saya.
Dua tiga kucing
kampung,
Mana nak sama
kucing di pekan,
Orang berilmu
mesti disanjung,
Anak soleh jadi
impian.
Sekian.
Dayang Bungah
Dayang Bungah