Monday, November 18, 2024

Saya Gadis Banjar : Keladi Gajah

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Keladi Gajah

ايه اكو تڠه مراچون  رومڤوت كليليڠ رومه سبب رومڤوت  سوده ڤنجڠ. لاݢيڤون بندڠ تڠه "رحت". بارو لڤس ڤانين اتاو ڠرت. مق اكو ني ڤون تڠه چنتس داءون٢ يڠ ڤنجڠ... 

Ayah aku tengah meracun rumput keliling rumah sebab rumput sudah panjang. Lagipun bendang tengah 'rehat'. Baru lepas panin atau ngerat. Mak Aku ni pun tengah cantas daun2 yg panjang...

اكو دڠن اديق اكو چابوت رومڤوت دكت چله٢ ڤوكوق بايم...سيتو تق سسواي راچون. قاعده يڠ سسواي اداله چابوت رومڤوت ج. اكو ني امبيل ݢونتيڠ، ڠاد٢...

Aku dengan adik aku cabut rumput deka celah2 pokok bayam...situ tak sesuai racun. Kaedah yg sesuai adalah cabut rumput je. 
Aku ni ambil gunting, ngade2...

تاڤي كجڤ٢ لاري، سبب باڽق كرڠݢ.
Tapi kejap2 lari, sebab banyak kerengga. 

لڤستو اكو مولا له سيبوق نق امبيل ݢمبر كرڠݢ ني. خيال بتول بوات كرج.
Lepastu aku mula lah sibuk nak ambil gambar kerengga ni. Khayal betul buat kerja.

تيڠوق بواه ڤلم له. سراي له.
Tengok buah pelam lah. Serai lah. 

كمودين، سمبوڠ باليق چابوت.
Kemudian, sambung balik cabut.

ده تو، اكو تيڠوق ڤولا كلادي ݢاجه...ڤنتڠ بتول اكو نمڤق هيجاو. ورنا هيجاو كلادي ݢاجه ني مناريق ڤرهاتين اكو اونتوق بوات ۏيديو ڤاسل دي.
Dah tu, aku tengok pula keladi Gajah...pantang betul aku nampak hijau. Warna hijau keladi Gajah ni menarik perhatian aku untuk buat video pasal dia.

اكو ڤون تاڽ مق، بوليه ماكن ك كلادي ݢاجه ني؟
Aku pun tanya mak, boleh makan ke keladi Gajah ni?
مق كات... تق تاهو له. اد ك؟ ماچم تق ج.
Mak kata...Tak tahu lah. Ada ke? Macam Tak je.
اكو ڤون ساتو...تاڽ سوءالن ڤليق٢...
Aku pun satu...Tanya soalan pelik2.

اكو بوك google...
Aku buka google...

كلادي ݢاجه...مك كلوار ماچم٢ ڤاسل كلادي ݢاجه. لڤستو اد يڠ سبوت نام English دي 'elephant ears plant'. اڤالاݢي اكو ڤون  search دالم English .باڽق لاݢي اينفو يڠ كلوار.
Keladi Gajah...maka keluar macam2 pasal keladi Gajah. Lepastu ada yg sebut nama English dia 'elephant ears plant'. Apalagi Aku pun search dalam English. banyak lagi info yg keluar. 

كلاي ني بسر...ستيڠݢي اكو. داءونڽ بسر ماچم تليڠا ݢاجه. ورنا هيجاو ڤكت، بركيلت دان چنتيق. بنتوقڽ سأكن٢ هاتي. سنڠ تانم، سنڠ هيدوڤ...
Keladi Gajah ni besar...setinggi Aku. Daunya besar macam telinga gajah. Warna hijau pekat, berkilat dan cantik. Bentuknya seakan2 hati. Senang tanam, senang hidup...

اكو ممڠ سوك چاري دان بنديڠكن ݢونا ٢ بهاس. لاݢي ساتو اكو سوك باچ ارتيكل. بوليه چاري كت Google Scholar.بوكن سكادر تاهو، تاڤي اكو نق علمو.
Aku memang suka cari dan bandingkan guna 2 bahasa. Lagi satu aku suka baca artikel. Boleh cari kat Google scholar. Bukan sekadar tahu, tapi Aku nak ilmu.  

سلام جمعة. باڽقكن صلاوة...
سڽومله. اوبت يڠ ڤاليڠ مجرب...

Game Uji Minda Al-Quran

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

UJI MINDA AL-QURAN

1. Berapakah bilangan surah yang dimulakan dengan Alhamdulillah?

Jawapan: terdapat 5 surah yang dimulai dengan Alhamdulillah iaitu Surah Al-Fatihah, Al-An'am, Al-Kahfi, Saba' dan Fathir

2. Surah apakah yang dipanggil jantung Al-Quran?

Jawapan: Surah Yaa-sin

3. Siapakah yang pertama telah menulis mengenai ilmu tajwid?

Jawapan: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam

4. Siapakah orang pertama yang telah menterjemahkan Al-Quran kedalam bahasa Farsi pada zaman Rasulullah SAW?

Jawapan: Salman Al-Farisi

5. Surah apakah yang berakhir dengan huruf ra'?

Jawapan: antaranya surah Al-Khautsar

6. Surah terakhir yang telah diturunkan?

Jawapan: Surah Al-Maidah (ayat 3)

7. Didalam ayat mana kelima-lima nama para nabi ulul azmi telah disebutkan?

Jawapan: Surah Al-Ahzab ayat 7

8. Surah apa yang terdapat kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis?

Jawapan: Surah Saba'

9. Surah pertama yang diturunkan?

Jawapan: Surah Al-A'laq

10. Surah pertama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Farsi?

Jawapan: Surah Al-Fatihah

11. Kisah apa yang telah mendapatkan Ahsan Al-Qasas (kisah terbaik) di dalam Al-Quran?

Jawapan: Kisah Nabi Yusuf

12. Nama surah yang bermaksud wanita?

Jawapan: Surah An-Nisa'

13. Burung apa yang memusnahkan pasukan Abrahah?

Jawapan: Burung Ababil

14. Binatang yang telah membinasakan Raja Namrud?

Jawapan: Nyamuk

15. Binatang yang telah diberikan wahyu?

Jawapan: lebah

16. Minuman terbaik yang disebut di dalam Al-Quran?

Jawapan: Susu

17. Apakah perhiasan Al-Quran?

Jawapan: suara indah

18. Apakah musim Al-Quran?

Jawapan: Bulan Ramadhan

19. Apakah zikir terbaik?

Jawapan: membaca Al-Quran

20. Huruf yang sering digunakan dalam Al-Quran?

Jawapan: huruf ظ

Sunday, November 17, 2024

AYAH...ku kirimkan doa...

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

Sebenarnya terasa sangat berat untuk menukilkan entry kali ni kerana tajuknya membuatkan hati ini rindu pada seorang ayah. Ingatan diri kembali menggamit memori seorang ayah yang sentiasa menjadi hero kepada anak perempuan, sentiasa melayani kerenah permintaan manja dan sentiasa menjadi driver membawa jalan-jalan.

Tatapan terhadap gambar-gambar lama ayah tersenyum saat dirinya seakan-akan kuat dan sihat membuatkan air mata aku menitis laju ke pipi kerana hakikatnya aku menyedari dalam catatan nota kesihatan ayah di hospital yang baru aku baca tempoh hari sebenarnya ayah sudah sakit kronik. Tidak pernah ayah cerita keadaan sebenarnya, yang aku tahu ayah sentiasa tunjukkan dirinya sentiasa sihat. 

Aku tersentak membaca laporan perubatan ayah. Aku terkedu sebenarnya. Waktu yang berjalan tidak mampu diundur kembali dan takdir ayah sudah tertulis. Hanya dalam tempoh 2 bulan ayah menunjukkan dirinya sudah tidak lagi kuat. Manusia memang sifatnya tidak puas dan mahukan lebih. Tapi, Allah lebih sayangkan ayah. 

Ayah pergi dengan tenang. Ayah pergi pada waktu subuh yang baik dalam keadaan ayah yang terbaik. 5 minit sebelum subuh sempat lagi bertanya sudah masuk waktu atau belum, kerana rutin ayah akan bertolak melakukan dialisis di Sungai Besar seawal 6. 30 pagi. Ayah yang aku kenal sentiasa bangun awal dan bersiap awal. Ayah meminta emak aku mandi dahulu dan solat. Sewaktu itulah, setelah selesai urusan emak solat, emak perasan yang ayah masih baring di atas katil namun kaki kanannya sudah siap jatuh untuk bangun. Setelah beberapa kali digerak, emak merasakan yang degupan jantung dan nadi ayah sudah tiada. 

Ayah menjadi ayah yang sentiasa aku kenal sebagai seorang ayah yang menunjukkan contoh terbaik. Hinggakan contoh pemergiannya menjadi sumber inspirasi aku untuk mendapatkan kematian sepertinya. 

Dialog ayah yang diceritakan emak sebelum sehari ayah meninggal meninggalkan kesan dalam fikiran aku. 

"Ayah ada jamuan esok dengan kawan-kawan"

"Ayah nak mandi esok, cuma kena bawa selimut dengan bantal kecil"

"Ayah nak pakai seluar dengan kain ihram yang ayah pergi umrah tu..."

Semasa entry ni dinukilkan, sudah hampir 21 hari pemergian ayah. Setiap kali aku rindukan ayah aku teringat celoteh tutur bicaranya yang sentiasa meraikan apatah lagi anak2nya. 

Semoga ayah diampunkan segala dosa, dibebaskan dari seksa kubur dan neraka dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, beramal soleh, para syuhada' serta para rasul. Rindu ayah.




Saya Gadis Banjar : Keladi Gajah

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang t...