Wednesday, August 29, 2012

Aku Sayang Maa-uu Ku CInta



As salam, hui hui semua warga bloger, pada kali ini amal nak bawa kisah pasal kucing2 kampung kat umah amal, kucing merupakan haiwan peliharaan yg senang untuk kita dekati dan di jinakkan, kucing meupakan sejenis haiwan mamalia karnivor yg mana kita percaya bahawa ia boleh menjaga padi, bijiran dengan memakan tikus. Di seluruh dunia, terdapat pelbagai jenis kucing yg ada, tidak kurang di kampung Pasir Panjang tempat tinggal amal, seperti kucing jenis siam, dan bermacam jenis kucing yg lain.
nama kucing kat atas ni adalah Eza, nama asal beliau adalah Ijazah..heheh saje amik nama dari pangkat pendidikan tinggi supaya dorang pun leh rasa macam mana belajar tinggi2..(agak2 diorang gayat tak?). sikap nyer cam biase la suka lepak2, tidur, main dan yg paling penting adalah makan!.tpi ada suatu yg menarik mngenai beliau, nak tahu...Eza suka bergambar..kalau amal pegang kamera nanti dia duduk kat depan amal, tanpa gerak2..kadng menyampah pun ada..gedik je...


nama kucing ni pula adalah Aman..nama penuh beliau Aman Maju Jaya..hobi beliau tidur kat mane saje asalkan tempat tu ada sebut ATAS, tak kisah lah asal atas, atas meja, atas peti ais, atas komputer, atas tv, mahupun atas almari..beliau pernah di interview, katanya "wow, I rasa geli kalau saya tidur bwh katil, meja, I tak boleh la, jatuh I punya standard" jelas Aman setelah di temubual oleh wartawan amalentertainment.







ni namanya Abi, suka seluk tangan dalam sinki...Semua kucing amal ni amal bela dr kecik lg...sekarang semua dh besar dh pandai dh bwk career dn sikap masing2...





p/s:jagalah kucing kita dengan sebaiknya..Rasulullah juga sngt sayg pada Makluk Allah ini.

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...