Sunday, October 25, 2026

Saya Gadis Banjar: Soal jawab (Q & A)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Jom kita main soal jawab

siapa di kalangan pembaca pernah mendengar 

1. "kulaan niring napa takurihing"

mari kita belajar satu persatu....

kulaan = saudara mara/keluarga/salasilah maksudnya dorang ni kenalan 

niring =melihat/menengok/memandang

napa = kenapa/mengapa

Takurihing= tersenyum/tersengih

Dan gabungan “Kulaan niring napa takurihing” → “Saudara mara yang memandang sambil tersenyum, kenapa begitu?” 😄

2. "Kayuh baimbai"

Perkataan ni biasa digunakan dalam moto hidup orang Banjar. Dan kalau pernah tengok, ada juga didalam persatuan Banjar Malaysia. 

Ungkapan ni juga kadang digunakan sebagai kata semangat dalam masyarakat Banjar — maksudnya bergerak atau berusaha bersama-sama. 🌿

Kayuh = mengayuh / mendayung / menggerakkan sesuatu (macam kayuh basikal atau perahu)

Baimbai= bersama-sama/sepakat

3. Saapadingan Sabarataan

Perkataan ini, biasanya digunakan untuk mengambarkan ikatan kekeluargaan adik beradik atau saudara mara yang kuat dan jitu.










Puisi Emas: Singulariti Nur @ Cahaya

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Aku termenung panjang dan mula menulis sebuah puisi. Aku berikan nama puisi ini sebagai Singulariti Nur @ Cahaya. 

Malam ini
Aku melihat suatu cahaya
Cukup terang buatku menemani perjalanan panjang
Biarpun aku bukan ahli sains
Mahupun jurutera teknologi
Tetapi aku tahu sesuatu tentang cahaya
 
Esok pagi
Dunia diterangi dengan cahaya mentari
Mengufuk di waktu fajar bangkit
Memancar gelombang tenaga pada manusia
Untuk mencari berkat rezeki
Dengan anugerah cahaya diberi
 
Dahulu kala
Cahaya terkurung dalam rahim semesta
Terperangkap dalam amukan jisim
Yang padat dan panas
Sebelum menjinak menjadi percikan api pertama
Merentasi evolusi dan inovasi
Bagi meneruskan kehidupan sejagat
 
Zaman sekarang
Cahaya lebih daripada sekadar suar
Ia menjadi denyut foton dalam dunia jalur lebar
Penggerak maya dalam alam serba pantas
Menjerat sang bayi mahupun warga emas
Yang sentiasa ketandusan cahaya di kala terang

Aku berdiri di sini
Di persimpangan antara cahaya barat dan timur
Tidak lagi mengintai zarah, spektrum dan gelombang dalam mekanika kuantum
Bayang-bayang aku ghaib
Melutut menjadi algoritma matematik
Di dalam dunia penuh simulasi
 
Suatu hari
Jika manusia mampu memintas kelajuan cahaya
Itu tandanya langkah kita sudah tersangkut dalam dimensi berbeza
Atau meniti masa depan yang tidak mungkin dapat berpatah balik
Kerana kita sendiri
Sudah melebur menemui Nur

Analisis dan penghayatan
Bait 1 (Malam ini): Aku bermula dengan pengakuan yang sangat merendah diri ("Biarpun aku bukan ahli sains, Mahupun jurutera teknologi..."). Namun, rasa kagum terhadap cahaya itu melangkaui formula sains. Ia menjadi peneman jiwa dalam satu "perjalanan panjang" kehidupan.

Bait 2 (Esok pagi): Di sini aku menyentuh tentang cahaya mentari pagi (fajar) sebagai simbolik harapan dan rezeki. Cahaya bukan sekadar gelombang tenaga untuk tubuh, tetapi anugerah Ilahi untuk manusia bangkit berusaha.

Bait 3 (Dahulu kala): Aku membawa pembaca menelusuri sejarah kosmologi purba ("rahim semesta", "amukan jisim yang padat dan panas"—seolah-olah menggambarkan peristiwa penciptaan awal alam semesta). Bagaimana cahaya berevolusi sehingga menjadi ejen yang membenarkan kehidupan sejagat terus bernafas

Bait 4 (Zaman sekarang): Kontras yang sangat tajam dengan zaman moden. Cahaya kini menjadi teknologi—foton, jalur lebar, dan penggerak dunia maya. Namun, akak selitkan satu kritikan sosial yang sangat mendalam: "Menjerat sang bayi mahupun warga emas, Yang sentiasa ketandusan cahaya di kala terang." Manusia dikelilingi cahaya skrin gajet yang terang-benderang, tetapi jiwa mereka sebenarnya sedang "gelap" dan ketandusan cahaya rohani.

Bait 5 (Aku berdiri di sini): Keberadaan diri aku sebagai pemerhati di persimpangan peradaban (Barat dan Timur). Aku tidak lagi melihat cahaya dari sudut fizikal (zarah, spektrum, mekanika kuantum), sebaliknya melihat diri manusia yang semakin tunduk dan melutut kepada teknologi (algoritma matematik, dunia penuh simulasi), sehingga bayang-bayang kemanusiaan kita sendiri kian ghaib.

Bait 6 (Suatu hari):Penutup yang puitis dan penuh dengan peringatan eskatologi (akhir zaman/masa depan). Apabila manusia cuba memintas "kelajuan cahaya" (melangkaui batas fitrah), kita sebenarnya sedang menghampiri pengakhiran garis masa yang tidak boleh berpatah balik. Akhirnya, fizikal kita melebur untuk kembali kepada pencipta segala cahaya iaitu menemui Nur (Allah SWT).





Saturday, March 14, 2026

Resepi : Air Tembikai 🍉 + Strawberi 🍓 + Asam Boi 🍹

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Air Tembikai Strawberi Asam Boi...

1. Pastikan ada tembikai, maklumlah dekat dalam peti ais amal ni banyak pula lebihan tembikai...

Sukatan dalam 2 cawan okay.


2.  Pastikan juga ada strawberi, maklumlah amal baru balik Cameroon, jadi dah dekat seminggu strawberi ni dalam peti ais...

Sukatan dalam 6-7 biji okay.


3. Asam boi untuk melengkapkan resepi ni. Nama pun tembikai strawberi asam boi...

Sukatan dalam 3-4 biji, korang rendam sekejap dalam air suam-suam.

Sekarang kita dah ada tiga bahan ni...kita masukkan dalam blander untuk tembikai dan strawberi. Lepastu, baru masukkan asam boi. 


Inilah dia, satu jag air TEMBIKAI STRAWBERI ASAM BOI, jangan lupa masukkan ais untuk nikmat yang lebih segar.......

Wal lahhhh....selamat mencuba.




Thursday, March 12, 2026

Lirik: Tahun ini tidak sama

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
hasil nukilan: Bunga Matahari

Verse 1

Tahun ini tidak lagi sama

Seperti tahun sebelumnya

Kerana kau sudah tiada

Pergi untuk selamanya


Raya ini terasa sunyi

Sepi mencari kehadiranmu

Bayang wajah dan suaramu

Seakan hidup di ingatanku


Chorus

Di pagi raya…

Ku kehilangan susuk insan yang ku rindu

Di pagi raya…

Ku ketandusan kasihmu penguat hatiku

Di pagi raya…

Ku tangisi rindu yang takkan kembali


Verse 2

Tak lagi terdengar gurauanmu

Yang selalu menceriakan suasana

Tak lagi ku sambut senyummu

Saat kita bersalaman di pagi raya


Kini hanya doa ku kirimkan

Buatmu yang jauh di sana

Semoga tenang kau di sisi-Nya

Walau hatiku masih merindu


Chorus

Di pagi raya…

Ku kehilangan susuk insan yang ku rindu

Di pagi raya…

Ku ketandusan kasihmu penguat hatiku

Di pagi raya…

Ku tangisi rindu yang takkan kembali


Bridge

Jika waktu bisa berputar kembali

Ingin ku peluk dirimu sekali lagi

Namun takdir memisahkan kita

Hanya doa menjadi penghubung cinta


Outro

Tahun ini tidak lagi sama

Seperti tahun sebelumnya

Kerana kau sudah tiada

Pergi untuk selamanya…





TRAVELOG: SEKALI LAGI CAMEROON, MASIH TERASA SEJUKNYA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
Novel vibe~~~

(kalini kita pergi naik Cameroon Highland semasa bulan Ramadhan)

Nampaknya kena kemas baju untuk pergi ke Cameroon Highland sebab ada orang nak sambut ulang tahun disana....

"kita gerak lepas sahur...okay?"

hmmmmm....aku menghelakan nafas yang panjang dengan mata yang agak tertutup kerana sementelah sedang gigih menghabiskan makanan sahur yang masih berbaki. Aku mengintai jam di telefon untuk memastikan tidak terlepas waktu sahur.

sepanjang perjalanan aku hanya memerhatikan jalan dan termenung melihat awan putih.

appetizer selepas turun lebuhraya


Akhirnya, kami sampai di Tapah.

Semenjak zaman AI mula mempengaruhi, hampir semua benda aku tanya AI. aku namakan AI ni Ari...

(flashback)

"Ari, bulan puasa ni...ramai tak naik cameroon?"

loadinggggggggg

"Cameroon Highland, kebiasaanya semasa bulan puasa akan sedikit berkurangan. Ladang teh, pasar Kea atau jalan raya akan menjadi lebih tenang berbanding bulan puasa. Namun, masih boleh jadi ramai juga apabila hujung minggu tapi kebarangkaklian untuk sesak itu tiada"

alamak,, jawapan AI ni memang macam ni ke?...boleh percaya ke?

okay, kita teruskan semula kisah kita di CH.

"Sayang....dah sampai Brinchang ni...nak pergi mana dulu?" 

"kejap Abang...mengikut tentetif program ni, sepatutnya pukul 12 ni kita pergi Taman Pertabalan atau Padang Taman Tanah Rata"

"Wow...siap ada tentatif ye sayang?...boleh abang tengok..." 

aku menghulurkan telefon dan menerangkan isi kandungan seperti seorang setiausaha pejabat kepada ketua. 

"hehe, sebenarnya nak suruh abang rehat kejap daripada drive sambil kita contact homestay. saya ada beberapa nombor...abang boleh pilih nak kat Tanah Rata atau Brinchang..."

"baiklah, bagi abang semua nombor tu...biar abang deal"

Akhirnya setelah hampir setengah berbincang dengan pemilik homestay untuk dapatkan harga terbaik, kami memilih homestay di Brinchang. 

Sebuah rumah Apartment atas bukit. 

kami menyelusuri jalan kecil disekitar Tanah Rata sambil menuju ke arah homestay yang berada betul-betul di tengah pekan Brinchang. Beberapa kali kami terlepas simpang ke arah rumah dan terpaksa berpusing berkali-kali kerana kurang mahir selok belok jalan tanah tinggi.

Setelah selesai urusan check in dan mendapat password kunci, akhirnya dapatlah kami rehat. Alhamdulillah...selesa....dan boleh masak untuk berbuka puasa.

homestay di Brinchang

"hari ni cuti lah masak sayang, kita pergi bazar. Tengok apa yang menarik..."

"erk...okay..."

Jam 4 petang kami keluar pergi ke bazar di pekan Brinchang, namun kebanyakan khemah masih kosong dan peniaga baru hendak bermula. 

Kami gerak turun ke Tanah Rata mencari bazar disana. setelah puas berpusing dalam renyai-renyai hujan menemani...akhirnya kami beli nasi kerabu, satay, ayam goreng dan air strawberi lemon yang memang memikat. Rezeki kami juga dapat bubur lambuk percuma yang sedang diagih-agihkan.

dalam perjalanan balik ke homestay, kami singgah di Tokyo Town.
Disini, ada suasana ala-ala Jepun seperti papan tanda tulisan Jepun, spot bunga sakura, makanan Jepun dan juga hiasan tanglung yang berwarna-warni.

dekat sini, puas hati dapat bergambar sebab banyak spot. sambil nak tunggu waktu berbuka kan. Jam pun masih awal lagi. 

selepas berbuka, kami rehat je. malam esok baru kami berjalan. Bukan nak cakap apa lah, duduk atas Tanah Tinggi ni memang sejuk sampai ke tulang. walaupun homestay ni takde aircond tapi sejuknya mengalahkan aircond. langsung tak boleh nak turunkan suhu...so, kenalah pakai baju sejuk...tido pakai stokin.

ikuti sambungannya dalam travelog: sekali lagi cameron, masih terasa sejuknya 2.









Wednesday, March 11, 2026

Puisi : Dalam kenangan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Kenangan indah yang pernah terjadi

Mengamit ingatan dalam sanubari

Memori abadi


Ku lakarkan senyuman 

Saat menyebutmu

Bait tutur kata yang sering menegurku

Ku lukiskan tangisan

Saat merindumu

Susuk bayang tubuhmu mula memuncul


Telah jauh ku berkelana

Namun tetap 

Kau yang ku cinta


Telah sering ku berwacana

Namun tetap

Kau yang mempersona


Dalam hidupku,

Kenangan dalam hidupku




Thursday, July 10, 2025

3 sektor ekonomi

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

3 sektor ekonomi

Biasalah bila aku nak dapat mood dengar radio, aku melepaklah dalam kereta. Sambil2 kemas kereta aku yg berhabuk ni. Tuan dia berhabuk, harta benda dia pun sama. Tapi, habuk2 pun masih wangi, sebab aku pakai semburan kereta balqish. Wanginya tahan lama...

Eh, ter review pula....

Aku nak cerita apa yg aku dengar dalam radio tu, petikan ucapan masa Aku main alih2 siaran radio. Aku terdengar pasal 3 sektor ekonomi yg boleh diceburi yg akan berkembang. 

1. Perubatan
2. Aeroangkasa
3. Pertanian

Antara 3 sektor ini, yg paling menarik perhatian aku tentunya pertanian.

Sektor pertanian ni cangkupannya cukup luas. Bukan sebut pertanian akan nampak cucuk tanam sahaja. Tapi...ladang2,ternakan dan akuakultur pun termasuk sekali dalam sektor ini.

Pertanian takkan boleh dilenyapkan dari industri...kerana ia sektor terpenting dan tertua dibandingkan dengan sektor yg lain. Semua orang tahu Malaysia juga pernah mengalami krisi kewangan kan ...tapi itulah Malaysia selalu mempunyai kelebihan pulih lebih awal dari negara lain.

Dalam keadaan Pandemik ini pun, hampir semua negara mengalami krisis ekonomi dan terjejas. Malaysia juga tidak terkecuali. Kebanyakan rakyatnya tidak dapat lagi memperoleh pendapatan seperti sebelum Pandemik ini berlaku.

Itu fakta!

Tapi nak cerita banyak pun tak guna juga...pang pung pang pasal ekonomi. Semua negara berdepan krisis ni. Nak pulih ambil masa. 

Sebab tu, kerajaan memberikan kelonggaran membuka sektor ekonomi baru sektor Pendidikan. 

Ya...Allah...Jauh nya aku cerita...

Aku nak cerita pertanian. Sebab itu sektor yg Aku ceburi. Lebih2 lagi mengenai sawah padi.

Terdahulu, sawah padi dikerjakan secara beramai-ramai menggunakan tenaga 4 kerat manusia. Tiada unsur teknologi, automasi mahupun kecerdasan buatan (AI) seperti dron. Tapi melalui revolusi dan perkembangan...

Aku tengok...Macam2 dah ada.

Berkembang Tak berkembang teknologi ni, dulu orang pakai tabur benih, kuku kambing nak tanam padi. Tapi sekarang pakai mesin tanam padi. Memang mudahkan petani...cepat. jimat masa. Tapi tentu sahaja kos bertambah. Sebab upah.

Dahlah...Aku melalut ni. 
Ceritanya antara 3 sektor tu...memang sektor pertanian je yg akan jadi tumpuan Aku. Aku suka. Aku suka hijau2 ni.

Yg penting suka. Yg penting kemahiran. Yg penting ikhlas. 

"Tangan yg baik, akan menumbuhkan tanaman yg baik"

Senyumlah...
Itu ubat yg paling mujarab.

Aku stress...Aku buat video ni...angin sepoi2 bahasa.

(Aku tulis ni masa teman arwah ayah dalam kereta)

https://collshp.com/momentoushouse188?view=storefront

Saya Gadis Banjar: Soal jawab (Q & A)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang t...