Monday, October 26, 2026

Antara Jerebu dan Langit Biru

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Aku menekan butang di papan pemuka meniti dan mendengar perkongsian tentang keadaan. Apabila keluar dari rumah, mata aku terasa seperti ada sedikit berbeza. Aku menyangkakan hujan gerimis turun sehingga aku menutup kepala sedikit dengan tangan. Rupanya bukan. 

Isu jerebu ini terlalu lama bermain, sehingga tiap kali jerebu, anak-anak akan meneka bila sekolah cuti. Sedangkan bagi orang lama, ini isu pusaka.

Kalau mahu aku berkongsi pendapat, suara aku hanya sekadar tulisan kecil. Antara jerebu dan langit biru, kenapa mesti ada pertentangan antara jiwa. 





Sunday, October 25, 2026

Saya Gadis Banjar: Soal jawab (Q & A)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Jom kita main soal jawab

siapa di kalangan pembaca pernah mendengar 

1. "kulaan niring napa takurihing"

mari kita belajar satu persatu....

kulaan = saudara mara/keluarga/salasilah maksudnya dorang ni kenalan 

niring =melihat/menengok/memandang

napa = kenapa/mengapa

Takurihing= tersenyum/tersengih

Dan gabungan “Kulaan niring napa takurihing” → “Saudara mara yang memandang sambil tersenyum, kenapa begitu?” 😄

2. "Kayuh baimbai"

Perkataan ni biasa digunakan dalam moto hidup orang Banjar. Dan kalau pernah tengok, ada juga didalam persatuan Banjar Malaysia. 

Ungkapan ni juga kadang digunakan sebagai kata semangat dalam masyarakat Banjar — maksudnya bergerak atau berusaha bersama-sama. 🌿

Kayuh = mengayuh / mendayung / menggerakkan sesuatu (macam kayuh basikal atau perahu)

Baimbai= bersama-sama/sepakat

3. Saapadingan Sabarataan

Perkataan ini, biasanya digunakan untuk mengambarkan ikatan kekeluargaan adik beradik atau saudara mara yang kuat dan jitu.










Puisi Emas: Singulariti Nur @ Cahaya

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Aku termenung panjang dan mula menulis sebuah puisi. Aku berikan nama puisi ini sebagai Singulariti Nur @ Cahaya. 

Malam ini
Aku melihat suatu cahaya
Cukup terang buatku menemani perjalanan panjang
Biarpun aku bukan ahli sains
Mahupun jurutera teknologi
Tetapi aku tahu sesuatu tentang cahaya
 
Esok pagi
Dunia diterangi dengan cahaya mentari
Mengufuk di waktu fajar bangkit
Memancar gelombang tenaga pada manusia
Untuk mencari berkat rezeki
Dengan anugerah cahaya diberi
 
Dahulu kala
Cahaya terkurung dalam rahim semesta
Terperangkap dalam amukan jisim
Yang padat dan panas
Sebelum menjinak menjadi percikan api pertama
Merentasi evolusi dan inovasi
Bagi meneruskan kehidupan sejagat
 
Zaman sekarang
Cahaya lebih daripada sekadar suar
Ia menjadi denyut foton dalam dunia jalur lebar
Penggerak maya dalam alam serba pantas
Menjerat sang bayi mahupun warga emas
Yang sentiasa ketandusan cahaya di kala terang

Aku berdiri di sini
Di persimpangan antara cahaya barat dan timur
Tidak lagi mengintai zarah, spektrum dan gelombang dalam mekanika kuantum
Bayang-bayang aku ghaib
Melutut menjadi algoritma matematik
Di dalam dunia penuh simulasi
 
Suatu hari
Jika manusia mampu memintas kelajuan cahaya
Itu tandanya langkah kita sudah tersangkut dalam dimensi berbeza
Atau meniti masa depan yang tidak mungkin dapat berpatah balik
Kerana kita sendiri
Sudah melebur menemui Nur

Analisis dan penghayatan
Bait 1 (Malam ini): Aku bermula dengan pengakuan yang sangat merendah diri ("Biarpun aku bukan ahli sains, Mahupun jurutera teknologi..."). Namun, rasa kagum terhadap cahaya itu melangkaui formula sains. Ia menjadi peneman jiwa dalam satu "perjalanan panjang" kehidupan.

Bait 2 (Esok pagi): Di sini aku menyentuh tentang cahaya mentari pagi (fajar) sebagai simbolik harapan dan rezeki. Cahaya bukan sekadar gelombang tenaga untuk tubuh, tetapi anugerah Ilahi untuk manusia bangkit berusaha.

Bait 3 (Dahulu kala): Aku membawa pembaca menelusuri sejarah kosmologi purba ("rahim semesta", "amukan jisim yang padat dan panas"—seolah-olah menggambarkan peristiwa penciptaan awal alam semesta). Bagaimana cahaya berevolusi sehingga menjadi ejen yang membenarkan kehidupan sejagat terus bernafas

Bait 4 (Zaman sekarang): Kontras yang sangat tajam dengan zaman moden. Cahaya kini menjadi teknologi—foton, jalur lebar, dan penggerak dunia maya. Namun, akak selitkan satu kritikan sosial yang sangat mendalam: "Menjerat sang bayi mahupun warga emas, Yang sentiasa ketandusan cahaya di kala terang." Manusia dikelilingi cahaya skrin gajet yang terang-benderang, tetapi jiwa mereka sebenarnya sedang "gelap" dan ketandusan cahaya rohani.

Bait 5 (Aku berdiri di sini): Keberadaan diri aku sebagai pemerhati di persimpangan peradaban (Barat dan Timur). Aku tidak lagi melihat cahaya dari sudut fizikal (zarah, spektrum, mekanika kuantum), sebaliknya melihat diri manusia yang semakin tunduk dan melutut kepada teknologi (algoritma matematik, dunia penuh simulasi), sehingga bayang-bayang kemanusiaan kita sendiri kian ghaib.

Bait 6 (Suatu hari):Penutup yang puitis dan penuh dengan peringatan eskatologi (akhir zaman/masa depan). Apabila manusia cuba memintas "kelajuan cahaya" (melangkaui batas fitrah), kita sebenarnya sedang menghampiri pengakhiran garis masa yang tidak boleh berpatah balik. Akhirnya, fizikal kita melebur untuk kembali kepada pencipta segala cahaya iaitu menemui Nur (Allah SWT).





Antara Jerebu dan Langit Biru

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang t...