Friday, April 21, 2017

Saya Gadis Banjar : 10 PERKATAAN BANJAR BERMULA HURUF 'A'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...



sebenarnya lagi best kalau buat video dan upload kat you tube, tapi memandangkan Amal agak sibuk...tak sempat nak edit. Makanya, Amal ambil keputusan untuk tulis di blog. Bak kata pepatah omputih "better late than never". Baik ado daripada takdo, ye dok?

kalau sesiapa tak pasti dengan apa yang akan dibincangkan ini, sila berenang ke lautan blog ini dan klik di entry HOT amal...Saya Gadis Banjar : Penutur Bahasa Banjar. Terima kasih atas kesudian duduk makan minum di Blog ini.

Dahlah...banyak cerita pula.

Ayuhak sabarataan!....(Jom semua!)

1. Awak

Jangan tersilap ye, dalam bahasa banjar awak bermaksud badan. Kalau orang banjar cakap "awak letih"...ni bukan dia tanya "are you tired?". Tapi ni adalah pertuturan bila nak cakap badan saya letih. Jadi, bolehlah cuba guna perkataan dengan lebih murni.

2. Aroh

Kalau orang kelantan aruh seerti dengan bekwah. Kalau orang jawa seerti dengan rewang. Tapi untuk orang melayu ianya bermaksud kenduri. Kalau kat rumah Amal ni, kalau ada yang guna perkataan kenduri, confirm kena kecam. Hahaha... sebab kalau tanya dekat mak, mesti cakap macam ni "rumah siapa aroh?"

3. Amun

aha, ni perkataan favorite orang banjar. Kalau bercakap ada je penambahan "amun". Amun digunakan diawal perkataan yang membawa maksud if, aah..kalau. Amun rumah ku bahari, kada kaya gini ni...wayahinik haja.

4. Andak

Put that things, Usop!. Berdasarkan pembayang tadi, agak-agak korang amun ni apa?. Ya Allah pandainya meneka. Andak bermaksud letak. Amal selalu teringat arwah nenek, kalau balik dari bendang dia akan minta segelas air teh. Nanti amal akan tanya dekat nenek "andak mana nek ai?" arwah nenek akan reply "andak di palatar". Nah, ambik korang. the real conversation but how to handle it. (apsal amal terasa poyo di ayat ini)

5. Ancap

Tolong suci murni kan fikiran korang kerana maksudnya tidaklah seperti yang korang fikirkan. Ancap dalam bahasa banjar bermaksud cepat. Ni kalau buat kerja secara gayur (lambat dan lembap)...insyaAllah lah mendapat perkataan ancap dengan tone nada yang tinggi. boleh nak tercabut lutut larr.

6. Anum

Anum bermaksud muda. Ya anum macam Amal. (sambil angkat kening). Orang banjar kalau nak membahasakan orang lain, dia akan kata muhak anum.(awet muda - wajah yang muda). mesti berbunga-bunga hati kalau Amal dapat ayat ni. Tapi kalau dapat ayat Tuhak (tua), memang nangis tak berlagu lah jawabnya.

7. Apik

buat kerja kena apik. Apik bermaksud cermat. Perkataan ini boleh geng dengan ancap. Ayah amal selau guna dua perkataan ni dalam satu ayat. Buat kerja tu kena ancap tapi apik jangan gayur. hish...konfius juga nak hurai perkataan ni.

8. Arai

Arai maksudnya seronok. ada satu kedai cina motor kat sekincan tu nama Arai Soon Heng. masa sekolah tak berapa nak kisah. Dah besar ni baru perasan bila balik kampung, ayah beli motor kat kedai tu dan no plate tu ada nama kedai..Arai...

Amal tanya kat ayah..."cina tu orang banjar ke?".

9. Aur

bagaikan aur dengan tebing. takde kaitan pun kalau dalam bahasa banjar. Aur dalam bahasa banjar bermaksud sibuk. Orang banjar akan menggunakan perkataan aur ni, untuk menunjukkan betapa aurnya mereka dengan keauran.

10. Ampih

Ampihan kita. Berhenti atau tamat. ending of the story. maka, dengan berakhirnya perkataan ampih...maka Amal pun ampih lah.


Terima Kasih para pembaca.


















Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...