Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa Khabar umat islam?
“Anda tahu tak?...purata rakyat Malaysia
menghabiskan sebanyak 32.6 jam sehari untuk aktiviti sosial media mereka!...wah
banyak tu.”
“bukankah kita hanya ada 24 jam sehari?”
Dunia telah mengalami perubahan hasil
perkembangan teknologi. Hasil ciptaan dan inovasi manusia mencipta komputer dan
juga jaringan internet sehingga 1001 maklumat boleh diperolehi di hujung jari. Daripadanya tercetuslah laman sosial yang
cukup popular di zaman kini seperti Facebook, Instagram, Wechat, Twitter, Whatsapp
dan sebagainya. Setiap salah seorang kanak-kanak yang ada di Malaysia sudah
pasti tidak terlepas daripada menggunakan laman sosial ini dan boleh
mempengaruhi sahsiah diri mereka.
Hari ini, anda bersama dengan saya
mendengar kesan-kesan buruk akibat penggunaan media.
Kesan buruk yang pertama adalah malas. Ya
malas. Apabila terlalu asyik bermain dengan media sosial, tumpuan terhadap
pembelajaran akan terganggu kerana fikirannya akan sering terfikir-fikir dengan
dunia maya tersebut. Mereka akan banyak menghabiskan masa didalam rumah dengan
melakukan aktiviti dilaman sosial berbanding keluar bermain secara fizikal di
luar rumah. Sedangkan aktiviti diluar bersama-sama dengan rakan-rakan lebih
baik dan berfaedah.
Di dalam Islam, sifat pemalas adalah
penyakit yang berbahaya. Kerana ia boleh mencacatkan misi perjuangan umat Islam
untuk menjadi nombor satu. Orang yang
pemalas adalah orang yang lembik, mana mungkin Rasululullah akan berbangga
dengan orang lemah. Justeru itu, Rasulullah telah mengajarkan satu doa agar
kita terhindar dari sikap malas dan terus kekal menjadi orang yang rajin dan
berani.
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku
berlindung dari sifat malas dan lemah. Aku berlindung dari sifat pengecut dan
kedekut. Aku berlindung kepadamu dari beban hutang dan penindasan orang.”(HR muslim)
Kesan buruk kedua adalah banyak membuang
masa dan merosakkan kesihatan. Perhatikanlah betapa khusyuknya anak-anak
apabila mereka menggunakan internet. Melayari pelbagai bentuk laman sosial
dengan masa yang agak lama. Kebanyakannya menghabiskan masa dengan bermain
permainan di laman sosial sehingga larut malam. Bahkan ada yang celik mata
sahaja telefon pintar atau tablet yang dicari terlebih dahulu akibat ketagihan.
Perkara sebegini amat-amat membimbangkan
generasi muda masa kini untuk menjadi hebat kerana pengaruh media telah
melalaikan dan melekakan mereka. Sedangkan banyak perkara penting dan sihat
lagikan bermanfaat boleh dilakukan. Bukan sahaja membuang masa, akan tetapi
perbuatan melihat skrin telefon pintar dalam tempoh yang lama boleh menjejaskan
kesihatan mata dan badan.
Rasulullah ada menyebut dalam sebuah
hadis.
“Ada dua kenikmatan yang manusia sering tertipu, iaitu
nikmat sihat dan masa lapang”
(HR Bukhari)
Kesan buruk ketiga menambah beban ekonomi
keluarga. Bermain dengan telefon pintar atau tablet sepanjang hari boleh
menghabiskan bateri dan untuk menggunakan semula perlu di cas terlebih dahulu.
Disebabkan pengecasan akan menggunakan tenaga elektrik, maka sudah tentu bil
elektrik akan meningkat dan membebankan ekonomi keluarga yang sepatutnya boleh
dielakkan. Inilah dipanggil sebagai sebuah pembaziran. Didapati juga, semasa
menonton televisyen ramai yang memeriksa telefon bimbit dalam waktu yang sama.
Ini merupakan titik tolak kepada kemusnahan institusi kekeluargaan yang
sepatutnya boleh dimanfaatkan dengan baik.
Dalam surah Al-Isra’ ayat 27 Allah berfirman mengenai hal
membazir.
“sesungguhnya orang yang membazir itu
adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada tuhannya”
Jadi mahukah kita termasuk dalam golongan
orang yang suka membazir dan digelar sebagai saudara syaitan?.
Kesimpulannya, Pengaruh media dalam
pembentukan remaja masa kini sememangnya sangat memberi kesan dalam jati diri
untuk menjadi insan yang kuat atau lemah. Jika digunakan dengan cara yang salah
maka akan lahirlah insan yang pemalas, suka membuang-buang waktu dan tidak
produktif kepada keluarga. Namun, jika digunakan dengan cara yang sihat, maka
sudah tentu dapat melahirkan remaja yang hebat dan bercita-cita tinggi.
Sebelum saya mengakhiri makalah ini,
izinkan saya membaca surah Al-Asr yang menyentuh mengenai masa.
“demi masa, sesungguhnya manusia dalam
kerugian, kecuali
mereka yang beriman, beramal soleh dan
berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
Saya tinggalkan dengan kata-kata dari Imam
Syahid Hassan Al-Banna,
“Sesungguhnya aku amat merindui seoarng
pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah”
Sekian. Wabillahi taufaik walhidayah.