Friday, November 2, 2012

Rumah Mutiara Kata 3

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


"Tidak ada takdir Tuhan yang buruk, Tuhan tidak pernah salah dalam mentakdirkan sesuatu"

huraian: Sesungguhnya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya, apakah kita lupa tentang rukun iman yang ke-6 iaitu beriman kepada Qada' & Qadar. Yakinlah dengan Allah, buat yang terbaik dan redha dengan takdir be tawakkal.

daun padi

p/s: terima kasih pada team Jom kerja10, (kata2 ini dipetik dari U.Arif) 

Thursday, November 1, 2012

SEnjata PEperaNGAN!!!

Nota: sumber kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran :


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
2) Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
 وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”
3) Doa apabila terlupa ketika menjwab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”
4) Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”
tips-tips menjelang peperiksaan
p/s: terima kasih kepada Hamba Allah yang telah berkongsi ilmu ini semasa saya belajar di Gong Badak, Kuala Terengganu, kelas OTH 01.


Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...