Monday, October 14, 2013

Rumah Mutiara Kata 5


Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


                                 "Bahaya ilmu itu adalah sombong"

huraian: ilmu adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita, manusia hanya mengetahui sesuatu setelah adanya ilmu. sebahagian manusia yang memiliki ilmu yang lebih atau menguasai sesuatu ilmu itu kadangkala bersikap sombong serta meninggi diri. hakikatnya ilmu yang dimiliki hanya sekadar setitis air di lautan.. masih belum habis lagi ilmu Allah yang belum dipelajari . seharusnya kita bersyukur dikurniakan akal untuk berfikir dan berkongsi ilmu yang ada dengan orang lain. "ilmu bukan harta untuk disimpan tapi harta untuk dikongsi bersama"... wallahua'lam.



Rumah Mutiara Kata 4

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.



"Lebih baik duduk dengan orang soleh daripada duduk seorang diri, tapi lebih baik duduk seorang diri daripada duduk dengan orang yang tak soleh"

huraian: kawan sangat memberi pengaruh dalam kehidupan kita, jika baik kawan yang kita dampingi itu maka elok juga lah kita..namun jika kawan yang kita ada sering mengajak kita kearah maksiat atau dosa maka lebih baik kita tidak berkawan dengan orang sebegitu..usaha boleh dilakukan dengan mengajaknya sama-sama meninggalkan perbuatan sia-sia tersebut. ini lebih baik. lakukanlah dengan berhemah. wallahua'lam.

Mulut yang Berkata

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

JANGAN kata yang kita semua tak pernah bercakap. kalau tak bercakap guna mulut pun..hati kita kita tetap akan berkata-kata. Tapi mulutlah yang selalunya yang akan lontarkan apa yang kita kata dalam hati tu. Mulut cakap benda yang baik kadang-kadang yang jahat. Kan Rasulullah dah pesan, kalau tiada apa yang hendak dikatakan lebih baik kita diam je. cakap benda-benda yang tak baik ni...buat dosa je.


Banyak hadis Rasulullah SAW yang menyuruh manusia berhati-hati terhadap lidah.Beliau bersabda, ''Barangsiapa yang beriman kepada Allah, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.'' (Muttafaq 'alaihi dari Abu Hurairah dan Abu Syuraih).

 Tubuh badan kita ni, atau anggota badan kita ni aku rasa sebenarnya satu pengangkutan yang paling canggih Allah cipta untuk roh kita bergerak..tanpa adanya jasad atau tubuh badan ni, memang mustahil untuk kita berada di dunia. Jadi, bila disebut pengangkutan mesti ada tempatnya pemandu dan kemana destinasi yang hendak dituju. Siapa pemandu untuk tubuh badan kita ni? arah mana pula kita nak pergi dengan tubuh badan ni? 


adik bongsu
pemandu untuk tubuh badan kita adalah akal. kenapa akal? sebab akal lah yang menjadikan kita boleh berfikir tengtang kekuasaan, kehebatan dan keagungan Allah. percayalah memang akal yang kita ada ini sangat luar biasa.bukan biasa-biasa. tetapi ramai yang sombong dengan akal yang Allah bagi ni. dorang keliru agaknya. bila diberi akal, ada yang guna untuk buat jahat...rasuah, mencuri, menipu...mana boleh macam tu, bukan itu yang Allah suruh...pelik lah lah bila diberi benda yang baik..guna untuk buat jahat. tak ngam langsung. habis tu macam mana nak kuatkan akal yang Allah bagi ni?..hah! jawapanya kena kuatkan dengan Iman, dan Iman kena kuatkan dengan Amal. Yang ini baru betul. Akal ni bila dia pandu sorang-sorang dia boleh sesat, dia tak tahu...sebab tu kena ada iman, iman ni pula umpama GPRS atau peta...kena lah ada sentiasa dan Amal apa pula fungsinya? amal pula maksudnya kita kena lah buat atau bawa. mana boleh kita fikir dalam kepala je...kita kena praktis amali macam ujian kereta..dah belajar kenalah periksa amali pulak kan?

jadi..dah tahu ke belum siapa pemandu dalam badan kita ni? sekarang kita cari pula mana destinasi yang kita nak tuju. akal adalah pemandu, siapa pula penumpang? penumpang adalah jiwa atau roh. cuba tanya Roh asal dari mana. Roh berasal dari ciptaan Allah. Jadi dari mana kita datang macam tu juga kita akan kembali tempat asal kita iaitu Allah. Dialog biasa seperti makcik timah jumpa mak cik kiah kat R & R. 
"Assalamualaikum kak, terima kasih ye pinjamkan telekung" kata makcik Timah. "oh takpe, mana saya boleh tolong, saya tolong" jawab  lembut makcik kiah. "ramainya orang hari ni.. nak balik ke pahang agaknya, itu yang penuh R & R ni, akak dari mana? soal makcik Timah. "Dari perak, nak ke kenduri anak buah ahad esok" terang makcik kiah.

hah macam gitulah, bila disapa orang lain kita jawab asal mana, rumah kat perak...mestilah bila balik kita akan menghala semula ke perak. takkan kita nak balik ke singapura...mana ada rumah kita kat situ. kalau sampai kesitu pun ternganga nak cari rumah tak jumpa-jumpa sebab kita memang bukan dari situ. Jadi kita muhasabah diri bila kita datang dari Allah, balik mesti jumpa Allah semula. tapi... takkan kita takde buah tangan sepanjang kita merantau di atas dunia. bila Allah tanya, mana buah tangan untuk aku? kita nak jawab apa...takkan nak jawab, Ya Allah! aku lupa!.. maksud buah tangan kat sini adalah amalan. amalan apa yang kita nak bawa bila jumpa Allah..

# pesanan buat diri dan semua, hargailah rezeki yang masih Allah beri pada kita dan sentiasalah membasahkan lidah dengan mengucapkan syukur pada Allah atas segala nikmatNya yang tak terhingga.





Saturday, January 12, 2013

Dengan Manusia kita memberi, Pada Tuhan kita Meminta

Nota: sumber tulisan dan kata dalam laman blog ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


"Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat-Hamka"

hidup ini memang penuh dengan kejutan, iaitu perancangan hebat Allah yang tidak terduga. kita sering kali mendengar ayat seperti 'kita hanya merancang, tuhan yang menentukan'. walaupun sesuatu perkara itu telah kita susun atur dengan baik, namun adakalanya apa yang kita rancang sering sahaja ada kekurangan dari pelbagai sudut. sebenarnya semua perkara berlaku dengan keizinanNya. 

saya pernah mendengar satu kisah seorang hamba Allah ini yang selalu bergantung nasib hidupnya kepada Allah. apa sahaja yang dilakukannya pasti dia akan bertanya terlebih dahulu kepada sang pencipta. apakah perkara ini boleh ya allah?, adakah ini tak boleh ya Allah?...begitulah selalunya persoalan didalam hati seorang hamba Allah ini. 

walau dimana sahaja dia berada hatinya sering terikat dengan Allah, samada di pusat beli belah, taman tema air, melancong atau bercuti hatinya pasti dapat merasa kehadiran Allah cukup kuat dihatinya. berbeza sekali dengan sikap kita yang hanya merasa kehadiran Allah tatkala kita berada di Masjid, majlis ilmu, atau solat. Dia benar-benar seorang hamba Allah yang sentiasa sadar akan hadirnya Allah dan bersifat Ehsan-dimana kita merasa Allah selalu melihat kita. 

bibirnya hanya mengeluarkan kata-kata yang penuh manfaat pada dirinya dan juga orang sekeliling, hati saya juga sering tersentuh dengan kata bicaranya yang berilmu. Dia sering menjadikan Allah teman karib yang cukup akrab untuk dia mengadu, meminta tolong, dan berbahagia.

saya rakam sedikit daripada kisah hidupnya(cerita diolah sedikit dari kisah asal yg tidak lari dari kisah benar):
   Suatu petang dia pulang dari mengikuti satu kursus bahasa, dia melihat jam ditangan sudah menunjukkan hampir sahaja pukul 6.00 petang, hatinya berbisik 'hmm, ya allah sempat ke kalau aku nak sampai rumah ni?'. kemudian dia memandu kereta dengan yakin dan tawakkal pada allah berharap tidak ada kesesakan lalu lintas yang dapat membantut perancangannya untuk sampai dirumah sebelum jam 7.00 malam. sedang asyik memandu dia melihat tangki minyak kereta pada paras E, benar-benar hampir kosong. 

segera dia mengadu lagi pada Allah 'ya allah, permudahkanlah segala urusan ku'. dia memandu dengan yakin bahawa Allah sentiasa bersama mebantunya menghadapi masalah ini. dikuatkan semangat untuk sampai ke stesyen minyak berhampiran yang jauhnya lebih kurang 30 minit dari tempat kursus. Alhamdulillah petang itu kereta dijalan dilihatnya lengang sekali, kebiasaanya jam begini pasti jalan penuh dengan kenderaan orang pulang dari kerja. sebelum membuat pusingan U, stesyen minyak telah kelihatan oleh hamba allah ini, alangkah senang hatinya, namun belum sempat tiba di situ keretanya tiba-tiba dihimpit oleh sebuah motor yang cuba memotongnya. terjadi sedikit kemalangan kecil di simpang tersebut.

MasyaAllah, allah nak uji dia, adakah dia sabar atau tidak. seorang lelaki muda yang sebaya dengannya yang memandu motor tersebut. berulang kali pemandu lelaki memohon maaf ketidak sengajaan, dia ingin cepat kerana kucing-kucing dirumahnya belum makan dari pagi tadi. Hamba allah ini benar-benar kagum dengan nya, hebat lelaki yang ditemuinya ini, dirinya sahaja belum dirasakan cukup mencintai sang pencipta, terasa ingin bersaing dengan lelaki tersebut merebut cinta Agung Allah. dihulurkan RM 300 kepada pemandu lelakii yang melanggarnya tadi, supaya dia dapat membaiki kerosakan motor dan beli makanan untuk kucing. lelaki yang melanggarnya benar-benar janggal, katanya 'eh, bang..sepatutnya orang yang melanggar yang bayar ganti rugi, ini terbalik'. Hamba Allah ini menjawab ' oh, tidak mengapa, perkara ini berlaku atas kelalaian saya juga, lagipun Allah dah takdirkan bertemu dengan awak, supaya dapat tolong orang lain, jika nak dibandingkan dengan perkara yang awak lakukan memberi kucing makan, pahalanya lebih besar'. terbina satu hubungan ukhuwah disitu, selepas bertaaruf dan bersalaman serta meminta diri, hamba allah segera memandu keretanya pergi mengisi minyak, teringat niatnya. 

keluar dari stesyen minyak tersebut, hatinya terfikir-terfikir kejadian tadi, tidak habis lagi dia kagum dengan lelaki yang melanggarnya. selesai meletakkan kereta, dibukanya pintu rumah, dia lantas melihat jam, MasyaAllah, SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, hebat sungguh Allah, jam disitu baru menunjukkan pukul 6.35 petang. bagaimana ini berlaku, hatinya dihujani perasaan kagum dan hebat. dia memikirkan mana mungkin sempat dia sampai dalam waktu yang begitu cepat, dia keluar dari dewan kursus sudah pukul 6.00 ptg, sebelum kemalangan pun dia dah memandu dalam 25 minit, ditambah pula dengan kejadian kemalangan kecil tadi, paling kurang ambil masa 20 minit disitu, dan dia sempat mengisi minyak, paling kurang 5 minit untuk dia berjalan ke kaunter, ditolak dihitung ditambah, memang dekat sejam juga lah nak sampai kerumah macam mana dia boleh memandu dalam masa kurang dari sejam iaitu 35 minit shaja, yang biasanya jalan yang dilaluinya itu memang sejam untuk sampai kerumah. 


p/s;HEBAT kan Allah.....Allah memang bantu kita, inilah kekuatan sedekah!.








Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...