Saturday, February 1, 2014

Jom Selawat...Mudah aje

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Salah satu kelebihan berselawat keatas nabi adalah boleh menghapuskan dosa dan kesalahan. Daripada Abdullah bin al-'Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

maksudnya: sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat atasnya sebanyak sepuluh kali"

selawat memang berkait rapat dengan soal keimanan dan keislaman seseorang itu. sebagai bukti tanda kecintaan kita kepada Rasulullah dengan memperbanyakkan selawat keatasnya. bahkan bukan sahaja dengan berselawat, malahan kita seharusnya menjadikan seluruh kehidupan kita ini mengikut sunnah nabi...bangun tidur, sebelum tidur, atur cara kehidupan dan hari kehidupan yang ditempuhi. tapi kenapa orang lebih suka menyanyi lagu2 yang tidak berfaedah dan melalaikan erk?...padahal bukan susah nak berselawat pun,,,beberapa patah perkataan je...ubah dan cuba amalkan.



kelebihan berselawat: 
1. selawat merupakan salah satu amalan yang utama 
2. jaminan untuk mendapat Rahmat Allah dan Syafaat Rasulullah SAW
3. sebagai benteng sifat munafik dan kafir
4. selamat daripada huru hara hari kiamat
5. tiket mudah untuk masuk ke syurga
6. penyebab kepada makbul doa, dan amalan baik diterima Allah
7. dikasihi oleh Nabi SAW dan turut mendampingi baginda di syurga kelak
8. kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia, akhirat pula terlepas dari segala yang mendukacitakan.

# wah...banyaknya kelebihan berselawat....hah masih sombong dan tak nak berselawat lagi?

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...