Sunday, March 2, 2014

Hukum-Hukum Dasar dalam ISLAM

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Persoalan hukum memang nampak mudah, tapi memerlukan penerangan yang terperinci untuk kita saling memahami dan mengamalkannya. segala pertuturan, perlakuan, gerak hati dan segala macam aktiviti yang kita lakukan sangat-sangat berkait rapat dengan soal hukum. Jadi, inilah masanya untuk kita sama-sama mengetahui dengan menambah ilmu asas ini. Jom baca hukum yang pertama....


  1. Hukum HALAL: sesuatu yang dibolehkan(tidak berdosa) memakai, memakan atau mengerjakannya setelah ada pengesahan menurut syarak.-makanan halal
  2. Hukum HARAM: sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkanya dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. (lawan kepada hukum halal)-minum arak
  3. Hukum WAJIB: sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila meninggalkannya.-solat fardhu lima waktu
  4. Hukum SUNAT: amalan yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila ditinggalkan.-solat sunat
  5. Hukum MAKRUH: amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dikerjakan.-makanan berbau seperti petai yang mengganggu jemaah dalam solat
  6. Hukum HARUS: amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan-makan, minum, bersiar-siar
  7. Hukum SAH: amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak.-syarat sah solat suci daripada hadas kecil dan besar
  8.  Hukum BATAL: amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak.-batal solat apabila bergerak-gerak lebih daripada tiga kali berturut-turut.
 # okay...sekarang kita dah tahu hukum-hukum dasar dalam Islam...jadi berilah tumpuan dan fokus kearah mencapai keredhaan-Nya...marilah sama-sama kita berusaha...Amal nak masuk syurga...korang tak nak ke?

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...