Friday, September 26, 2014

10 Hari yang TERBAIK!!!

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

As salam,  الحمد لله ...terima kasih ibu dan ayah serta sahabat-sahabat yang mengenali diri ini.

wah...nampaknya kita semua dah berada dalam bulan Zulhijjah, kalau ikut takwim amalan-amalan sunat, bulan Zulhijjah adalah salah satu medium untuk kita semua mempertingkat iman dan takwa. Okay, jom intai apa yang boleh kita lakukan dalam bulan Zulhijjah~~~

pssst~~yang amal senaraikan ni amalan utama tau!

1) ZIKIR
           Banyak berzikir kepada Allah SWT dengan الله اكبر,لااله الاالله,الحمد لله,سبحان الله. Amalan berzikir ini adalah sebagai tanda kita sering mengingati Allah. Selain zikir diatas, sahabat amal yang tersayang boleh juga mengamalkan zikir-zikir berdasarkan Asmaul Husna. 

2) PUASA 
          Sunat berpuasa dari 1-8 & 9 Zulhijjah. 

ni sedikit drama-

 cik soalan    :  " errr dear amal...cik rasa tak mampu lah nak puasa 9 hari, tak                larat lah..."
amal jawapan  : "okay puasalah macam Nabi daud as...selang sehari...tapi buatlah yang 9 zulhijjah tu..hehe"
cik soalan     : "hmmm....macam tak boleh juga je.."
amal jawapan  : " haa...puasalah 3 hari 7,8,9 Zulhijjah...boleh kan...(^_^)Y..."
cik soalan     : "entahlah..."
amal jawapan  :  "puasa yang 9 zulhijjah, sehari je cik...hmmm...okay lah kalau tak nak...tak payah puasa.. tapi cik rugi lah"
cik soalan    : "kenapa pula?"
amal jawapan  : "berpuasa pada hari Arafah di nilai di sisi Allah swt sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan tahun yang kemudian...rugi..rugi tak ambil peluang"
cik soalan    : "mak ai...rugi sangat tak puasa..baiklah cik berazam nak puasa dengan penuh takwa dan ikhlas."
amal jawapan : "bagus cik!...inilah idola wanita yang bersemangat!"
cik soalan      : "amboi semangat betul dia...


3)AMALAN MULIA
  
    #sedekah
    #Baca Al-Quran 
    #solat-solat sunat

4) JAUHI MAKSIAT
       -inilah masanya sebagai titik permulaan untuk berubah dan bertaubat.
       -bertaubat dengan sebena-benar taubat.
       -tanamkan kesedaran dalam diri bahawa hidup hanyalah sementara.
       -elakkan daripada bercakap atau melakukan perkara-perkara yang sia-sia.


5)BERTAKBIR
       -hidupkan malam raya haji(10 Zulhijjah) dan Hari tasyrik (11-13 Zulhijjah) dengan membaca takbir.


6)KORBAN
       -menyembelih binatang tertentu pada hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik 10, 11, 12, & 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menhampirkan diri kepada Allah swt.





# okay...panaskan enjin...masuk gear...dan pecut....cepat kejar sebelum kena tinggal. SYURGA MENANTI













Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...