Tuesday, November 13, 2018

Apa nak buat bila datang 'bendera merah'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Lama dah Amal simpan niat nak tulis pasal perkara ni. Tapi al-maklumlah Amal ni manusia yang sibuk sangat. kononnya...heee

Moga-moga Allah tidak menyibukkan kita semua termasuk Amal sendiri dengan urusan keduniaan. Aamiin InsyaAllah.

Entry kali ni, agak perempuan sikit.
Perempuan dan datang haid.

Tapi, kalau ada lelaki yang sudi baca untuk menambah pengetahuan untuk dikongsikan kepada wanita-wanita yang dicintai takde masalah. Sama-samalah kita ye. Amal suka je orang panjangkan ilmu ni.

Amal tak nak cerita pasal pengenalan haid, berapa hari haid? kenapa haid terjadi?...tapi Amal lebih nak kongsikan apa perkara ataupun aktiviti yang kita boleh buat bila seorang wanita itu didatangi haid. Maksudnya macam mana nak dapat pahala walaupun disaat kita diberi 'cuti' dari mengerjakan solat dan mengaji.

Apa yang boleh dibuat bila datang 'bendera merah'

1. Berdoa

Bila datang haid, ucapkanlah Alhamdulillah, tanda syukur kerana Allah nak keluarkan darah kotor secara semulajadi dari diri kita dan mengelakkan diri kita daripada ditimpa penyakit. Ya, masa ni memang kita tak boleh solat tapi masa ni juga adalah peluang untuk kita memperbanyakkan doa kepada Allah. Kita cuma tak boleh solat, bukan tak boleh berdoa. Bangun subuh, mandi, lalu bersiap-siaplah dengan penuh kemas....duduk elok-elok macam lepas habis solat, angkat tangan dan berdoalah.

* tips berdoa: senaraikan apa yang kita nak minta dalam buku nota, kalau tak nak pakai buku nota, pakai phone install apps note. Bila-bila masa teringat apa yang kita hajati tu terus je taip dan tulis. Barulah kita berdoa ada tujuan. Tapi jangan lupa 3 benda dalam berdoa: 1. Pujian kepada Allah, 2. Selawat keatas Rasul, 3. Doakan kedua ibubapa...lepastu nak doa apa sahaja...doalah.

2. Berzikir

Yup! zikir. Zikir maksudnya ingatan. Ingatan kepada siapa? ingatan kepada Allah SWT. Kalau nak tahu zikir ni ada macam-macam jenis zikir. Google je, banyak zikir yang akan terpampang. Nak zikir panjang, nak zikir pendek...ikut lah sukahati. Yang penting berzikir. Hati selalu teringat-ingat dekat Allah macam ingat kekasih, lidah selalu basah dengan zikir dan tetap istiqamah sebut zikir ni. Cuma Amal  nak bagitahu, perasan tak dekat Amal punya social media macam facebook, ig, twitter dan dekat blog ni...ada satu zikir yang Amal cukup suka. Memang akan ada terselit. Macam zikir favorite lah. Kalau makanan favorite mesti tomyam, minuman favorite mesti sirap...hmmm gitulah. mesti tahukan? kan? kan? Zikir favorite Amal adalah :

سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 🌻

3. Mendengar bacaan Al-Quran

Walaupun cuti mengaji, tapi kita boleh je dengar orang mengaji. Suruh je adik beradik korang ngaji dekat telinga korang. Nak lagi gempak suruh je dorang mengaji surah-surah kegemaran korang. Kalau korang suka surah Al-Baqarah suruh adik korang baca surah tu depan korang. Ikutlah mana-mana surah yang korang suka. Tapi kalau nak dengar bacaan Al-Quran 24 jam, janganlah suruh dorang ngaji, kesian adik2...awak bukalah mp3.


4. Membaca bahan bacaan agama

Masa datang haid rasa macam banyak masa free kan. Padahal kalau ikut sama je. Tapi masa yang dikatakan free ni bolehlah kita menelaah buku-buku ilmiah dijadikan penambah ilmu didada. Ada banyak genre bacaan, macam novel sejarah islam, kisah nabi, hukum fiqh dan majalah solusi. Tapi itu cerita yang hardcopy. Takut yang menulis entry ni pun tak berapa nak buka buku...ahaks! zaman sekarang semua menalaah bahan bacaan dalam phone. kalau kat social media, google...taip je tajuk yang kita nak...macam-macam ayat yang keluar. Tapi kena pilih betul-betul lah. Jangan terus cedok, ambil percaya dan amal. hui...bahaya tu. Tapis sikit dengan lihat rujukan dan sebagainya.

5. Mendengar kuliah atau menghadiri majlis-majlis ilmu

kalau Allah gerakkan hati nak dengar kuliah, cepat-cepat buat tau. Amal suka dengar kuliah Ustazah Hafizah Musa...walaupun lembut je ustazah cakap tapi isinya sampai. Senang nak faham. Macam Amal cakaplah sekarang zaman it, zaman teknologi. Walaupun tak pergi masjid tapi ada live kuliah dari masjid. Walaupun tak sempat buka tv tapi ada rakaman dalam you tube. Cukup mudah nak dapat ilmu dan senang sangat nak dapat dengar kuliah. Alasan apa sebenarnya kita?

*tips dengar kuliah online : nak bagi rasa macam kita betul-betul berada dalam majlis ilmu atau dekat situ, amal nak sarankan supaya korang sediakan satu buku catatan khas. Setiap kali buka kuliah online yang durasi 1 jam, 30 minit atau 10 minit kebawah...setiap kali itulah buka buku catatan dan catat isi penting. kata Ustaz Jafri Abu Bakar dalam kuliah onlinenya...apa sahaja amalan nak bagi lekat, kita kena catat.

that's it...dengar je catat.

6. Melakukan amalan-amalan sunnah

Jangan fikir yang sunnah itu hanyalah solat sunat sedangkan banyak lagi perkara sunnah lain yang dilakukan Rasulullah. Contoh yang paling senang dan mudah adalah sedekah. Sedekah yang paling mudah adalah senyum. Kan senang tu. Tapi kalau nak buat yang lain takde masalah pun...buatlah. Sedekah duit, harta, tenaga. eh...banyaklah.

Amal nasihatkan buatlah.

Bila nak buat benda baik, jangan tangguh atau kata nanti. Sebab perkataan 'nanti' tu akan menyebabkan kita terlupa akan benda baik kita nak buat tadi. kalau ingat alhamdulillah. syukur...tapi kalau tak ingat pun syukur juga sebab malaikat dah catat niat baik kita tadi. its okay....cuma diri sendiri lah akan terasa rugi. huhu.


Kesimpulan

Haid bukan alasan unuk kita tinggal ibadah, tetapi semasa haid pun kita boleh meraih pahala.





















Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...