Monday, March 18, 2019

REFLEKSI : PERUBAHAN 360 DARJAH

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

........….…


Perubahan 360 darjah,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Ada tulisan yang Amal nak kongsi dengan rakan2. Nak sangat. Memandangkan dah lama Amal tak berkongsi cerita kan?

Bulan 4, tahun 2018, yup! Tahun lepas. Satu tahun yang mengajar Amal erti fizikal, mental dan emosi serentak. Amal kira peristiwa itu adalah 'turning-point' dalam hidup Amal. Amal rasa macam Allah betul2 nak ajar Amal. Sebulan Allah 'tegur'. Sebulan tu...Amal rasa lagi sampai ke hari ni.

Habis sebulan Allah tegur...masuk bulan 5. Amal berazam banyak perkara. Perkara pertama Allah hidayahkan kat Amal adalah :

1. Ubah rutin ibadah
Solat 5 waktu tu wajib. Semua umat islam buat. Tapi Amal mula persoalkan kualiti solat Amal. Amal solat tapi rasa kosong. Amal tak rasa ini solat gred A. Banyak quotes dari para dai tulis 'kalau nak baiki hidup, baiki solatnya'.
Ini semua kerja Allah, tiada daya kekuatan Amal melainkan Allah bantu Amal. Amal memang betul2 nak berubah. Amal nak menghadirkan Allah dalam hati Amal. Dari situ Allah ilhamkan Amal mula dengan baiki wuduk. Bila Amal dah mula ambil wuduk dengan betul, Amal rasa ralat nak solat tanpa khusyuk. Hari pertama ubah cara solat...Amal rasa macam baru dapat hidayah. Bila dah dapat hidayah tu, Amal tak nak lepas. Amal nak pegang betul2. Nikmat sangat bila dahi dapat sujud atas sejadah. Setiap kali Amal sujud, betapa Amal ingat azabnya Allah tarik nikmat masa Amal sakit sampai tak dapat sujud...hanya duduk dikerusi. Amal tak nak Allah tarik nikmat itu untuk kali kedua. Ujian bermula, bila Amal rasa solat Amal lebih bagus dari orang lain.  Ini yg dipanggil ujub. Sifat mazmumah, sifat yang tercela. Sedangkan nilai bagus tak bagus tu hanya Allah yang tentukan. Keputusan solat ni, kat akhirat baru tahu.  Nak bagi neutral kan balik, banyakkan istigfhar untuk hilangkan rasa ujub tadi dan Amal kena solat dekat masjid. Kat masjid, Amal akan tengok lebih ramai manusia yang solatnya lebih lama, solatnya lebih berkualiti, doanya lebih padu dan hatinya lebih ikhlas dibandingkan Amal. Bila macam tu, Amal takkan ada rasa bagus...malah rasa teruk sebab rasa bagus, sedangkan tak bagus mana pun solatnya... sebab hamba Allah yang lain lebih bagus dari Amal. Dosa Amal masih banyak. Dorang tu lagi banyak amalan berbanding Amal. Amal kena sentiasa ingat...Allah yang bagi hidayah ni kat Amal, kalau Allah tak bagi mungkin sampai sekarang solatnya hanya sekadar solat. Buat takde rasa, terpaksa dan biasa2.

2. Keikhlasan
Keikhlasan ni duduk dalam hati. Ada hari kita ikhlas. Ada hari kita tak ikhlas. Amal pun macam tu juga. Skala keikhlasan ni selalu naik turun. Orang sekeliling boleh rasa...boleh tahu bila Amal tak ikhlas walau mulut kata okay. Nak jadi manusia ikhlas ni susah. Kena didik dengan kesabaran yang cukup2 tinggi. Amal tahu masa sebelum dan selepas sakit banyak orang terasa dengan Amal. Amal pun tak tahu macam mana nak kawal muka ikhlas tu. Tapi kan...masa sakit tu Allah ajar Amal banyak perkara tentang ikhlas dan sabar. Amal dapat rasa dalam pelukan erat yang...rasanya macam diri didoakan jadi baik. Alhamdulillah...sebab kan kasih sayang dan rahmat yang Allah berikan dan doa dari orang2 sekeliling...Amal masih dalam 'kursus' ikhlas dan sabar. Amal tak nak graduasi darinya...Amal nak terus menjadi pelajar ikhlas dan sabar. Rendahkan diri dan bergaul lah dengan orang tua. Diri tu akan rasa...untung orang tua ni...banyak amalan. Ingat senang nak jadi manusia yang ikhlas?...ouh...susah. Hati memang kena betul2 bersih. Cuci dengan zikir dan perbanyakkan istigfhar... Amal masih belajar ikhlaskan hati.

3. Keberanian
Banyak benda yang Amal takut nak buat sebelum ni. Amal takut bercakap dengan stranger, takut memandu di kawasan sibuk, takut akan tempat tinggi dan takut berenang. Tapi Allah tiupkan keberanian tu  dalam diri Amal satu-persatu.
- Bermula dengan bercakap, Allah ilhamkan Amal menjadi seorang pemula bicara. Amal mula ada kawan yg baru kenal dalam MRT, Teksi, Grab, Bas, Masjid, Jiran2 taman...selain kawan sekolah, uni, kerja dan saudara mara.
- kedua...takut memandu. lepas SPM, Amal ada lesen kereta. Ayah punya sistem...anak2 ayah mesti ada lesen kereta dan motor lepas SPM. Lepas dapat lesen, memang berkobar-kobar nak bawa. Tapi selalu sangat melanggar. Peristiwa paling takut, lepas langgar kereta seorang wanita....calar teruk.  Aduhai...rasa down dan fobia...sebab rasa tak layak jadi driver. Setahun kemudian, ayah beli kereta baru...Amal mula bawa balik kereta sekitar kampung je. Itupun tak berapa berani nak bawa ke pekan2. Dua tahun macam tu jelah. Bawa dalam keadaan takut2. Tapi lepas peristiwa sakit tahun lepas. Amal tak tahu macam mana keberanian ni datang... Amal mula bawa kereta ke pekan2 kampung, dari pekan terus ke bandar2 besar macam Shah Alam.
- takut akan tempat tinggi. Lif ke, cabel car ke, apa je lah yg melibatkan ketinggian. Kalau dulu naik lif mesti rasa nak muntah. Dalam perut macam ada benda. Takut dan tak suka sangat naik lif. Boleh je naik lif tapi bila ada tangga...Amal pilih tangga. Dulu adik Amal tinggal kat Puchong, rumah apartment dia banyak tingkat kena naik lif...sebab takut sampai kesudah Amal tak naik. Tapi entah macam mana, kekuatan ni datang. Amal boleh je naik lif. Elok je dah...tak muntah pun. Amal rasa takut ni 'mindset'.
- takut berenang. Masa Amal umur dalam 8 ke 9 tahun...Amal pernah hampir lemas dekat belakang kolam ikan ayah... Kalau air cetek beranilah. Tapi bila air dalam sikit dah takut. Tapi hari ni, Amal dah pandai berenang...kemaruk dengan air dalam2. Amal tak tahu macam mana Allah boleh jadikan Amal macam hari ni.

Semua ni mungkin sebab Doa.
Amal minta Allah jadikan Amal fasih dalam berbicara...doa pandai bawa kereta...percaya tak Amal minta dekat Allah jadikan Amal orang yang mahir bawa kereta (takde langgar2)...semua tu Amal minta spesifik dan details dengan Allah. Sebab Amal tahu, Amal tak berani. Amal minta Allah jadikan Amal orang yg berani terhadap apa yang Amal takutkan. Tapi, mungkin ada doa dari orang lain yang selalu doakan Amal. Terima kasih yang mendoakan Amal...

Sebelum Amal nak akhiri refleksi diri setahun Amal ni...Amal nak mohon maaf pada rakan2, kenalan dan sahabat di semua laman sosial Amal yg ada. Salah kata, salah tulisan yang menyinggung hati perasaan kalian. Maafkanlah Amal.  Tegurlah Amal, betulkan Amal. Nasihatkan Amal. Doakanlah Amal dan kita semua istiqamah dalam meniti jalan Allah ini.

~road to Ramadhan
Catatan Amal.

                                                 

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...