Thursday, March 12, 2026

Lirik: Tahun ini tidak sama

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
hasil nukilan: Bunga Matahari

Verse 1

Tahun ini tidak lagi sama

Seperti tahun sebelumnya

Kerana kau sudah tiada

Pergi untuk selamanya


Raya ini terasa sunyi

Sepi mencari kehadiranmu

Bayang wajah dan suaramu

Seakan hidup di ingatanku


Chorus

Di pagi raya…

Ku kehilangan susuk insan yang ku rindu

Di pagi raya…

Ku ketandusan kasihmu penguat hatiku

Di pagi raya…

Ku tangisi rindu yang takkan kembali


Verse 2

Tak lagi terdengar gurauanmu

Yang selalu menceriakan suasana

Tak lagi ku sambut senyummu

Saat kita bersalaman di pagi raya


Kini hanya doa ku kirimkan

Buatmu yang jauh di sana

Semoga tenang kau di sisi-Nya

Walau hatiku masih merindu


Chorus

Di pagi raya…

Ku kehilangan susuk insan yang ku rindu

Di pagi raya…

Ku ketandusan kasihmu penguat hatiku

Di pagi raya…

Ku tangisi rindu yang takkan kembali


Bridge

Jika waktu bisa berputar kembali

Ingin ku peluk dirimu sekali lagi

Namun takdir memisahkan kita

Hanya doa menjadi penghubung cinta


Outro

Tahun ini tidak lagi sama

Seperti tahun sebelumnya

Kerana kau sudah tiada

Pergi untuk selamanya…





TRAVELOG: SEKALI LAGI CAMEROON, MASIH TERASA SEJUKNYA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
Novel vibe~~~

(kalini kita pergi naik Cameroon Highland semasa bulan Ramadhan)

Nampaknya kena kemas baju untuk pergi ke Cameroon Highland sebab ada orang nak sambut ulang tahun disana....

"kita gerak lepas sahur...okay?"

hmmmmm....aku menghelakan nafas yang panjang dengan mata yang agak tertutup kerana sementelah sedang gigih menghabiskan makanan sahur yang masih berbaki. Aku mengintai jam di telefon untuk memastikan tidak terlepas waktu sahur.

sepanjang perjalanan aku hanya memerhatikan jalan dan termenung melihat awan putih.

appetizer selepas turun lebuhraya


Akhirnya, kami sampai di Tapah.

Semenjak zaman AI mula mempengaruhi, hampir semua benda aku tanya AI. aku namakan AI ni Ari...

(flashback)

"Ari, bulan puasa ni...ramai tak naik cameroon?"

loadinggggggggg

"Cameroon Highland, kebiasaanya semasa bulan puasa akan sedikit berkurangan. Ladang teh, pasar Kea atau jalan raya akan menjadi lebih tenang berbanding bulan puasa. Namun, masih boleh jadi ramai juga apabila hujung minggu tapi kebarangkaklian untuk sesak itu tiada"

alamak,, jawapan AI ni memang macam ni ke?...boleh percaya ke?

okay, kita teruskan semula kisah kita di CH.

"Sayang....dah sampai Brinchang ni...nak pergi mana dulu?" 

"kejap Abang...mengikut tentetif program ni, sepatutnya pukul 12 ni kita pergi Taman Pertabalan atau Padang Taman Tanah Rata"

"Wow...siap ada tentatif ye sayang?...boleh abang tengok..." 

aku menghulurkan telefon dan menerangkan isi kandungan seperti seorang setiausaha pejabat kepada ketua. 

"hehe, sebenarnya nak suruh abang rehat kejap daripada drive sambil kita contact homestay. saya ada beberapa nombor...abang boleh pilih nak kat Tanah Rata atau Brinchang..."

"baiklah, bagi abang semua nombor tu...biar abang deal"

Akhirnya setelah hampir setengah berbincang dengan pemilik homestay untuk dapatkan harga terbaik, kami memilih homestay di Brinchang. 

Sebuah rumah Apartment atas bukit. 

kami menyelusuri jalan kecil disekitar Tanah Rata sambil menuju ke arah homestay yang berada betul-betul di tengah pekan Brinchang. Beberapa kali kami terlepas simpang ke arah rumah dan terpaksa berpusing berkali-kali kerana kurang mahir selok belok jalan tanah tinggi.

Setelah selesai urusan check in dan mendapat password kunci, akhirnya dapatlah kami rehat. Alhamdulillah...selesa....dan boleh masak untuk berbuka puasa.

homestay di Brinchang

"hari ni cuti lah masak sayang, kita pergi bazar. Tengok apa yang menarik..."

"erk...okay..."

Jam 4 petang kami keluar pergi ke bazar di pekan Brinchang, namun kebanyakan khemah masih kosong dan peniaga baru hendak bermula. 

Kami gerak turun ke Tanah Rata mencari bazar disana. setelah puas berpusing dalam renyai-renyai hujan menemani...akhirnya kami beli nasi kerabu, satay, ayam goreng dan air strawberi lemon yang memang memikat. Rezeki kami juga dapat bubur lambuk percuma yang sedang diagih-agihkan.

dalam perjalanan balik ke homestay, kami singgah di Tokyo Town.
Disini, ada suasana ala-ala Jepun seperti papan tanda tulisan Jepun, spot bunga sakura, makanan Jepun dan juga hiasan tanglung yang berwarna-warni.

dekat sini, puas hati dapat bergambar sebab banyak spot. sambil nak tunggu waktu berbuka kan. Jam pun masih awal lagi. 

selepas berbuka, kami rehat je. malam esok baru kami berjalan. Bukan nak cakap apa lah, duduk atas Tanah Tinggi ni memang sejuk sampai ke tulang. walaupun homestay ni takde aircond tapi sejuknya mengalahkan aircond. langsung tak boleh nak turunkan suhu...so, kenalah pakai baju sejuk...tido pakai stokin.

ikuti sambungannya dalam travelog: sekali lagi cameron, masih terasa sejuknya 2.









Wednesday, March 11, 2026

Puisi : Dalam kenangan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Kenangan indah yang pernah terjadi

Mengamit ingatan dalam sanubari

Memori abadi


Ku lakarkan senyuman 

Saat menyebutmu

Bait tutur kata yang sering menegurku

Ku lukiskan tangisan

Saat merindumu

Susuk bayang tubuhmu mula memuncul


Telah jauh ku berkelana

Namun tetap 

Kau yang ku cinta


Telah sering ku berwacana

Namun tetap

Kau yang mempersona


Dalam hidupku,

Kenangan dalam hidupku




Lirik: Tahun ini tidak sama

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang t...