Thursday, September 27, 2012

Terima kasih Allah..Cinta HatiKU

Kerja membasuh rohani dengan air sabun setiap hari memang perlu sebenarnya bagi amal, sebenarnya setiap hari kita kena jaga iman dalam hati supaya tak kotor, kalau kita telah melakukan dosa, cepat2 kita istigfar mohon keampunan, jangan ditangguh2 takut tak sempat je..(hehe kredit tu Ustz Zahazan dalam Radio Nasional.fm ye petang2)

Dalam kehidupan ni ada banyak benda yang kita sendiri tidak tahu, sesuatu yang tidak diduga, tidak dijangka dan kadangkala bukan seperti yang kita harapkan. Tapi janganlah sampai menyalahkan takdir Allah, tarik nafas dalam2 ikhlaskan diri, redha, tabah dan selalu bersyukur.

Persoalan yang sering timbul dalam diri seseorang manusia itu adalah, sering kali dia berfikir untuk apa dia dijadikan atas muka bumi ini, untuk apa?..kadangkala sangat sukar sekali kita cuba mengerti akan erti kehidupan yang dikurniakan Allah ini. Selalunya kita akan berfikir begini jika kita menghadapi masalah yang berat, kan Allah dah kata dalam Al-Quran kita dijadikan untuk apa..untuk kita sembah sujud, mohon pertolongan, cintakan Nya, taubat padaNya, dan jangan berpaling daripadaNya.

Dalam kepala otak pemikiran kita selalu bertanya kenapa mesti itu?..kenapa mesti ini?..kenapa perlu ada awal dan akhir, kenapa mesti hidup dan mati, kenapa perlu wujud dan tiada, sering mulut bibir kita lancar menyebut perkataan iti..KENAPA?..ouh janganlah fikir mcm tu ye, sungguh sangat tidak baik ok!..setiap yg terjadi ada hikmahnya, kalau kita nak buat sesuatu mesti ada permulaannya sebagai contoh jika kita ambil kursus 3 bulan, mesti akan berakhir, awal bulan mesti sampai akhir bulan..

Buat diri sendiri dan sahabat yang sayangi, amal menyanyangi keluarga, menyanyangi insan sekeliling tapi apa  kan daya, kadangkala diri ini lebih banyak menyakitkan diri sendiri tidak ada bukti yang menunjukkan diri ini menyangi diri sendiri..macam mana hendak menyanyangi orang lain jika diri sendiri dibiarkan begitu tanpa di belai dan dijaga dengan baik? Sesungguhnya, amal sangat berterima kasih atas hidayah yang telah diberikan, sangat-sangat bersyukur, Sungguh!..dilahirkan sejak kecil dengan didikan islam yang baik, dengan suasana keluarga yang  harmoni mana mungkin diri ini tidak menyukai islam, islam nadi hidup, hidup matiku kerana-Mu Ya Allah.

Lantaran itu orang berfikir mana mungkin manusia ini akan tersungkur, sungguh diakui diri ini pernah juga jatuh dan tersasar, jauh dari landasan, pernah melakukan kesilapan besar dalam hidup, pernah merasa betapa dunia adalah kehidupan yang abadi kononnya..cinta pada dunia yang sentiasa mengecawakan..Tetapi untuk apa kita kejar sesuatu (dunia) yang akan kita tinggalkan sedangkan kita menjauhi sesuatu yang bakal dikunjungi (akhirat) abadi..

p/s: jom kejar cinta Agung..semakin hari umur kita makin pendek dan mendekati kematian...

Tuesday, September 18, 2012

Saya Gadis Banjar : Suahkah Ikam Batakun?


Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...................


syukran kerana sudi melawat ke blog amal, THankS Yaa!

Ayah amal yg segak,
ayah pun pakai baju PBM 
Hai semua yang sedang membaca.
Memang amal merupakan anak banjar, sebab amal selalu bertanya siapa keturunan amal, adakah banjar bujur atau banjar di celup.

Perkembangan yang baik di Malaysia kerana sudah ada Pertubuhan Banjar Malaysia. 

Suahkah Ikam Batakun maksudnya pernahkan kamu bertanya?

Kucing yang glamor
Pada pembaca sekalian suahkah ikam batakun dekat ahli keluarga masing-masing yang mungkin ada di kalangan korang ini anak banjar. Alhamdulillah Sejak kecil lagi suasana keluarga bercakap menggunakan bahasa Banjar. Belah emak pun cakap banjar, dan belah ayah begitu juga. disebabkan dari kecil telinga ni selalu mendengar bahasa banjar, dapatlah diri ni memahami bahasa tersebut. Mungkin tu salah satu faktor. Tapi kalau bahasa jawa, saya angkat tangan sebab memang tak faham.


Paling seronok masa dulu, bila semua keluarga balik dan berkumpul ramai-ramai. Masa arwah nenek masih ada, tak perlu tunggu hari raya sentiasa ada yang balik nak melawat. Paling meriah bila dahh berkumpul ni dapat buat wadai kiping, berbual-bual dan masak-masak.

kalau aruh(kenduri), selalunya ada wadik (ikan pekasam), kalau makan tengahari atau malam, akan ada ikan wadik a.k.a ikan pekasam la, ma ai baunya cukp mengancam jiwa..kalau dah bangun dan basuh pinggan, memang of course akan ambil balik pinggan tu dan makan semula...tu dia..


p/s: Suahkah ikam batakun?..amal selitkan link http://www.youtube.com/watch?v=c63s3j2V8sc
Setinggi penghargaan kepada penyair / penulis / pendeklamasi sajak asal ini, Tuan Hj Ahmad Jawawi Najar dari ipoh Perak.

Tuesday, September 4, 2012

PILLARS OF ISLAM




Assalam to all my muslim members, thanks for spend your time in my site..

This entry for remind me & yours! lets refresh our imAn...come, join me!

As we know,Islam has been built on 5 pillars-
Testifying that there no God but Allah, and that Muhammad is the Messenger of Allah, performing the prayers, paying the zakat, making the pilgrimage to Mecca, and fasting in Ramadhan.[Bukhari and Muslim]






                                        
we, a muslim that who accepts Islam as the way of life. Islam is our way. We believe that in what Islam tells us to believe. We acts as Islam told us to act. We accept that Allah is the Only and True God; Allah is the creator of everything.  If every action is done to please Allah, and performed in obedience to Him, then is an act of worship or Ibadah. Our life is a test for us.


Listen Me & Dear..., we shall not disobey Allah in anyway. we must do our utmost to be successful in the test. Then we can get our reward from Allah in this life, and in the life After Death.


ALLAH
Love Allah forever



                                                            P/s: This Universe is not jumble of chaotic things       

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...