Tuesday, October 2, 2012

Rumah Mutiara kata 1

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

"Berikan separuh bukan semua, berikan sedikit hingga dia mendapat penuh"

huraian: jika kita mahu memberi ilmu pada seseorang, jangan kita terus memberi ilmu yang banyak dalam masa yang singkat, beri ilmu secara sedikit tapi berterusan. Jika kita ingin mengajar, carilah orang yg ingin belajar. Dan cara yg terbaik adalah memberi ilmu sedikit-sedikit bukan semua. Kerana pasti dia akan meminta ilmu lagi. Dan akan lebih bersabar dalam menuntut ilmu. Kata falsafah ilmu cina. Ilmu itu ibarat air. Jika seseorang itu haus...berikan dia segelas air...tapi jangan tuang penuh...berikan sedikit sahaja. Dia akan minum...kemudian meminta lagi...andaikata gelas tadi dipenuhi air, maka dia tidak akan minta lagi...kerana hausnya telah hilang. 

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...