Monday, November 30, 2020

REFLEKSI : MUNGKIN INI UBAT HATI

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

Awal tahun lalu, Allah pernah rezekikan sedikit ilmu menerusi kelas pengajian Ilmu Tasawuf. Yang mana kelas tersebut di Kuliahkan oleh Ustaz Muhammad Bin Abdullah (a.k.a Ustaz Amin) menerusi Kitab Penawar Hati karangan Syeikh Abdul Kadir Al-Mandili bertempat di Masjid Al-Hasanah, Bangi. Hari terakhir kuliah, itulah hari terkahir kitab ni dibaca oleh saya. Saya membaca semula pada tahun ini dalam tempoh PKP. 

Besar makna ilmu ni pada diri setelah diuji. Memang jiwa sangat sakit bila diuji dengan episod meraung, menangis, menjerit, mengamuk, cederakan diri, termenung, rasa kosong, tidur siang, imsonia dan pelbagai lagi lontaran perasaan. Allah yang turunkan penyakit, Allah jualah yang akan berikan kesembuhan. Buat pesakit yang mengalami kemurungan (depression), mungkin inilah ubat bagi hati. InsyaAllah.



1. MEMAAFKAN 

Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 199:

                                                     خُذِ الۡعَفۡوَ وَاۡمُرۡ بِالۡعُرۡفِ وَاَعۡرِضۡ عَنِ الۡجٰهِلِيۡنَ

Yang bermaksud: jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.

Setelah berhari-hari, berminggu, berbulan dan masuk bertahun. Penyakit hati yang menyimpan dendam, marah, tak puas hati, murung, kecewa dan pelbagai bentuk rasa masih berbekas di hati. Perkataan 'memaafkan' memang tidak semudah disebutkan apatah lagi bila perbuatan seseorang itu memberikan kesan pada hidupnya. Memaafkan memerlukan hati yang benar-benar suci dari sudut dalam batin seseorang. Sebab itu Allah SWT memuliakan orang dan meninggikan darjat orang yg memaafkan orang lain. Kita menjadi sakit kerana kita menyimpan 'sesuatu' yang patut dibuang. Kita 'mengumpul' semua kesakitan itu didalam hati dan akirnya hati kita tiada ruang tempat bernafas. Hati dipenuhi dengan ingatan buruk, perbuatan buruk dan kata buruk yang menyebabkan kita hanya menjadi semakin buruk. Kita saban hari tidak lagi mendapat ketenangan walaupun perkara itu sudah berlalu.

Cukuplah, sudahlah. 

Belajarlah memaafkan diri... kemudian belajarlah memaafkan orang lain. Kalau betul kita bersungguh mahu sembuh, tenang dan hidup bahagia, belajarlah memaafkan. Setiap proses untuk sembuh dari penyakit memang akan mengambil masa dan pasti akan masih terasa sakit. Setiap kali kita sedang berusaha melawan sakit hati yang timbul sebutlah di mulut "Ya Allah, aku maafkan diriku dan dia". Kalau tak mampu nak sebut dekat mulut, kalau ada kekuatan tulislah di kertas. "Ya Allah aku maafkan diriku dan dia". Mungkin bagi orang yg rasa tiada salah, baginya mudah memaafkan. Tapi, memaafkan ini wujud kerana kesalahan atau kejahatan. Yang melakukan kesalahan mahukan kemaafan dan dimaafkan oleh orang yg dia lakukan kesalahan. Manakala, dipihak kita yg menjadi mangsa kesalahan perlu memberikan ruang kemaafan. 

Beginilah, bila dengan manusia sesama manusia...kita tak boleh ada sifat sombong. Hanya Allah yang boleh ada sifat besar dan sombong. Kita boleh ambil sifat memaafkan sebab Allah SWT memang suruh kita jadi pemaaf. Ingatlah setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan dan dosa terhadap Allah, setiap kali kita berdoa pasti kita akan memohon supaya Allah mengampuni segala dosa kita. Sebab tu belajarlah memaafkan, kerana dengan memaafkan kita sedang membersihkan hati. Bila hati dh bersih, barulah ketenangan dan kebahagian akan muncul. 

Maafkan, maafkan dan maafkan. 

Jika masih teringat...maafkan. Lupakan atau buat-buat lupa sahaja dengan perbuatan tersebut.

Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim)



2. REDHA DENGAN KETENTUAN TAKDIR

Firman Allah SWT dalam surah Al-Bayinat ayat 8:

                                                               رَضِىَ اللّٰهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوۡا عَنۡهُ

yang bermaksud: Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur akan nikmat pemberiannya)

Tahu tak kenapa hati kita sakit? Sebab kita rasa Tuhan tak adil. Kita rasa kita tak patut diperlakukan begitu atau terima nasib begitu. Kita rasa Allah patut berikan kita yang lebih baik dan tak perlu kita lalui semua itu. Apabila seorang yang pandai, diuji dengan kehilangan anggota badan. Apabila seorang yang miskin, diuji dengan penyakit kanser. Apabila seorang yang kaya, diuji tanpa anak. Apabila persahabatan diuji dengan pengkhianatan. Macam-macam bentuk ujian yang Allah berikan. Adil ke bagi kita?

Kita mahukan keadilan atas diri kita. Kita tak redha dengan takdir sebab tu kita sakit.

Memang bukan mudah mahu redha dengan takdir yang buruk, tapi bila kita sedar yang pahala besar dan yakin ada hikmah disebaliknya. Maka, berlapang dadalah dengan Allah yang Maha mengetahui setiap apa yang berlaku.


Ada satu kisah yang menarik untuk dikongsikan berkaitan takdir:
        Diceritakan terdapat seorang Nabi Allah yang sedang beribadat di atas sebuah bukit dan terdapat mata air berhampirannya. Seketika, datang seorang lelaki berkuda singgah di mata air tersebut. Semasa minum dia membawa karung wang seribu emas. Ia terlupa tentang karung wang itu dan tertinggal di mata air tersebut. Kemudian, datang pula seorang lelaki lain singgah disitu dan melihat akan karung wang emas ada disitu...maka beliau mengambilnya. Kemudian, datang pula seorang lelaki yang miskin singgah di situ untuk minum dan berehat di tepi mata air tersebut. Lelaki yang berkuda tadi, telah sedar yang dia tertinggal karung wang emasnya telah berpatah balik ke tempat mata air tadi. Apabila dilihatnya, lelaki miskin yang ada disitu dituduh mengambilnya. Apabila lelaki berkuda tidak berpuas hati yang karung emasnya sudah hilang dan lelaki miskin tidak mengaku mengambilnya..maka lelaki berkuda membunuhnya. 
            Nabi Allah yang sedang beribadat itu menyembah Allah dan mempersoalkan tentang peristiwa yang berlaku, kenapa Allah membiarkan orang yang zalim melakukan hal sedemikian sehingga membunuh lelaki miskin tadi. Lalu Allah menjawab; Lebih baik bimbang sahaja tentang ibadat mu, bukanlah hal mu untuk mengetahui rahsia kerajaan Allah. Sesungguhnya, lelaki miskin ini dahulu pernah membunuh bapa si penunggang kuda, maka Aku biarkan sahaja ia membalasnya. Manakala, Bapa sipenunggang kuda ini dahulu pernah mengambil seribu wang emas dari lelaki yang menjumpai karungnya. Maka aku pulangkan kembali kepadanya daripada harta pusakanya.

Oleh sebab itu, bukan urusan hamba untuk mengetahui apa sahaja yang berlaku. kerana setiap perbuatan yang baik atau buruk...Allah sahaja yang akan membalas. Lebih baik, kita menghampirkan diri kepada Allah dan ingat akan kematian...kerana kehidupan lebih mati jauh lebih penting untuk dirungsingkan.

Jadi, belajarlah memaafkan dan terima takdir yang menerima diri kita. InsyaAllah...penyakit hati akan beransur sembuh. Kita akan jadi lebih tenang kerana kita tahu semua yang datang ini daripada Allah. Sebenarnya, bukan ujian itu berat atau ringan tapi sejauh mana kita menerima takdir dan bagaimana kita menghadapinya. 

Sebelum tu, kenapa kejahatan boleh berlaku?
  • orang berilmu tidak mendidik
  • orang yang baik tidak berkata apa-apa
  • orang yang berkuasa tidak menengah

ladang teh di Cameron Valley...













Sunday, November 29, 2020

PUISI : MASA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


..........

MASA

semua diberi dua puluh dan empat
tiada yang kurang atau tak tepat
walau kau raja di singgahsana
walau kau cuma sebatang kara
Tuhan beri sama
Persoalannya bagaimana kau guna?

Angka tujuh dalam seminggu
dari ahad hingga ke sabtu
dari gelap ke terang
dari malam ke siang
kau baring, duduk, bangun, berjalan dan berlari
semua tu nikmat ilahi
Persoalannya bagaimana kau syukuri?

tiga, enam dan lima
adalah cendongan satu dua 
hari, minggu, bulan dan tahun
dunia yg kau pijak adalah pentas lakon
asal watak baik 
bertukar jadi pelik dan jelik
Persoalannya bagaimana kau bangkit?

enam puluh dalam minit
enam puluh dalam jam
mata kau berkelip, tangan memicit atau duduk diam
kau renungkan waktu berlalu
berjalan laju mengikut nafsu
hanya dirimu dan tuhan yang tahu
Persoalannya bagaimana kau bertemu?

dunia ini dicipta bersamanya
tanpanya tiada guna semua
ia bukan benda yg boleh dipegang
wujudnya ia bukti keagungan
jauh tak boleh patah balik

kata...laku yang dilepaskan
pasti dicatat
andai baik, maka indah harimu
ampun dan taubat lah untukmu
kata...laku yang dilepaskan 
pasti dicatat
andai buruk, maka malang harimu
ampun dan taubat lah untukmu

dari tiada kepada ada
dari kecil kepada dewasa
dari tak tahu kepada berilmu
dari hidup kepada mati

Rumah Mutiara Kata 32

 Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


      "Dengki pada manusia 
adalah pembaziran masa yang paling teruk"

huraian : Sifat dengki adalah salah satu sifat mazmumah atau sifat tercela. Ianya merupakan penyakit hati yang menyebabkan seseorang menanam dendam, marah dan iri hati dengan kelebihan, rezeki mahupun nikmat yg diperoleh orang lain. Disebabkan sifat dengki ini, ianya boleh menyebabkan masa seseorang ditarik dengan merancang pelbagai jenis kejahatan yang mana sepatutnya digunakan untuk keraah kebaikan. Padahal, adalah lebih baik, kita bersyukur dengan apa yg masih Allah rezekikan kepada kita tanpa melihat apa yg kita tiada. Buanglah sifat dengki sejauh-jauhnya dan perbaiki lah diri kita kearah lebih baik untuk mendapat pandangan Allah. Janganlah kita membazir masa dengan berdengki kepada orang lain...kalau nak dengki pun...biarlah dengki dengan kebaikan yg dilakukan...cemburu untuk melakukan ketaatan...moga2 kita pun diberikan hidayah untuk melakukan hal yg sama sepertinya. InsyaAllah.

Saturday, November 28, 2020

TRAVELOG: MUZIUM NEGARA LAH...

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

Ni cerita awal tahun lepas, balik dari Program dekat Masjid Wilayah Persekutuan dengan adik Amal yang namanya jiha. Awal lagi, dalam pukul 11 pagi. Masa tu, ayah yang hantar ke Masjid...jadi kalau nak balik kena tunggu ayah balik kerja petang pukul 4.


Masjid Wilayah Persekutuan


Nampaknya, kena jalan2 dulu. Kawan Amal yg nama Huda cadangkan pergilah Muzium Negara...lagipun Jumaat ni...kejap lagi ramai jemaah lelaki nak solat. Ruang solat dan  tempat wuduk wanita semua jemaah lelaki akan guna. Sebelum ramai lelaki akan datang nak solat Jumaat, kami kena beredar cepat-cepat. Lepas makan tengahari dekat masjid, Amal dengan adik jiha pun gunakan apps grab untuk pesan kereta nak kesana.

Memandangkan hari  itu hari Jumaat, lapang sungguh Muzium Negara. 

Takde orang!

okay, jom...Amal bawa masuk Muzium Negara......


MUZIUM NEGARA

Muzium negara terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur betul-betul tepi jalan tersebut. Amal selalu nampak bangunan ni berada di tepi jalan setiap kali ayah ambil Amal pulang ke kampung melalui jalan tersebut. Selalu nampak je...dan memang sebut nak singgah melawat suatu hari nanti. Akirnya setelah bertahun-tahun melalui jalan tersebut...barulah Allah rezekikan Amal untuk melawatnya tahun lepas dengan ditemani adik amal.


Muzium Etnologi Dunia Melayu



replika kapal-kapal


Alhamdulillah, pertama kali jejak kaki ke Muzium Negara ni dengan tujuan nak isi waktu lapang sementara tunggu ayah balik dari kerja dan nak melihat apa yg ada dalam muzium tu sendiri...yelah kan tak pernah masuk. terujalah nak tahu.

sebelum masuk, kitorang pergi ke kaunter...dan tiket harga tiket muzium ni cuma RM2...murahnya kan.
kami berdua je kos dalam RM 4 jelah. Dengan harga tiket yg kitorang dah bayar ni...maka bolehlah kita melihat tempat dalam kawasan muzium antaranya:

1. Galeri Pameran Tetap:
            - Galeri A : Sejarah Awal
            - Galeri B : Kerajaan-kerajaan Melayu
            - Galeri C : Era Kolonial
            - Galeri D : Malaysia Kini
2. Pameran Magis Belantara Orang Asli
3. Pameran Asean COCI
4. Ruang dalam Istana Satu
5. Pameran Cutam

Galeri Pameran Tetap adalah ruang galeri yang besar bersaiz dua tingkat yg mempunyai beberapa pecahan bahagian. Seingat amal, ada beberapa bahagian dibahagikan mengikut urutan huruf A, B, C dan D.   Disebabkan amal tak berapa nak yakin...Amal rujuk semula pada laman rasmi Muzium Negara.

Masa kitorang pergi... kami tak perasan yg galeri ni ada bahagian..jadi, kami tak ikut turutan perubahan masa. Mana bahagian galeri yg agak menarik, kami singgah masuk dan tengok.  


jiha jadi tour guide?

keris semenanjung

Bayang-bayang pahlawan


lepas jalan-jalan dalam bangunan muzium, dibahagian luar muzium ada juga terdapat pameran dan replika yang menarik. Model kereta lama dan kereta moden. cuma ketika ini, ada sebahagian tempat di luar mizium sedang di naik taraf membantutkan kami untuk meneroka ke kawasan tersebut. Antara yg menarik ada rumah lama yg memaparkan kamar dalam singgahsana dihiasi lengkap dengan set bilik tidur seperti katil beradu, meja berhias dan lain-lain. Berhadapan dengan rumah ini, terdapat model kereta Proton Saga berwarna putih. Sangat menarik untuk dilihat.



Proton Saga Putih 

hmmm...cantik


Semasa muzium ni dibuka, terdapat satu pameran khas yg sedang diadakan, dan bertuahnya kami dapat melihat pameran tersebut. Nama pameran itu adalah Pameran Cutam. kalau ikut perincian dalam apa yg dipamerkan cutam adalah bahan berwarna hitam yang digunakan untuk memenuhi ukiran hiasan pada permukaan logam. kalau siapa yg suka akan seni ukiran memang akan terpesona melihat ukiran tersebut.


pameran cutam


sebelum kami mengakiri penjalejalahan kami dalam muzium negara, kami melihat gambar yg dipamerkan dalam era Malaysia kini. Era setelah negara mencapai kemerdekaan. Sangat kreatif cara gambar yg digantung. boleh tengok satu-satu macam album yg terbuka.


kreatif...


Setelah hampir 2 jam berada di Muzium, kami ambil keputusan untuk meneruskan perjalan ke stesen MRT Sg. buloh kerana ayah akan pulang pada pukul 4 petang. Bagi yg tak pernah ada pengalaman datang ke muzium ni, bolehlah masukkan dalam senarai aktiviti lawatan akan datang. Semoga kunjungan disini dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah negara. 











Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...