Saturday, January 12, 2013

Dengan Manusia kita memberi, Pada Tuhan kita Meminta

Nota: sumber tulisan dan kata dalam laman blog ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


"Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat-Hamka"

hidup ini memang penuh dengan kejutan, iaitu perancangan hebat Allah yang tidak terduga. kita sering kali mendengar ayat seperti 'kita hanya merancang, tuhan yang menentukan'. walaupun sesuatu perkara itu telah kita susun atur dengan baik, namun adakalanya apa yang kita rancang sering sahaja ada kekurangan dari pelbagai sudut. sebenarnya semua perkara berlaku dengan keizinanNya. 

saya pernah mendengar satu kisah seorang hamba Allah ini yang selalu bergantung nasib hidupnya kepada Allah. apa sahaja yang dilakukannya pasti dia akan bertanya terlebih dahulu kepada sang pencipta. apakah perkara ini boleh ya allah?, adakah ini tak boleh ya Allah?...begitulah selalunya persoalan didalam hati seorang hamba Allah ini. 

walau dimana sahaja dia berada hatinya sering terikat dengan Allah, samada di pusat beli belah, taman tema air, melancong atau bercuti hatinya pasti dapat merasa kehadiran Allah cukup kuat dihatinya. berbeza sekali dengan sikap kita yang hanya merasa kehadiran Allah tatkala kita berada di Masjid, majlis ilmu, atau solat. Dia benar-benar seorang hamba Allah yang sentiasa sadar akan hadirnya Allah dan bersifat Ehsan-dimana kita merasa Allah selalu melihat kita. 

bibirnya hanya mengeluarkan kata-kata yang penuh manfaat pada dirinya dan juga orang sekeliling, hati saya juga sering tersentuh dengan kata bicaranya yang berilmu. Dia sering menjadikan Allah teman karib yang cukup akrab untuk dia mengadu, meminta tolong, dan berbahagia.

saya rakam sedikit daripada kisah hidupnya(cerita diolah sedikit dari kisah asal yg tidak lari dari kisah benar):
   Suatu petang dia pulang dari mengikuti satu kursus bahasa, dia melihat jam ditangan sudah menunjukkan hampir sahaja pukul 6.00 petang, hatinya berbisik 'hmm, ya allah sempat ke kalau aku nak sampai rumah ni?'. kemudian dia memandu kereta dengan yakin dan tawakkal pada allah berharap tidak ada kesesakan lalu lintas yang dapat membantut perancangannya untuk sampai dirumah sebelum jam 7.00 malam. sedang asyik memandu dia melihat tangki minyak kereta pada paras E, benar-benar hampir kosong. 

segera dia mengadu lagi pada Allah 'ya allah, permudahkanlah segala urusan ku'. dia memandu dengan yakin bahawa Allah sentiasa bersama mebantunya menghadapi masalah ini. dikuatkan semangat untuk sampai ke stesyen minyak berhampiran yang jauhnya lebih kurang 30 minit dari tempat kursus. Alhamdulillah petang itu kereta dijalan dilihatnya lengang sekali, kebiasaanya jam begini pasti jalan penuh dengan kenderaan orang pulang dari kerja. sebelum membuat pusingan U, stesyen minyak telah kelihatan oleh hamba allah ini, alangkah senang hatinya, namun belum sempat tiba di situ keretanya tiba-tiba dihimpit oleh sebuah motor yang cuba memotongnya. terjadi sedikit kemalangan kecil di simpang tersebut.

MasyaAllah, allah nak uji dia, adakah dia sabar atau tidak. seorang lelaki muda yang sebaya dengannya yang memandu motor tersebut. berulang kali pemandu lelaki memohon maaf ketidak sengajaan, dia ingin cepat kerana kucing-kucing dirumahnya belum makan dari pagi tadi. Hamba allah ini benar-benar kagum dengan nya, hebat lelaki yang ditemuinya ini, dirinya sahaja belum dirasakan cukup mencintai sang pencipta, terasa ingin bersaing dengan lelaki tersebut merebut cinta Agung Allah. dihulurkan RM 300 kepada pemandu lelakii yang melanggarnya tadi, supaya dia dapat membaiki kerosakan motor dan beli makanan untuk kucing. lelaki yang melanggarnya benar-benar janggal, katanya 'eh, bang..sepatutnya orang yang melanggar yang bayar ganti rugi, ini terbalik'. Hamba Allah ini menjawab ' oh, tidak mengapa, perkara ini berlaku atas kelalaian saya juga, lagipun Allah dah takdirkan bertemu dengan awak, supaya dapat tolong orang lain, jika nak dibandingkan dengan perkara yang awak lakukan memberi kucing makan, pahalanya lebih besar'. terbina satu hubungan ukhuwah disitu, selepas bertaaruf dan bersalaman serta meminta diri, hamba allah segera memandu keretanya pergi mengisi minyak, teringat niatnya. 

keluar dari stesyen minyak tersebut, hatinya terfikir-terfikir kejadian tadi, tidak habis lagi dia kagum dengan lelaki yang melanggarnya. selesai meletakkan kereta, dibukanya pintu rumah, dia lantas melihat jam, MasyaAllah, SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, hebat sungguh Allah, jam disitu baru menunjukkan pukul 6.35 petang. bagaimana ini berlaku, hatinya dihujani perasaan kagum dan hebat. dia memikirkan mana mungkin sempat dia sampai dalam waktu yang begitu cepat, dia keluar dari dewan kursus sudah pukul 6.00 ptg, sebelum kemalangan pun dia dah memandu dalam 25 minit, ditambah pula dengan kejadian kemalangan kecil tadi, paling kurang ambil masa 20 minit disitu, dan dia sempat mengisi minyak, paling kurang 5 minit untuk dia berjalan ke kaunter, ditolak dihitung ditambah, memang dekat sejam juga lah nak sampai kerumah macam mana dia boleh memandu dalam masa kurang dari sejam iaitu 35 minit shaja, yang biasanya jalan yang dilaluinya itu memang sejam untuk sampai kerumah. 


p/s;HEBAT kan Allah.....Allah memang bantu kita, inilah kekuatan sedekah!.








Friday, November 2, 2012

Rumah Mutiara Kata 3

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


"Tidak ada takdir Tuhan yang buruk, Tuhan tidak pernah salah dalam mentakdirkan sesuatu"

huraian: Sesungguhnya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya, apakah kita lupa tentang rukun iman yang ke-6 iaitu beriman kepada Qada' & Qadar. Yakinlah dengan Allah, buat yang terbaik dan redha dengan takdir be tawakkal.

daun padi

p/s: terima kasih pada team Jom kerja10, (kata2 ini dipetik dari U.Arif) 

Thursday, November 1, 2012

SEnjata PEperaNGAN!!!

Nota: sumber kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran :


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
2) Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
 وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”
3) Doa apabila terlupa ketika menjwab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”
4) Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”
tips-tips menjelang peperiksaan
p/s: terima kasih kepada Hamba Allah yang telah berkongsi ilmu ini semasa saya belajar di Gong Badak, Kuala Terengganu, kelas OTH 01.


Wednesday, October 31, 2012

Rumah Mutiara Kata 2


Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

"Sesamar-samar tulisan, lebih kuat daripada sekuat-kuat ingatan."

huraian: Adalah lebih baik jika kita menulis walaupun hampir sahaja tulisan tidak jelas seperti kehabisan dakwat, pensil dan atau sebagainya, ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu. Ia juga menunjukkan sikap kita yang mudah lupa, jangan kita mengatakan yang kita akan ingat semuanya terutamanya apa yang ilmu guru ajar dihadapan kelas. 

p/s: terima kasih pada team Jom kerja10, (kata2 ini dipetik dari U.Arif)  

Saturday, October 6, 2012

Petikan Ayat2 Al-Quran

Nota: Petikan Ayat-ayat AlQuran ini dipetik dari tafsir Al-Quran. Jika ada sebarang kesilapan dalam penulisan dan tafsiran, sudi-sudikan menegur saya.


1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,
3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,
4. Pemilik hari Pembalasan.
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya;bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

1. In the name Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
2. All the praises and thanks be to Allah the Lord of Alamin (mankind, jinn and all exist)
3. The Most Gracious, the Most Merciful,
4. The only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e, the Day of Resurrection).
5. You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything).
6. Guide us to the Straight Way,
7. The Way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger (such as the Jews), nor of those who went astray (such as the Christians).



Surah Al-Fatihah, (1-7) Makkiyah

Tuesday, October 2, 2012

Rumah Mutiara kata 1

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

"Berikan separuh bukan semua, berikan sedikit hingga dia mendapat penuh"

huraian: jika kita mahu memberi ilmu pada seseorang, jangan kita terus memberi ilmu yang banyak dalam masa yang singkat, beri ilmu secara sedikit tapi berterusan. Jika kita ingin mengajar, carilah orang yg ingin belajar. Dan cara yg terbaik adalah memberi ilmu sedikit-sedikit bukan semua. Kerana pasti dia akan meminta ilmu lagi. Dan akan lebih bersabar dalam menuntut ilmu. Kata falsafah ilmu cina. Ilmu itu ibarat air. Jika seseorang itu haus...berikan dia segelas air...tapi jangan tuang penuh...berikan sedikit sahaja. Dia akan minum...kemudian meminta lagi...andaikata gelas tadi dipenuhi air, maka dia tidak akan minta lagi...kerana hausnya telah hilang. 

Thursday, September 27, 2012

Terima kasih Allah..Cinta HatiKU

Kerja membasuh rohani dengan air sabun setiap hari memang perlu sebenarnya bagi amal, sebenarnya setiap hari kita kena jaga iman dalam hati supaya tak kotor, kalau kita telah melakukan dosa, cepat2 kita istigfar mohon keampunan, jangan ditangguh2 takut tak sempat je..(hehe kredit tu Ustz Zahazan dalam Radio Nasional.fm ye petang2)

Dalam kehidupan ni ada banyak benda yang kita sendiri tidak tahu, sesuatu yang tidak diduga, tidak dijangka dan kadangkala bukan seperti yang kita harapkan. Tapi janganlah sampai menyalahkan takdir Allah, tarik nafas dalam2 ikhlaskan diri, redha, tabah dan selalu bersyukur.

Persoalan yang sering timbul dalam diri seseorang manusia itu adalah, sering kali dia berfikir untuk apa dia dijadikan atas muka bumi ini, untuk apa?..kadangkala sangat sukar sekali kita cuba mengerti akan erti kehidupan yang dikurniakan Allah ini. Selalunya kita akan berfikir begini jika kita menghadapi masalah yang berat, kan Allah dah kata dalam Al-Quran kita dijadikan untuk apa..untuk kita sembah sujud, mohon pertolongan, cintakan Nya, taubat padaNya, dan jangan berpaling daripadaNya.

Dalam kepala otak pemikiran kita selalu bertanya kenapa mesti itu?..kenapa mesti ini?..kenapa perlu ada awal dan akhir, kenapa mesti hidup dan mati, kenapa perlu wujud dan tiada, sering mulut bibir kita lancar menyebut perkataan iti..KENAPA?..ouh janganlah fikir mcm tu ye, sungguh sangat tidak baik ok!..setiap yg terjadi ada hikmahnya, kalau kita nak buat sesuatu mesti ada permulaannya sebagai contoh jika kita ambil kursus 3 bulan, mesti akan berakhir, awal bulan mesti sampai akhir bulan..

Buat diri sendiri dan sahabat yang sayangi, amal menyanyangi keluarga, menyanyangi insan sekeliling tapi apa  kan daya, kadangkala diri ini lebih banyak menyakitkan diri sendiri tidak ada bukti yang menunjukkan diri ini menyangi diri sendiri..macam mana hendak menyanyangi orang lain jika diri sendiri dibiarkan begitu tanpa di belai dan dijaga dengan baik? Sesungguhnya, amal sangat berterima kasih atas hidayah yang telah diberikan, sangat-sangat bersyukur, Sungguh!..dilahirkan sejak kecil dengan didikan islam yang baik, dengan suasana keluarga yang  harmoni mana mungkin diri ini tidak menyukai islam, islam nadi hidup, hidup matiku kerana-Mu Ya Allah.

Lantaran itu orang berfikir mana mungkin manusia ini akan tersungkur, sungguh diakui diri ini pernah juga jatuh dan tersasar, jauh dari landasan, pernah melakukan kesilapan besar dalam hidup, pernah merasa betapa dunia adalah kehidupan yang abadi kononnya..cinta pada dunia yang sentiasa mengecawakan..Tetapi untuk apa kita kejar sesuatu (dunia) yang akan kita tinggalkan sedangkan kita menjauhi sesuatu yang bakal dikunjungi (akhirat) abadi..

p/s: jom kejar cinta Agung..semakin hari umur kita makin pendek dan mendekati kematian...

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...