Friday, June 5, 2015

Rumah Mutiara Kata 13

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

       "hidup lebih bermakna andai dapat membantu orang lain"
                  

huraian : hidup ini bukanlah semata-mata untuk perjuangan sendiri, kita tidak boleh melakukan apa-apa dengan sendirian, kita saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna...adalah dengan saling membantu diantara satu dengan yang lain. jangan sombong , jangan fikir kita hebat dan boleh melakukan semuanya. jadi?...bermula hari ini jadilah insan yang dapat memudahkan insan lain. jadi manusia okay!.

 wallahua'lam.


Thursday, June 4, 2015

CERPEN: Dimana wopie?

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Disebabkan anak-anak syurga Amal request cerita, jadi saya pun create story ni...

watak-watak dalam cerpen:
1. wopie
2. yibi
3. min-min
*amaran!!!...cerpen ini berkaitan kucing, tiada kena mengena dengan manusia...


Petang semalam puas yibi pujuk wopie nak ajak pergi jalan dekat pekan, tapi wopie tak nak.

wopie buat-buat tak dengar je apa yang yibi cakap. 

Padahal dua hari sebelum itu, wopie yang beria-ia nak ke sana. Tiba-tiba hari ni merajuk pulak dengan yibi. 

Mula-mula yibi tak nak cerita dekat min-min, takut min-min risau, yela min-min kan sibuk, banyak urusan, tak kan yibi nak cerita masalah yibi dengan wopie.dekat min-min. Nanti apa pulak kata min-min.

Tapi min-min kata dia ada masa nak dengar. 

Yibi pun cerita lah apa yang berlaku. tup-tup, min-min kata...yibi yang salah. 

lepas jumpa min-min dan dapat nasihat dari min-min, terus yibi cari wopie nak minta maaf. 

tapi kenapa wopie tiada dekat bawah pokok ciku?...puas yibi panggil nama wopie...tapi wopie tak muncul-muncul. Aik pelik ni?...wopie hilang ke?

Dekat dua jam yibi cari wopie, tapi kelibat wopie tak kelihatan pun. 

yibi dah mula risau. 

selalunya waktu-waktu macam ni wopie ada dekat bawah pokokciku tu. Baring terbongkang kekenyangan.

yibi pergi cari min-min semula.

min-min pun terkejut sebab wopie hilang.

min-min rasa macam ada sesuatu yang terjadi pada wopie. 

Akhirnya min-min dan yibi ambil keputusan untuk cari wopie di pekan. mana tahu wopie merajuk sampai ke pekan.

sampai kat pekan, yibi dan min-min berpecah.
min-min cari sebelah kiri dan yibi cari dekat sebelah kanan.

lepas setengah jam, min-min dan yibi jumpa balik...tapi wopie tetap tak jumpa.

tiba-tiba, yibi dan min-min dengar bunyi rempuhan yang kuat dari arah bangunan sebelah kiri. 

cepat-cepat mereka berlari menuju ke arah sana.

ada sebuah van yang merempuh dinding bangunan tersebut. pemandunya cedera parah.
barang-barang yang dibawa van tadi bersepah diatas jalan.

orang ramai berkerumun nak tolong.

kami?...tengok jelah dah kucing. isk...isk kesian orang tu. 

dalam keadaan yang kelam-kabut tu kami terdengar perbualan dua orang mkcik. mak cik tu kata van tadi cuba nak elak seekor kucing. kucing tu tengah makan ikan dekat tengah jalan.

apalagi min-min dan yibi pun pergi cari kucing tu, mana tahu mungkin itu wopie.

tak jauh dari tempat kemalangan van tadi, kami jumpa wopie dekat bawah kereta. tengah baring terbongkang. kenyang .

apalah wopie ni....

moral kisah ini: 1. apabila melakukan kesalahan hendaklah segera memohon maaf.
                          2. jangan mudah mengalah dan berputus asa.
                          3. kerjasama itu penting.
                          4. jangan pentingkan diri sendiri macam wopie.

#nak cerpen lagi?...























Friday, May 29, 2015

Dhomir...kacang je

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Belajar Bahasa Arab lah hari ni...Advance sikit...


Saya Gadis Banjar : Diari Demam Denggi

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jom jadi orang yang bersyukur!...

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ   (خ 593
"Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesehatan dan waktu luang." 
(HR. Bukhari, no: 5933)
hadis diatas berkaitan dengan dua nikmat yang sering manusia terlupa. Dua nikmat tersebut adalah nikmat kesihatan dan juga nikmat diberikan masa lapang. 
jadi, apa kaitan dengan tajuk saya Diari Demam Denggi?
kaitannya adalah nikmat kesihatan. Allah swt uji dengan diambil nikmat kesihatan tersebut daripada diri. 
Diari Demam Denggi
saya memulakan rutin macam biasa, pagi khamis yang penuh barakah itu, menyebar ilmu di bumi Allah swt ini. InsyaAllah senyuman di wajah pada pagi itu, manis macam hari khamis.
Namun, seusai bermadah dua jam selepasnya, tiba-tiba tubuh menjadi lemah disertai dengan panas di muka. 
Allah, anak-anak syurga, para pejuang muda...disebabkan ilmu, saya biarkan rasa itu. Mungkin penat sangat minggu ni, detik kecil hati saya.
Tepat jam pukul 2 petang, meneruskan perjuangan menyebar ilmu, seorang sahabat menegur saya, katanya mata saya merah...nampak sakit. Memang...ketika itu, kepala merasakan beban yang berat, seolah-olah batu yang menghempap. Perancangan Allah swt, memang cantik...petang itu saya ada temujanji dengan Doktor untuk pemeriksaan kesihatan.
Di bahagian saringan kesihatan, tekanan darah saya tinggi. Mata kurang, bila dengan Doktor pula, lama beliau teliti filem x-ray. berkerut-kerut. Allah swt sahaja yang tahu bagaimana hati ketika ini. Doktor memeriksa keadaan saya, awak tak sihat ke hari ni. Dengan jujur, saya cerita keadaan saya hari ni, mungkinn demam katanya. (masa ni, muka boleh sengih...tak nampak sakit pun)...
okaylah, cukup cerita awal pasal Diari Demam Denggi. Saya nak berkongsi tanda-tanda awal demam denggi. (Berdasarkan pengalaman, bacaan dan doktor)
1. Rasa panas di sekitar muka dan di ikuti dengan keseluruhan badan secara tiba-tiba.
2. sakit di sekitar belakang mata.
3. sakit kepala.
4. Tubuh badan menjadi lemah.
5. Demam secara tiba-tiba.
tiga fasa Demam Denggi yang saya alami. (mungkin berbeza pada setiap orang, member rumah pun kena juga, tapi tak seteruk saya)
hari 1-3:
tubuh badan panas, sakit di belakang mata, sakit kepala, hilang selera makan, dan muntah-muntah.
~keadaan muntah saya pada tahap teruk. minum air kosong pun muntah. Dalam keadaan ini banyakkan istigfhar. lemahnya manusia. fasa muntah akan hilang pada hari ke-3.
hari 3-5:
tubuh badan masih panas, masih rasa sakit di belakang mata, rasa gelisah, seram sejuk dan bagi wanita akan keluarnya darah haid, tubuh menjadi lemah sebab tak makan, air liur pahit, jiwa tak tenteram.
~rasa gelisah dan tak tenteram ni, mungkin umum...tapi apa yang berlaku pada saya...saya tak boleh dengar sebarang bunyi pun, bunyi mesej telefon pun jadi gelisah. fasa ini buat fikiran saya sakit sangat. tak best.
hari 5-7:
demam masih belum kurang, sakit belakang mata dah okey, bintik-bintik ruam merah akan muncul pada tapak tangan dan tapak kaki, pitam.
~rasa macam dah okey, tapi teruk sebenarnya, dua kali saya pitam. terus berpeluh badan. pitam disebabkan tak makan, dan pendarahan yang keluar. Allah...lemahnya manusia.
hari 7-9:
tiada lagi demam, tiada sakit belakang mata, yang tinggal adalah ruam-ruam merah pada seluruh tubuh disertai rasa gatal yang perit. Darah haid juga dah berhenti pada hari ke-9.
~rasa gatal ni, memang perit...pesakit denggi mesti tau rasa ni macam mana. ibarat nyamuk-nyamuk kecil yg gigit bawah kulit. dengan garu pun tak kan hilang. redha je.kalau nak tahu inilah fasa penyembuhan. 
hari ke-10:
Alhamdulillah dah sembuh! Seminggu Allah swt bagi saya rehat, terima kasih Ya Allah.
Apa lagi yang anda perlu tahu pasal Demam Denggi?
1. Jika demam lebih 3 hari, pergi buat ujian darah. Tujuannya untuk tahu samada anda Positive denggi atau tidak. Jika ya...anda akan dapat buku rekod pesakit denggi, untuk diambil darahnya setiap hari. jika tidak?...bersyukurlah tak perlu menghadap jarum.
2. Denggi tiada ubat. nak lawan penyakit ni kena ada antibodi dan semangat juang yang kuat. 
3. Banyakkan minum air kosong, supaya platlet darah kembali normal.
4. selagi platlet tidak melepasi 150(x10), selagi itulah anda kena cucuk ambil darah setiap hari.
5. Denggi tak semestinya masuk wad. 
6. Jadi fobia dengan nyamuk.
7. Tubuh anda tak sama macam keadaan sebelum kena denggi. Anda akan jadi orang yang cepat penat dan letih. (mungkin dalam seminggu baru stabil balik)...
8. lebih kurang seminggu baru sembuh denggi.
9. ramai orang ziarah semasa anda sakit...hehe.
10. Tak kerja seminggu. CUTI.~kerja anda akan berlambak.
11. lepas sembuh denggi, pegawai kesihatan akan call. Interview.
12. Asap tebal akan menyelubungi kediaman anda selepas kena interview.
13. takut untuk kena kali kedua.
# tak sangka, rupanya diri ini salah seorang penambah statistik denggi di selangor. 







Sunday, May 3, 2015

SOLAT...Tolong jaga!

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

solat adalah asas yang perlu dijaga, sangat-sangat perlu dijaga. ke Islam pada kad pengenalan je?, ke islam itu hanya pada keturunan je?

Minta maaf, ramai orang islam fikir yang jika dia itu dah baik, akhlak elok, tak perlu jaga solat...

totally wrong, InsyaAllah kalau korang jaga solat, maka yang lain itu akan turut serta dalam kebaikan itu...

Jom la jaga solat, jangan solat rompong-rompong...
subuh tak solat, zuhur solat...asar semangat...
Magrib tak buat, isyak tak ingat...
huish....jangan lah macam tu korang...

sepatutnya, kita yang islam ni lah tunjukkan kekuatan kita melalui solat...

fikirlah, takkan dah mati...baru nak solat,
fikirlah, habistu korang jadi Islam buat apa...sekadar nama je...apa yang Allah perintahkan korang tak nak buat...

Nak tunjuk apa sebenarnya kat Allah?
ko terror? Ko hebat? ko takkan mati ke?

sepatutnya, korang bersyukur..
Islam itu sudah ada dalam buaian korang...

atau? korang memang tak tahu solat?
orang islam tak kena solat?
solat ni untuk orang alim je?

boleh bagi tak sebab yang logik korang tak solat???

adik-adik...kakak-kakak...abang-abang..makcik, pakcik...
jom!...
jaga solat ye...

Baginda bersabda barang siapa yang menjaga solaltnya, Allah akan muliakannya dengan lima perkara.
1. Dibebaskan daripada kesempitan hidup.
2. dilepaskan daripada azab kubur.
3. mendapat catatan amal daripada tangan kanan di padang Mahsyar.
4. melalui titisan sirat sepantas kilat.
5. dimasukkan syurga tanpa hisab yang banyak.

# saya pesan bukan sebab saya orang alim, saya pesan sebab kadang-kadang saya pun dangkal.
# nota diri bukan nota peribadi.


Sunday, April 26, 2015

Peranan Guru dalam Pembentukan Insan Soleh

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Insan soleh menjadi dambaan, impian dan cita-cita bagi setiap ibu bapa yang bertaqwa. Dalam mencapai usaha murni ini, bukan ibu bapa sahaja yang memainkan peranan, malah guru turut menjadi penyumbang dalam pembentukan insan soleh. Ini kerana, guru merupakan golongan kedua yang terdekat setelah ibu bapa. Pendekatan yang ditunjukkan guru akan menjadi pengaruh dalam mencorakkan sikap seseorang anak. 

Terdapat tiga peranan penting seseorang guru yang boleh memberi kesan dalam pembentukan insan soleh iaitu menunjukkan contoh yang baik, nasihat yang berterusan dan menanam sikap terpuji dalam diri anak murid.

Peranan seorang guru dalam menunjukkan contoh yang baik sememangnya akan memberi kesan kepada sikap dan perangai anak-anak murid. Contohnya, seperti guru yang menjaga kebersihan, bercakap dengan sopan dan merendah diri. Kesannya, apa yang ditunjukkan guru akan menjadi ikutan kepada anak murid tersebut. Oleh sebab itu, seseorang guru mestilah memiliki akhlak yang terpuji terlebih dahulu. 

Apabila anak murid sudah terbiasa melihat contoh yang baik, insyaAllah kelak sikap dan perangainya akan menurut apa yang ditunjukkan oleh guru itu.
Sabda Rasulullah s.a.w:
اِذا مَاتَ ابنِ آدم انقَطَعَ عَمَلُهُ اِلَّا مِن ثَلَاثَة : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ, اَو عِلمٍ يُنتَفَعُ بِهِ, او وَلَدٍ صَالِحٍ يَدعولَه
Maksudnya: “apabila telah mati anak adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”

Peranan kedua adalah dengan memberi nasihat secara berterusan kepada anak murid melalui pendekatan kasih sayang. Firman Allah taa’la dalam surah Luqman ayat 13 yang telah mendidik anaknya:

Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik adalah kezaliman yang besar”.

Seorang guru tidak boleh mudah berputus asa atau mudah mengalah dalam menghadapi sikap nakal seoarang anak murid. Guru yang baik tidak akan membiarkan anak murid yang berperangai sukar tanpa tarbiah. Usaha guru itu mestilah optima. Yakni memberikan kesungguhan pada tahap tertinggi. Terkadang, apa yang salah pada seseorang guru ialah sering meletakkan andaian negatif pada anak murid. Natijahnya, anak murid akan lebih agresif dan bertindak diluar jangka. Ketahuilah, setiap anak murid itu adalah suci dan berpotensi menjadi mutiara yang bersinar kelak.

Sekeras-keras batu, ianya melekuk juga apabila dititiskan air setiap hari. Begitu jugalah seorang anak murid. Guru mestilah memberi nasihat yang tidak putus. InsyaAllah nasihat secara berhikmah akan dapat melembutkan hatinya dan berubah menjadi insan soleh.

Menanam sikap terpuji dalam diri anak murid adalah peranan ketiga seorang guru dalam pembentukan insan soleh. Guru boleh menceritakan kisah-kisah teladan daripada Al-Quran mengenai para nabi mahupun kisah-kisah berkaitan dengan para sahabat. Anak murid akan lebih cenderung dan berminat kerana kelebihan orang yang bersifat terpuji. Teguran secara berhikmah apabila anak murid melakukan kesalahan akan lebih memberi impak kapada anak murid. 

Guru juga perlu mendoakan anak murid supaya sentiasa mengamalkan sikap-sikap terpuji dalam diri dan tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik. Dalam surah Ali-Imran ayat 38, Allah berfirman:
Bermaksud: “wahai tuhan kami, kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa.”

Disamping berdoa, perlu diberi penekanan dari aspek fardhu ain dan kifayah supaya dapat membangun diri, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, peranan seorang guru itu sememangnya penting. Tidak dinafikan peranan guru sangat besar dalam membentuk sahsiah dan jati diri budi seseorang insan soleh. Namun, proses yang paling penting adalah hikmah. Berikanlah kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta tumpuan sepenuhnya. Didiklah supaya sentiasa beramal soleh dan dan tinggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

# ilmu, iman dan amal...


Saturday, April 25, 2015

Saya Gadis Banjar : Misi Cari Mentarang

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

 .............

Alhamdulillah...pagi-pagi lagi Allah dah bagi idea nak tulis apa dalam blog...
Godek-godek gambar dalam laptop...jumpa beberapa gambar masa awal tahun lepas masa cari mentarang dengan ayah kat laut.

replika mentarang
sejak Amal duduk kampung masa tahun 1997, seingatnya tak pernah ada aktiviti mencari mentarang pun kat laut...setakat cari kerang, remis, ikan adalah...

tapi sejak tahun 2003, fenomena cari mentarang di kawasan Sekinchan jadi macam pesta...

sekarang masih ada, cuma ikut musim...
kata orang kampung mentarang ni banyak kat perak pulak...
belah mana?...ouh tu Amal tak pasti...


jadi, awal tahun lepas...masa balik kampung...
Amal tengok di bahu kiri kanan jalan dekat PAPITUSULEM (haha..ini ringkasan bagi Parit Tujuh Sungai Leman)...banyak betul orang jual mentarang...
Amal tanya ayah...tengah musim ke?...
Ayah jawab ye...

Apalagi, Amal ajak ayah pergi cari mentarang kat laut...

dah lama tak makan mentarang...boleh je nak beli...tapi takut tak puas..
cari sendiri baru puas hati...haha

pagi-pagi lagi ayah dah pergi ke laut nak tengok air laut dah turun ke belum...
ada sebahagian nelayan dorang tak tunggu pun air laut turun...ye la dah pakar..
kitorang ni baru nak pandai cari...haha..

cari mentarang dalam air surut senang sikit sebab dah nampak lumpur...
mentarang ni macam cari cacing tanah..sifatnya dalam tanah lumpur tu...
kita kena korek lupur tu...pastu dah jumpa mentarang...senang je...seronok wooo

yang penatnya bukan cari mentarang...tapi nak berjalan atas lumpur tu...
sebab lumpur dia memberat kaki..dan kat laut ada banyak benda tajam..seperti kulit kerang, tulang..bila salah pijak boleh berdarah tapak kaki...dan selalunya..kaki yang pijak lumpur kat laut tak boleh lari daripada luka, calar balar dan seangkatan dengannya.

Alhamdulillah...
dapat banyak juga...rezeki dari Allah.
terima kasih ayah.

# Amal anak ayah. Amal anak emak.




Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...