Friday, December 7, 2018

Rumah Mutiara Kata 27

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Sikit tak sedap, banyak jadi mudharat...biar cukup2 je"

huraian : falsafahnya seperti membancuh secawan kopi. Takde gula atau sikit gula...nanti rasa kopi jadi tak sedap. Letak gula cukup2 rasanya okay...sedap nak minum. Tapi bila tambah lagi gula akan jadi manis sangat...dah tak best. Begitulah dalam kehidupan...kalau sedikit tak cantik, tak bagus dan tak sedap. Kalau berlebihan pula boleh jadi membazir, serabut dan pening. Jadi, ambil yg tengah...cukup2 sahaja. 



TRAVELOG : TETIBA SAMPAI DI PULAU PANGKOR (SHORTRIP)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...................



Masa balik kampung hari tu, cakap dengan ayah cuti panjang Deepavali lima hari nak pergi mana?. Ayah pun plan kata nak ke Lumut.

Tapi...ayah kata masa cuti ni kena kerja.
jadi ngak ada cuti ya dong...ngak ada juga ke Lumut juga dongggg!....

haha betapa frust menonggengnya lah...

Jadi, esok pada waktu pagi... hari Ahad yang indah damai dan tenang, Amal pun menghabiskan sisa-sisa cuti dengan mengemas ruang tamu rumah, menyapu halaman yang penuh dedaun kering kelapa membawa hati yang penuh kepagian. (korang rasa apa yang Amal cuba sampaikan?)

tiba-tiba...

satu panggilan masuk dan terpampang nama kakak ipar amal. 

"hello, Assalamualaikum Angah...pagi ni buat apa?" soalan pertama dari kakak ipar Amal.

"hello, waalaikumussalam Kak Yong...takde buat apa pun...tengah mengemas je ni, kenapa? ada nak ajak mana-mana ke?" laju je tanya soalan cepumas dekat kakak ipar.

"Kitorang nak gi mandi air terjun ...nak ikut?...kalau nak ikut pukul 10 siap kitorang sampai" tawaran yang cukup menarik dari kakyong.

"nak ikuuuuuttt....alright kami siap!" jawapan yang penuh semangat yang menunjukkan semangat.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi dorang sampai nak ambil Amal dan adik-beradik lain, rupanya dorang dan tukar plan tak jadi mandi air terjun tapi nak pergi Pulau Pangkor. 

Ohoiii...

ini lebih baik dari mandi air terjun.

Rezeki sememangnya tak pernah salah alamat. ~Siapa sangka cempedak nak jadi nangka, dari air terjun kita gi mandi air pantai....la la la la ~.

Kita mulakan perjalanan kita dengan lafaz Bismillah.



10.30 am - 12.30 pm
Kami memulakan perjalanan pada pukul 10.30 pagi dari Sekinchan ke Pulau Pangkor dengan dua buah kereta bermuatan 8 penumpang. Kalau ikutkan 2 jam memang patutnya dah cukup perjalanan nak sampai ke Lumut, tapi biasalah bila naik kereta ni...ada banyak menyinggahnya. Nak ke toilet, nak isi minyak, nak beli-beli makanan lah. Itu biasa.

12.30 pm - 1.00 pm
kami singgah makan tengahari dekat gerai makan masakan kampung sebelum simpang masuk ke Lumut. Masing-masing dah lapar.

Ouh...amal nak cerita kedai makan yang kitorang makan ni memang bagus, servis boleh kata gred A. Jarang sangat kedai biasa-biasa tapi layan luar biasa. Kalau order makanan memang laju sampai. Order air pun sama. Sangat prihatin dengan keadaan pelanggan sampai air dalam botol mineral pun nak dituangkan dalam cawan dan straw. Betapa khidmat pelanggan cukup dijaga. No wonderlah masa kami datang ramai orang singgah makan sini. Dari Tuan kedai sampai pekerja semuanya sangat mesra pelanggan. Harga pun berpatutan. Amal tak ingat pula nak ambil gambar kedai ni...tapi kalau nanti ada rezeki lain pergi lumut, InsyaAllah amal update balik entry ni dengan gambar kedai makan tepi jalan tu.

1.00 pm - 2.00 pm
berhenti solat dan rehat.

2.00 pm - 6.00 pm
Lepas solat kami terus gerak ke tempat parking kereta berbumbung tak jauh dari tempat masjid kami solat. Sebelum sampai sini, dalam kereta abang dah suruh google tempat yang sesuai nak park kereta. Makanya kami decide parking di kawasan berbumbung.

kadar dia pun murah, hanya 60 sen sejam.

turun dari tempat parking, kami pun jalan sampai dekat terminal jeti nak beli tiket ke pulau pangkor. Satu tiket hanya berharga 7 hinggit sehala.

Abang dan anaknya

Maksudnya RM 14 ringgit untuk perjalanan pergi dan balik. okay gak tu!

Masa beli tiket ni, kami tanya akak ada buat sewa kereta tak kat pulau, alhamdulillah ada...dapat kereta unser tapi lepas akak tu contact orang kat pulau katanya ada cutomer lain dah bawa dulu. Jadi tinggal satu motor dan satu  kereta. yang ni harganya dalam RM120. 


Peta Pulau Pangkor

lepas buat belian tiket, kami pun gerak dekat jeti tunggu feri sampai. Tak lama...adalah dalam 10 minit sambil bergambar dekat situ feri pun sampai. Wah...masuk dalam lebih kurang macam dalam bas je. Cuma bas ni takde roda..hehe yolah sebab kapal ni atas laut. Merepek.

confirm atas kapal ni pun batak juga...sibuk ambik gambar. adalah dalam 30 minit sampai dekat Pulau Pangkor. Alhamdulillah.

Pertama kali sampai. Biasalah. Tahukan apa maksud Amal..kan... kan

5 orang naik kereta dan 3 orang naik motor. eh? boleh je kan 3 orang...

Dapat motor krisss


Sampai sini dah dekat 3 petang lebih kot...Budak2 ni dah memang siap-siap pakai baju nak mandi..apa lagi... nampak laut yang jernih dan cantik dorang pun terjunnnnnnn!.

Amal tak bawa baju. So, Amal menikmati keindahan pantai sambil menghabiskan duit order makanan itu, makanan ini. Ambil gambar burung, pasir, pantai. Kesian minah ni. haha.

Cantiknyaaaa

Lepas masing2 dah solat asar, abang dah bagi arahan supaya masing-masing tukar baju untuk bersiap-siap pulang ke pangkal jalan. Sebab nampak macam tak sedar diri je masing-masing jumpa laut. Sampai dekat terminal dah dekat 6.30 ptg. Kitorang last naik feri. Lepas naik, terus feri gak.

7.00 pm - 8.30 malam
Sebabkan dah sampai dekat terminal waktu maghrib, kitorang solat dulu dekat terminal sebab plan lepas ni nak menyoping beli makanan2 laut untuk buah tangan. Karang kalau dah membeli, terlajak pula.

9.30 malam - 10.30 malam

Sebabkan perut masing2 dah lapar, kami singgah makan dekat simpang 4, Perak. Kedai ni kedai ikan bakar. Perghhh kena ikan bakar malam2 ni memang tak boleh nak cakap apa lah. Cuma boleh cakap pinggan licin.

11.30 malam

Alhamdulillah, sampai rumah dengan selamatnya.

Okay penat taip. Tido.














Tuesday, November 13, 2018

Apa nak buat bila datang 'bendera merah'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Lama dah Amal simpan niat nak tulis pasal perkara ni. Tapi al-maklumlah Amal ni manusia yang sibuk sangat. kononnya...heee

Moga-moga Allah tidak menyibukkan kita semua termasuk Amal sendiri dengan urusan keduniaan. Aamiin InsyaAllah.

Entry kali ni, agak perempuan sikit.
Perempuan dan datang haid.

Tapi, kalau ada lelaki yang sudi baca untuk menambah pengetahuan untuk dikongsikan kepada wanita-wanita yang dicintai takde masalah. Sama-samalah kita ye. Amal suka je orang panjangkan ilmu ni.

Amal tak nak cerita pasal pengenalan haid, berapa hari haid? kenapa haid terjadi?...tapi Amal lebih nak kongsikan apa perkara ataupun aktiviti yang kita boleh buat bila seorang wanita itu didatangi haid. Maksudnya macam mana nak dapat pahala walaupun disaat kita diberi 'cuti' dari mengerjakan solat dan mengaji.

Apa yang boleh dibuat bila datang 'bendera merah'

1. Berdoa

Bila datang haid, ucapkanlah Alhamdulillah, tanda syukur kerana Allah nak keluarkan darah kotor secara semulajadi dari diri kita dan mengelakkan diri kita daripada ditimpa penyakit. Ya, masa ni memang kita tak boleh solat tapi masa ni juga adalah peluang untuk kita memperbanyakkan doa kepada Allah. Kita cuma tak boleh solat, bukan tak boleh berdoa. Bangun subuh, mandi, lalu bersiap-siaplah dengan penuh kemas....duduk elok-elok macam lepas habis solat, angkat tangan dan berdoalah.

* tips berdoa: senaraikan apa yang kita nak minta dalam buku nota, kalau tak nak pakai buku nota, pakai phone install apps note. Bila-bila masa teringat apa yang kita hajati tu terus je taip dan tulis. Barulah kita berdoa ada tujuan. Tapi jangan lupa 3 benda dalam berdoa: 1. Pujian kepada Allah, 2. Selawat keatas Rasul, 3. Doakan kedua ibubapa...lepastu nak doa apa sahaja...doalah.

2. Berzikir

Yup! zikir. Zikir maksudnya ingatan. Ingatan kepada siapa? ingatan kepada Allah SWT. Kalau nak tahu zikir ni ada macam-macam jenis zikir. Google je, banyak zikir yang akan terpampang. Nak zikir panjang, nak zikir pendek...ikut lah sukahati. Yang penting berzikir. Hati selalu teringat-ingat dekat Allah macam ingat kekasih, lidah selalu basah dengan zikir dan tetap istiqamah sebut zikir ni. Cuma Amal  nak bagitahu, perasan tak dekat Amal punya social media macam facebook, ig, twitter dan dekat blog ni...ada satu zikir yang Amal cukup suka. Memang akan ada terselit. Macam zikir favorite lah. Kalau makanan favorite mesti tomyam, minuman favorite mesti sirap...hmmm gitulah. mesti tahukan? kan? kan? Zikir favorite Amal adalah :

سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 🌻

3. Mendengar bacaan Al-Quran

Walaupun cuti mengaji, tapi kita boleh je dengar orang mengaji. Suruh je adik beradik korang ngaji dekat telinga korang. Nak lagi gempak suruh je dorang mengaji surah-surah kegemaran korang. Kalau korang suka surah Al-Baqarah suruh adik korang baca surah tu depan korang. Ikutlah mana-mana surah yang korang suka. Tapi kalau nak dengar bacaan Al-Quran 24 jam, janganlah suruh dorang ngaji, kesian adik2...awak bukalah mp3.


4. Membaca bahan bacaan agama

Masa datang haid rasa macam banyak masa free kan. Padahal kalau ikut sama je. Tapi masa yang dikatakan free ni bolehlah kita menelaah buku-buku ilmiah dijadikan penambah ilmu didada. Ada banyak genre bacaan, macam novel sejarah islam, kisah nabi, hukum fiqh dan majalah solusi. Tapi itu cerita yang hardcopy. Takut yang menulis entry ni pun tak berapa nak buka buku...ahaks! zaman sekarang semua menalaah bahan bacaan dalam phone. kalau kat social media, google...taip je tajuk yang kita nak...macam-macam ayat yang keluar. Tapi kena pilih betul-betul lah. Jangan terus cedok, ambil percaya dan amal. hui...bahaya tu. Tapis sikit dengan lihat rujukan dan sebagainya.

5. Mendengar kuliah atau menghadiri majlis-majlis ilmu

kalau Allah gerakkan hati nak dengar kuliah, cepat-cepat buat tau. Amal suka dengar kuliah Ustazah Hafizah Musa...walaupun lembut je ustazah cakap tapi isinya sampai. Senang nak faham. Macam Amal cakaplah sekarang zaman it, zaman teknologi. Walaupun tak pergi masjid tapi ada live kuliah dari masjid. Walaupun tak sempat buka tv tapi ada rakaman dalam you tube. Cukup mudah nak dapat ilmu dan senang sangat nak dapat dengar kuliah. Alasan apa sebenarnya kita?

*tips dengar kuliah online : nak bagi rasa macam kita betul-betul berada dalam majlis ilmu atau dekat situ, amal nak sarankan supaya korang sediakan satu buku catatan khas. Setiap kali buka kuliah online yang durasi 1 jam, 30 minit atau 10 minit kebawah...setiap kali itulah buka buku catatan dan catat isi penting. kata Ustaz Jafri Abu Bakar dalam kuliah onlinenya...apa sahaja amalan nak bagi lekat, kita kena catat.

that's it...dengar je catat.

6. Melakukan amalan-amalan sunnah

Jangan fikir yang sunnah itu hanyalah solat sunat sedangkan banyak lagi perkara sunnah lain yang dilakukan Rasulullah. Contoh yang paling senang dan mudah adalah sedekah. Sedekah yang paling mudah adalah senyum. Kan senang tu. Tapi kalau nak buat yang lain takde masalah pun...buatlah. Sedekah duit, harta, tenaga. eh...banyaklah.

Amal nasihatkan buatlah.

Bila nak buat benda baik, jangan tangguh atau kata nanti. Sebab perkataan 'nanti' tu akan menyebabkan kita terlupa akan benda baik kita nak buat tadi. kalau ingat alhamdulillah. syukur...tapi kalau tak ingat pun syukur juga sebab malaikat dah catat niat baik kita tadi. its okay....cuma diri sendiri lah akan terasa rugi. huhu.


Kesimpulan

Haid bukan alasan unuk kita tinggal ibadah, tetapi semasa haid pun kita boleh meraih pahala.





















Monday, October 8, 2018

Rumah Mutiara Kata 26

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Bila Takde semangat, Bacalah selawat"

huraian : Seperti yang Amal pernah kata sebelum ni, bacalah selawat. Banyakkan selawat keatas nabi. Tak rugi pun. Jom banyakkan selawat! lagi-lagi di hari Jumaat. Dalam sebuah Hadith Riwayat Muslim ada Rasulullah SAW ada menyebut "barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah s.w.t akan berselawat untuknya 10 kali.


Friday, October 5, 2018

Rumah Mutiara Kata 25

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Banyakkan selawat, insyaAllah dapat Syafaat"

huraian : Jom banyakkan selawat! lagi-lagi di hari Jumaat. Dalam sebuah Hadith Riwayat Muslim ada Rasulullah SAW ada menyebut "barangsiapa yang berselawatt kepadaku sekali, maka Allah s.w.t akan berselawat untuknya 10 kali.

Sunday, September 23, 2018

Saya Gadis Banjar: RESEPI JERUK PELAM

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Minggu lepas balik kampung. Masa ayah belok nak parking kat halaman...Amal tengok buah pelam dekat pokok lebat betul.

"Ayah, kalau buat jeruk sedap ni..."

 "Memang nak tunggu angah petik pun buat jeruk pelam"

Pelam Bamban
                     
Esok pagi-pagi lagi, pakai cantik-cantik semata-mata nak petik pelam. Haha...warr~
 
Maka, bermulalah perjalanan membuat jeruuuuukkk peeelaammm.
Okay, ni resepi berasaskan agak-agak je.

Resepi Jeruk 
1. Petik buah pelam.
Mestilah, sebab kita nak buat jeruk pelam. Pelam kat rumah pelam bamban. So, Amal guna pelam bamban. Sebenarnya semua pelam boleh...asal pelam muda

Sebakul ni

2. Potong buah pelam mengikut saiz
Saiz yg agak sesuai, saiz nipis dan kecik. Comel-comel je. Lepas potong terus letak dalam air...basuh terus.

Ni baldi bukan pelam


3. Rendam dalam air garam dan kapur. Menurut kata pakar iaitu Mak, mak kata rendam sampai semua pelam tenggelam...ikut sukahati korang nak garam banyak mana. Kapur pun sukahati korang. Asal jadi. Rendam sehari semalam ye. Kadang-kadang mak amal ni macam gebang je...acah2 sehari semalam...tapi sebenarnya tak sampai sejam. Entah resepi ni betul ke idak.

4. Letak air gula
Suka hati juga lah. Ala...pandai2lah. banyak mana pelam tu...banyak tu juga gula ye. Haha...kalau korang buat selori pelam...selori gula.hamik.haha. Entah...tak tahu nak cakap.

5. Bubuh ubat jeruk
Ubat jeruk beli kat pasar Raya. Nama dia jeruk buah. Yang Amal beli ni harga RM4.90...kedai kampung je. Botol kecik tapi power. Yang ni kena rendam 24 jam. Yg ni tak gebang. Lepas rendam 24 jam...boleh makan. Sedap rasanya.



Masam.
Nama pun jeruk.

Sedapnyer...


Monday, September 17, 2018

TRAVELOG : CATATAN AMAL DI BUKIT BOTAK

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

................


Amal di Bukit Botak



Malam tu Amal bermimpi nak panjat bukit. Haha...sampai termimpi-mimpi Amal nak sangat panjat bukit. Pagi sebelum subuh Amal minta ayah hantar ke rumah abang di Puncak Alam. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan sampai tepat masa subuh. 



Lepas solat subuh, tiba-tiba abang tanya dekat Amal. 



"Angah, kau nak hiking tak?" 

Dengan sepantas kilat Amal jawab. 
"Nak"

Ini seperti pucuk dicita ulam mendatang ataupun seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Eh...tak²...orang nak daki bukit...diajak-ajak.

Haha memang tersangat nak lah.

Disebabkan Amal bermimpi nak panjat bukit kan. Bangun tidur tu Amal terus packing kasut. Jadi, memang dah bawa kasut hiking pun. Ngeh ngeh. Nampak tak?... Ini yg dinamakan sediakan kasut sebelum hiking.

Teruja kot. 

Setelah sekian lama kaki Amal ini berehat panjang.

Jadi...jom kita mendaki!..weee~

Abang ajak Amal pergi daki Bukit Cherakah...tapi abang kata ada juga orang panggil Bukit Botak. Ikutlah nama apapun. Bukit Botak ni berada di Puncak Alam. 

Kami bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi dan sampai dekat kawasan bukit kira-kira pukul 7.10 pagi. Kalau ikut mula panjat pukul 7.20 pagi. Itupun sebab abang bawa anak dia yang berumur 3 tahun, makanya adalah dua tiga scene drama nak pujuk pakai kasutlah, masuk dalam carrier lah. Maka, macam-macamlah berlaku sebelum betul-betul dapat naik tu. Kebetulan pula, kakak ipar Amal tak ikut...sebab demam. Maka, memang betul-betul abang ngan Amal a.k.a makngah dia layan kerenah si kecik tu.

Steady abang!

Track Bukit Botak, untuk Amal...Amal bahagikan kepada 3 check point.

1. Kabel Pencawang

Mula je mendaki, Amal dah rasa kecuramannya, kalau ikut betul-betul ada 2 kali je kawasan rata. Dahlah dengan tak sarapan...tak warm up...main naik je. Berkicap jalen masa mula-mula nak naik. Baru 10 minit jalan...dah tercungap-cungap. Tapi sebab semangat sangatkan...maka kita teruskan. Lagipun masa ni track dekat kawasan kelapa sawit...laluan tanah merah, batu-batu. Boleh lah.  Kalau view dia kat sini biasa jela. Kami teruskan pendakian sampai lah dekat bawah pencawang elektrik. Affan tak daki pun...sampai sini...rehat jap...ambil-ambil gambar. Hari baik, mood baik...angin pula sepoi-sepoi bahasa. Memang layan.

Bawah pencawang

2. Berbukit Batu dekat Kampaet

Lepas lepak-lepak jap bawah kabel, kita dh masuk track dalam hutan. Laluan kat sini dia pecah 2. Satu track untuk hiking, satu lagi track untuk motor dan basikal. Amal suka betul kalau dah masuk track dalam hutan, laluan dia thrill sikit. Panjat memanjat, pegang tali, pegang pokok. Baru mencabar. 

Lama tak naik banyak kali juga take 5... minum-minum air. Abang lagi steady. Satunya-satunya pangkat ayah bawa anak 3 tahun kat belakang pakai carrier dalam ramai-ramai manusia hiking kat situ. Memang kalau selisih, ada je yang tegur. 


3. Kawasan lapang dekat Puncak Bukit Botak

Lepas kawasan bukit batu Kampaet, kami teruskan sampai dekat kawasan campsite. Memang cantiknya lah view kat sini...angin pula kuat...daun-daun berguguran jatuh. Aduhai...cantiknya ciptaan Allah ni. Kalau ikut dah sampai puncak. 

Puncak Bukit

Tapi abang kata, alang-alang dah kat atas ni...apakata terus sampai kawasan lapang Bukit Botak. Apalagi...kita on kan aja. Yang penat kau. Haha. Dahlah abang tak bagi Amal jalan dulu...dia suruh jalan belakang dia...dia marah Amal laju sangat. Haha. Sampai kat sini kira-kira pukul 9.00 pagi. lambat kan...sebab apa...sebab banyak berhenti. Ngeh ngeh.

Memang Botak

Apa yg Amal dapat daripada pendakian hari ni.

1. Sila sarapan dan warm up...jangan jadi macam Amal, abang dan affan. Berkicap jalen tau. At least...bawalah air dan roti.
2. Pagi-pagi tak panas, cuaca redup dan berembun. Orang pun tak ramai.
3. Track cantik, bersih dan kemas. 
4. Jangan cepat mengalah dan putus asa...teruskan perjalanan kerana kita tak tau apa yg indah menunggu di hadapan.
5. Cabaran itu sentiasa ada...tinggal kita je nak hadapi macam mana.
6. Yang naik sini tak ramai non Muslim. Tak tahulah masa Amal naik je ke. Atau masa hari lain. Ramainya muslim. 
7. Kaki Amal sakit. Tapi Amal lantakkan. Injured sebenarnya. Tak nak layan...balik cari ubat. Degil.

Kasut murahan

Boleh pergi lagi?


Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...