Tuesday, August 9, 2016

ALWAN - WARNA BAHASA ARAB

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Disebabkan Amal tengah sibuk nak Praktikum KLP (Kursus Latihan Perguruan) bagi Fasa ke 2 ni, makanya sibuk lah duk godek-godek dalam internet, terutamanya Mr Google, tapi tak dapat pun bahan yang di cari...

memang banyak, tapi banyak yang tangkap muat je.

jadi, Amal buat sendiri. Okay habis cerita..

Tarra!!!...inilah hasilnya.



Warna-warna dalam Bahasa Arab











terima kasih sudi menyinggah disini.
Silakan kongsi dan manfaatkan bahan ini.
Nama buahan dalam bahasa arab pun ada juga


Monday, July 25, 2016

Saya Gadis Banjar : PENGALAMAN PERTAMA MAKAN SAMYANG CHICKEN HOT RAMEN....ARGHHH PEDAS BERDAS DAS

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Samyang Chicken Hot Ramen merupakan produk Korea. (macam iklan produk la pula). okay tak payah Amal kenalkan sangat lah ye, Mee ni dah famous kan?..kan?...especially for those yang minat dengan segala macam pasal Korea.

..........

 
sapa nak? percuma untuk dilihat...haha


Untuk pengetahuan, Amal bukan peminat Korea dari segi Kpop, Drama atau makanannya. Tak minat je...bukan tak ambil tahu. Drama korea yang melekat dalam kepala pun drama Korea yang lama-lama macam Boys Over Flowers, Fullhouse, Mygirl itu jelah... yang terbaru ni tak ambil tahu pun. (tapi tertahu juga sebab adik tersangatlah minat Drama Korea ni). Episod Runningman yang beratus tu pun boleh dia hadam. Adoyai!

Okay, okay  sekarang kita kembali ke cerita utama! Amal dah makan tiga kali. tiga kali yang berbeza.

Pengalaman Pertama Makan Samyang Chicken Hot Ramen

tiga perkataan : PEDASSSSS BERDASSS DASSS

-10.20 malam

disebabkan adik Amal yang jual ramen ni, jadi Amal pun rembat je dari kotak ramen yang dia jual tu, (muahaha...takdelah, tentulah minta elok-elok). Rancang elok-elok nak makan lepas terawih sambil duduk mengadap tv. Masa tu tv tayang cerita pasal anak derhaka. Ayah pulak dengan hensemnya masih dengan baju melayunya menjadi penemanku. (ayah tak perasan pun, khusyuk makan nasi)

sediakan remote dulu, baru pergi dapur

-10. 30 malam

nak kata teruja tu tak la sangat, tengok dulu arahan memasak macam mana, walau sepatah haram tak paham apa dia tulis. Nanti karang masak macam maggi asam laksa, hmmm sia-sia je, okay dah macam ada pemahaman, Amal pun mulakan. Rebus mee tu, then toskan mee yang dah rebus tadi. lepastu gaul dengan perencah dia. (senang cerita macam maggi goreng la...)


ibu jari putih tu kata bagus. bagus ke?

macam biasa je kan...

-10.40 malam

Bau perencah dia, sangat cili, entah lah belum rasa lagi. tapi masa gaul tu bahang-bahang kecilian sangat menusuk lubang hidung. Masa nak letak perencah ramen ni atas pinggan pun dah nampak menakutkan. warna merah cili yang merah pekat kehitaman. (hati Amal becakap-cakap, ini macam pedas je).  masa gaul pun dah nampak minyak cili dia yang berkilat.

takut nak makan!...bau pedas.

-10.50 malam.

berapa kali putar cili ni dekat garfu, tak masuk mulut pun. Ketakutan akan kepedasan menjelma. (tula, masa masak tak fikir...huhu). Since, ramen ni dah masak dan ada depan mata. membazir je kalau tak cuba. Kos lepas tu. Amal pun ambik nafas dan kumpulkan kekuatan. 

satu suapan singgah di mulut, dan perasaannya adalah...whoa...sedap. tak pedas pun.

suapan kedua pula diteruskan dengan momokan dalam hati. tak de la pedas sangat.

suapan ketiga. okay. Amal terkesima. pedassssnya. air...air...air. (tapi teringat yang makan ramen tak leh berenti, nanti makin pedas). air mata tak keluar lagi.

suapan keempat. mata amal mula berkaca-kaca.

suapan kelima. dan akhirnya air mata keluar mengalir laju. (masa ni ayah tanya. Angah makan apa sampai tersedu-sedu). Nak cakap dan bagitahu makan ramen pun dah kepedasan sangat. 

suapan keenam. makan lagi walaupun habis baju basah sebab kesat air mata. masa ni hampir 70% ramen yang Amal makan. 

suapan ketujuh. I give up. masa ni dah minum air bercawan-cawan. penuh perut dengan air je. tapi rasa pedas tu tak hilang pun. masalahnya ramen dia bukan pedas macam makan cili padi. Dia punya pedas ni menyengat dekat lidah. korang telan air pun tak jadi. 

disebabkan minum air tak jalan. Amal teringat dalam peti ais ada aiskrim vanilla. jadi, apa lagi Amal pun cuba lah. Yes, it works on me. bahagia sangat. seolah-olah dalam syurga aiskrim (melalut la pulak)

ada baki 30% ramen tu. agak-agak sapa yang makan?. yup! korang betul... ayah lah mangsa seteusnya. Mak, adik-adik semuaan guringan. ceritanya sama je. suapan pertama tak pedas. naik suapan kedua, ketiga, keempat. Macam tula rasanya. 

habis.

selamat mencuba.


# terima kasih pada semua yang sudi singgah di blog ni. 

perkataan banjar : guring = tidur

Friday, February 12, 2016

Tahun Baru Perangai Lama

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Kita dah masuk dan sampai ke tahun 2016. Saya pun dah menginjak ke usia pertengahan 20-an. Tua dah.

Okay. Kita tengok tajuk entry kali ni. Tahun baru perangai lama? Erk?...aku ke tu...

Pada pendapat peribadi, biarpun Kita masuk ke tahun baru, tiada masalah sebenarnya untuk kita kekalkan perangai lama kita. Jika perangai lama Kita tu bagus. Contohnya suka bersedekah, belanja kawan makan. Itu lebih baik daripada Kita menukar perangai tersebut dengan lebih buruk contohnya kedekut.

Azam?
Tak salah berazam. Cuma jangan berazam terlalu tinggi. Takut tak tercapai Je. Berazamlah dalam kadar kemampuan kita, dan tekadkan hati kearah itu. Jangan awal-awal musim Je...sampai pertengahan dah padam.

Habistu macam mana?...okay ni ada tips tahun baru perangai lama

1. Niat untuk menjadi lebih baik 
2. Tuliskan matlamat tersebut ditempat mudah dilihat
3. Mulakan dengan bismillah
4. Jangan tinggal solat.
5.tutup aurat sempurna. Stokin/stongan/Tudung melebihi Dada
6. Baca Al-Quran walaupun satu ayat.
7. Berdoa supaya Allah tuntun kita.
8. Istiqomah


Credit to: www.pinterest.com

Rumah Mutiara Kata 18

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Tanda ilmu berkat, sampai bila-bila masih ingat"

huraian : setiap dari diri seseorang pasti pernah mendepani majlis ilmu. Tidak mengira alam tadika, taska, sekolah rendah mahupun menengah dan juga universiti. Prosesnya adalah menuntut ilmu. Maka dari itu, apakah semua ilmu yang kita pelajari masihkah kita ingat?...ataupun sekadar meluluskan diri ketika waktu peperiksaan semata?...

Pesanan: belajar untuk menuntut ilmu, kemudian amalkan. Jangan belajar untuk menunjuk² ilmu, kemudian lupakan.


Tuesday, October 20, 2015

Rumah Mutiara Kata 17

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Harapan buat yang Berdoa, Jalan buat yang Berusaha"

huraian : Setiap yang bernama manusia itu akan menghadapi ujian daripada Allah swt. cuma apakah kita akan sabar atau sebaliknya. Maka dari itu banyakkan lah berdoa kepada Allah swt bukan sahaja ketika saat-saat duka malah juga saat-saat gembira. InsyaAllah Allah swt akan memberi kita jalan yang kadangkala tidak kita sangka-sangka. Letakkanlah keyakinan sepenuhnya (100%) kepada Allah swt tanpa mengurangi sedikit pun. 

*Jangan pernah putus asa kerana Syaitan juga tidak pernah kenal putus asa menyesatkan manusia. jadi mengapa kita begitu cepat menyerah kalah sebelum berjuang?


Godaan Syaitan

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...kita mulakan hari dengan ucapan rasa syukur yang sangat-sangat kerana Allah SWT. Pernah tak baca komik Siri Godaan Syaitan yang di olah oleh Tuan Badrul Hisham Shari atau lebih Popular dengan gelaran Pak Cik Bad. (klik link untuk tengok laman buku)

Sejak sekolah menengah sampai dah kerja ni pun masih lagi saya suka dan tatap berbanding komik lain. sebab apa suka komik ni?

1. sebab lukisan yang cantik dan comel-comel je
2. lontaran dialog yang terbaik!
3. ada Hadith Nabi dan Dalil Al-Quran
4. Kata-kata motivasi
5. Pengajaran 

Dalam komik ni ciri-ciri ketara yang ditunjukkan syaitan adalah tidak kenal putus asa dan tetap terus menerus berusaha menggoda manusia untuk melakukan perkara maksiat.

kalau manusia yang digoda tadi ikut apa yang syaitan cakap nanti bertepuk tanganlah mereka tanda gembira. Dalam komik ni ada dua syaitan yang popular. Syaitan Gemuk warna hijau dengan Syaitan Kurus warna ungu. Dan manusia yang digoda ada pelbagai tidak ditetapkan. Cuma setiap episod yang dipaparkan adalah berkaitan dengan keadaan semasa.

lain pula halnya kalau manusia tadi tak endah dan buat tak tahu bila digoda syaitan gemuk dan kurus ni. Maka Pak Cik Bad akan buat mereka berdua berasa benar-benar kecewa dengan mimik mukak yang sememangnyo hodoh lagikan tak hensem.

Samada di tengah penceritaan atau penghujung cerita akan diselitkan kata-kata hikmah, Hadith Nabi mahupun dalil Al-Quran supaya menjadi penguat cerita dan peringatan juga buat kita.


okay! baiklah.
Saya bukanlah promoter buku ni, tapi sekadar mewawarkan buku-buku terbaik yang boleh dijadikan koleksi. Komik-komik dipasaran memang banyak. Cuma antara yang banyak itu ada yang terbaik. Sekadar pandangan saya.







hasil nukilan:
Pengembara Berbaju Kurung | Dayang Bungah 


Monday, August 31, 2015

Saya Gadis Banjar : Hidup Macam Kelapa

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...cuti merdeka ni, godek-godek laptop sendiri dan jumpa gambar-gambar lama masa arwah nenek (al-fatihah) masih ada dekat kebun kelapa. Memang cadang nak buat entry pasal Kebun Kelapa tapi masa tu agak terhad sikit.

Masa saya duk menanam anggur(nganggur der) orang lain namanya tanam anggur tapi saya tanam kelapa. Ambil upah mengopek kelapa, jual kelapa dan apa sahaja yang berkaitan Kelapa. Dalam banyak-banyak Pokok. paling Amal suka pokok Kelapa lah. nak tahu sebab apa?

sebabnya:
1. akar: manusia memerlukan kekuatan dari dasar macam pokok kelapa, walaupun batangnya kuat tapi kalau akarnya lemah...tumbang juga. thats mean, strenght our iman!. 

2. Batang : tubuh badan manusia boleh diibaratkan macam sebatang pokok kelapa kerana setiap satu batang pokok kelapa itu saling bergantung diantara satu sama lain, begitu juga tubuh badan...setiap sendi yang terdapat pada batang tubuh saling bergantungan. from top to toe.fikir dan renung.

3. buah kelapa; Buah kelapa ni ibarat mulut yang keluar dari sebatang pokok kelapa. kadangkala buah kelapa nya cukup cantik, sedap dan elok. namun kadangkala buahnya ada yang kurang. Begitu juga mulut manusia. seandainya di jaga dengan baik maka hasil yang keluar dari mulut juga baik. mesti sedap didengar macam air kelapa. mudah diteguk. seputih isinya.

4.Daun kelapa. Macam mahkota lah, lambang yang membezakan pokok itu, Daun kelapa ni unik, Allah ciptakannya lurus. supaya kita boleh jadi yang orang berada di jalan yang lurus. Iman macam sebatang lidi mudah dipatahkan tapi jika imannya kuat, tentu sukar untuk dipatahkan malah mampu pula membersihkannya jiwa yang lain bagai penyapu.

Aduhai, jiwa sastera memang meresap ke tubuh dan jadi darah daging. Maaf ye. Haha.

Itulah, kalau nak cerita pasal kelapa ni, macam-macam sebenarnya. Tangan orang yang mengopek kelapa pasti tahu bagaimana rasanya. Hidup ni macam kelapa. Tinggi. Tapi kalau takut jangan jadi kelapa yang tinggi. duduk rilex kat bawah macam rumput. 




hasil nukilan :
Pengembara Berbaju Kurung | Dayang Bungah

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...