Sunday, April 26, 2015

Peranan Guru dalam Pembentukan Insan Soleh

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Insan soleh menjadi dambaan, impian dan cita-cita bagi setiap ibu bapa yang bertaqwa. Dalam mencapai usaha murni ini, bukan ibu bapa sahaja yang memainkan peranan, malah guru turut menjadi penyumbang dalam pembentukan insan soleh. Ini kerana, guru merupakan golongan kedua yang terdekat setelah ibu bapa. Pendekatan yang ditunjukkan guru akan menjadi pengaruh dalam mencorakkan sikap seseorang anak. 

Terdapat tiga peranan penting seseorang guru yang boleh memberi kesan dalam pembentukan insan soleh iaitu menunjukkan contoh yang baik, nasihat yang berterusan dan menanam sikap terpuji dalam diri anak murid.

Peranan seorang guru dalam menunjukkan contoh yang baik sememangnya akan memberi kesan kepada sikap dan perangai anak-anak murid. Contohnya, seperti guru yang menjaga kebersihan, bercakap dengan sopan dan merendah diri. Kesannya, apa yang ditunjukkan guru akan menjadi ikutan kepada anak murid tersebut. Oleh sebab itu, seseorang guru mestilah memiliki akhlak yang terpuji terlebih dahulu. 

Apabila anak murid sudah terbiasa melihat contoh yang baik, insyaAllah kelak sikap dan perangainya akan menurut apa yang ditunjukkan oleh guru itu.
Sabda Rasulullah s.a.w:
اِذا مَاتَ ابنِ آدم انقَطَعَ عَمَلُهُ اِلَّا مِن ثَلَاثَة : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ, اَو عِلمٍ يُنتَفَعُ بِهِ, او وَلَدٍ صَالِحٍ يَدعولَه
Maksudnya: “apabila telah mati anak adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”

Peranan kedua adalah dengan memberi nasihat secara berterusan kepada anak murid melalui pendekatan kasih sayang. Firman Allah taa’la dalam surah Luqman ayat 13 yang telah mendidik anaknya:

Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik adalah kezaliman yang besar”.

Seorang guru tidak boleh mudah berputus asa atau mudah mengalah dalam menghadapi sikap nakal seoarang anak murid. Guru yang baik tidak akan membiarkan anak murid yang berperangai sukar tanpa tarbiah. Usaha guru itu mestilah optima. Yakni memberikan kesungguhan pada tahap tertinggi. Terkadang, apa yang salah pada seseorang guru ialah sering meletakkan andaian negatif pada anak murid. Natijahnya, anak murid akan lebih agresif dan bertindak diluar jangka. Ketahuilah, setiap anak murid itu adalah suci dan berpotensi menjadi mutiara yang bersinar kelak.

Sekeras-keras batu, ianya melekuk juga apabila dititiskan air setiap hari. Begitu jugalah seorang anak murid. Guru mestilah memberi nasihat yang tidak putus. InsyaAllah nasihat secara berhikmah akan dapat melembutkan hatinya dan berubah menjadi insan soleh.

Menanam sikap terpuji dalam diri anak murid adalah peranan ketiga seorang guru dalam pembentukan insan soleh. Guru boleh menceritakan kisah-kisah teladan daripada Al-Quran mengenai para nabi mahupun kisah-kisah berkaitan dengan para sahabat. Anak murid akan lebih cenderung dan berminat kerana kelebihan orang yang bersifat terpuji. Teguran secara berhikmah apabila anak murid melakukan kesalahan akan lebih memberi impak kapada anak murid. 

Guru juga perlu mendoakan anak murid supaya sentiasa mengamalkan sikap-sikap terpuji dalam diri dan tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik. Dalam surah Ali-Imran ayat 38, Allah berfirman:
Bermaksud: “wahai tuhan kami, kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa.”

Disamping berdoa, perlu diberi penekanan dari aspek fardhu ain dan kifayah supaya dapat membangun diri, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, peranan seorang guru itu sememangnya penting. Tidak dinafikan peranan guru sangat besar dalam membentuk sahsiah dan jati diri budi seseorang insan soleh. Namun, proses yang paling penting adalah hikmah. Berikanlah kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta tumpuan sepenuhnya. Didiklah supaya sentiasa beramal soleh dan dan tinggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

# ilmu, iman dan amal...


Saturday, April 25, 2015

Saya Gadis Banjar : Misi Cari Mentarang

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

 .............

Alhamdulillah...pagi-pagi lagi Allah dah bagi idea nak tulis apa dalam blog...
Godek-godek gambar dalam laptop...jumpa beberapa gambar masa awal tahun lepas masa cari mentarang dengan ayah kat laut.

replika mentarang
sejak Amal duduk kampung masa tahun 1997, seingatnya tak pernah ada aktiviti mencari mentarang pun kat laut...setakat cari kerang, remis, ikan adalah...

tapi sejak tahun 2003, fenomena cari mentarang di kawasan Sekinchan jadi macam pesta...

sekarang masih ada, cuma ikut musim...
kata orang kampung mentarang ni banyak kat perak pulak...
belah mana?...ouh tu Amal tak pasti...


jadi, awal tahun lepas...masa balik kampung...
Amal tengok di bahu kiri kanan jalan dekat PAPITUSULEM (haha..ini ringkasan bagi Parit Tujuh Sungai Leman)...banyak betul orang jual mentarang...
Amal tanya ayah...tengah musim ke?...
Ayah jawab ye...

Apalagi, Amal ajak ayah pergi cari mentarang kat laut...

dah lama tak makan mentarang...boleh je nak beli...tapi takut tak puas..
cari sendiri baru puas hati...haha

pagi-pagi lagi ayah dah pergi ke laut nak tengok air laut dah turun ke belum...
ada sebahagian nelayan dorang tak tunggu pun air laut turun...ye la dah pakar..
kitorang ni baru nak pandai cari...haha..

cari mentarang dalam air surut senang sikit sebab dah nampak lumpur...
mentarang ni macam cari cacing tanah..sifatnya dalam tanah lumpur tu...
kita kena korek lupur tu...pastu dah jumpa mentarang...senang je...seronok wooo

yang penatnya bukan cari mentarang...tapi nak berjalan atas lumpur tu...
sebab lumpur dia memberat kaki..dan kat laut ada banyak benda tajam..seperti kulit kerang, tulang..bila salah pijak boleh berdarah tapak kaki...dan selalunya..kaki yang pijak lumpur kat laut tak boleh lari daripada luka, calar balar dan seangkatan dengannya.

Alhamdulillah...
dapat banyak juga...rezeki dari Allah.
terima kasih ayah.

# Amal anak ayah. Amal anak emak.




Rumah Mutiara Kata 12

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

       "kalau berani jadilah pokok yang tinggi, 
                 kalau takut jadilah rumput yang rendah"
                  

huraian : pokok itu sifatnya kuat dan sukar untuk ditumbangkan, maka jadilah kita seperti pokok yang mana tidak mudah putus asa dengan ujian dan dugaan yang datang. Namun jangan jadi seperti rumput, kerana sifat rumput itu mudah berubah mengikut angin tidak tetap pendirian dan sering dipijak orang. Anda nak jadi yang mana?  
wallahua'lam.
rindu asza yang suka merajuk ni...huhu 

Friday, April 24, 2015

Rumah Mutiara Kata 11

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

                                    "Great idea, come up with great question"
                  

huraian : mari kita ajar otak supaya berfikir tentang berfikir. Bagi mendapatkan idea yang hebat mestilah dimulakan dengan soalan yang hebat. namun perlu dipastikan soalan yang dilontarkan bukanlah sesuatu yang tidak diharuskan seperti kaum yang bertanya berkaitan lembu dalam surah Al-Baqarah, pertanyaan itu mestilah bertujuan baik untuk menambah pemahaman dan pengetahuan. 
wallahua'lam.

Saya Gadis Banjar : Travelog di Bumi Terengganu 2

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Alhamdulillah...
Jazakallahu khairan pada semua pembaca yang sudi menapak sekejap disini...

Ingat tak pasal Amal nak balik selangor sebab dah terlebih masa dekat Terengganu?
haha..kalau tak ingat kena la baca balik Saya Gadis Banjar : Travelog di Bumi Terengganu 1...
Amal tahu ramai nak tahu sambungannya kan??

Usai solat, Amal tunggu dekat MBKT...jam dekat tangan menunjukkan pukul 10.30 malam...
satu jam sebelum Bas Amal sampai.

Amal duduk dekat salah satu terminal bas...dan memang hentian bas akan sentiasa ramai dengan orang kan...
masa tu orang di kiri dan kanan Amal bertukar-tukar...haha Amal tak tahu kenapa...but I got happy feeling that night...don't ask why...

okay...jam dah pukul 11.15 malam...dan tak nampak batang besi mahupun mata lampu bas pun...
uit bas...where are you??

akhirnya..bas yang di nantikan tiba dengan gemilangnya jam 11.45 malam...
(bas ni tak tahu kot ada seseorang tu macam nak peluk bas..sebab datang 'awal' sangat...)


3 Disember 2013

Klang Sentral!...Klang Sentral!....

suara garau pemandu Bas ni..mengejutkan orang yang sedang enak di buai mimpi dalam bas...
termasuk Amal.

tengok jam tangan...lebih kurang 5 pagi..(mata mamai masa ni..)

sambil gosok-gosok mata..tangan angkat beg, keropok lekor, sweater...tak double check pun terus melulu turun...

lepas turun bas...berjalan agak-agak dalam lima minit...nak ambik air kat tepi beg galas...
TARA..takde!!

Aduh!..ni mesti tertinggal dalam bas...

because of that water...Amal letak beg, keropok lekor, sweater dekat tengah-tengah jalan...berlari sebab nak kejar bas...(mungkin sepantas mr bolt...)

Amal takde masalah kalau korang nak bayang macam kekasih yang kejar bas...
tapi seriously...Amal kejar bas sebab botol air kesayangan Amal...yang mana Amal beli hasil gaji pertama...
that RM25 tupperware (promote la pulak)...banyak kenangan dengan botol ni...

Alhamdulillah...jodoh Amal dengan botol ware~ware ni masih kuat..Allah bagi peluang untuk kami bersama...(haha..macam bencinta pulak)

lepas solat subuh...Amal pergi cari sarapan...
sorang ke?...ye la...dah pergi sorang-sorang kot...

Amal mengopi pagi-pagi dekat klang sentral tu...
sambil perati orang yang lalu lalang...
(mesti korang pun perati je perangai Amal...ngehngeh)

lepas sarapan...
Amal pergi cari tiket nak balik kampung pulak..jam dah pukul 8 pagi..rumah tak sampai lagi...haha

masa nak beli tiket...ada kakak ni tanya

Adik nak balik mana?...Amal cakap nak balik sabak bernam..

masa Amal jawab tu..tetiba ada sorang kakak ni..tegur Amal..
Amal tak kenal akak ke? Akak orang sabak bernam...
(hah..bila masa pula aku kenal akak ni.??)

Rupanya akak ni tengah cari kawan nak teman dia balik sabak bernam...
ouh patutlah ajak Amal..yea!...dapat kenalan baru...

bas gerak dalam pukul 9 pagi...
since ada akak kat sebelah..Amal tak boring langsung sebab banyak borak dengan akak tu...

jadi, diringkaskan cerita..Amal sampai rumah dalam pukul 11 pagi...
nampak tak..betapa dekat perjalanan...

KESIMPULANNYA
sebenarnya..banyak hikmahnya apabila kita pergi bermusafir ni...
bagi Amal..tiada masalah, seandainya niat kita itu baik.
Pengalaman ini mengajar Amal untuk menjadi diri sendiri, menjadi lebih berdikari, berani, dan tidak mudah berputus asa. 

# rindu nak bejalan lagi...tapi awal-awal dah dapat kad kuning dari ayah...haha..
# ayah suruh pergi bejalan berdua...bertiga...berempat...


rindu pulak nak keropok lekor


























Wednesday, April 15, 2015

Rumah Mutiara Kata 10

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

                                    "A good leader start from a good follower"

huraian : setiap orang itu adalah pemimpin, jika tidak memimpin satu tampuk atau kawasan yang besar, ini bukan bermakna anda bukanlah pemimpin. Anda menjadi pemimpin kepada diri sendiri. dan pemimpin yang baik itu bermula daripada pengikut yang baik disebabkan orang yang diikutinya itu. so tunggu apa lagi???

Saya Gadis Banjar : Travelog di Bumi Terengganu 1

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


Alhamdulillah...terima kasih emak dan ayah...
moga kita semua sentiasa mendapat Rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.

okay...silalah sambung baca...

Disebabkan kerinduan yang melampau terhadap terengganu, jadi Amal ambil keputusan untuk melawat Terengganu. Ni cerita 2 tahun lepas, since I did't start my study yet. 

plan dalam kepala lama dah berkepuk, tapi tak jalan-jalan, akhirnya buat on the spot,  mula-mula minta izin dengan ayah boleh tak nak gi jejalan ni. yela sengsorang pulak tu...mau tak risau... hehe..ayah bagi lampu hijau...dan my plan...ON

malam tu call member, cakap nak datang terengganu...apalagi semua teruja sebab ARTIS ni nak datang...(Hmm..perasannya)

dari atas bukit panorama


28 November 2013
okay..ayah turunkan dekat Klang sentral, sebelum tinggalkan anak kesayangannya ni, ayah temankan Amal beli tiket..manalah tau takde, tak pasal-pasal jadi anak ketinggalan (ada ke istilah tu?)...tu la plan on the spot, sesuka hati...haha

sambil nak naik tangga, nak menuju ke kaunter tiket tu...tak habis-habis mulut ni berzikir..Ya Allah harap ada lah tiket...

fuhh...sampai kat kaunter, tiket habis!...TARA...haha...ayah gelakkan, padan muka katanya...plan lah sangat...

Aduhai, mulut Amal dah muncung sedepa...sebab kekecawaan yang melanda...korang boleh bayang tak dengan beg besar...tiba-tiba tak dapat pergi!!!...

Amal tak puas hati...Amal tanya lagi kat kaunter lain...dan semua tiket habis...(pergi time orang konvokesyen...memey la)...

Dengan wajah yang mendung...hati kecewa...masa kaki nak melangkah dari kaunter tiket tu..ada 2 orang perempuan datang nak jual tiket...

apalagi Amal pun cepat-cepat tanya...manalah tau dorang tu jual tiket Terengganu...Alhamdulillah, rezeki Amal hari tu dapat juga pergi Terengganu.
and 10 minit je lagi nak jalan...haha...kelam kabut der..time tu.

dan bermulalah perjalanan ke Terengganu sorang-sorang...
(macam tak pernah pergi je..)

sampai pukul 6.30 petang dekat MBKT.
perut lapar masa ni...tapi tahan sampai kat "homestay"...haha

call member Amal iaitu Siti Hajar...cakap dah sampai...depan umah, depan pintu...
Alhamdulillah dapat peluk dengan tubuh-tubuh dan menatap wajah-wajah yang dirindui.

lepas menunaikan solat maghrib dan Isyak, baru cari makanan...memenuhi nafsu makan.
Totally best this moment...sampai ke pagi berborak. (berapa tahun punya cerita)

esoknya ada misi lain pulak.

29 November 2013-1 Disember 2013
siap pagi-pagi lagi, sebab nak kejar bas awam, atau lebih dikenali sebagai bas keranda disebabkan fizikal bas unik ini diperbuat daripada kayu. stylo ooo

lepas buat bayaran RM 2, bas pun jalan...

ternyata Kuala Terengganu, still same...takde yang berubah pun...mungkin orangnya yang berubah.

walaupun bas ni bergerak lambat sebab nak pick up orang, its okay...Amal bukan nak cepat pun...kalauu nak cepat dah lama Amal sewa kereta.

Amal suka tengok orang yang naik dan turun dari bas ni, sebab dari situ kita boleh belajar seseuatu.

setiap perjalanan hidup seseorang itu tidak sama, Amal melihat adik lelaki sendirian yang naik bas awam untuk pergi sekolah, pasangan tua yang naik bas awam turun di salah satu kedai runcit, wanita muda yang naik bas untuk pergi kerja. semua ni...kalau kita pandai berfikir kita boleh ambil pengajaran.

Alamak...nampak emosi dah masing-masing baca...

Pagi ni...apalagi jalan-jalan Terengganu la...nak tahu datang la...macam-macam ada...seriously!

Terlalu menarik untuk diceritakan...haha..

2 Disember 2013
seronok-seronok juga, tapi ayah dah bising dah...tanya bila Amal nak balik?

5 hari dah kat Terengganu, tak ingat selangor dah ke?...aduhai...amal tak terasa pun..
Akhirnya cakap dengan Hajad, yang amal dah kena sound dengan ayah sebab lama sangat...hehe sebab janji nak pergi 2 atau 3 hari je...ntah macam mana boleh terlebih..

masa nak balik teringat niat nak beli 100 batang keropok lekor...banyak tak???...dahla sorang-sorang

ambik kau, masa nak balik tu terpaksa memapah 100 batang keropok lekor atas bahu..mak ai memang berat!

member offer nak hantar sampai MBKT, amal cakap tak payah...tak backpacker la..kalau orang hantar...

naik bas awam baru mencabar.

dalam bas kepala otak dok fikir...tiket tak beli  lagi, sambil teringat kejadian masa dekat Klang sentral...

InsyaAllah ada (tenangkan diri...tapi takut juga)

pukul 4 petang sampai MBKT, tanya 2 3 kaunter jugaklah..haha dejavu...takde tiket
last sekali pergi dekat kaunter ni..final choice...Alhamdulillah ada...

sebelum beli, gaduh dulu dengan akak kat kaunter tu, sebab Amal nak bas gerak awal..tapi boleh dia kata paling awal pukul 11.30malam...awal ke tu???

alright akak kaunter...you win...

lepak dulu kat masjid putih, sambil bawa keropok lekor 100 batang...

ada makcik tu tanya masa duduk tepi tiang masjid;

makcik: Dari mana nak?
Amal: dari selangor makcik...datang jalan-jalann sini.
makcik: bawa apa tu nak?...nampak berat je?
Amal: ouh ni...keropok lekor 100 batang..
makcik; amboi,,,banyaknya...nak bagi sapa?
Amal: nak bagi keluarga, saudara mara...jiran.
Makcik: takpelah, mudahan selamat sampai..

jumpa seseorang kat sini...haha..jeng jeng...

#walau di mana anda berada jangan lupa solat, jangan lupa tutup aurat, sebab kita tak tahu mati bila dan dimana.


TO BE CONTINUED.....
boleh lah baca sambungan nya..click link di bawah.
Saya Gadis Banjar : Travelog di Bumi Terengganu 2

Sunday, April 5, 2015

Rumah Mutiara Kata 9



Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

                                    "semakin beragama, semakin sihat"

huraian : Agama Islam, bukanlah agama yang membebankan umatnya, malah agama itu merupakan agama yang memudahkan umatnya. Bagaimana dengan mengamalkan apa yang diperintahkan ALLAH SWT kita akan menjadi sihat?...sedarkah kita apa yang diperintahkan ALLAH SWT itu membawa seribu satu kebaikan. Solat bukanlah membebankan. Solat adalah ibadah yang menyihatkan tubuh badan. SOLATLAH. malah sebelum kita melakukan solat kita perlu berwuduk dan memastikan anggota badan, pakaian dalam keadaan suci dan bersih. Terlalu banyak kebaikan yang bakal kita peroleh apabila kita mengamalkan agama ALLAH SWT dengan sebaiknya. Ingatlah, kita nak sihat, namun kita nafikan hak ALLAH SWT. 

Soalan saya; ANDA ISLAM?...

~ramai yang Islam pada nama...tapi hidupnya tidak mengambarkan Islam yang sepatutnya. 

Jawapan anda : Ya SAYA ISLAM.

~sebab mak dan ayah saya Islam...

# tak pernah wujud kata terlambat utuk bertaubat. jaga SOLAT. manusia bukan hidup lama. MATI itu pasti. SOLAT itu asas agama...tiang agama. Sorry to say...kalau tak jaga kita nak jawab apa dekat MALAIKAT MUNGKAR DAN NAKIR?...tahu tak soalan pertama apa?...YOUR SOLAT!!!...kalau gagal jawab soalan itu, macam mana nak jawab soalan lain. JOM SOLAT. Buang ego dan malu buat baik dihadapan manusia. patutnya lebih malu dengan dosa yang kita buat dihadapan ALLAH SWT. 




Saya Gadis Banjar : Urang Babandang (Pesawah Padi)



Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Alhamdulillah...
"kita merancang dan Allah SWT merancang...dan ketahuilah Allah SWT itulah sebaik-baik perancang"...

Aik?...apasal Amal rajin je update blog sekarang ni...

...................

okay lah, masuk tajuk...
nampak tak tajuk kat atas... Urang Babandang, bahasa modennya Pesawah padi.

masa zaman-zaman kegemilangan Amal era tahun 1997 sampai la sekarang 2015, Amal pernah menjadi Urang Babandang sepenuh masa pada tahun 2012. yup! for full time.

kalau nak cerita pasal padi ni, daripada A sampai Z amal boleh cerita. Best!
Amal pergi sawah atau lebih mudah dipanggil bendang oleh orang-orang kampung seawal jam 7 pagi. 9.30 pagi rehat sambil makan nasi lemak dengan mak dan ayah atas tanah bendang. Selepas itu sambung balik sampai pukul 11 pagi. 

waktu tengahari dah takde orang kat bendang, sebab panas!
semua pesawah akan sambung petang nanti,  jam 3 sampai kul 5. kalau ada yang rajin sampai 6.30  petang kat bendang. 

yang Amal nak kongsi, cerita secara ringkas bagaimana proses umum penanaman padi yang dilakukan.

PROSES PERTAMA: TANAM BENIH

Ada beberapa jenis kaedah penanaman padi.
1. kaedah  tabur benih padi
2. tanam jalur (guna mesin)
3. tanam mesin

bila nak betulkan anak padi yang mati, pesawah kena turun bendang, masa ni, nak masukkan kaki dalam bendang...Allah SWT sahaja yang tahu betapa sejuknya tahap air dalam bendang jam 7 pagi...memang sejuk. 
waktu pukul 7, berembun 

PROSES KEDUA : MEMBAJA

padi perlu dibaja bagi mendapatkan butir beras yang baik dan cantik...
ada banyak juga jenis-jenis baja ni.
1. baja buah
2. baja urea
3. macam-macam baja yang diberi subsidi oleh kerajaan Malaysia.

PROSES KETIGA : BUANG PADI ANGIN

sebelum padi mencapai tempoh matang, terdapat padi yang bercampur dengan padi angin dan saiznya lebih besar daripada padi yang ditanam akibat penyerapan baja. oleh itu, para pesawah perlu turun ke bendang dan membuang padi angin tersebut. ini kerana padi angin akan terurai atau jatuh apabila masak. ini  boleh menyebabkan kerugian bagi pesawah. 

PROSES KEEMPAT : TUAI PADI

yang ni tunggu padi masak. lepastu potong. musim tuai padi ni lebih dikenali dengan musim panin...hehe orang banjar panggil musim ngerat. Budak-budak kecil dan orang tua-tua suka sangat musim ni. faham-faham la...

PROSES KELIMA : PENYEDIAN TANAH

siapkan tanah untuk proses pertama semula, dalam tempoh ni...pesawah perlu meracun, membajak, mengairi dan macam-macam lagi...itupun setelah mendapat tarikh daripada Jabatan Pertanian bila penanaman padi akan dimulakan. 
ini gambar dari atas palong, belakang rumah Amal


PERKATAAN BANJAR HARI INI

1. Pernah        =     suah
2. Kalau         =      Amun
3. Betulkan    =      Bujurkan
4. Besar         =      Ganal
5. Kecil          =      Halui

# tak tahu nak cerita macam mana seronoknya kaki dan badan berada berada dalam tengah-tengah sawah padi...
# bermula dari sini Amal tahu susahnya nak dapatkan sebutir beras, dan pengorbanan besar yang mak dan ayah lakukan demi membesarkan kami enam beradik. 

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...