Friday, December 23, 2016

Murid Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Murid berkualiti, adakah lagi masa kini, identitinya sukar dicari, susuk peribadi sukar ditemui, kemanakah ciri-ciri murid berkualiti yang boleh dicontohi?

Tiga medan akan kita tempuhi bersama, pertama mengenal pasti ciri-ciri murid berkualiti yang membawa kita mengenali dengan lebih mendalam. Kedua, proses pembentukan murid berkualiti yang mengambil kira didikan awal dan seterusnya.  Ketiga, kesan murid berkualiti bukan sahaja impak kepada diri malah kepada masyarakat dan juga negara.

Dengan itu, mari bersama kita membuka minda, mencakna jiwa mendalami “Murid Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan”.

Pembaca sekalian,
Pertama. Kita perlu mengenal pasti ciri-ciri murid berkualiti. Bagi menghasilkan murid yang cemerlang mestilah dengan kualiti muridnya. Persoalannya karakter bagaimana yang ingin di cari?. Jawapannya melalui 3 B. Bijak, berilmu dan beramal.

Bijak bukan sahaja terletak pada fikiran, bijak juga terletak pada hati. Bijak juga dalam tindakan. Bijak perlukan ilmu. Berilmu syarat kedepan. Berilmu syarat sang pemimpin. Berilmu ketika berurusan. Berilmu jangan disimpan tapi untuk diamalkan. Supaya, lebih kuat, lebih hebat dan berkat. seperti kata buah fikir ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Pembaca sekalian,
Setelah kita mengenal pasti ciri-ciri murid yang berkualiti. Kita perlu ke langkah seterusnya. Dimana, proses yang penting bagi membentuk seorang insan yang kamil. Bahan asas telah ada, Bijak. Berilmu. Beramal. Namun, alat apa yang boleh kita gunakan bagi menghasilkan sesuatu yang cantik. Alatnya juga mesti cantik. Iaitu 4 D. Didikan ibubapa. Didikan guru. Didikan rakan-rakan. Dan didikan masyarakat.

Didikan ibu bapa merupakan guru pertama bagi seorang manusia, bahkan madrasah terawal bagi sang anak. Ibu bapa mestilah memberikan yang terbaik dengan mengenalkan ilmu mengenal tuhan, ilmu mengenal rasul dan ilmu kehidupan. insyaAllah apa yang terhasil pasti hebat dan berkesan.

Kedua, didikan guru. Kesinambungan daripada didikan ibu bapa. Guru adalah gedung ilmu formal insan ke langkah seterusnya. Guru mengaji, guru bahasa, guru matematik, guru silat atau apa sahaja guru menyempurnakan lagi pemahaman ilmu yang telah diberikan. Sebagai persiapan menuju dunia sebenar. Sebagai bekalan menghadapi alam yang mencabar.

Ketiga, didikan rakan yang membawa pengaruh besar yang mencorak anak ini tadi. Untuk pengetahuan kanak-kanak adalah peniru yang terbaik. Berkualiti rakannya, maka berkualiti lah dia.
Keempat didikan masyarakat, dari awal kita menyebut didikan ibu bapa, didikan guru, dan didikan rakan. 

Maka, hal yang penting juga mestilah pengaruh dari masyarakat sekeliling itu sendiri. Akhlak masyarakat setempat yang berbudi akan disantuni, jiran yang saling menghormati akan diteladani, disini nanti kita akan melihat setiap rumah memiliki anak yang cemerlang duniawi malah cemerlang ukhrawi

Pembaca sekalian,
Akhir sekali, apakah kesan murid berkualiti? Apakah untungnya kepada ibu bapa? Apakah kebaikannya pada guru, masyarakat ataupun negara?

Dalam keluarga akan mendapat permata yang bernilai dan bersinar, menjadi kebanggaan ibu dan bapa. Namanya akan menjadi sebutan yang baik dalam masyarakat. Walau nanti mati meninggalkan jasad. Negara akan menjadi cemerlang kerana rakyatnya. Bagaimana? Anak yang cemerlang akan menjadi ibu bapa cemerlang. Ibu bapa cemerlang akan menyumbang dalam negara. Hasilnya negara turut cemerlang.

Kesimpulannya,
Pembentukan seseorang murid yang berkualiti mestilah dijaga daripada awal. Disamping berdoa, perlu diberi penekanan dari aspek fardhu ain dan kifayahnya. Supaya Allah sentiasa menjadi rujukan utama. Semoga murid yang berkualiti bukan sahaja cemerlang akdemiknya namun turut cemerlang akhiratnya.

Akhir kalam terimalah serangkap pantun daripada saya.
Dua tiga kucing kampung,
Mana nak sama kucing di pekan,
Orang berilmu mesti disanjung,
Anak soleh jadi impian.

Sekian.
Dayang Bungah

Rumah Mutiara Kata 19

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Jika datang majlis ilmu dengan ilmu, tiada apa yang diperolehi 
tetapi jika datang majlis ilmu tanpa ilmu, maka segalanya akan diketahui"

huraian : jika kita mahu menuntut ilmu, datanglah dengan tangan yang kosong tanpa ilmu penuh di dada, kerana kita perlu merendah diri dihadapan guru. Ilmu yang penuh semasa menuntut ilmu menyebabkan kita tidak akan beroleh apa-apa kerana kita rasa segalanya telah kita tahu. sebaiknya kosongkan ilmu kita untuk diberi ruang kepada ilmu yang baru.

Don't ever and never thought that you know everything in this world, what we know just only a small portion on our little brainy. Remember Allah is greatest among all the greatest.

Notes: Perhaps, you can quit to be a student, but you may stay and still to be a learner.



CERPEN : Min Min si Wedding rush planner

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tak mahu bersoal jawab, bosan kan?...ada masa ni, layan jelah. Huhhh, selamat membaca.

watak-watak dalam cerpen:
1. Min-min
2. Entah lah

watak utama : min min
Hari lain, cerita pun lain macam-macam dah min min buat untuk selamatkan keadaan.

Nampaknya tak berjaya juga nak selesaikan kes putus cinta antara yibie dengan mamat kelabu tu. Entahlah tak tahu lah ubat gigi jenama apa yang mamat kelabu tu pakai sampai si yibie yang berbulu kembang tu boleh sangkut dengan kehenseman gigi dia.

Esok yibie nak jumpa nak bincang perkara tu. 
Tapi min min takde keputusan lagi. 
apa benda yang min min boleh cerita dekat yibie.
dahlah yibie bayar min min mahal untuk upah min min supaya yibie dapat kawin dengan mamat kelabu.

min min cuba mencari akalnya yang hilang merayau entah kemana. pergi korea kot tak balik-balik lagi.

"ahha!...aku dapat akal" kata min min bermonolog sendiri dalam hatinya.

malam tu min min buka almari dan mencapai begnya dalam gelap. segala jenis perkakas dan pakaian diambil untuk keperluannya ketika dalam perjalanan menuju ke korea. 

alasannya min min mahu mencari akalnya yang pergi merayau ke korea.

tiba-tiba...

telefon jenama kambingnya berdering..."ngembek...ngembek"
banyak kali telefonnya mengembek-ngembek minta diangkat.

"alamak..macam mana ni" bisik hati min min...dia memang sebolehnya tak mahu angkat telefon itu apatah lagi nama yibie yang keluar di paparan hadapan telefon itu.

tapi setelah banyak kali telefon tu mengembek-ngembek, min min terpaksa mengalah dan mengangkatnya.

yibie : hello min min, macam mana kes saya? dah selesai ke? esok saya boleh kawin dengan mamat kelabu tu kan?

min min : hello yibie, hmm kes awak esok akan selesai, saya dah bagitau dengan mamat kelabu tu yang awak nak kawin dengan dia.

yibie : ohh yeke? baguslah tak rugi saya bayar min min mahal-mahal...bukan senang nak dapat tikus jenama mickey mouse tau..okaylah..kalau macam tu pukul berapa saya boleh kawin dengan dia?

min min : (min min tengok jam di telefon kambingnya menunjukkan pukul 7.59) esok pukul 7.59 pagi dekat belakang reban ye...jangan lambat satu saat tau!..sebab kalau lambat mamat kelabu tu akan batalkan perkahwinan tu.

yibie: baiklah! terima kasih min min

min min sedang hehehehe dekat rumahnya.

malam tu yibie terbayang-bayang perkahwinan yang gilang gemilang diantara dia dan mamat kelabu yang berlangsung di belakang rumah. dengan sorakan daripada tetamu seperti ayam jagau, ayam betina, kambing, cacing dan ramai lagi menyebabkan hati yibie cukup berbunga-bunga. sehingga jam 3 pagi yibie masih belum melelapkan mata.

esoknya, min min sudah terpacak di belakang reban pukul 7.58 pagi dengan mamat kelabu, tapi bayangan yibie masih belum hadir, bulu dia yang lebat tu pun masih belum nampak.

1 saat selepas 7. 59 pagi, tibi-tiba yibie sampai.

seperti yang dijanjikan, mamat kelabu akan membatalkan perkahwinan jika yibie lambat satu saat. mamat kelabu kata, lain kali lambat lah 2 atau 3 saat. perkahwinan tidak akan dibatalkan. okay bye yibie.

hah macam tu je???

min min pun lari selari-larinya. bye.

# min min penghancur planner.








Saya Gadis Banjar : BARAAN

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Sorry guys, sebab lambat update pasal hari raya di Kampung Amal. teka dekat mana?..ouh ya di Pasir Panjang Sekinchan.


.........

dalam senarai planning Amal memang salah satu perkara yang saya patut kongsi adalah kisah baraan dekat kampung sebab memang ramai nak tahu apa tu baraan dan baraan tu macam mana kan?

apa itu baraan? Pertamanya baraan adalah salah satu perkataan banjar. Dalam bahasa melayu kita akan sebut sebagai "berarak" maksudnya beramai-ramai, bila kita convert kepada bahasa banjar...(okay dalam entry yang lepas-lepas Amal ada cerita yang perkataan banjar ni suka menambah)...haha macam tu jugalah yang terjadi kepada perkataan baraan ni. dari berarak kita tukar jadi "baraan"...taraaaa!!!


kalau tercari-cari apa itu banjar boleh baca dulu dalam entry Amal iaitu Saya Gadis Banjar : Penutur Bahasa Banjar

alright, sekarang kita move on ke baraan ni sebenarnya macam mana? 

konsep baraan?
konsep baraan ni cukup senang...ingat ini berlaku semasa hari raya. Rumah dekat kampung Amal ni jenis jarak-jarak tak macam dekat bandar sebab kawasan sawah padi, masing-masing duduk dekat petak sawah. jadi nak dapat 10 biji rumah pun gigih nak habiskan baraan. 

Macam Amal cakap baraan ni maksudnya berama-ramai jadi konsep baraan semasa hari raya adalah berkumpul ramai-ramai dan pada masa yang sama kita akan ziarah rumah jiran-jiran dekat kampung dalam satu hari.

kalau kampung Amal sikit je dalam 20 ke 30 buah rumah. tapi nak habiskan ziarah semua tu dari pukul 8 pagi sampai asar juga lah. phewww!!!

ini sikit lagi...tapi kalau kawasan kebun rumah dekat 100 biji lagi puas nak habiskan...tapi takpe rumah kebun dekat-dekat sikit. tempoh masa pun sama juga. parking motor dekat tepi jalan...3 biji rumah boleh ziarah. 

tapi kalau sawah tak dapatlah...rumahnya sebiji-biji dan jauh tu pasal jadi lama.

dalam banyak-banyak kenangan baraan, baraan masa habis sekolah menengah yang paling best. (kalau ada member Amal yang baca ni, takde ke teringin nak buat lagi?)

masa tu kami buat sampai 3 hari untuk baraan. Hari pertama, kami buat baraan sebelah pantai. Hari kedua, sebelah sawah. Hari ketiga, baraan rumah-rumah cikgu kami dari Kuala Selangor hinggalah ke Sabak Bernam. konvoi motor ramai-ramai, biasalah masa ni lesen motor je ada, tapi kenangan masa ni paling indah...

okay. tamat.

usha gambar dulu...

berkumpul di rumah pertama



rumah seterusnya

ni rumah jiran...lepas ni baru rumah saya

alright...ni lah rumah saya

mak sibuk layan tetamu

budak-budak seronok main buaian bawah rumah

tetamu dah nak balik

baraan rumah sebelah pulak


mak nak gambar dengan kawan-kawannya

cantik kan deko rumah ni...

tengok tu..seronok mak dengan kawan-kawan...sebelum rumah terakhir



jika ada sebarang komen dan cadangan,
tinggalkan di ruangan bawah.

perkataan banajar hari ini:

ayuhak = jom

BM: jom pergi sawah
BB :ayuhak tolakan ka bandang

salam banjar

Sunday, December 11, 2016

Salam Maulidur Rasul Sollu 'Alaih

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, tahun ni 2016 masih Allah swt berikan Kita ruang dan peluang untuk mengumpul skor mata pahala yang banyak-banyak. Macam mana? Salah satunya dengan memperbanyakkan selawat ke atas nabi.

Pernah tak dengar lagu yg menjadi siulan masa kita kecil-kecil dulu? 

✨Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah


Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Kredit : lirik Nasyid Junjungan mulia(Almizan)


💟salam maulidur rasul
💟jom pecut selawat
💟sayang Nabi ketat-ketat





Tuesday, November 1, 2016

Part Time Eksekutif UKM : 5 perkara yang korang patut tahu

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun ke-3 pengajian Amal di UKM sebagai Part Time Eksekutif student. Agak mencabar lah sebab sambil kerja kan, kat UKM ni Amal ambil Degree Ekonomi Islam (Islamic Economic). Satu bidang yang agak rare bagi orang ramai. Banyak UA (Universiti Awam) yang lain tawarkan course Kewangan Islam (Islamic Finance) berbanding dengan kos yang Amal ambil tu. Haa nampak samakan?...tapi falsafahnya berbeza.

Cukuplah intronya yang itu je. Alright, merujuk kepada tajuk diatas.

5 perkara yang korang patut tahu:

          1. Bangunan PKP

Ini bab paling penting sekali, kalau korang adalah Student Part Time atau PJJ. Nama PKP akan menjadi nama yang paling melekat di bibir korang. Biasalah hal ehwal students ni tak boleh lari dengan bab-bab macam ni. PKP a.k.a Pusat Kembangan Pendidikan yang lokasinya terletak dekat dengan Pusat Sukan UKM, belakang Hotel Puri Pujangga UKM dan hampir dengan Permata. Kat sinilah korang nak buat urusan bayar yuran, ambil buku, surat-menyurat, PTPTN dan lain-lain lagi. 

2. SMPE

Ini portal untuk korang kemaskini maklumat pelajar. Semasa hari pendaftaran korang akan dapat no.pin untuk masuk dalam sistem ni. Jangan risau lepas korang masuk dalam sistem, pandai-pandailah setting. Tujuan SMPE ini untuk daftar subjek, gugur subjek, nilai pensyarah, pengesahan exam, tangguh exam, tengok result exam, laporan akademik, nak minta sediakan dokumen, nak konvo dan banyak lagi lah. Yang penting, mesti kena alert dengan bila masa pengesahan subjek, kalau terlepas kena  denda atau lebih teruk tak exam. Ayookk…

3. I folio

I folio ni penting juga. Bila korang dan sah subjek dekat SMPE, secara langsung nama korang akan ada dekat I folio. Yang bestnya pasal I folio ni korang dah boleh tahu sapa nama pensyarah korang, proforma subjek dia ajar, berapa ramai student dalam tu, dan apa assignment yang dah ada. Ek?. Hamboi bunyi excited sangat!. Yup, kat I folio para pensyarah akan letak segala nota, task, tugasan, dan kuiz. Bukan sahaja pensyarah yang boleh upload, malah sebagai student kita boleh message lecturer, hantar assignment, dan buat discussion. Jangan pernah buat-buat lupa nak siapkan dan hantar tugasan sebab mereka boleh cari kita sampai lubang cacing.

4. Laman Web PKP, UKM

Yang ni laman sesawang PKP, kat sini segala info dan hebahan berkaitan dengan PKP macam kita lah untuk student Part Time ataupun PJJ. Yang Amal rasa penting kat sini adalah antaranya jadual perkuliahan, kalender akademik dan rekod bayaran yuran. Yang lain tu hebahan biasa macam tarikh penutupan kaunter, draf peperiksaan dan lain-lain. Oh ya, kalau nak cari SMPE dan I folio boleh juga klik di aplikasi online kat situ.

5. PTSL

PTSL adalah singkatan bagi Perpustakaan Tun Seri Lanang, kalau korang nak cari buku, nak pinjam buku, nak ulangkaji boleh lah lepak-lepak kat sini, banyak disediakan ruang kat dalam mahupun kat luar. Kalau lapar pun ada koperasi boleh lah buat alas perut macam sandwich dan roti. Korang akan banyak ulang-alik kat PTSL ni bila dah start buat assignment apatah lagi kalau korang dah kena mula buat thesis. Selamat berthesis lah ya.

Rumusannya, lima perkara yang Amal senaraikan tadi memang penting kalau korang bakal menjadi Part Time student di UKM, of course kita akan sedikit berbeza dengan pelajar dalam sebab kita adalah pelajar luar. Haha. Okay tak lawak.


*amal nak masukkan café sebenarnya dalam list, tapi macam takde kaitan pulak.

Terima kasih sudi baca dan singgah.
Pengembara Berbaju Kurung |





Tuesday, August 9, 2016

ALWAN - WARNA BAHASA ARAB

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Disebabkan Amal tengah sibuk nak Praktikum KLP (Kursus Latihan Perguruan) bagi Fasa ke 2 ni, makanya sibuk lah duk godek-godek dalam internet, terutamanya Mr Google, tapi tak dapat pun bahan yang di cari...

memang banyak, tapi banyak yang tangkap muat je.

jadi, Amal buat sendiri. Okay habis cerita..

Tarra!!!...inilah hasilnya.



Warna-warna dalam Bahasa Arab











terima kasih sudi menyinggah disini.
Silakan kongsi dan manfaatkan bahan ini.
Nama buahan dalam bahasa arab pun ada juga


Monday, July 25, 2016

Saya Gadis Banjar : PENGALAMAN PERTAMA MAKAN SAMYANG CHICKEN HOT RAMEN....ARGHHH PEDAS BERDAS DAS

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Samyang Chicken Hot Ramen merupakan produk Korea. (macam iklan produk la pula). okay tak payah Amal kenalkan sangat lah ye, Mee ni dah famous kan?..kan?...especially for those yang minat dengan segala macam pasal Korea.

..........

 
sapa nak? percuma untuk dilihat...haha


Untuk pengetahuan, Amal bukan peminat Korea dari segi Kpop, Drama atau makanannya. Tak minat je...bukan tak ambil tahu. Drama korea yang melekat dalam kepala pun drama Korea yang lama-lama macam Boys Over Flowers, Fullhouse, Mygirl itu jelah... yang terbaru ni tak ambil tahu pun. (tapi tertahu juga sebab adik tersangatlah minat Drama Korea ni). Episod Runningman yang beratus tu pun boleh dia hadam. Adoyai!

Okay, okay  sekarang kita kembali ke cerita utama! Amal dah makan tiga kali. tiga kali yang berbeza.

Pengalaman Pertama Makan Samyang Chicken Hot Ramen

tiga perkataan : PEDASSSSS BERDASSS DASSS

-10.20 malam

disebabkan adik Amal yang jual ramen ni, jadi Amal pun rembat je dari kotak ramen yang dia jual tu, (muahaha...takdelah, tentulah minta elok-elok). Rancang elok-elok nak makan lepas terawih sambil duduk mengadap tv. Masa tu tv tayang cerita pasal anak derhaka. Ayah pulak dengan hensemnya masih dengan baju melayunya menjadi penemanku. (ayah tak perasan pun, khusyuk makan nasi)

sediakan remote dulu, baru pergi dapur

-10. 30 malam

nak kata teruja tu tak la sangat, tengok dulu arahan memasak macam mana, walau sepatah haram tak paham apa dia tulis. Nanti karang masak macam maggi asam laksa, hmmm sia-sia je, okay dah macam ada pemahaman, Amal pun mulakan. Rebus mee tu, then toskan mee yang dah rebus tadi. lepastu gaul dengan perencah dia. (senang cerita macam maggi goreng la...)


ibu jari putih tu kata bagus. bagus ke?

macam biasa je kan...

-10.40 malam

Bau perencah dia, sangat cili, entah lah belum rasa lagi. tapi masa gaul tu bahang-bahang kecilian sangat menusuk lubang hidung. Masa nak letak perencah ramen ni atas pinggan pun dah nampak menakutkan. warna merah cili yang merah pekat kehitaman. (hati Amal becakap-cakap, ini macam pedas je).  masa gaul pun dah nampak minyak cili dia yang berkilat.

takut nak makan!...bau pedas.

-10.50 malam.

berapa kali putar cili ni dekat garfu, tak masuk mulut pun. Ketakutan akan kepedasan menjelma. (tula, masa masak tak fikir...huhu). Since, ramen ni dah masak dan ada depan mata. membazir je kalau tak cuba. Kos lepas tu. Amal pun ambik nafas dan kumpulkan kekuatan. 

satu suapan singgah di mulut, dan perasaannya adalah...whoa...sedap. tak pedas pun.

suapan kedua pula diteruskan dengan momokan dalam hati. tak de la pedas sangat.

suapan ketiga. okay. Amal terkesima. pedassssnya. air...air...air. (tapi teringat yang makan ramen tak leh berenti, nanti makin pedas). air mata tak keluar lagi.

suapan keempat. mata amal mula berkaca-kaca.

suapan kelima. dan akhirnya air mata keluar mengalir laju. (masa ni ayah tanya. Angah makan apa sampai tersedu-sedu). Nak cakap dan bagitahu makan ramen pun dah kepedasan sangat. 

suapan keenam. makan lagi walaupun habis baju basah sebab kesat air mata. masa ni hampir 70% ramen yang Amal makan. 

suapan ketujuh. I give up. masa ni dah minum air bercawan-cawan. penuh perut dengan air je. tapi rasa pedas tu tak hilang pun. masalahnya ramen dia bukan pedas macam makan cili padi. Dia punya pedas ni menyengat dekat lidah. korang telan air pun tak jadi. 

disebabkan minum air tak jalan. Amal teringat dalam peti ais ada aiskrim vanilla. jadi, apa lagi Amal pun cuba lah. Yes, it works on me. bahagia sangat. seolah-olah dalam syurga aiskrim (melalut la pulak)

ada baki 30% ramen tu. agak-agak sapa yang makan?. yup! korang betul... ayah lah mangsa seteusnya. Mak, adik-adik semuaan guringan. ceritanya sama je. suapan pertama tak pedas. naik suapan kedua, ketiga, keempat. Macam tula rasanya. 

habis.

selamat mencuba.


# terima kasih pada semua yang sudi singgah di blog ni. 

perkataan banjar : guring = tidur

Friday, February 12, 2016

Tahun Baru Perangai Lama

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Kita dah masuk dan sampai ke tahun 2016. Saya pun dah menginjak ke usia pertengahan 20-an. Tua dah.

Okay. Kita tengok tajuk entry kali ni. Tahun baru perangai lama? Erk?...aku ke tu...

Pada pendapat peribadi, biarpun Kita masuk ke tahun baru, tiada masalah sebenarnya untuk kita kekalkan perangai lama kita. Jika perangai lama Kita tu bagus. Contohnya suka bersedekah, belanja kawan makan. Itu lebih baik daripada Kita menukar perangai tersebut dengan lebih buruk contohnya kedekut.

Azam?
Tak salah berazam. Cuma jangan berazam terlalu tinggi. Takut tak tercapai Je. Berazamlah dalam kadar kemampuan kita, dan tekadkan hati kearah itu. Jangan awal-awal musim Je...sampai pertengahan dah padam.

Habistu macam mana?...okay ni ada tips tahun baru perangai lama

1. Niat untuk menjadi lebih baik 
2. Tuliskan matlamat tersebut ditempat mudah dilihat
3. Mulakan dengan bismillah
4. Jangan tinggal solat.
5.tutup aurat sempurna. Stokin/stongan/Tudung melebihi Dada
6. Baca Al-Quran walaupun satu ayat.
7. Berdoa supaya Allah tuntun kita.
8. Istiqomah


Credit to: www.pinterest.com

Rumah Mutiara Kata 18

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Tanda ilmu berkat, sampai bila-bila masih ingat"

huraian : setiap dari diri seseorang pasti pernah mendepani majlis ilmu. Tidak mengira alam tadika, taska, sekolah rendah mahupun menengah dan juga universiti. Prosesnya adalah menuntut ilmu. Maka dari itu, apakah semua ilmu yang kita pelajari masihkah kita ingat?...ataupun sekadar meluluskan diri ketika waktu peperiksaan semata?...

Pesanan: belajar untuk menuntut ilmu, kemudian amalkan. Jangan belajar untuk menunjuk² ilmu, kemudian lupakan.


Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...