Monday, December 17, 2018

REFLEKSI : SUATU HARI NANTI KITA AKAN TUA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

..............


Pejam celik, pejam celik. Tengok-tengok dah Disember 2018. MasyaAllah... cepat betul masa berlalu kan?.

Jadi, untuk penutup hujung tahun ni...ada beberapa entry list yang masih belum sempat di tulis. Banyak. Tapi Amal akan pilih-pilih mana yang sesuai untuk di entrykan. Salah satunya tajuk entry ni lah.

"Suatu Hari Nanti Kita Akan Tua"

Amal dapat ilham tajuk ni pun masa duduk dekat dalam Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Sekinchan menunggu adik punya akaun di updatekan. Lama betul...dekat setengah jam. Sambil tunggu urusan adik yang belum selesai... Amal pun tengok-tengok lah keadaan sekeliling.

Amal sedia maklum yang Bank kawasan Sekinchan ni, adalah tumpuan para pesawah, petani ataupun nelayan. Maksudnya orang-orang kampung. Maksud yang lebih dalam lagi...banyak warga emas yang berkunjung ke Pusat Perbankan ini. Jadi, tak hairanlah Bank ni agak legang dan tenang berbanding dengan Bank yang berada di kawasan Bandar.

Ada dua Senario yang Amal nak kongsi:

1. Masa beratur ambil duit di ATM
2. Masa duduk tepi cermin Bank



Senario masa beratur ambil duit di ATM

Semasa Amal beratur dan ada 2 orang pakcik yang berpangkat Atuk...yang ketiga ada Kakak dengan anaknya  dan yang keempat baru Amal. Jadi, dengan penuh kesabaran kami menunggu dua orang atuk untuk selesai urusannya. Atuk yang pertama memakai cermin mata bertanya pada atuk dibelakangnya nak tekan yang mana. Atuk yang kedua tak pakai cermin mata...jadi atuk ni kata tak tak tahu. Maka, kami dibelakang atuk ni tadi bagitahulah tekan yang mana. Bila sampai giliran atuk kedua, maka kejadian sama pun berulang.

"ya, tekan yang atas atuk...:

Bila atuk nak tengok baki, atuk suruh kami sebut.

"ada tiga ratus dua puluh lapan lagi bakinya atuk"

Atuk kata nak keluarkan seratus. Atuk tanya berapa lagi bakinya.

"ada dua ratus dua puluh lapan atuk"

heee...begitulah menyantuni orang tua. Lagi-lagi di kawasan kampung ni. Kita kena faham suatu hari nanti kalau panjang umur pun kita akan macam tu. Perlukan bantuan dan pertolongan untuk urusan-urusan sebegitu. Bila keadaan begitu teringat Amal akan arwah atuk. Begitulah keadaanya...


Senario masa duduk di tepi Cermin Bank

Cermin Bank kan selalunya cerah, boleh nampak orang luar yang berjalan masuk. Ada satu pasangan warga emas ni masuk dalam Bank. Masuk-masuk dalam Bank...Nenek ni salam adik, mak kemudian salam Amal sambil di bibirnya meniti selawat. Suami nenek ni, baru ambil nombor dah kena panggil (Amal dah cakap kan...legang dan tenang). Rupanya suami nenek ni nak bayar bil air. Kami dengar sebab perbualan antara pegawai bank dengan Atuk ni kuat. Pegawai bank kata tak boleh bayar kat sini...atuk kena pergi 7 eleven atau Pejabat Pos.

Bila nenek ni tengok suami di patah balik...nenek pun bangun dan ikut. Amal tengok juga sampai ke motor. Dua-dua Amal tengok dalam keadaan uzur. Rasa insaf dalam diri. Amal tengok atuk nak tolak motor kebelakang pun...gigih atuk menolaknya. Tengok nenek naik motor pun sama. Allahu...macam tulah agaknya kalau mak dan ayah Amal tua. Takde anak-anak bawa naik kereta. Dan begitu jugalah kalau Amal tua.


Pernah dengar pepatah ni?

Pelepah tua luruh...pelepah muda jangan ketawa.


Dayang Bungah.
Seiring doa buatmu.














Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...