Tuesday, March 16, 2021

Refleksi : Sijil Kematian

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.

Baru-baru ni, saudara kami... merangkap orang Kampung kami juga telah pergi kembali. Bukan tentang kematiaan arwah yg ingin diceritakan...akan terapi iktibar dari sebuah KEMATIAN Itu akan terjadi pada sesiapapun...samada yg menulis entry ni ataupun yg membaca entry ni.  

Dalam surah Ali Imran ayat 3, Allah SWT berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ  ۗ وَاِ نَّمَا تُوَفَّوْنَ اُجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ  ۗ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّا رِ وَاُ دْخِلَ الْجَـنَّةَ فَقَدْ فَا زَ   ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَاۤ اِلَّا مَتَا عُ الْغُرُوْرِ


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 185)


Mati Itu pasti dan tiada siapa boleh menolak kematian. Yang dilihat bukan pada sebab kematian. Mati sebab kemalangan ke, sakit ke, dibunuh ke atau lain2 sebab. Tapi, yg dilihat adalah apa yang akan dibawa semasa semasa alam barzakh. 

Persoalannya...

Yang dibawa semasa mati adalah apa yg dilakukan semasa hidup. Sepanjang Kita hidup apakah Kita sentiasa perbaiki diri, mohon ampun pada Allah, berusaha untuk melakukan kebaikan walaupun sedar bahawa diri penuh dengan keburukan. Allah lah yang Maha Pencipta yang paling kenal hamba-Nya. Allah sangat sayangkan hamba-Nya...dan rahmat Allah Itu terlalu luas.

Satu kesilapan bagi orang yg tertekan dalam hidup... apabila dilanda masalah terus  berputus asa dan meminta mati. Jangan dan jangan....

Kata alim ulama....kalau Kita benar2 orang baik... walaupun perkara buruk berlaku pada hidup kita...Kita tetap akan buat baik...dan teruskan berbuat kebaikan lagi. Dan kalau pun Kita kata ni jahat sangat dan Tak pernah buat baik... InsyaAllah...Allah ni sangat baik....Allah bagi Kita peluang untuk taubat. Macam kisah pembunuh 99 orang tu ....

Jadi, kesimpulan nya...sama2 lah Kita sentiasa baiki diri, mohon ampun dan minta pada Allah agar diberikan Kita jalan menuju ke Syurga. Kerana Sijil KEMATIAN Itu lah yg Kita takkan pernah lihat sepanjang hidup.   










Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...