Friday, April 23, 2021

Dari Buku Notaku : Menyusun waktu tidur

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye

Tahun lepas Amal ada terbaca perkongsian @ustazelyasismail ada posting pasal program tanyalah ustaz...memang Amal simpan niat nak tengok. Tajuk dia menarik!

Banyak yg disebutkan ustaz...tapi point yg menarik bagi Amal adalah bila ustaz jawab soalan dari fb..."kaitan antara jadual tidur Nabi Muhammad dengan kesan sains dan alam" mcm tu kot lebih kurang...hehe
.
Ustaz jawab dengan adab tidur nabi
1. Menutup pintu, api dan lampu, bekas makanan.
* Hikmahnya disini...kalau tutup semua tu itu adalah dasar penjimatan. Kalau nak tahu juga kalau tidur dalam gelap boleh menajamkan fikiran dan mencedaskan akal.
Subhanallah...Amal pun baru tahu yg tidur dalam gelap boleh jadi pandai...

2.berwuduk sebelum tidur
*Hikmahnya disini sepanjang kita tidur akan didoakan oleh Malaikat. Tapi kalau dari segi sains...ustaz takde sebut pula 😂...tapi takpe sahabat followers Amal bijak2 belaka kan.

3. Mengibas tempat tidur
*Kibas tempat tidur 3kali...kerana kita tak tahu ada apa atas tempat tidur kita tu...mungkin ada lipas tengah menyorok.

4. Berdoa sebelum tidur 
*Antara doanya ialah بِسْمِكَ أَللَّهُمََّ أَمُوْتُ وَ أَحْيَا . 

Kesimpulannya, tidurlah...
memang itu fitrah. Tapi orang islam biarlah tidurnya beribadah. Agar beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah.

Selamat malam semua 😴.
Semoga tidur korang jadi lubuk pahala.

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...