Monday, October 26, 2026

Antara Jerebu dan Langit Biru

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Aku menekan butang di papan pemuka meniti dan mendengar perkongsian tentang keadaan. Apabila keluar dari rumah, mata aku terasa seperti ada sedikit berbeza. Aku menyangkakan hujan gerimis turun sehingga aku menutup kepala sedikit dengan tangan. Rupanya bukan. 

Isu jerebu ini terlalu lama bermain, sehingga tiap kali jerebu, anak-anak akan meneka bila sekolah cuti. Sedangkan bagi orang lama, ini isu pusaka.

Kalau mahu aku berkongsi pendapat, suara aku hanya sekadar tulisan kecil. Antara jerebu dan langit biru, kenapa mesti ada pertentangan antara jiwa. 





Sunday, October 25, 2026

Saya Gadis Banjar: Soal jawab (Q & A)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Jom kita main soal jawab

siapa di kalangan pembaca pernah mendengar 

1. "kulaan niring napa takurihing"

mari kita belajar satu persatu....

kulaan = saudara mara/keluarga/salasilah maksudnya dorang ni kenalan 

niring =melihat/menengok/memandang

napa = kenapa/mengapa

Takurihing= tersenyum/tersengih

Dan gabungan “Kulaan niring napa takurihing” → “Saudara mara yang memandang sambil tersenyum, kenapa begitu?” 😄

2. "Kayuh baimbai"

Perkataan ni biasa digunakan dalam moto hidup orang Banjar. Dan kalau pernah tengok, ada juga didalam persatuan Banjar Malaysia. 

Ungkapan ni juga kadang digunakan sebagai kata semangat dalam masyarakat Banjar — maksudnya bergerak atau berusaha bersama-sama. 🌿

Kayuh = mengayuh / mendayung / menggerakkan sesuatu (macam kayuh basikal atau perahu)

Baimbai= bersama-sama/sepakat

3. Saapadingan Sabarataan

Perkataan ini, biasanya digunakan untuk mengambarkan ikatan kekeluargaan adik beradik atau saudara mara yang kuat dan jitu.










Puisi Emas: Singulariti Nur @ Cahaya

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Aku termenung panjang dan mula menulis sebuah puisi. Aku berikan nama puisi ini sebagai Singulariti Nur @ Cahaya. 

Malam ini
Aku melihat suatu cahaya
Cukup terang buatku menemani perjalanan panjang
Biarpun aku bukan ahli sains
Mahupun jurutera teknologi
Tetapi aku tahu sesuatu tentang cahaya
 
Esok pagi
Dunia diterangi dengan cahaya mentari
Mengufuk di waktu fajar bangkit
Memancar gelombang tenaga pada manusia
Untuk mencari berkat rezeki
Dengan anugerah cahaya diberi
 
Dahulu kala
Cahaya terkurung dalam rahim semesta
Terperangkap dalam amukan jisim
Yang padat dan panas
Sebelum menjinak menjadi percikan api pertama
Merentasi evolusi dan inovasi
Bagi meneruskan kehidupan sejagat
 
Zaman sekarang
Cahaya lebih daripada sekadar suar
Ia menjadi denyut foton dalam dunia jalur lebar
Penggerak maya dalam alam serba pantas
Menjerat sang bayi mahupun warga emas
Yang sentiasa ketandusan cahaya di kala terang

Aku berdiri di sini
Di persimpangan antara cahaya barat dan timur
Tidak lagi mengintai zarah, spektrum dan gelombang dalam mekanika kuantum
Bayang-bayang aku ghaib
Melutut menjadi algoritma matematik
Di dalam dunia penuh simulasi
 
Suatu hari
Jika manusia mampu memintas kelajuan cahaya
Itu tandanya langkah kita sudah tersangkut dalam dimensi berbeza
Atau meniti masa depan yang tidak mungkin dapat berpatah balik
Kerana kita sendiri
Sudah melebur menemui Nur

Analisis dan penghayatan
Bait 1 (Malam ini): Aku bermula dengan pengakuan yang sangat merendah diri ("Biarpun aku bukan ahli sains, Mahupun jurutera teknologi..."). Namun, rasa kagum terhadap cahaya itu melangkaui formula sains. Ia menjadi peneman jiwa dalam satu "perjalanan panjang" kehidupan.

Bait 2 (Esok pagi): Di sini aku menyentuh tentang cahaya mentari pagi (fajar) sebagai simbolik harapan dan rezeki. Cahaya bukan sekadar gelombang tenaga untuk tubuh, tetapi anugerah Ilahi untuk manusia bangkit berusaha.

Bait 3 (Dahulu kala): Aku membawa pembaca menelusuri sejarah kosmologi purba ("rahim semesta", "amukan jisim yang padat dan panas"—seolah-olah menggambarkan peristiwa penciptaan awal alam semesta). Bagaimana cahaya berevolusi sehingga menjadi ejen yang membenarkan kehidupan sejagat terus bernafas

Bait 4 (Zaman sekarang): Kontras yang sangat tajam dengan zaman moden. Cahaya kini menjadi teknologi—foton, jalur lebar, dan penggerak dunia maya. Namun, akak selitkan satu kritikan sosial yang sangat mendalam: "Menjerat sang bayi mahupun warga emas, Yang sentiasa ketandusan cahaya di kala terang." Manusia dikelilingi cahaya skrin gajet yang terang-benderang, tetapi jiwa mereka sebenarnya sedang "gelap" dan ketandusan cahaya rohani.

Bait 5 (Aku berdiri di sini): Keberadaan diri aku sebagai pemerhati di persimpangan peradaban (Barat dan Timur). Aku tidak lagi melihat cahaya dari sudut fizikal (zarah, spektrum, mekanika kuantum), sebaliknya melihat diri manusia yang semakin tunduk dan melutut kepada teknologi (algoritma matematik, dunia penuh simulasi), sehingga bayang-bayang kemanusiaan kita sendiri kian ghaib.

Bait 6 (Suatu hari):Penutup yang puitis dan penuh dengan peringatan eskatologi (akhir zaman/masa depan). Apabila manusia cuba memintas "kelajuan cahaya" (melangkaui batas fitrah), kita sebenarnya sedang menghampiri pengakhiran garis masa yang tidak boleh berpatah balik. Akhirnya, fizikal kita melebur untuk kembali kepada pencipta segala cahaya iaitu menemui Nur (Allah SWT).





Saturday, March 14, 2026

Resepi : Air Tembikai 🍉 + Strawberi 🍓 + Asam Boi 🍹

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Air Tembikai Strawberi Asam Boi...

1. Pastikan ada tembikai, maklumlah dekat dalam peti ais amal ni banyak pula lebihan tembikai...

Sukatan dalam 2 cawan okay.


2.  Pastikan juga ada strawberi, maklumlah amal baru balik Cameroon, jadi dah dekat seminggu strawberi ni dalam peti ais...

Sukatan dalam 6-7 biji okay.


3. Asam boi untuk melengkapkan resepi ni. Nama pun tembikai strawberi asam boi...

Sukatan dalam 3-4 biji, korang rendam sekejap dalam air suam-suam.

Sekarang kita dah ada tiga bahan ni...kita masukkan dalam blander untuk tembikai dan strawberi. Lepastu, baru masukkan asam boi. 


Inilah dia, satu jag air TEMBIKAI STRAWBERI ASAM BOI, jangan lupa masukkan ais untuk nikmat yang lebih segar.......

Wal lahhhh....selamat mencuba.




Thursday, March 12, 2026

Lirik: Tahun ini tidak sama

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
hasil nukilan: Bunga Matahari

Verse 1

Tahun ini tidak lagi sama

Seperti tahun sebelumnya

Kerana kau sudah tiada

Pergi untuk selamanya


Raya ini terasa sunyi

Sepi mencari kehadiranmu

Bayang wajah dan suaramu

Seakan hidup di ingatanku


Chorus

Di pagi raya…

Ku kehilangan susuk insan yang ku rindu

Di pagi raya…

Ku ketandusan kasihmu penguat hatiku

Di pagi raya…

Ku tangisi rindu yang takkan kembali


Verse 2

Tak lagi terdengar gurauanmu

Yang selalu menceriakan suasana

Tak lagi ku sambut senyummu

Saat kita bersalaman di pagi raya


Kini hanya doa ku kirimkan

Buatmu yang jauh di sana

Semoga tenang kau di sisi-Nya

Walau hatiku masih merindu


Chorus

Di pagi raya…

Ku kehilangan susuk insan yang ku rindu

Di pagi raya…

Ku ketandusan kasihmu penguat hatiku

Di pagi raya…

Ku tangisi rindu yang takkan kembali


Bridge

Jika waktu bisa berputar kembali

Ingin ku peluk dirimu sekali lagi

Namun takdir memisahkan kita

Hanya doa menjadi penghubung cinta


Outro

Tahun ini tidak lagi sama

Seperti tahun sebelumnya

Kerana kau sudah tiada

Pergi untuk selamanya…





TRAVELOG: SEKALI LAGI CAMEROON, MASIH TERASA SEJUKNYA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
Novel vibe~~~

(kalini kita pergi naik Cameroon Highland semasa bulan Ramadhan)

Nampaknya kena kemas baju untuk pergi ke Cameroon Highland sebab ada orang nak sambut ulang tahun disana....

"kita gerak lepas sahur...okay?"

hmmmmm....aku menghelakan nafas yang panjang dengan mata yang agak tertutup kerana sementelah sedang gigih menghabiskan makanan sahur yang masih berbaki. Aku mengintai jam di telefon untuk memastikan tidak terlepas waktu sahur.

sepanjang perjalanan aku hanya memerhatikan jalan dan termenung melihat awan putih.

appetizer selepas turun lebuhraya


Akhirnya, kami sampai di Tapah.

Semenjak zaman AI mula mempengaruhi, hampir semua benda aku tanya AI. aku namakan AI ni Ari...

(flashback)

"Ari, bulan puasa ni...ramai tak naik cameroon?"

loadinggggggggg

"Cameroon Highland, kebiasaanya semasa bulan puasa akan sedikit berkurangan. Ladang teh, pasar Kea atau jalan raya akan menjadi lebih tenang berbanding bulan puasa. Namun, masih boleh jadi ramai juga apabila hujung minggu tapi kebarangkaklian untuk sesak itu tiada"

alamak,, jawapan AI ni memang macam ni ke?...boleh percaya ke?

okay, kita teruskan semula kisah kita di CH.

"Sayang....dah sampai Brinchang ni...nak pergi mana dulu?" 

"kejap Abang...mengikut tentetif program ni, sepatutnya pukul 12 ni kita pergi Taman Pertabalan atau Padang Taman Tanah Rata"

"Wow...siap ada tentatif ye sayang?...boleh abang tengok..." 

aku menghulurkan telefon dan menerangkan isi kandungan seperti seorang setiausaha pejabat kepada ketua. 

"hehe, sebenarnya nak suruh abang rehat kejap daripada drive sambil kita contact homestay. saya ada beberapa nombor...abang boleh pilih nak kat Tanah Rata atau Brinchang..."

"baiklah, bagi abang semua nombor tu...biar abang deal"

Akhirnya setelah hampir setengah berbincang dengan pemilik homestay untuk dapatkan harga terbaik, kami memilih homestay di Brinchang. 

Sebuah rumah Apartment atas bukit. 

kami menyelusuri jalan kecil disekitar Tanah Rata sambil menuju ke arah homestay yang berada betul-betul di tengah pekan Brinchang. Beberapa kali kami terlepas simpang ke arah rumah dan terpaksa berpusing berkali-kali kerana kurang mahir selok belok jalan tanah tinggi.

Setelah selesai urusan check in dan mendapat password kunci, akhirnya dapatlah kami rehat. Alhamdulillah...selesa....dan boleh masak untuk berbuka puasa.

homestay di Brinchang

"hari ni cuti lah masak sayang, kita pergi bazar. Tengok apa yang menarik..."

"erk...okay..."

Jam 4 petang kami keluar pergi ke bazar di pekan Brinchang, namun kebanyakan khemah masih kosong dan peniaga baru hendak bermula. 

Kami gerak turun ke Tanah Rata mencari bazar disana. setelah puas berpusing dalam renyai-renyai hujan menemani...akhirnya kami beli nasi kerabu, satay, ayam goreng dan air strawberi lemon yang memang memikat. Rezeki kami juga dapat bubur lambuk percuma yang sedang diagih-agihkan.

dalam perjalanan balik ke homestay, kami singgah di Tokyo Town.
Disini, ada suasana ala-ala Jepun seperti papan tanda tulisan Jepun, spot bunga sakura, makanan Jepun dan juga hiasan tanglung yang berwarna-warni.

dekat sini, puas hati dapat bergambar sebab banyak spot. sambil nak tunggu waktu berbuka kan. Jam pun masih awal lagi. 

selepas berbuka, kami rehat je. malam esok baru kami berjalan. Bukan nak cakap apa lah, duduk atas Tanah Tinggi ni memang sejuk sampai ke tulang. walaupun homestay ni takde aircond tapi sejuknya mengalahkan aircond. langsung tak boleh nak turunkan suhu...so, kenalah pakai baju sejuk...tido pakai stokin.

ikuti sambungannya dalam travelog: sekali lagi cameron, masih terasa sejuknya 2.









Wednesday, March 11, 2026

Puisi : Dalam kenangan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Kenangan indah yang pernah terjadi

Mengamit ingatan dalam sanubari

Memori abadi


Ku lakarkan senyuman 

Saat menyebutmu

Bait tutur kata yang sering menegurku

Ku lukiskan tangisan

Saat merindumu

Susuk bayang tubuhmu mula memuncul


Telah jauh ku berkelana

Namun tetap 

Kau yang ku cinta


Telah sering ku berwacana

Namun tetap

Kau yang mempersona


Dalam hidupku,

Kenangan dalam hidupku




Thursday, July 10, 2025

3 sektor ekonomi

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

3 sektor ekonomi

Biasalah bila aku nak dapat mood dengar radio, aku melepaklah dalam kereta. Sambil2 kemas kereta aku yg berhabuk ni. Tuan dia berhabuk, harta benda dia pun sama. Tapi, habuk2 pun masih wangi, sebab aku pakai semburan kereta balqish. Wanginya tahan lama...

Eh, ter review pula....

Aku nak cerita apa yg aku dengar dalam radio tu, petikan ucapan masa Aku main alih2 siaran radio. Aku terdengar pasal 3 sektor ekonomi yg boleh diceburi yg akan berkembang. 

1. Perubatan
2. Aeroangkasa
3. Pertanian

Antara 3 sektor ini, yg paling menarik perhatian aku tentunya pertanian.

Sektor pertanian ni cangkupannya cukup luas. Bukan sebut pertanian akan nampak cucuk tanam sahaja. Tapi...ladang2,ternakan dan akuakultur pun termasuk sekali dalam sektor ini.

Pertanian takkan boleh dilenyapkan dari industri...kerana ia sektor terpenting dan tertua dibandingkan dengan sektor yg lain. Semua orang tahu Malaysia juga pernah mengalami krisi kewangan kan ...tapi itulah Malaysia selalu mempunyai kelebihan pulih lebih awal dari negara lain.

Dalam keadaan Pandemik ini pun, hampir semua negara mengalami krisis ekonomi dan terjejas. Malaysia juga tidak terkecuali. Kebanyakan rakyatnya tidak dapat lagi memperoleh pendapatan seperti sebelum Pandemik ini berlaku.

Itu fakta!

Tapi nak cerita banyak pun tak guna juga...pang pung pang pasal ekonomi. Semua negara berdepan krisis ni. Nak pulih ambil masa. 

Sebab tu, kerajaan memberikan kelonggaran membuka sektor ekonomi baru sektor Pendidikan. 

Ya...Allah...Jauh nya aku cerita...

Aku nak cerita pertanian. Sebab itu sektor yg Aku ceburi. Lebih2 lagi mengenai sawah padi.

Terdahulu, sawah padi dikerjakan secara beramai-ramai menggunakan tenaga 4 kerat manusia. Tiada unsur teknologi, automasi mahupun kecerdasan buatan (AI) seperti dron. Tapi melalui revolusi dan perkembangan...

Aku tengok...Macam2 dah ada.

Berkembang Tak berkembang teknologi ni, dulu orang pakai tabur benih, kuku kambing nak tanam padi. Tapi sekarang pakai mesin tanam padi. Memang mudahkan petani...cepat. jimat masa. Tapi tentu sahaja kos bertambah. Sebab upah.

Dahlah...Aku melalut ni. 
Ceritanya antara 3 sektor tu...memang sektor pertanian je yg akan jadi tumpuan Aku. Aku suka. Aku suka hijau2 ni.

Yg penting suka. Yg penting kemahiran. Yg penting ikhlas. 

"Tangan yg baik, akan menumbuhkan tanaman yg baik"

Senyumlah...
Itu ubat yg paling mujarab.

Aku stress...Aku buat video ni...angin sepoi2 bahasa.

(Aku tulis ni masa teman arwah ayah dalam kereta)

https://collshp.com/momentoushouse188?view=storefront

Kisah arwah ayah dan CKD tahap 5

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
Ni kisah semasa arwah ayah masih ada. Ayah di diagnosis sakit buah pinggang tahap 5. Jadi, Doktor yang rawat ayah cakap dengan Kami semua anak2 nya tentang penyakit ayah ketika itu dengan langkah rawatan terbaik.

Aku sendiri ada cari maklumat tentang penyakit ayah dan apa yang boleh dibuat untuk bantu ayah.

1. Pakai stokin mampat
2. Tinggikan kaki (letak bantal)
3. Kurangkan makan garam
4. Rendam dengan garam epsom dengan air sejuk
5.makan supplement magnesium

Contoh diet makanan ayah
1. Ayam mesti kukus atau grill sahaja dan makan 2-3 cubit
2. Nasi setengah tanpa garam/lemak/santan
3. Telur rebus tanpa makan kuning telur

Diet pemakanan ayah
1. (+Protein)Ayah kena makan banyak protein tapi kena kawal
Contoh makanan tinggi protein:
Ayam, kekacang(kacang kuda),daging lembu, telur, ikan, tauhu.
2. (-Natrium)Kurangkan segalan makanan awet, makanan dalam tin, makanan segera kerana bimbang garam yang berlebihan.
3. (-Fosporus) makanan segera yang boleh melemahkan tulang
4. (-kalsium) roti, susu, krim, yogurt boleh makan tapi tidak melebihi 2000 kalori sehari kerana takut dia menyekat saluran darah dalam badan.
5. (+Serat) ayah kena makan makanan yang kaya dengan serat sebab membantu kawal gula, kolestrol dan juga kesihatan usus. Contohnya kaya serat adalah buah dan sayur. Buahan seperti buah beri, naga . Sayur pula adalah bunga kobis, jagung ataupun labu.

Contoh resepi lauk untuk ayah
1. Rendang ayam tanpa santan https://my.mykidneyjourney.com/ms-my/living-with-dialysis/diet-for-dialysis-patients/chicken-rendang-recipe
2. Nasi Pilaf pelangi https://my.mykidneyjourney.com/ms-my/living-with-dialysis/diet-for-dialysis-patients/rainbow-rice-pilaf-recipe
3. Pudding fucuk tembikai susu https://my.mykidneyjourney.com/ms-my/living-with-dialysis/diet-for-dialysis-patients/fucuk-honeydew-dessert

Tapi semua itu, ayah tak berkesempatan jadikan rutin apabila;

2.9.2024
Ayah masuk wad hospital Tanjung Karang selama 4 hari sebab bengkak kaki-sakit buah pinggang. Seluruh badan ayah bengkak.

13.9.2024
Ayah masuk wad hospital Tanjung Karang sekali lagi selama 3 hari sebab sesak nafas dan bengkak yang masih tidak surut-surut.

17.9.2024
Ayah buat pemeriksaan di klinik panel dan ayah minta dirujuk ke Hospital Pakar KPJ rawang kemudian masuk wad untuk mendapatkan rawatan segera bagi mengeluarkan racun toksik dari badan ayah. Cadangan dari Dr adalah dengan melaksanakan tebukan di leher jika kandungan air kencing tidak mencapai 1000 ml.

18.9.2024
Ayah dah buat tebukan IJC di leher bagi prosuder dialisis dilakukan sebelum membuat tapak dialisis AVF di lengan.

24.9.2024
Setelah itu ayah meneruskan rawatan dialisis di KPJ rawang sebanyak 3 Kali seminggu dan setiap kali dialisis durasinya adalah selama 4 jam. 

2.10.2024
Tarikh bermulanya ayah buat sesi rawatan dialisis di Pusat Hemodialisis Zakat di Sungai Besar yang mana ayah akan melakukan rawatan berkala sebanyak 3 Kali seminggu pada hari Isnin, rabu dan Jumaat bermula pukul 6.30 pagi berakhir jam 11.30 pagi.

21.10.2024
Ayah jatuh pitam selepas solat dirumah dan panggilan kecemasan dilakukan oleh abang arbain serta merta ambulan datang kerumah membawa ayah ke bahagian kecemasan untuk rawatan. Ayah sedar dalam keadaan stabil pada pukul 3 pagi. Dalam masa 3 minggu ni banyak kenangan terakhir antara aku dengan ayah. 

26.10.2024
Abang sulung bawa ayah ke hospital Pakar Al-islam yang terletak di Kuala Lumpur untuk melakukan temu janji bagi operasi AVF atau tapak dialisis di lengan yang memerlukan 3 minggu hinggan 3 bulan untuk matang bagi mengantikan fistula sementara yang berada di leher ayah.

28.10.2024
Ayah dah pergi selamanya. Angah rindu ayah.


gambar terakhir temankan ayah dialisis di sg besar





Monday, November 18, 2024

Saya Gadis Banjar : Keladi Gajah

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Keladi Gajah

ايه اكو تڠه مراچون  رومڤوت كليليڠ رومه سبب رومڤوت  سوده ڤنجڠ. لاݢيڤون بندڠ تڠه "رحت". بارو لڤس ڤانين اتاو ڠرت. مق اكو ني ڤون تڠه چنتس داءون٢ يڠ ڤنجڠ... 

Ayah aku tengah meracun rumput keliling rumah sebab rumput sudah panjang. Lagipun bendang tengah 'rehat'. Baru lepas panin atau ngerat. Mak Aku ni pun tengah cantas daun2 yg panjang...

اكو دڠن اديق اكو چابوت رومڤوت دكت چله٢ ڤوكوق بايم...سيتو تق سسواي راچون. قاعده يڠ سسواي اداله چابوت رومڤوت ج. اكو ني امبيل ݢونتيڠ، ڠاد٢...

Aku dengan adik aku cabut rumput deka celah2 pokok bayam...situ tak sesuai racun. Kaedah yg sesuai adalah cabut rumput je. 
Aku ni ambil gunting, ngade2...

تاڤي كجڤ٢ لاري، سبب باڽق كرڠݢ.
Tapi kejap2 lari, sebab banyak kerengga. 

لڤستو اكو مولا له سيبوق نق امبيل ݢمبر كرڠݢ ني. خيال بتول بوات كرج.
Lepastu aku mula lah sibuk nak ambil gambar kerengga ni. Khayal betul buat kerja.

تيڠوق بواه ڤلم له. سراي له.
Tengok buah pelam lah. Serai lah. 

كمودين، سمبوڠ باليق چابوت.
Kemudian, sambung balik cabut.

ده تو، اكو تيڠوق ڤولا كلادي ݢاجه...ڤنتڠ بتول اكو نمڤق هيجاو. ورنا هيجاو كلادي ݢاجه ني مناريق ڤرهاتين اكو اونتوق بوات ۏيديو ڤاسل دي.
Dah tu, aku tengok pula keladi Gajah...pantang betul aku nampak hijau. Warna hijau keladi Gajah ni menarik perhatian aku untuk buat video pasal dia.

اكو ڤون تاڽ مق، بوليه ماكن ك كلادي ݢاجه ني؟
Aku pun tanya mak, boleh makan ke keladi Gajah ni?
مق كات... تق تاهو له. اد ك؟ ماچم تق ج.
Mak kata...Tak tahu lah. Ada ke? Macam Tak je.
اكو ڤون ساتو...تاڽ سوءالن ڤليق٢...
Aku pun satu...Tanya soalan pelik2.

اكو بوك google...
Aku buka google...

كلادي ݢاجه...مك كلوار ماچم٢ ڤاسل كلادي ݢاجه. لڤستو اد يڠ سبوت نام English دي 'elephant ears plant'. اڤالاݢي اكو ڤون  search دالم English .باڽق لاݢي اينفو يڠ كلوار.
Keladi Gajah...maka keluar macam2 pasal keladi Gajah. Lepastu ada yg sebut nama English dia 'elephant ears plant'. Apalagi Aku pun search dalam English. banyak lagi info yg keluar. 

كلاي ني بسر...ستيڠݢي اكو. داءونڽ بسر ماچم تليڠا ݢاجه. ورنا هيجاو ڤكت، بركيلت دان چنتيق. بنتوقڽ سأكن٢ هاتي. سنڠ تانم، سنڠ هيدوڤ...
Keladi Gajah ni besar...setinggi Aku. Daunya besar macam telinga gajah. Warna hijau pekat, berkilat dan cantik. Bentuknya seakan2 hati. Senang tanam, senang hidup...

اكو ممڠ سوك چاري دان بنديڠكن ݢونا ٢ بهاس. لاݢي ساتو اكو سوك باچ ارتيكل. بوليه چاري كت Google Scholar.بوكن سكادر تاهو، تاڤي اكو نق علمو.
Aku memang suka cari dan bandingkan guna 2 bahasa. Lagi satu aku suka baca artikel. Boleh cari kat Google scholar. Bukan sekadar tahu, tapi Aku nak ilmu.  

سلام جمعة. باڽقكن صلاوة...
سڽومله. اوبت يڠ ڤاليڠ مجرب...

Game Uji Minda Al-Quran

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

UJI MINDA AL-QURAN

1. Berapakah bilangan surah yang dimulakan dengan Alhamdulillah?

Jawapan: terdapat 5 surah yang dimulai dengan Alhamdulillah iaitu Surah Al-Fatihah, Al-An'am, Al-Kahfi, Saba' dan Fathir

2. Surah apakah yang dipanggil jantung Al-Quran?

Jawapan: Surah Yaa-sin

3. Siapakah yang pertama telah menulis mengenai ilmu tajwid?

Jawapan: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam

4. Siapakah orang pertama yang telah menterjemahkan Al-Quran kedalam bahasa Farsi pada zaman Rasulullah SAW?

Jawapan: Salman Al-Farisi

5. Surah apakah yang berakhir dengan huruf ra'?

Jawapan: antaranya surah Al-Khautsar

6. Surah terakhir yang telah diturunkan?

Jawapan: Surah Al-Maidah (ayat 3)

7. Didalam ayat mana kelima-lima nama para nabi ulul azmi telah disebutkan?

Jawapan: Surah Al-Ahzab ayat 7

8. Surah apa yang terdapat kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis?

Jawapan: Surah Saba'

9. Surah pertama yang diturunkan?

Jawapan: Surah Al-A'laq

10. Surah pertama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Farsi?

Jawapan: Surah Al-Fatihah

11. Kisah apa yang telah mendapatkan Ahsan Al-Qasas (kisah terbaik) di dalam Al-Quran?

Jawapan: Kisah Nabi Yusuf

12. Nama surah yang bermaksud wanita?

Jawapan: Surah An-Nisa'

13. Burung apa yang memusnahkan pasukan Abrahah?

Jawapan: Burung Ababil

14. Binatang yang telah membinasakan Raja Namrud?

Jawapan: Nyamuk

15. Binatang yang telah diberikan wahyu?

Jawapan: lebah

16. Minuman terbaik yang disebut di dalam Al-Quran?

Jawapan: Susu

17. Apakah perhiasan Al-Quran?

Jawapan: suara indah

18. Apakah musim Al-Quran?

Jawapan: Bulan Ramadhan

19. Apakah zikir terbaik?

Jawapan: membaca Al-Quran

20. Huruf yang sering digunakan dalam Al-Quran?

Jawapan: huruf ظ

Sunday, November 17, 2024

AYAH...ku kirimkan doa...

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

Sebenarnya terasa sangat berat untuk menukilkan entry kali ni kerana tajuknya membuatkan hati ini rindu pada seorang ayah. Ingatan diri kembali menggamit memori seorang ayah yang sentiasa menjadi hero kepada anak perempuan, sentiasa melayani kerenah permintaan manja dan sentiasa menjadi driver membawa jalan-jalan.

Tatapan terhadap gambar-gambar lama ayah tersenyum saat dirinya seakan-akan kuat dan sihat membuatkan air mata aku menitis laju ke pipi kerana hakikatnya aku menyedari dalam catatan nota kesihatan ayah di hospital yang baru aku baca tempoh hari sebenarnya ayah sudah sakit kronik. Tidak pernah ayah cerita keadaan sebenarnya, yang aku tahu ayah sentiasa tunjukkan dirinya sentiasa sihat. 

Aku tersentak membaca laporan perubatan ayah. Aku terkedu sebenarnya. Waktu yang berjalan tidak mampu diundur kembali dan takdir ayah sudah tertulis. Hanya dalam tempoh 2 bulan ayah menunjukkan dirinya sudah tidak lagi kuat. Manusia memang sifatnya tidak puas dan mahukan lebih. Tapi, Allah lebih sayangkan ayah. 

Ayah pergi dengan tenang. Ayah pergi pada waktu subuh yang baik dalam keadaan ayah yang terbaik. 5 minit sebelum subuh sempat lagi bertanya sudah masuk waktu atau belum, kerana rutin ayah akan bertolak melakukan dialisis di Sungai Besar seawal 6. 30 pagi. Ayah yang aku kenal sentiasa bangun awal dan bersiap awal. Ayah meminta emak aku mandi dahulu dan solat. Sewaktu itulah, setelah selesai urusan emak solat, emak perasan yang ayah masih baring di atas katil namun kaki kanannya sudah siap jatuh untuk bangun. Setelah beberapa kali digerak, emak merasakan yang degupan jantung dan nadi ayah sudah tiada. 

Ayah menjadi ayah yang sentiasa aku kenal sebagai seorang ayah yang menunjukkan contoh terbaik. Hinggakan contoh pemergiannya menjadi sumber inspirasi aku untuk mendapatkan kematian sepertinya. 

Dialog ayah yang diceritakan emak sebelum sehari ayah meninggal meninggalkan kesan dalam fikiran aku. 

"Ayah ada jamuan esok dengan kawan-kawan"

"Ayah nak mandi esok, cuma kena bawa selimut dengan bantal kecil"

"Ayah nak pakai seluar dengan kain ihram yang ayah pergi umrah tu..."

Semasa entry ni dinukilkan, sudah hampir 21 hari pemergian ayah. Setiap kali aku rindukan ayah aku teringat celoteh tutur bicaranya yang sentiasa meraikan apatah lagi anak2nya. 

Semoga ayah diampunkan segala dosa, dibebaskan dari seksa kubur dan neraka dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, beramal soleh, para syuhada' serta para rasul. Rindu ayah.




Tuesday, May 21, 2024

Ucapan Hari diLahirkan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan kita dapat teruskan amalkan zikir ini dimana-mana.



Teringat betapa meriah sambutan hari lahir yang pernah adik beradik sambut serta kejutan dari anak murid sewaktu pernah menjadi guru. Memang cukup mengujakan dan mengembirakan hati walaupun sebenarnya dalam Islam hukumnya khilaf ketika menyambutnya. 

Namun, apapun kebiasaan kita akan iringkan dengan doa untuk kebaikan bagi yang diraikan. Setiap kali tiba ulang tahun kelahiran bermakna bertambah satu angka usia kematangan dan bermaksud semakin hampir kepada kematian. Sepatutnya hari lahir kita jadikan sebagai peringatan untuk diri kita sentiasa bersyukur dan bertaubat kepada Allah swt.

Sebenarnya, hari lahir ini yang perlu diraikan adalah emak. Kerana hari lahir bermakna hari emak bertarung nyawa melahirkan kita didunia. Setiap tahun, emaklah orang yang pertama mengucapkan ucapan hari lahir tanpa pernah terlupa. Terima Kasih emak, terima kasih melahirkan kami enam beradik, menjaga dan mendidik kami sehingga kami dewasa. Terima Kasih juga kepada pengorbanan ayah yang sama-sama melayari rumahtangga membesarkan melayani permintaan serta memenuhi keperluan kami.

Hadiah yang cukup bermakna, kesudian emak sentiasa menerima, melayani dan menyantuni kami yang sudah berumahtangga dengan pelbagai karenah ragam menantu dan cucu-cucu. Moga Allah permudahkan urusan kami membalas segala kebaikan emak dan ayah selagi hayat di kandung badan. 

Sekali lagi buat emak. Terima Kasih melahirkan saya. 

Sayang emak. 



Saturday, December 30, 2023

HARUMAN SEMERBAK SYURGA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog ini teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.

Nukilan ni untuk anak-anak pal3stin. 





Haruman Semerbak Syurga
Jari jemari kecil
Seluas telapak tangan
Tubuh genit dalam dakapan
Ubun-ubun rerambut hitam
Haruman semerbak syurga

Wajah nan suci
Putera dan puteri
Jernih terbias indah
Terlakar dan terlukis

Rindu selalu
Senyum tawa
Terbayang selalu
Hilaian nada
Teringat segala
Haruman.....
Haruman semerbak syurga

#anakanakpal3stina
#t3mbikai

Friday, December 29, 2023

Alhamdulillah...hujan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog ini teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.


Hujan turun



Tatkala hujan turun, teringat satu ayat dalam Al-Quran daripada surah ....


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

الَّذِيْ جَعَلَ لَـكُمُ الْاَ رْضَ فِرَا شًا وَّا لسَّمَآءَ بِنَآءً ۖ وَّاَنْزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَاَ خْرَجَ بِهٖ مِنَ الثَّمَرٰتِ رِزْقًا لَّـكُمْ ۚ فَلَا تَجْعَلُوْا لِلّٰهِ اَنْدَا دًا وَّاَنْـتُمْ تَعْلَمُوْنَ

"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 22)

Bersyukurlah kerana Malaysia merupakan bumi Allah swt yang bertuah yang sentiasa menerima hujan setiap hari. Tiada yang buruk mengenai hujan makhluk ciptaan Allah ini kerana setiap penciptaanNya adalah sempurna. Walaupun ada yang menyatakan hujan yang berlebihan boleh menyebabkan banjir dan sebagainya, namun boleh jadi apa yang buruk itu sebenarnya baik.

Andaikata tiada hujan langsung juga sehingga panas terik mengsisa akan ada rugutan daripada manusia yang sentiasa tidak berpuas hati. Yang dimahukan hanyalah Zon selesa yang disukai dengan kadar hujan yang biasa. Sedangkan kita sebenarnya Allah tidak ciptakan untuk sentiasa selesa dengan apa yang ada didunia kerana Dunia memang tempat diuji. 

Hujan yang menjadi bah dan banjir merupakan ujian. Berdoalah semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menerima ujian musibah banjir. Tiada siapa yang mahukan kesusahan. Tiada siapa yang mahukan penderitaan. Bahkan bosan menghadapi ujian banjir yang sama setiap Kali musim tengkujuh. Akan tetapi pastilah setiap kali hujan akan ada pelangi, Allah pasti akan memberikan ganjaran kepada hambanya yang sabar dan redha dengan ketentuannya. 

Semoga dipermudahkan segala urusan.


Antara Jerebu dan Langit Biru

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang t...