Tuesday, February 7, 2017

PUISI : SAYA SAYANG LC SAYA

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah.

selamat ulang tahun motor lc biru kesayanganku.

nukilan ini untukmu sayanggggg!!! (korang bayang macam projector band tarik part sayang tuh)


SAYA SAYANG LC SAYA

Masih segar di ingatanku
Roda berputar
Masa pun turut beredar
Seakan masih baru kau ku miliki
Pinjaman sementara dari ilahi
Rajawali turut menyaksi
Jernihan peluh di setiap sisi
Seorang ayah yang tulus nurani
demi anak gadis yang disayangi


Biru bak lagu Sebiru hari ini

Dari desa ke kota
Dari kilang ke pengguna setia
Melihatmu kali pertama
Sudah terpahat rasa cinta
Telahku tanam azam bersama
Mengutip mutiara di arus perdana


Andai hujan turun
Maka kita basah bersama
Andai hari membahang
Maka kita berpanas bersama
Dua kali kita tersadung
Sungguh!...
kau lebih sakit
Aku tak peduli diriku
Dirimu yg Ku cari dulu


Namun
Pernah beberapa ketika aku hilang punca
Sudah jatuh ditimpa tangga
Sakit diluar sakit didalam
Berturut-turut tanpa amaran
Alangkah sedih
Manusia memilih kasih
Kau ku abaikan
Hampir 3 bulan
Kerna ku hilang kekuatan


Syukur
Allah tuntun kembali
Dengan ingatan kewujudanmu
Kau dan aku telah ditakdirkan bersama
Kesana kemari mengutip ilmu
Entah pelusuk mana belum dijejaki
Kuala Lumpur pun kau reti
Kalau mampu
Jom pusing satu semenanjung

Ouh LC biru kesayanganku
Aku hebat sebab kau LC

Puisi untuk motor LC biru kesayanganku...

perkataan banjar hari ini:
balalah = jalan-jalan

tq. Jazakillah khairan kathira


Thursday, January 26, 2017

REVIEW : MENYINGGAH DI FESTIVAL THAI FOOD KUALA SELANGOR

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah.

walaupun ekonomi Malaysia makin merudum dan Ringgit terus meyusut akan tetapi nafsu makan kita akan kekal meningkat ye tak?. 

Okay selamat datang kepada pembaca baru yang sudi menyinggah dan selamat menikmati hidangan kupasan daripada  perspektif Amal sebagai pengunjung. 


Tahun lepas telah diadakan sebuah Festival Makanan Thailand (Thai Food Festival) yang menghimpunkan peniaga-peniaga makanan dari Thailand dan diniagakan dalam tempoh tertentu dan di kawasan-kawasan tertentu seperti Kuala Selangor, Shah Alam, Subang Jaya dan lain-lain tempat lagi.

Amal berkesempatan untuk pergi ke salah sebuah Festival makanan Thailand di Kuala Selangor. dan di bawah ini apa yang Amal rasa:

1. tempat yang diadakan cukup strategik dan tempat parking yang banyak (senang betul nak parking kereta)
2. selain makanan, festival ini ada juga menjual perkara lain selain makanan macam kasut, baju, periuk..boleh lah memborong di sini.
3. rambang mata sebab banyak sangat jenis makanan yang dijual (sampai tak tahu nak makan apa)
4. Kerabu maggi Thailand (ohsemmmm...really recommended)
5. tak tahu nama maggi (mi segera) ni apa...tapi dia punya kualiti superbbbb! 
6. Thailand kan terkenal dengan masakan tomyam...jadi tomyam mee dia memang kawww.
7. mak saya beli somtam, Amal kureng sikit tak berapa minat. tapi mak kata sedap. kalau korang nak, apa salahnya cuba.
8. Kebab thailand memang besar-besar ea?...satu kebab tu boleh makan 3 orang sebab besar sangat.

Dah lah...(macam membebel pula)

kalau  Amal tulis semua ni, memang banyak lah. cukuplah ea..

tapi apa-apa pun usaha yang dilakukan dan kelainan konsep yang dibawa ni membawa kepuasan kepada keduanya. baik dari sudut pengunjung mahupun peniaga. kalau pengunjung macam Amal ni rasa beruntung lah sebab tak payah nak pergi Thailand pun dapat rasa makanan Thailand sebab kalau Amal travel kebanyakan tujuannya food hunter. (macam harimau lah pula..hadoii) manakala bagi peniaga pula mereka akan dapat keuntungan dengan berniaga secara langsung kepada pembeli dengan kunjungan ramai ke festival. 

dah lah, the end. but first...

check this out!


selamat datang ke Thai Food Festival!

model kita my sisters

ayah tengah usha kasut


tengah menunggu somtam

terliur tengok kentang tu...

kerabu thailand yang ohsemmm!!!

kebab kebab kebab

pulut mangga in the house



kehenseman ayah terserlah disini

kebab ni memang besar, kena makan 3 orang


nak balik 


# rindu dah dengan kerabu thailand hakak tuh...nampaknya kena tunggu next thailand food festival atau kena terbang ke Thailand.




Friday, December 23, 2016

Murid Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Murid berkualiti, adakah lagi masa kini, identitinya sukar dicari, susuk peribadi sukar ditemui, kemanakah ciri-ciri murid berkualiti yang boleh dicontohi?

Tiga medan akan kita tempuhi bersama, pertama mengenal pasti ciri-ciri murid berkualiti yang membawa kita mengenali dengan lebih mendalam. Kedua, proses pembentukan murid berkualiti yang mengambil kira didikan awal dan seterusnya.  Ketiga, kesan murid berkualiti bukan sahaja impak kepada diri malah kepada masyarakat dan juga negara.

Dengan itu, mari bersama kita membuka minda, mencakna jiwa mendalami “Murid Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan”.

Pembaca sekalian,
Pertama. Kita perlu mengenal pasti ciri-ciri murid berkualiti. Bagi menghasilkan murid yang cemerlang mestilah dengan kualiti muridnya. Persoalannya karakter bagaimana yang ingin di cari?. Jawapannya melalui 3 B. Bijak, berilmu dan beramal.

Bijak bukan sahaja terletak pada fikiran, bijak juga terletak pada hati. Bijak juga dalam tindakan. Bijak perlukan ilmu. Berilmu syarat kedepan. Berilmu syarat sang pemimpin. Berilmu ketika berurusan. Berilmu jangan disimpan tapi untuk diamalkan. Supaya, lebih kuat, lebih hebat dan berkat. seperti kata buah fikir ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Pembaca sekalian,
Setelah kita mengenal pasti ciri-ciri murid yang berkualiti. Kita perlu ke langkah seterusnya. Dimana, proses yang penting bagi membentuk seorang insan yang kamil. Bahan asas telah ada, Bijak. Berilmu. Beramal. Namun, alat apa yang boleh kita gunakan bagi menghasilkan sesuatu yang cantik. Alatnya juga mesti cantik. Iaitu 4 D. Didikan ibubapa. Didikan guru. Didikan rakan-rakan. Dan didikan masyarakat.

Didikan ibu bapa merupakan guru pertama bagi seorang manusia, bahkan madrasah terawal bagi sang anak. Ibu bapa mestilah memberikan yang terbaik dengan mengenalkan ilmu mengenal tuhan, ilmu mengenal rasul dan ilmu kehidupan. insyaAllah apa yang terhasil pasti hebat dan berkesan.

Kedua, didikan guru. Kesinambungan daripada didikan ibu bapa. Guru adalah gedung ilmu formal insan ke langkah seterusnya. Guru mengaji, guru bahasa, guru matematik, guru silat atau apa sahaja guru menyempurnakan lagi pemahaman ilmu yang telah diberikan. Sebagai persiapan menuju dunia sebenar. Sebagai bekalan menghadapi alam yang mencabar.

Ketiga, didikan rakan yang membawa pengaruh besar yang mencorak anak ini tadi. Untuk pengetahuan kanak-kanak adalah peniru yang terbaik. Berkualiti rakannya, maka berkualiti lah dia.
Keempat didikan masyarakat, dari awal kita menyebut didikan ibu bapa, didikan guru, dan didikan rakan. 

Maka, hal yang penting juga mestilah pengaruh dari masyarakat sekeliling itu sendiri. Akhlak masyarakat setempat yang berbudi akan disantuni, jiran yang saling menghormati akan diteladani, disini nanti kita akan melihat setiap rumah memiliki anak yang cemerlang duniawi malah cemerlang ukhrawi

Pembaca sekalian,
Akhir sekali, apakah kesan murid berkualiti? Apakah untungnya kepada ibu bapa? Apakah kebaikannya pada guru, masyarakat ataupun negara?

Dalam keluarga akan mendapat permata yang bernilai dan bersinar, menjadi kebanggaan ibu dan bapa. Namanya akan menjadi sebutan yang baik dalam masyarakat. Walau nanti mati meninggalkan jasad. Negara akan menjadi cemerlang kerana rakyatnya. Bagaimana? Anak yang cemerlang akan menjadi ibu bapa cemerlang. Ibu bapa cemerlang akan menyumbang dalam negara. Hasilnya negara turut cemerlang.

Kesimpulannya,
Pembentukan seseorang murid yang berkualiti mestilah dijaga daripada awal. Disamping berdoa, perlu diberi penekanan dari aspek fardhu ain dan kifayahnya. Supaya Allah sentiasa menjadi rujukan utama. Semoga murid yang berkualiti bukan sahaja cemerlang akdemiknya namun turut cemerlang akhiratnya.

Akhir kalam terimalah serangkap pantun daripada saya.
Dua tiga kucing kampung,
Mana nak sama kucing di pekan,
Orang berilmu mesti disanjung,
Anak soleh jadi impian.

Sekian.
Dayang Bungah

Rumah Mutiara Kata 19

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Jika datang majlis ilmu dengan ilmu, tiada apa yang diperolehi 
tetapi jika datang majlis ilmu tanpa ilmu, maka segalanya akan diketahui"

huraian : jika kita mahu menuntut ilmu, datanglah dengan tangan yang kosong tanpa ilmu penuh di dada, kerana kita perlu merendah diri dihadapan guru. Ilmu yang penuh semasa menuntut ilmu menyebabkan kita tidak akan beroleh apa-apa kerana kita rasa segalanya telah kita tahu. sebaiknya kosongkan ilmu kita untuk diberi ruang kepada ilmu yang baru.

Don't ever and never thought that you know everything in this world, what we know just only a small portion on our little brainy. Remember Allah is greatest among all the greatest.

Notes: Perhaps, you can quit to be a student, but you may stay and still to be a learner.



CERPEN : Min Min si Wedding rush planner

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tak mahu bersoal jawab, bosan kan?...ada masa ni, layan jelah. Huhhh, selamat membaca.

watak-watak dalam cerpen:
1. Min-min
2. Entah lah

watak utama : min min
Hari lain, cerita pun lain macam-macam dah min min buat untuk selamatkan keadaan.

Nampaknya tak berjaya juga nak selesaikan kes putus cinta antara yibie dengan mamat kelabu tu. Entahlah tak tahu lah ubat gigi jenama apa yang mamat kelabu tu pakai sampai si yibie yang berbulu kembang tu boleh sangkut dengan kehenseman gigi dia.

Esok yibie nak jumpa nak bincang perkara tu. 
Tapi min min takde keputusan lagi. 
apa benda yang min min boleh cerita dekat yibie.
dahlah yibie bayar min min mahal untuk upah min min supaya yibie dapat kawin dengan mamat kelabu.

min min cuba mencari akalnya yang hilang merayau entah kemana. pergi korea kot tak balik-balik lagi.

"ahha!...aku dapat akal" kata min min bermonolog sendiri dalam hatinya.

malam tu min min buka almari dan mencapai begnya dalam gelap. segala jenis perkakas dan pakaian diambil untuk keperluannya ketika dalam perjalanan menuju ke korea. 

alasannya min min mahu mencari akalnya yang pergi merayau ke korea.

tiba-tiba...

telefon jenama kambingnya berdering..."ngembek...ngembek"
banyak kali telefonnya mengembek-ngembek minta diangkat.

"alamak..macam mana ni" bisik hati min min...dia memang sebolehnya tak mahu angkat telefon itu apatah lagi nama yibie yang keluar di paparan hadapan telefon itu.

tapi setelah banyak kali telefon tu mengembek-ngembek, min min terpaksa mengalah dan mengangkatnya.

yibie : hello min min, macam mana kes saya? dah selesai ke? esok saya boleh kawin dengan mamat kelabu tu kan?

min min : hello yibie, hmm kes awak esok akan selesai, saya dah bagitau dengan mamat kelabu tu yang awak nak kawin dengan dia.

yibie : ohh yeke? baguslah tak rugi saya bayar min min mahal-mahal...bukan senang nak dapat tikus jenama mickey mouse tau..okaylah..kalau macam tu pukul berapa saya boleh kawin dengan dia?

min min : (min min tengok jam di telefon kambingnya menunjukkan pukul 7.59) esok pukul 7.59 pagi dekat belakang reban ye...jangan lambat satu saat tau!..sebab kalau lambat mamat kelabu tu akan batalkan perkahwinan tu.

yibie: baiklah! terima kasih min min

min min sedang hehehehe dekat rumahnya.

malam tu yibie terbayang-bayang perkahwinan yang gilang gemilang diantara dia dan mamat kelabu yang berlangsung di belakang rumah. dengan sorakan daripada tetamu seperti ayam jagau, ayam betina, kambing, cacing dan ramai lagi menyebabkan hati yibie cukup berbunga-bunga. sehingga jam 3 pagi yibie masih belum melelapkan mata.

esoknya, min min sudah terpacak di belakang reban pukul 7.58 pagi dengan mamat kelabu, tapi bayangan yibie masih belum hadir, bulu dia yang lebat tu pun masih belum nampak.

1 saat selepas 7. 59 pagi, tibi-tiba yibie sampai.

seperti yang dijanjikan, mamat kelabu akan membatalkan perkahwinan jika yibie lambat satu saat. mamat kelabu kata, lain kali lambat lah 2 atau 3 saat. perkahwinan tidak akan dibatalkan. okay bye yibie.

hah macam tu je???

min min pun lari selari-larinya. bye.

# min min penghancur planner.








Saya Gadis Banjar : BARAAN

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Sorry guys, sebab lambat update pasal hari raya di Kampung Amal. teka dekat mana?..ouh ya di Pasir Panjang Sekinchan.


.........

dalam senarai planning Amal memang salah satu perkara yang saya patut kongsi adalah kisah baraan dekat kampung sebab memang ramai nak tahu apa tu baraan dan baraan tu macam mana kan?

apa itu baraan? Pertamanya baraan adalah salah satu perkataan banjar. Dalam bahasa melayu kita akan sebut sebagai "berarak" maksudnya beramai-ramai, bila kita convert kepada bahasa banjar...(okay dalam entry yang lepas-lepas Amal ada cerita yang perkataan banjar ni suka menambah)...haha macam tu jugalah yang terjadi kepada perkataan baraan ni. dari berarak kita tukar jadi "baraan"...taraaaa!!!


kalau tercari-cari apa itu banjar boleh baca dulu dalam entry Amal iaitu Saya Gadis Banjar : Penutur Bahasa Banjar

alright, sekarang kita move on ke baraan ni sebenarnya macam mana? 

konsep baraan?
konsep baraan ni cukup senang...ingat ini berlaku semasa hari raya. Rumah dekat kampung Amal ni jenis jarak-jarak tak macam dekat bandar sebab kawasan sawah padi, masing-masing duduk dekat petak sawah. jadi nak dapat 10 biji rumah pun gigih nak habiskan baraan. 

Macam Amal cakap baraan ni maksudnya berama-ramai jadi konsep baraan semasa hari raya adalah berkumpul ramai-ramai dan pada masa yang sama kita akan ziarah rumah jiran-jiran dekat kampung dalam satu hari.

kalau kampung Amal sikit je dalam 20 ke 30 buah rumah. tapi nak habiskan ziarah semua tu dari pukul 8 pagi sampai asar juga lah. phewww!!!

ini sikit lagi...tapi kalau kawasan kebun rumah dekat 100 biji lagi puas nak habiskan...tapi takpe rumah kebun dekat-dekat sikit. tempoh masa pun sama juga. parking motor dekat tepi jalan...3 biji rumah boleh ziarah. 

tapi kalau sawah tak dapatlah...rumahnya sebiji-biji dan jauh tu pasal jadi lama.

dalam banyak-banyak kenangan baraan, baraan masa habis sekolah menengah yang paling best. (kalau ada member Amal yang baca ni, takde ke teringin nak buat lagi?)

masa tu kami buat sampai 3 hari untuk baraan. Hari pertama, kami buat baraan sebelah pantai. Hari kedua, sebelah sawah. Hari ketiga, baraan rumah-rumah cikgu kami dari Kuala Selangor hinggalah ke Sabak Bernam. konvoi motor ramai-ramai, biasalah masa ni lesen motor je ada, tapi kenangan masa ni paling indah...

okay. tamat.

usha gambar dulu...

berkumpul di rumah pertama



rumah seterusnya

ni rumah jiran...lepas ni baru rumah saya

alright...ni lah rumah saya

mak sibuk layan tetamu

budak-budak seronok main buaian bawah rumah

tetamu dah nak balik

baraan rumah sebelah pulak


mak nak gambar dengan kawan-kawannya

cantik kan deko rumah ni...

tengok tu..seronok mak dengan kawan-kawan...sebelum rumah terakhir



jika ada sebarang komen dan cadangan,
tinggalkan di ruangan bawah.

perkataan banajar hari ini:

ayuhak = jom

BM: jom pergi sawah
BB :ayuhak tolakan ka bandang

salam banjar

Sunday, December 11, 2016

Salam Maulidur Rasul Sollu 'Alaih

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, tahun ni 2016 masih Allah swt berikan Kita ruang dan peluang untuk mengumpul skor mata pahala yang banyak-banyak. Macam mana? Salah satunya dengan memperbanyakkan selawat ke atas nabi.

Pernah tak dengar lagu yg menjadi siulan masa kita kecil-kecil dulu? 

✨Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah


Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Kredit : lirik Nasyid Junjungan mulia(Almizan)


💟salam maulidur rasul
💟jom pecut selawat
💟sayang Nabi ketat-ketat





Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...