Wednesday, December 7, 2022

Puisi(Lirik): Hebatnya Rasulullah SAW

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


........

Insan teristimewa insan mulia,
Namamu mekar diseluruh alam,
Kata-katamu penenang hati,
Penyejuk jiwa buat insani...

Muhammad...peribadinya hebat,
Muhammad...namanya diangkat,
Muhammad...memorinya kuat,
Muhammad...uswatun hasanah...

Kekasih Allah mulanya mu menyendiri
Perlahan-lahan Islam disebari
Dugaan dan cabaran silih berganti
Kau tetap teruskan

Kekasih Allah dirimu pilihan Allah
Wahyu diberikan bukan sahaja diri dan keluarga
Malah seluruh umat

Kekasih Allah...kekasih Allah










Friday, April 23, 2021

Dari Buku Notaku : Menyusun waktu tidur

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye

Tahun lepas Amal ada terbaca perkongsian @ustazelyasismail ada posting pasal program tanyalah ustaz...memang Amal simpan niat nak tengok. Tajuk dia menarik!

Banyak yg disebutkan ustaz...tapi point yg menarik bagi Amal adalah bila ustaz jawab soalan dari fb..."kaitan antara jadual tidur Nabi Muhammad dengan kesan sains dan alam" mcm tu kot lebih kurang...hehe
.
Ustaz jawab dengan adab tidur nabi
1. Menutup pintu, api dan lampu, bekas makanan.
* Hikmahnya disini...kalau tutup semua tu itu adalah dasar penjimatan. Kalau nak tahu juga kalau tidur dalam gelap boleh menajamkan fikiran dan mencedaskan akal.
Subhanallah...Amal pun baru tahu yg tidur dalam gelap boleh jadi pandai...

2.berwuduk sebelum tidur
*Hikmahnya disini sepanjang kita tidur akan didoakan oleh Malaikat. Tapi kalau dari segi sains...ustaz takde sebut pula 😂...tapi takpe sahabat followers Amal bijak2 belaka kan.

3. Mengibas tempat tidur
*Kibas tempat tidur 3kali...kerana kita tak tahu ada apa atas tempat tidur kita tu...mungkin ada lipas tengah menyorok.

4. Berdoa sebelum tidur 
*Antara doanya ialah بِسْمِكَ أَللَّهُمََّ أَمُوْتُ وَ أَحْيَا . 

Kesimpulannya, tidurlah...
memang itu fitrah. Tapi orang islam biarlah tidurnya beribadah. Agar beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah.

Selamat malam semua 😴.
Semoga tidur korang jadi lubuk pahala.

Ramadhan kali ini

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.

Al-Quran



Berdebar dan tak sabar menanti Ramadhan kali ini. Terasa Ramadhan amal tahun lepas bukan yang terbaik dan banyak kekurangan sebagai hambaNya. Ya Allah, alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...berkatilah hidup kami dan sampaikan lah kami dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Allah yg menciptakan makhluk corona ini, Allah yg menurunkan penyakit dan Allah jualah yg menyembuhkan penyakit. Banyakkan beribadah dalam musibah, inilah peluang yg perlu direbut semua umat Islam yg yakin dengan Allah. Allah sayangkan kita. Allah sayang Amal. Berdoalah tanpa henti, berusahalah tanpa putus. InsyaAllah...yakin dengan Allah. Pasti ada hikmah semua ini terjadi. 

3 fasa Ramadhan:

Sebelum Ramadhan, 
-bersiap sedialah dari segi jadual susun atur aktiviti dalam bulan Ramadhan. Rugi sangat2 kalau takde aktiviti Ramadhan ni. 
-bersihkan kawasan ibadah, memang kita solat hari2...tapi ni bagi extra...sambut kedatangan Ramadhan, basuh telekung, sejadah, kemas rak Al-Quran, tempat nak ngaji. 
-senaraikan doa-doa terbaik, ibadah terbaik, amalan terbaik...libatkan sekali ahli keluarga.

Semasa Ramadhan,
-ikut apa jadual yg dah dirancang dan istiqamah 
-jaga percakapan, perbuatan dan jangan buang masa
-do the best we can for this Ramadhan, ingat Dan pasak dalam minda...mungkin ini Ramadhan terakhir ku.

Selepas Ramadhan,
-apa yg pernah kita buat di bulan Ramadhan...usahakan juga untuk diteruskan.
-contohnya...masa Ramadhan kita boleh bagun tahajud. Kita boleh ngaji banyak muka. 
-kalau nak tahu inilah kesan Ramadhan, kita jadi semakin baik selepas Ramadhan. Amalan sama...malah ditingkatkan

Thursday, April 22, 2021

Resepi Buku Biru : Sambal Garing Ikan bilis

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...

Atas meja makan rumah Amal, amal perasan ada balang Che Nor yg Mana terkenal dengan sambal Garing Ikan bilis. Disebabkan selalu makan sambal Garing dengan nasi putih...Tak perasan sambal Garing tu Makin habis. 

Jadi, amal pun cubalah buat sendiri...Mana tahu boleh tanding dengan che nor punya...ewahhh

Resepi sambal Garing inspired dari sambal Garing che nor.

3 bahan utama yg mesti ada.

1. Ikan bilis
2. Bawang goreng
3. Cili kering

Cara masak resepi ni....

1. Ikan bilis kena goreng sampai Garing....leapstu angkat dan letak tepi
2. Goreng bawang atau guna je bawang goreng dh siap goreng sampai Garing
3. Cili kering di sangai sampai kering dalam kuali dan blander sampai hancur
4. Gabungkan ikan bilis, bawang goreng dan cili kering dan gaul rata. 
5. Hancurkan sedikit ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula.

Alhamdulillah, resepi sambal Garing Ikan bilis dah siap


Resepi sambal Garing Ikan bilis

Sunday, March 21, 2021

Puisi : Kesayanganku

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.


Puisi : Kesayanganku

Pergimu tiada disebut
Datangmu tiada dijemput
Hilangmu tiada disambut
Kau umpama permata yg hilang

Jiwa dan cintaku 
Pergi bersamamu
Hanya kenangan harta tersimpan

Puas ku cari dalam mimpi
Rindu ini mula menghadir
Andai patahnya sayap rajawali
Bertongkat jua diri kemari

Ku susun sepuluh jari
Mendamba kemaafan hati
Biarpun tidak ada lagi
Tapi kekalkan memori abadi

Pergimu tiada disebut
Datangmu tiada dijemput
Hilangmu tiada disambut
Kau umpama permata yg hilang

Ku doakan agar kau dilindungi
Selalu dalam naungan ilahi
Senyuman bersemi










Rumah Mutiara Kata 35

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


      “Mata kanan melihat kebaikan orang lain, mata kiri melihat keburukan diri”

huraian : teringat pesanan ustaz Ebit Lew dalam ceramah livenya, beliau menyebutkan kepada Kita supaya memandang kebaikan orang lain, walaupun ada 100 keburukan nya, sentiasalah memandang pada 1 kebaikannya.  Kerana, sebaik-baik diri Kita...baik lagi orang lain dan seburuk-buruk orang lain...lagi buruk diri Kita. Jadilah seperti mata lebah yang memandang kepada kebaikan dan mengeluarkan kebaikan. Kalau benar Kita orang baik, pasti Kita akan tetap buat kebaikan walaupun orang buat buruk pada Kita. InsyaAllah. 















Tuesday, March 16, 2021

Refleksi : Sijil Kematian

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.

Baru-baru ni, saudara kami... merangkap orang Kampung kami juga telah pergi kembali. Bukan tentang kematiaan arwah yg ingin diceritakan...akan terapi iktibar dari sebuah KEMATIAN Itu akan terjadi pada sesiapapun...samada yg menulis entry ni ataupun yg membaca entry ni.  

Dalam surah Ali Imran ayat 3, Allah SWT berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ  ۗ وَاِ نَّمَا تُوَفَّوْنَ اُجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ  ۗ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّا رِ وَاُ دْخِلَ الْجَـنَّةَ فَقَدْ فَا زَ   ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَاۤ اِلَّا مَتَا عُ الْغُرُوْرِ


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 185)


Mati Itu pasti dan tiada siapa boleh menolak kematian. Yang dilihat bukan pada sebab kematian. Mati sebab kemalangan ke, sakit ke, dibunuh ke atau lain2 sebab. Tapi, yg dilihat adalah apa yang akan dibawa semasa semasa alam barzakh. 

Persoalannya...

Yang dibawa semasa mati adalah apa yg dilakukan semasa hidup. Sepanjang Kita hidup apakah Kita sentiasa perbaiki diri, mohon ampun pada Allah, berusaha untuk melakukan kebaikan walaupun sedar bahawa diri penuh dengan keburukan. Allah lah yang Maha Pencipta yang paling kenal hamba-Nya. Allah sangat sayangkan hamba-Nya...dan rahmat Allah Itu terlalu luas.

Satu kesilapan bagi orang yg tertekan dalam hidup... apabila dilanda masalah terus  berputus asa dan meminta mati. Jangan dan jangan....

Kata alim ulama....kalau Kita benar2 orang baik... walaupun perkara buruk berlaku pada hidup kita...Kita tetap akan buat baik...dan teruskan berbuat kebaikan lagi. Dan kalau pun Kita kata ni jahat sangat dan Tak pernah buat baik... InsyaAllah...Allah ni sangat baik....Allah bagi Kita peluang untuk taubat. Macam kisah pembunuh 99 orang tu ....

Jadi, kesimpulan nya...sama2 lah Kita sentiasa baiki diri, mohon ampun dan minta pada Allah agar diberikan Kita jalan menuju ke Syurga. Kerana Sijil KEMATIAN Itu lah yg Kita takkan pernah lihat sepanjang hidup.   










Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...