Sunday, March 29, 2015

Rumah Mutiara Kata 8

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.
                  "ikut kata hati, jangan ikut kata orang.... 
                        ikut mampu badan, jangan ikut mampu orang"

huraian: apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan, kita mestilah melihat kepada kelebihan dan kehebatan diri, usah sama sekali melihat kepada orang lain dalam membuat satu-satu keputusan penting. Diri kita dan orang lain tak sama keadaannya, setiap insan di atas muka bumi ini Allah SWT telah mengurniakan rezeki masing-masing. cuma kita perlu berusaha dalam menggapai sesuatu. Perbanyakkan baiki kelemahan diri dan janganlah mencari kesalahan orang lain. 

Saya Gadis Banjar : WADAI KIPING

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Assalamualaikum Warahmatullah...الحمد لله 
Moga semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT...

................

Dan kali ini Amal nak menyambung kesinambungan cerita Banjar tapi dari sudut makanan...hmmm...nyum..nyum...

untuk mengenali seseorang yang berketurunan Banjar yang original, semestinya beliau itu mengetahui kewujudan makan tradisi yang bergelar WADAI KIPING.

Usia 7 tahun Amal bertukar status dari warga kota kepada warga kampung dan tinggal bersama Nenek( nenek dah dijemput Allah SWT) di Sebuah Kampung yang di beri nama Pasir Panjang (pelik juga tak nampak pasir yang panjang pun), Sekincan...

Masa zaman kanak-kanak, Amal tak tahu pun yang Amal ni orang Banjar, dan apabila tinggal dengan nenek, masa tu tahu...wah saya ni makhluk asing dari planet namek rupanya (peminat setia Goku)...ngengeh...

okay sekarang baru nak masuk cerita WADAI KIPING, resepi ni belajar dengan orang jati Banjar tau...ORiiii oo!

Apa itu WADAI KIPING?

wadai kiping merupakan sejenis pencuci mulut dan makanan tradisi orang Banjar yang dibuat hasil daripada campuran beras pulut, santan, gula merah dan pandan. Wadai bermaksud kuih dan kiping bermaksud kepingan.

kebiasaanya di masak apabila ada kenduri seperti doa selamat, majlis kesyukuran, cukur jambul dan lain-lain dalam kalangan warga Banjar.

Amal update gambar masa kenduri 2018 okay...

Masa kenduri 2018

Kenduri 2018


Bagaimana cara masak WADAI KIPING?

1. satu peket tepung beras pulut dicampur dengan air
dah campur kena gentel-gentel jadi rupa macam ini
2. semetara itu didihkan gula merah dalam periuk, kemudian masukkan tepung yang dah di gentel tadi dalam periuk yang dididihkan gula merah. kacau sampai wadai kiping tadi timbul. lepastu baru masukkan santan dan daun pandan.

3. dah siap!

4. pergi google gambar wadai kiping...yang Amal punya gambar tak berapa cantik sebab waktu malam. pencahayaan kurang. (gambar terdelete sebenarnya, nak nangis rasa)

Pendapat tentang WADAI KIPING?

senang dan sedap nak masak...tapi bahagian menggentel tu yang tak tahan...kalau setakat nak sediakan untuk dua orang makan takde masalah...
tapi untuk kenduri..ni memang menangis nak buatnya...bayangkan nak dapat satu talam pun keras bahu...
woah tapi bila benda alah yang bernama WADAI KIPING ni dah siap...saat kuih ni masuk dalam tekak memang terasa manis gula melaka dan air tangan semua keluarga buat...disitu Amal sekeluarga akan lebih merasa bahagia (eceh ni ayat jiwang-jiwang novel).

jujurnya memang sedap...tak tipu...sampai ke kuah terakhir periuk! 




PERKATAAN BANJAR HARI INI

1. Sabarataan      = semua
2. Aroh               = kenduri
3. Haru               = kacau
4. ulah                = buat
5. Rinjeng          = periuk

# pernah buat untuk member UniSZA masa duduk rumah sewa, request sebab dorang tanya Banjar takde special food ke...sekali buat...amboi!!! kena banyak kali pula buat.(dua kali je pun)

Saturday, March 21, 2015

Rumah Mutiara Kata 7

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.
                  "Ringan di Mulut, Berat di Akhirat"

huraian: inilah yang dinamakan sebagai kuasa zikir. Walaupun zikir satu amalan yang nampak mudah namun sebenarnya ia memberi impak dan makna yang besar di akhirat kelak. Apatah lagi semasa Allah sedang menghisab dan menghitung segala amalan hambaNya. Perbanyakkan lah zikir kepada Allah SWT seperti subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar. wassalam


Saya Gadis Banjar: PENUTUR BAHASA BANJAR

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

..................



Haha...Amal dah lama ada blog tapi jarang sekali update...
dan kali ini Amal nak bercerita tentang Bahasa Banjar. Di Malaysia memang ada pelbagai kaum dan etnik tapi yang biasanya di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Tapi korang semua tahu tak tentang Bahasa Banjar?

Bahasa Banjar selalunya dituturkan oleh Kaum Melayu...macam Amal ni...tapi sebenarnya berasal dari negara jiran Indonesia.

Ya! Amal orang melayu tapi dah ada campuran banjar, dan lebih dikenali sebagai Melayu Banjar.

Jadi apa yang menarik tentang bahasa ini?

1. Bahasa yang sangat lembut

Dalam bahasa Melayu kedengaran bunyi orang marah dan bahasa yang digunakan mungkin agak 'Kasar'. Namun dalam Bahasa Banjar bunyi marah pun lembut lagi di dengar.

Contohnya:
Bahasa Melayu - Aku benci Kamu!
Bahasa Banjar  - sarik banar ka ikam!

Nampak?...lembut kan...

2. Tiada huruf 'e' dalam Bahasa Banjar

Kebiasaannya huruf 'e' yang ada ditukarkan kepada huruf 'a'. Ada sesetengah perkataan banjar yang memang original ada 'e'.

Contohnya:
Bahasa Melayu - benar
Bahasa Banjar. - Banar

3. Mudah faham dari Bahasa lain (dah Amal orang Banjar mestilah senang...ngeh ngeh)

Ramai orang salah sangka yang banjar adalah sama dengan jawa. Sebenarnya tak sama langsung, ia ibarat itik cakap dengan ayam. Banjar tak faham jawa dan jawa pun tak faham Banjar. Bahasa Banjar lebih mudah sebab ada sedikit persamaan dengan Bahasa Melayu dalam sesetengah perkataan.

Contohnya:
Bahasa Melayu - mencari kawan
Bahasa Banjar  - mancari kawanan

4. Mesti ada penambahan imbuhan pada perkataan

Memang tidak dapat dinafikan Bahasa Banjar yang paling banyak menambah pada awal dan hujung perkataan. Dan kadangkala satu perkataan asal boleh ditambah kepada banyak peringkat dan membawa maksud yang berbeza. Aik? Susahnya...

Taklah...jangan risau untuk tambah...tak menyalahi undang-undang pun.

Contohnya:
Makan - maksudnya makan
Makanan - maksudnya jom makan
Makan ai - maksudnya tengah makan
Makan leh - maksudnya jemput makan
Makan am - maksudnya dah makan

Haha...mesti berkerut baca.


Takpe.
Nanti Amal akan sambung lagi ni...


# masalah Bahasa Banjar pada hari ini...ramai anak muda faham Bahasa Banjar tapi tak pandai cakap Bahasa Banjar.
# amun tahaga kakulaan nan banjar, rarajinan pang rawa-rawa dan bacuuran. Biar Banjar baharik, wayahinik dan salawasan.










Tuesday, March 17, 2015

Kadang-Kadang kita lupa kan?


Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Assalamualaikum Warahmatullah...الحمد لله 

Lama kan tak update, maaf lah Amal terlalu sibuk sampaikan nak cari masa untuk blog pun tak sempat...nak buat macam mana inilah dunia...kita akan sentiasa sibuk dengan urusan amanah dan tangunggjawab, jika tidak dilakukan dengan TERBAIK...maka kita yang akan dipersoalkan kelak.



Dalam tempoh masa yang berlalu dan berputar...macam-macam ujian Allah SWT datang pada hambaNya...dan Amal sentiasa sedar bahawa ujian Allah SWT itu datang bukan pada Amal sorang, tapi pada semua orang dan telah ditentukan bahagian masing-masing. Jadi, janganlah kita berputus asa dengan Allah SWT...pesan  dekat diri kita bawa bersabar...

kadang-kadang kita lupa kan?
Allah SWT sebenarnya dekat sangat-sangat dengan kita kan...tapi kenapa kita jauhkan diri?

kalau kita nak tahu macam mana padangan Allah SWT pada kita, jadi kita kena periksa macam mana kedudukan Allah SWT dalam hati kita. Nikmat terbesar seorang hamba itu adalah bertemu Allah SWT. 

Dalam dunia ada 3 perkara yang kena pada manusia:

1. MATI

kita semua akan mati...tak payah cakap besar yang aku tak kan mati...Tak Payah!
walau kita makan vitamin panjang nyawa, ubat kekal hidup dan sebagainya...kita cuma manusia!
sedarlah kita PASTI akan MATI, dan hidup itu belum tentu...tiada siapa boleh jamin dekat atas muka bumi ni yang dia akan hidup selamanya...

jadi, kita pertingkan dan perbanyakkan amalan-amalan soleh serta kebajikan...dan sentiasalah jaga SOLAT.

bersediakah kita untuk menjawab soalan dalam kubur nanti? 

2. CAKAP-CAKAP MULUT MANUSIA

walau siapa pun kita, asal bergelar seorang manusia...memang sangat mustahil kalau manusia lain tak pernah mengata orang lain.

ada saja yang tidak kena pada manusia dan itu menjadi modal kepada manusia untuk memperkatakan tentangnya,

Biarkanlah mereka mengata, jangan kita balas kecuali jika ingin menyatakan kebenaran...
seandainya kita balas dengan lebih teruk daripada orang mengata...alangkah rugi nye kita....isk..isk...

jangan bimbang atau besedih, fikirkan Allah SWT, tenangkan hati...banyakkan berzikir dan baca Al-Quran.

4. KESUSAHAN DI DUNIA

kat dunia kita memang akan merasa susah...penat...letih dan tak larat...
daripada lahir sampai ke tua...sebelum dipanggil sang Pencipta...

dah tu bila nak senang?

kita cuma boleh bersenang-lenang di syurga kelak...sebab masa tu memang kita tak kan mati lagi, kita muda sahaja, kerja pun tak...pendek kata yang TERBAIK Allah SWY bagi pada kita.

~nak bercakap dengan Allah SWT, berdoa dan solatlah
~nak Allah bercakap dengan kita,..banyakkan baca Al-Quran.











Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...