Tuesday, March 17, 2015

Kadang-Kadang kita lupa kan?


Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Assalamualaikum Warahmatullah...الحمد لله 

Lama kan tak update, maaf lah Amal terlalu sibuk sampaikan nak cari masa untuk blog pun tak sempat...nak buat macam mana inilah dunia...kita akan sentiasa sibuk dengan urusan amanah dan tangunggjawab, jika tidak dilakukan dengan TERBAIK...maka kita yang akan dipersoalkan kelak.



Dalam tempoh masa yang berlalu dan berputar...macam-macam ujian Allah SWT datang pada hambaNya...dan Amal sentiasa sedar bahawa ujian Allah SWT itu datang bukan pada Amal sorang, tapi pada semua orang dan telah ditentukan bahagian masing-masing. Jadi, janganlah kita berputus asa dengan Allah SWT...pesan  dekat diri kita bawa bersabar...

kadang-kadang kita lupa kan?
Allah SWT sebenarnya dekat sangat-sangat dengan kita kan...tapi kenapa kita jauhkan diri?

kalau kita nak tahu macam mana padangan Allah SWT pada kita, jadi kita kena periksa macam mana kedudukan Allah SWT dalam hati kita. Nikmat terbesar seorang hamba itu adalah bertemu Allah SWT. 

Dalam dunia ada 3 perkara yang kena pada manusia:

1. MATI

kita semua akan mati...tak payah cakap besar yang aku tak kan mati...Tak Payah!
walau kita makan vitamin panjang nyawa, ubat kekal hidup dan sebagainya...kita cuma manusia!
sedarlah kita PASTI akan MATI, dan hidup itu belum tentu...tiada siapa boleh jamin dekat atas muka bumi ni yang dia akan hidup selamanya...

jadi, kita pertingkan dan perbanyakkan amalan-amalan soleh serta kebajikan...dan sentiasalah jaga SOLAT.

bersediakah kita untuk menjawab soalan dalam kubur nanti? 

2. CAKAP-CAKAP MULUT MANUSIA

walau siapa pun kita, asal bergelar seorang manusia...memang sangat mustahil kalau manusia lain tak pernah mengata orang lain.

ada saja yang tidak kena pada manusia dan itu menjadi modal kepada manusia untuk memperkatakan tentangnya,

Biarkanlah mereka mengata, jangan kita balas kecuali jika ingin menyatakan kebenaran...
seandainya kita balas dengan lebih teruk daripada orang mengata...alangkah rugi nye kita....isk..isk...

jangan bimbang atau besedih, fikirkan Allah SWT, tenangkan hati...banyakkan berzikir dan baca Al-Quran.

4. KESUSAHAN DI DUNIA

kat dunia kita memang akan merasa susah...penat...letih dan tak larat...
daripada lahir sampai ke tua...sebelum dipanggil sang Pencipta...

dah tu bila nak senang?

kita cuma boleh bersenang-lenang di syurga kelak...sebab masa tu memang kita tak kan mati lagi, kita muda sahaja, kerja pun tak...pendek kata yang TERBAIK Allah SWY bagi pada kita.

~nak bercakap dengan Allah SWT, berdoa dan solatlah
~nak Allah bercakap dengan kita,..banyakkan baca Al-Quran.











Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...