Sunday, March 29, 2015

Saya Gadis Banjar : WADAI KIPING

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

Assalamualaikum Warahmatullah...الحمد لله 
Moga semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT...

................

Dan kali ini Amal nak menyambung kesinambungan cerita Banjar tapi dari sudut makanan...hmmm...nyum..nyum...

untuk mengenali seseorang yang berketurunan Banjar yang original, semestinya beliau itu mengetahui kewujudan makan tradisi yang bergelar WADAI KIPING.

Usia 7 tahun Amal bertukar status dari warga kota kepada warga kampung dan tinggal bersama Nenek( nenek dah dijemput Allah SWT) di Sebuah Kampung yang di beri nama Pasir Panjang (pelik juga tak nampak pasir yang panjang pun), Sekincan...

Masa zaman kanak-kanak, Amal tak tahu pun yang Amal ni orang Banjar, dan apabila tinggal dengan nenek, masa tu tahu...wah saya ni makhluk asing dari planet namek rupanya (peminat setia Goku)...ngengeh...

okay sekarang baru nak masuk cerita WADAI KIPING, resepi ni belajar dengan orang jati Banjar tau...ORiiii oo!

Apa itu WADAI KIPING?

wadai kiping merupakan sejenis pencuci mulut dan makanan tradisi orang Banjar yang dibuat hasil daripada campuran beras pulut, santan, gula merah dan pandan. Wadai bermaksud kuih dan kiping bermaksud kepingan.

kebiasaanya di masak apabila ada kenduri seperti doa selamat, majlis kesyukuran, cukur jambul dan lain-lain dalam kalangan warga Banjar.

Amal update gambar masa kenduri 2018 okay...

Masa kenduri 2018

Kenduri 2018


Bagaimana cara masak WADAI KIPING?

1. satu peket tepung beras pulut dicampur dengan air
dah campur kena gentel-gentel jadi rupa macam ini
2. semetara itu didihkan gula merah dalam periuk, kemudian masukkan tepung yang dah di gentel tadi dalam periuk yang dididihkan gula merah. kacau sampai wadai kiping tadi timbul. lepastu baru masukkan santan dan daun pandan.

3. dah siap!

4. pergi google gambar wadai kiping...yang Amal punya gambar tak berapa cantik sebab waktu malam. pencahayaan kurang. (gambar terdelete sebenarnya, nak nangis rasa)

Pendapat tentang WADAI KIPING?

senang dan sedap nak masak...tapi bahagian menggentel tu yang tak tahan...kalau setakat nak sediakan untuk dua orang makan takde masalah...
tapi untuk kenduri..ni memang menangis nak buatnya...bayangkan nak dapat satu talam pun keras bahu...
woah tapi bila benda alah yang bernama WADAI KIPING ni dah siap...saat kuih ni masuk dalam tekak memang terasa manis gula melaka dan air tangan semua keluarga buat...disitu Amal sekeluarga akan lebih merasa bahagia (eceh ni ayat jiwang-jiwang novel).

jujurnya memang sedap...tak tipu...sampai ke kuah terakhir periuk! 




PERKATAAN BANJAR HARI INI

1. Sabarataan      = semua
2. Aroh               = kenduri
3. Haru               = kacau
4. ulah                = buat
5. Rinjeng          = periuk

# pernah buat untuk member UniSZA masa duduk rumah sewa, request sebab dorang tanya Banjar takde special food ke...sekali buat...amboi!!! kena banyak kali pula buat.(dua kali je pun)

Saya Gadis Banjar : Keladi Gajah

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang t...