Saturday, June 27, 2015

Rumah Mutiara Kata 16

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

                                "Berfikir itu, ibarat senaman otak"
                  

huraian : Allah swt telah mengurniakan akal fikiran kepada manusia. Dan Allah swt tidak menciptakan akal itu tanpa tujuan. Maka, kita sebagai manusia yang berakal, gunakanlah akal tersebut untuk ke arah kebaikan. Jangan jadi manusia yang malas berfikir kerana ia hanya menjadikan kita malas dan lemah. Manusia yang rajin berfikir akan menjadikan tubuh badanya lebih sihat dan matang dalam segala hal. InsyaAllah, dengan izinNya dan juga niat yang baik akan menjadikan ilmu yang diperolehi lebih barakah. Banyakkan berfikir, terutamanya berfikir tentang berfikir. Berfikir berkaitan ilmu.

*Berfikir tentang keangungan ciptaan Allah swt di atas muka bumi ini. Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang berfikir ini. tapi hanya sedikit yang ambil kisah. Moga kita bukan di kalangan yang sedikit itu. Mudahan kita menjadi manusia yang rajin berfikir. Aamiin...


Didik diri...Jangan Hipokrit, KITA HAMBA ALLAH

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah swt untuk berkongsi sedikit madah kata yang boleh menjadi peringatan buat renungan kita bersama.

^_^* 6 Rukun Iman  📚:
1.Beriman kepada ALLAH
2.Beriman kepada MALAIKAT
3.Beriman kepada KITAB-KITAB
4.Beriman kepada RASUL-RASUL
5.Beriman kepada HARI KIAMAT
6.Beriman kepada Qada dan Qadar

Sebagai orang islam yang beriman kepada Allah swt, sepatutnya kita lebih berusaha untuk mendidik diri kita agar patuh kepada perintahNya, mendidik keluarga kita agar sama-sama menggapai keredhaanNya, dan seterusnya mendidik masyarakat agar lebih memahami tuntutan sebagai khalifah Allah swt.

Oleh sebab itu, kita diwajibkan menuntut ilmu, jika tidak tahu pergilah belajar atau bertanya...tidak salah untuk belajar daripada Internet namun, yang lebih utama dalam proses pendidikan itu mestilah berguru. Ilmu Allah swt ini banyak. Tidak pernah terlewat untuk belajar. Belajar lah. Seimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. 

Didik lah diri kita ini supaya mengenal Allah swt, yang mana boleh menjuruskan diri kita ke arah kepatuhan dan peribadatan kepadaNya untu kebaikan di dunia dan akhirat. 

Cara mengenal Allah swt:
1. gunakan akal dan renung setiap penciptaannya 
2. kenali nama-nama Allah yang baik (Al-Asmaul Husna) dan sifat-sifat Allah.

"Hamba Allah yang yang menderhaka atau berdosa, jika dia bertaubat dan memperbanyakkan amal soleh, nescaya taubatnya akan diterima oleh Allah swt"

kita semua pernah terjatuh dan kadang kala alpa, tapi tidak pernah terlewat untuk berubah atau bertaubat, selagi mana roh di dalam jasad belum di tarik. 

Tanya soalan ini kepada diri kita....APA ERTINYA AKU MENGANUT ISLAM?
andainya, apa yang Allah swt perintah...kita tak pernah nak buat?
andainya, apa yang Allah swt larang...kita tak pernah nak kisah?

jangan Hipokrit, jangan kata kita tiada masa...pergilah menuntut ilmu..banyakkan pengetahuan berkaitan islam.

ingat!!!...kita ini Hamba ALLAH swt. 

kita akan MATI, dan kelak disoal. 

masyaAllah, nauzubillah min zalik, moga kita dijauhkan daripada kebencian Allah kepada kita. Moga umur yang Allah berikan kepada kita sentiasa dalam kebaikan.



Sunday, June 21, 2015

Aku Sayang Maa-Uu Ku Cinta 2

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam sejarah hidup Amal dengan kucing, inilah kucing pertama yang Amal bela. Namanya Maa-Uu. Oleh kerana dialah, Amal menjadi pencinta kucing tegar sehingga ke hari ini dan warisan leluhurnya masih lagi wujud walaupun dah lama Maa-Uu tiada. 

Maa-Uu jugalah satu-satunya kucing Amal yang memiliki lagu sempena namanya. Bahkan kucing Amal yang bernama Aman pun tak dapat melepasi kedudukan carta kucing di hati amal

1. Maa-Uu (2009-2010)
Maa-Uu.






2. Aman Maju Jaya (2009-2013)
Aman Maju Jaya






3. Mina Waha (2009-Now) Betina
Mina waha'







4. Eza (2009-2011)
Eza







5. Abiee (2009-2011)
Abiee






6. Yibie (2012-Now) Betina
Yibie







7. Wopie (2012-Now)
Wopie







8. Gincu (2012-Now)
Gincu






9. Baby Rez-Q (2011)
Baby Rez-Q















*yang lain semua jantan. yibie, wopie, dan gincu anak kepada mina waha. Baby Rez-Q cucu mina waha...tapi dah die.


Tajuk Lagu Aku Sayang Maa-Uu Ku Cinta:

Lirik: Amal
Penyanyi asal:Amal
Inspirasi: Maa-Uu

Aku sayang Maa-Uu ku Cinta...

Suka main lari-lari,
Suka main kejar-kejar,
Suka main panjat-panjat,

Suka main cari-cari,
Suka main cakar-cakar,
Bulu kucing jilat-jilat.

Magau yagau mayau...Maa-uu...
Magau yagau mayau...Maa-uu...

Duduk diam kadangkala,
Gerak lincah tiba-tiba,
Tidur macam lupa dunia.

Kucing kampung macam dia,
mesti ramai yang bela,
ouh!...Aku sayang Maa-Uu ku Cinta...2x.

Bukan sahaja Maa-Uu terkenal dikalangan keluarga, malah video You Tube lagu Popular Kuroneko no Tango yang telah diedit juga menggunakan latar belakang gambar Maa-Uu hampir mencecah 9k. Boleh lah tengok aksi comel Maa-Uu dalam video ini. Kemungkinan lepas ni Kucing yang bernama Min pula yang popular.




# jom buat baik dengan haiwan...

Saya Gadis Banjar : PRESIDEN SAMPAH

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, Presiden Sampah?...kau ke Amal? macam mana boleh dapat gelaran tu?...


haha..yela , ni nak cerita la ni...



okay, Amal dapat panggilan ni dari Pensyarah masa kuliah soft skills,...kononnya sebab terlalu concern dengan sampah. 



Tapi kalau nak tahu, sebenarnya...perangai Amal yang ambil peduli pasal sampah ni bermula dari tahun 2009 lagi. Masa belajar dekat Bumi Terengganu. 


Cuma kebelakangan ini, isu sampah telah menjadi bahan utama bila nak bercakap. Terutamanya sampah yang dibuang merata-rata. Dalam banyak-banyak list cita-cita amal, salah satunya Amal nak jadi penggerak kepada pengawalan pembuangan sampah dalam negara. (haha..besar betul cita-cita..ngeh ngeh)

10 Tempat biasa yang Presiden Sampah nampak sampah merata-rata:

1. Sesetengah tempat di taman permainan di taman perumahan.
2. Di bahu jalan sesetengah jalan raya. kalau Highway, jarang Amal nampak.
3. Sesetengah tandas awam. Tapi ada juga tempat yang tandas dia super tiptop.
4. Bawah pokok-pokok  kat tepi jalan raya.
5. Sesetengah stesen KTM. bukan kat tangga, bukan kat tempat tunggu tu, tapi bahagian bawah stesen sebaris dengan rel. 
6. Sesetengah stesen bas. bukan sampah je yang penuh malah papan kenyataan pun dah penuh dengan perkataan sampah. eiiii...menyampah pulak.
7. Tempat parking kereta dekat shopping mall. Tempat awam pun ye juga.
8. Pantai-pantai awam dan sungai-sungai...tempat rekreasi.
9. Selepas pasar malam.
10. Tempat yang ada event. 

Jadi apa saranan daripada Presiden Sampah ni:

1. Mulakan dengan diri sendiri. Jadi orang yang bertanggungjawab.
- sampah takkan ada kalau takde orang yang buang. 
- jangan asyik mengharap orang lain akan kutip sampah yang kita buang tu.
- tanamkan rasa bersalah andai kita buang sampah merata-rata.

2. Jadilah keluarga contoh yang sukakan kebersihan.
- tunjuk contoh yang baik pada anak-anak, dengan buang sampah dalam tong sampah yang disediakan.
- sentiasa membawa plastik kecil atau apa-apa bekas untuk mengelakkan pembuangan sampah terutama di tempat-tempat awam.
- semaikan sikap baik depan anak-anak. 

3. Buat program amal/kebajikan membersihkan kawasan tertentu.
- program macam ni perlu berkala, kena ada penglibatan dan jadual.
- ajak kawan-kawan, jiran-jiran dan sesiapa sahaja untuk membuat program amal kutip sampah.

Amal bukan nak cakap besar, tapi sebagai umat islam, sepatutnya kita lebih menjaga kebersihan...kita lebih peduli tentang sampah yang kita buang merata-rata tu.

Jangan fikir kalau cuma seorang buang sampah dekat tempat tu, orang lain takkan buang, oh my dear kalau 10 orang lalu, dah 10 sampah...kalau 100 orang???kalau 1000 orang???...sebab tu kena ubah mindset.

memang tak dinafikan, buat macam manapun, sampah tetap ada...cuma how we care about it. Seriously, Amal tak mampu buat sorang. I need all of you!

# sampah ni ada dua jenis, sampah sarap dan sampah masyarakat. 









Saturday, June 20, 2015

MARHABAN YA RAMADHAN

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...segala pujian hanya kepada Allah swt...dah masuk dalam bulan Ramadhan kan. cepat betul masa berlalu. 

Ramadhan Kareem!!!
Allahuakbar.

Sungguh luas kasih sayang Allah pada hambanya...

Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam di dunia, kerana bulan Ramadhan ini adalah bulan yang Allah anugerahkan buat kita. Banyak gelaran yang diberi dalam bulan Ramadhan antara gelaran bulan Ramadhan:

1. Shahrul Mubarak (Bulan yang penuh Keberkatan)
2. Shahrul Magfirah (Bulan Keampunan)
3. Shahrul Tarbiah   (Bulan mendidik)

Disebabkan terlalu banyak kelebihan di dalam Bulan Ramadhan, maka marilah kita berusaha bersama-sama dalam berlumba-lumba melakukan kebaikan. Jangan sampai kita menyesal apabila Ramadhan telah berlalu pergi. Tanamkan niat, jadikan ini Ramadhan Terbaik.

Dalam Bulan Ramadhan terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan. Tapi Amal cuma nak kongsikan 3 yang utama dalam Bulan Ramadhan.

1. Membaca Al-Quran.

membaca Al-Quran
yup!..kalau korang tanya Amal, apa yang paling best boleh dilakukan masa bulan Ramadhan...that's my answer sebab Allah swt gandakan pahala membacanya. Jangan cakap takde masa!...beri masa. Nescaya akan ada masa. Membaca Al-Quran bukan kena duduk atas sejadah je. Change your mind dear, membaca Al-Quran boleh buat bila-bila masa je. Tunggu traffic light, tunggu member, tunggu bas, tunggu ktm, senang cerita bila-bila je. Kreatif la sikit nak baca Al-Quran. 

Imam Syafi'e, kalau bukan Bulan Ramdhan, beliau boleh khatam Al-Quran..1 kali 1 hari. Tapi masuk bulan Ramadhan, beliau khatam 2 kali 1 hari. Perghhh, MasyaAllah hebat sungguh.

okay...kalaupun kita tak mampu nak jadi macam Imam Syafi'e, kita bacalah 10 ayat 1 hari. eh..taknak?...bacalah 1 ayat 1 hari...kemudian fahamkan apa yang kita baca dengan cari ilmu mengenai ayat tersebut. 

2. Sedekah.

sedekah bukan duit je, banyak lagi cara untuk bersedekah, contohnya senyuman...tenaga...dan sebut perkataan yang baik pun sedekah tau. haaa...jangan main-main! 
Allah swt dah jamin, orang yang bersedekah ini takkan rugi...sedekah lah.

3. Jaga anggota badan.

Bulan Ramadhan bukan je kena jaga mulut, malah seluruhnya dari jaga mata daripada lihat benda maksiat, jaga mulut cakap sia-sia, jaga telinga dengar yang sia-sia, jaga tangan, jaga kaki, dan semua lah.

kalau sebelum masuk Ramadhan, kita suka berkata benda yang sia-sia, suka marah-marah, suka sebut perkataan kesat... maka tanamlah azam, bulan Ramadhan ini adalah titik permulaan kepada diri untuk berubah menjadi lebih baik. Usahakan diri kita untuk menjadi lebih baik dan terus istiqamah.


Kesimpulannya:

Rebutlah peluang yang telah Allah swt berikan kepada kita untuk berada lagi dalam bulan Ramadhan, hitunglah umur kita, jika 24 tahun umur, maksudnya dah 24 kali jumpa dengan Ramadhan...adakah kita masih lagi sama. Adakah Ramadhan yang disebut sebagai Bulan Tarbiah tidak memberi kesan apapun?...sama-sama kita muhasabah diri. Ingatlah, kita akan MATI, dan akan DISOAL, dan akan menghadapi ALLAH...ready jawapan? 

ada 3 jenis manusia apabila masuk dalam bulan Ramadhan:

1. Menjadi taqwa, sebelum Ramadhan amalannya biasa, semasa Ramadhan amalannya luar biasa dan apabila selepas Ramadhan, istiqamahnya dengan amalan tersebut.

2. Menjadi penyembah Ramadhan, sebelum Ramadhan amalannya biasa, semasa Ramadhan amalannya luar biasa, namun selepas Ramadhan dia kembali semula macam mana keadaannya sebelum Ramadhan, dan tinggalkan segala amalan semasa Ramadhan.

3. Menjadi sia-sia, keadaanya sama sahaja. Ramadhan tidak menjadi manfaat pun buat dirinya. ada atau tidak Ramadhan tidak memberi faedah langsung buat dirinya. Sebelum, semasa dan selepas Ramadhan ibarat angin lalu. Amalanya kekal sama.






Friday, June 19, 2015

Rumah Mutiara Kata 15

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

                                "Manusia KEBAT, Manusia HEBAT"
                  

huraian : Kebat adalah singkatan bagi kemahiran berfikir aras tinggi. Kebanyakan negara maju seperti jepun memiliki manusia kebat yang begitu ramai, teknologi mereka jauh ke depan...malah lebih mengejutkanlagi dari sikap kebersihan mereka yang lebih mencerminkan nilai islam yang sepatutnya dilakukan oleh negara islam. jom kita jadi manusia kebat dengan banyakkan berfikir dan ambil tindakan. janganlah kita menjadi manusia yang malas berfikir kerana apalah gunanya akal yang telah dikurniakan Allah swt, namun kita gagal menggunakannya dengan baik malah lebih teruk jika merosakkan akal tersebut. mudah-mudahan InsyaALLAH.


Saturday, June 13, 2015

Saya Gadis Banjar : 5 TEMPAT TERBAIK DI SEKINCAN

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

The Best of Sekincan, haha...nampaknya tempat ni dah popular. Jadi, buat yang belum pernah menjejakkan kaki di sini, Amal akan kongsi 5 tempat terbaik di Sekincan.

1. SAWAH PADI

Yup!...sudah tentu lapangan sawah padi. Subhanallah...
Seandainya korang memandu dari arah Klang atau Kuala Lumpur mahupun Shah Alam korang akan dapat menikmati pemandangan Lapangan Sawah Padi setibanya di Sekincan.

Tapi, for exact kawasan penanaman padi di Selangor bermula di Kuala Selangor. ye la..maksud Amal kat Kuala Selangor tu mana nampak tepi jalan...kena belok dan masuk kampung dulu kan?...kan?...

Sama jugaklah Tanjong Karang kena belok dan masuk kampung baru nampak keindahanya.


2. PANTAI 

Walaupun bukan pantai yang boleh di buat mandi-manda, tapi kewujudan pantai lumpurnya menjadikan ia salah satu tarikan yang unik. 

Boleh makan makanan laut yang best macam mentarang, kerang, remis, kijing dan macam-macam lagi.

oleh sebab itu, sumber makanan laut dekat sekincan tersangat murah. Uish...menangis kalau tengok harga. 

InsyaAllah...doakan para nelayan agar murah rezeki sentiasa.


3. PARIT

Amal tak tahu kalau ada kawasan lain dekat dalam Malaysia ni yang gunakan nama tempat tu parit macam kat Sekincan. Parit yang bernombor. 

mungkin ada...hmm macam kat johor seperti Parit Jerman, Parit Botak dan lain-lain lagi.

Kampung Amal parit 10, haha..ada rasa nak jelajah tak. Banyak ikan ma!...
sebut nak ikan apa?...tapi kena cari sendiri lah. haha...

Ikan puyu, ikan sepat, ikan haruan, ikan keli, ikan lampam, ikan lundu, dan spesies lain yang hidup dalam parit. pergh!!! dapat panggang ni...meleleh...

4. LADANG, KEBUN DAN KILANG

Boleh melawat ladang mahupun kebun, kat sini banyak kebun.

Sebab kalau ada pemilik tanah yang rasa macam dah boring tanam padi, dorang akan tukar mood dengan tanam tanaman lain seperti pelam, cili padi, keladi, jagung atau apa sahaja yang dorang minat.

Dekat Sekincan, ada beberapa kilang pemprosesan padi, jadi ramai yang buat lawatan ke kilang-kilang tersebut. Buat lawatan sambil belajar katanya. Alhamdulillah syoknya..dapat menuntut ilmu.

5. APA YANG ANDA RASA TEMPAT TERBAIK DI SEKINCAN

Tentulah yang terbaik di Sekincan, bagi Amal adalah kampung halaman ku. Entahlah, tak boleh nak terjemah dengan tulisan, sebab yang terbaik adalah Sekincan itu sendiri. 

Bagi Amal okay...tak setuju takpe. No hal.

Suasana, udara, angin dan pemandangannya kombinasi yang menjadikan Sekincan tu best.

___*______*____________*____*__________**________________*________________*_____*

Kesimpulannya, Amal bukan nak promosi suruh ke Sekincan ataupun nak cakap betapa bagusnya Sekincan. 

Taklah, cuma nak kongsi. Setiap tempat yang Allah swt ciptakan ada kelebihan dan cukup-cukup indah buat hamba-hambaNya. Banyakkan ucapan syukur kepada Allah swt yang telah memberikan rezeki.

Yela Amal kan membesar di Sekincan. sudah tentu sayang. sama lah macam korang. kalau orang tanya tempat terbaik, the answer must be your place right? No worries No fight...deal?

# kita kan dari tanah, hidup atas tanah, mati pun tanam dalam tanah...sudah-sudah lah perangai melangit. 





Saturday, June 6, 2015

Utlubil 'Ilma Minal Mahdi Ilal Lahdi

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pepatah arab yang popular ada menyebut ---------------------(ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦ ﺍﻟﻤَﻬْﺪ  ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ)

ouhhh?...apa tu?

Bagi yang dah tahu, tahniah!...bagi yang belum tahu pun tahniah juga!...sebab anda sedang buat apa yang pepatah arab sebutkan itu.

maksudnya: Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad.

hehe, kan anda sedang menuntut ilmu dengan baca blog Amal ni.
kalau nak tambah ilmu lagi boleh baca nukilan lama Amal seperti Terima kasih Allah...Cinta Hatiku

ALRIGHT!!!....nampak ready nak menuntut ilmu tu, amboi...semangatnya.

okay Jom,
pertama sekali Amal nak kongsikan antara 3 sebab kita kena menuntut ilmu,

1. Menuntut ilmu itu wajib keatas setiap muslim.

Allah swt telah menyebutkan keutamaan ilmu di dalam Al-Quran, bukan sahaja ilmu...bahkan orang yang menuntut ilmu, yang menyebarkan ilmu, dan mengamalkan ilmu tersebut.

pernah dengar tak pepatah yang berbunyi:
"kalau bukan kerana ilmu, manusia itu seperti binatang"

2. Ilmu adalah warisan para nabi.

Rasulullah bersabda :"ilmu adalah warisan para nabi, para nabi tidaklah mewariskan emas ataupun dirham, akan tetapi mewariskan ilmu, barang siapa yang mengambilnya maka telah mengambil     bagian yang banyak" (Shahihul Jami Al Albani:6297)

3. Salah satu jalan menuju ke Syurga.

Rasulullah bersabda:
 "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan                              mempermudah jalannya menuju syurga" (HR.Muslim)


Sebenarnya, banyak lagi sebab kita kena menuntut ilmu dan kelebihan orang yang sentiasa dahagakan ilmu.

Namun ada perkara utama yang mesti kita ikhlaskan sebelum menuntut ilmu.

Betulkan niat!...tinggalkan maksiat!

eh...kenapa pula?

Ini kerana ramai yang menuntut ilmu bukan lagi atas dasar dahagakan ilmu, tapi hanya semata-mata kerana peperiksaan. Nilai ilmu itu sudah hilang. Tamat peperiksaan, hilanglah segala. Tamat pengajian, lupalah semua. Adakah itu tujuan kita menuntut ilmu, melupakan apa yang telah bertahun-tahun kita cuba ingat.

Dan lagi satu, ilmu itu bersifat cahaya, ilmu takkan dapat masuk dalam hati orang yang suka buat maksiat. Maksiat disini bukan semata-mata zina, tapi lebih kepada bagaimana kita mengawal mata, anggota badan, hati agar tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada dosa.

Jadi, sedikit pesanan buat sahabat-sahabat dan diri sendiri, tajdid niat kita.
Menuntut ilmu kerana Allah swt, bukan kerana peperiksaan. InsyaAllah ilmu yang kita pelajari itu akan melekat dalam hati dan dada. Banyakkan bersabar dalam menuntut ilmu, jangan mudah mengalah, sikap putus asa bukan sikap muslim sejati.

# umur tu nombor, bukan kayu pengukur...
   ilmu  tu cahaya,  bukan pilih manusia...
   mati tu pasti,  bukan tentukan sendiri...









Rumah Mutiara Kata 14

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

       "bersedekahlah kamu walau dengan sebelah tamar"
                  

huraian : sedekah bukan untuk orang yang kaya harta semata-mata, bahkan banyak jalan untuk bersedekah. Rebutlah peluang untuk mengamalkan amalan sunnah ini dengan bersedekah untuk menghindarkan diri kita daripada azab neraka. Jom!...sama-sama kita mula berazam untuk bersedekah dalam apa bentuk yang boleh membawa kita semakin dekat dengan Allah swt. 

eh kenapa masam?...senyumlah!...sedekah.

wallahua'lam.

                                                          

Friday, June 5, 2015

Rumah Mutiara Kata 13

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

       "hidup lebih bermakna andai dapat membantu orang lain"
                  

huraian : hidup ini bukanlah semata-mata untuk perjuangan sendiri, kita tidak boleh melakukan apa-apa dengan sendirian, kita saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna...adalah dengan saling membantu diantara satu dengan yang lain. jangan sombong , jangan fikir kita hebat dan boleh melakukan semuanya. jadi?...bermula hari ini jadilah insan yang dapat memudahkan insan lain. jadi manusia okay!.

 wallahua'lam.


Thursday, June 4, 2015

CERPEN: Dimana wopie?

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Disebabkan anak-anak syurga Amal request cerita, jadi saya pun create story ni...

watak-watak dalam cerpen:
1. wopie
2. yibi
3. min-min
*amaran!!!...cerpen ini berkaitan kucing, tiada kena mengena dengan manusia...


Petang semalam puas yibi pujuk wopie nak ajak pergi jalan dekat pekan, tapi wopie tak nak.

wopie buat-buat tak dengar je apa yang yibi cakap. 

Padahal dua hari sebelum itu, wopie yang beria-ia nak ke sana. Tiba-tiba hari ni merajuk pulak dengan yibi. 

Mula-mula yibi tak nak cerita dekat min-min, takut min-min risau, yela min-min kan sibuk, banyak urusan, tak kan yibi nak cerita masalah yibi dengan wopie.dekat min-min. Nanti apa pulak kata min-min.

Tapi min-min kata dia ada masa nak dengar. 

Yibi pun cerita lah apa yang berlaku. tup-tup, min-min kata...yibi yang salah. 

lepas jumpa min-min dan dapat nasihat dari min-min, terus yibi cari wopie nak minta maaf. 

tapi kenapa wopie tiada dekat bawah pokok ciku?...puas yibi panggil nama wopie...tapi wopie tak muncul-muncul. Aik pelik ni?...wopie hilang ke?

Dekat dua jam yibi cari wopie, tapi kelibat wopie tak kelihatan pun. 

yibi dah mula risau. 

selalunya waktu-waktu macam ni wopie ada dekat bawah pokokciku tu. Baring terbongkang kekenyangan.

yibi pergi cari min-min semula.

min-min pun terkejut sebab wopie hilang.

min-min rasa macam ada sesuatu yang terjadi pada wopie. 

Akhirnya min-min dan yibi ambil keputusan untuk cari wopie di pekan. mana tahu wopie merajuk sampai ke pekan.

sampai kat pekan, yibi dan min-min berpecah.
min-min cari sebelah kiri dan yibi cari dekat sebelah kanan.

lepas setengah jam, min-min dan yibi jumpa balik...tapi wopie tetap tak jumpa.

tiba-tiba, yibi dan min-min dengar bunyi rempuhan yang kuat dari arah bangunan sebelah kiri. 

cepat-cepat mereka berlari menuju ke arah sana.

ada sebuah van yang merempuh dinding bangunan tersebut. pemandunya cedera parah.
barang-barang yang dibawa van tadi bersepah diatas jalan.

orang ramai berkerumun nak tolong.

kami?...tengok jelah dah kucing. isk...isk kesian orang tu. 

dalam keadaan yang kelam-kabut tu kami terdengar perbualan dua orang mkcik. mak cik tu kata van tadi cuba nak elak seekor kucing. kucing tu tengah makan ikan dekat tengah jalan.

apalagi min-min dan yibi pun pergi cari kucing tu, mana tahu mungkin itu wopie.

tak jauh dari tempat kemalangan van tadi, kami jumpa wopie dekat bawah kereta. tengah baring terbongkang. kenyang .

apalah wopie ni....

moral kisah ini: 1. apabila melakukan kesalahan hendaklah segera memohon maaf.
                          2. jangan mudah mengalah dan berputus asa.
                          3. kerjasama itu penting.
                          4. jangan pentingkan diri sendiri macam wopie.

#nak cerpen lagi?...























Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...