Saturday, August 29, 2015

Manuskrip hidup

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap manusia ada manuskrip cerita masing-masing. Manuskrip yang menceritakan perjalanan hidup seseorang samada dibuai mimpi ataupun ditaburi duri. Dalam keadaan manusia menghadapi peristiwa jatuh bangun dalam hidup, Allah SWT sebenarnya sedang memberi perhatian dan kasih sayang yang berganda-ganda kepada manusia.

Sebenarnya, Amal suka mendengar kisah orang lain, dan dijadikan satu motivasi dalam hidup ketika kita menghadapi satu-satu saat yang teramat sukar. Dan ada seorang sahabat bertanyakan kepada Amal, "kenapa Amal suka mendengar kisah orang lain? " Amal menjawab, untuk melihat diri kita sendiri, kita memerlukan cermin, dan cermin hidup itu ada pada orang lain. 

Rupanya baru Amal sedar, sampailah rasunan kata ini ditulis, seolah-olah karma pada diri yang suka mengambil kisah orang lain sebagai motivasi diri. Betapa sukarnya anak muda ini menghadapi kepayahan hidup, dan sudah tentu akan ada orang lain yang lebih sukar daripada Amal. Allah SWT lebih mengetahui. Cuma Amal nak kongsikan bagaimana menghadapi perasaan saat diri terasa lemah. 

1. Perasaan merasakan diri tidak berguna.

fasa pertama, hidup bagai tiada erti apabila kekecewaan yang begitu besar melanda diri. Saat ini kita merasakan diri tidak berguna. Memohon maaf atas kewujudan diri.

Baiklah merawat perasaan yang sebegini, Amal sendiri tak nafikan, memang sukar tapi dengan izin Allah boleh diatasi dengan katakan kepada diri La Haula Wala Quwwata Illa Billah. kita minta Allah kuatkan kita, jangan fikirkan punca, penyebab atau apa sahaja yang boleh menyebabkan kita hilang arah. Letakkan Allah SWT dalam minda. InsyaAllah saat itu boleh jadi peristiwa istimewa kita dalam hidup.

2. Air mata menjadi peneman setia.

Tidak dinafikan, apabila kita menghadapi saat-saat kesedihan, air mata yang ditahan pasti akan turun laju menemani diri. Bagai mengiyakan kesedihan kita, menzahirkan kekecewaan kita. Saranan Amal menangislah sepuasnya tanpa rasa bersedih dan kesal.

3. Diri terasa keseorang.

Disaat-saat begini, kita akan cuba lari dari semua orang dan merasakan bersendirian adalah lebih baik. Amal sendiri pun akan begini. ketika ini lari lah kemana sahaja, pergilah. Namun biarlah tempat pertama yang kita ingin bersendiri itu adalah Rumah Allah, Masjid atau surau. Iktikaf di Masjid dapat menenangkan hati yang gundah gulana. Dengan mudah hati akan terpujuk sendiri. lantaran jiwa yang rapuh tadi telah dikuatkan dengan alunan zikir. kemudian, pergilah tempat yang ramai orang, tetapi orang yang tidak mengenali siapa korang, lihat suasana kanak-kanak berlari, orang tua di tempat makan, peniaga di kedai dan cuba senyum pada orang sekeliling. tahu tak senyuman adalah ubat duka yang paling mujarab?

4. Ujian Allah berat dan tak tertanggung

Apabila insan itu mengadapi saat-saat sukar dalam hidup, seringkala kata-kata ini dilontarkan. "Kenapa Allah uji aku sebegini".

Wahai hati yang diuji, dengarlah... Allah SWT tahu yang kita mampu menghadapinya, dan tujuan Allah SWT uji bukan untuk melemahkan kita tetapi untuk menguatkan kita. Cuba kita renung dan fikir seberapa banyak masalah yang kita hadapi, dan kita lihat bagai tiada jalan keluar sebelum ini, tapi sedar tak Allah SWT telah menolong kita tanpa kita sedar? dan perlahan-lahan masalah tersebut telah diselesaikan.


Tenanglah dalam menghadapi kekecewaan, samada kecewa dengan cinta, sahabat, hidup atau sebagainya. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud kita tidak boleh bersedih cuma nasihat kepada rakan-rakan agar jangan terlalu mengikut perasaan. Allah tahu apa yang kita perlu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan duduk dalam keadaan yang sama, keluarlah dari perasaan itu. Tinggalkan dan jangan menoleh lagi. Langkah pertama untuk keluar dari kekecewaan dengan mencari Allah SWT.


p/s: Sabar itu kunci orang beriman.













Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...