Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...
Baiklah Amal nak kongsikan teks syarahan olahan Amal, boleh ambil 100% atau nak tambah baik sangat dialukan.
ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Prolog
Lakonan 30 saat (buang sampah merata-rata,
buang kertas, plastik-plastik dan tisu), kamu berjalan masuk sambil geleng
kepala.
Lihatlah, apa nak jadi dengan tempat ni?
Buang sampah merata-rata…kotor! Agaknya tanggungjawab siapa ye?
Pembuka kata
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, tuan hakim lagi bijaksana
serta para hadirin yang dikasihi sekalian. Selama 7 minit ini, saya akan
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
Pendahuluan
Bumi adalah anugerah Allah yang tidak
ternilai. Manusia pula makhluk ciptaan Allah yang mentadbir bumi. Jadi, manusia
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan diatas bumi. Salah satunya jangan
suka-suka membuang sampah!.
Bersih itu kan indah (berlagu)
Allah juga berfirman dalam ayat 222, surah
Al-Baqarah:
maksudnya : Sesungguhnya Allah mencintai
orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya)
hah!, kan dah kata Allah sayang dengan
orang yang bersih. Lagipun fitrah seorang manusia memang sukakan kebersihan.
Hatta, binatang pun ada perasaan sukakan kebersihan. Cuba kita fikir kenapa
kucing suka jilat bulunya?.. dah tentu sebab dia sukakan kebersihan.
Tapi kenapa alam sekitar kita masih kotor?
Ini disebabkan sikap tidak bertanggungjawab, rasa tidak bersalah dan tidak
sayang dengan alam sekitar. Kesian alam sekitar.
Isi pertama
Tanggungjawab adalah satu perasaan.
Perasaan yang mesti ada pada setiap manusia. Contohnya kanak-kanak macam saya
dan dewasa macam ayah saya. Perasaan untuk sayang alam sekitar.
Perlu tahu, kalau alam sekitar tercemar
boleh menyebabkan sungai tercemar, tanah runtuh, jerebu dan sampah sarap.
Akhirnya manusia juga dapat penyakit.
Lihat negara jepun, negaranya begitu
bersih dan cantik. Dalam longkang pun boleh bela ikan.
Bersih itu kan indah (berlagu)
Isi kedua
Antara perkara untuk menjaga kebersihan
adalah badan kita, rumah kita, sekolah kita, tempat awam kita dan pakaian kita.
Rasa selesa bila badan bersih, seronok bila rumah bersih, segar bila datang
sekolah dan gembira bila dapat bermain ditempat yang bersih. Barulah nak solat
pun syok!
Dalam sebuah hadith, nabi bersabda:
Maksudnya; kebersihan itu sebahagian
daripada iman.
Isi ketiga
Alam sekitar perlu kerjasama semua manusia
dari kanak-kanak sampailah orang tua. Alam sekitar tak boleh jaga seorang diri.
Semua kena ada rasa sayang dengan alam sekitar macam sayang keluarga dia. Kena
ada rasa malu dan tak mahu buang sampah merata-rata lagi-lagi di tepi jalan.
Ibu dan ayah kena tunjukkan contoh yang
baik. Buang sampah dalam tong sampah yang disediakan.
penutup
kesimpulannya, menjaga alam sekitar
tanggungjawab bersama. Kita tak tahu sebenarnya bumi menangis kerana kita buat
kotor atas badan dia.
Sesuai dengan petikan lirik lagu “Berita
kepada kawan” yang dinyanyikan oleh Ebiet G. ade tentang alam sekitar.
Kawan coba dengan apa jawabnya,
Ketika ia kutanya “mengapa”
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana alam ini
Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
Kepada karang, kepada bulan, kepada matahari,
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku disini terpaku menghadap langit
Barangkali disana ada jawabnya
Mengapa ditanahku terjadi bencana
Mungkin tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuab kita bertanya pada rumput yang bergoyang
Bersih itu kan indah (berlagu)
Sekian, wabillahahi taufik walhidayah.
Wassalamualaikum.