Wednesday, August 29, 2018

REFLEKSI : NIKMAT SAKIT

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...................


Alhamdulillah syukur segala nikmat. Samada nikmat rezeki mahupun nikmat sakit. Maaflah sudah lama Amal tak berkongsi cerita di blog ni...rasa bersawang pun ada.

Apakan daya, jiwa insan ini masih rapuh dan bertatih dalam dunia yang penuh dengan pancaroba. Sementelah diri belum pasti. Apa yg pasti? tentulah MATI.

Tahun 2018, ya 2018... ini adalah tahun yg sukar bagi Amal...sukar sekali untuk dihadapi. Bukan Allah tidak pernah mendatangkan ujian, pernah. Tapi bukan begini bentuk ujiannya.

Tahun  ini diuji dengan pelbagai dugaan dari segi mental, fizikal dan rohani. Bila peluang, rezeki dan sakit datang serentak. Peluang untuk berpindah, rezeki sambung belajar tapi sakit telah membuatkan segala yang kita rancang terbantut. benarlah manusia itu hanya mampu merancang akan tetapi perancangan Allah lebih baik dan terbaik.

Bagaimana untuk Amal mulakan coretan ini ya?

Selalunya Amal akan menulis coretan awal dalam bentuk draft di Ungu Bungu (nama untuk laptop kesayangan). Tapi kali ini, lain sikit.

Bismillah...

16 Mac 2018
Bangun pagi, bersihkan diri, tunaikan solat dan aktiviti rutin sebelum pergi kerja macam biasa. Biasalah kerja dengan budak-budak. Sebelum balik tu, badan Amal dah rasa lain macam...panas2 badan macam nak demam dan mula sakit dekat tangan.

hmmm....takde apa kot. dalam hati fikir takkan kena demam denggi lagi (boleh baca diari demam denggi). lebih kurang pula simptomnya. Amal biarkan rasa tu 2 hingga 3 hari. Hari ke4, Amal dah tak boleh nak lawan sakit tu, merebak sampai kaki dan setiap sendi badan. Gigihlah Amal pergi ke klinik dan doktor diagnos radang sendi dan puncanya mungkin kerana jangkitan kuman atau antibodi yang serang sendiri. Tak kisahlah doktor...cakaplah apa pun..masa ni, Amal nak naik motor pun tak boleh, badan Amal benar-benar sakit.

1 April 2018
Amal tak boleh nak berjalan, tak boleh berdiri. Perasaan ni benar-benar sama masa kemalangan dilanggar motor, takut akan kehilangan nikmat kaki. Alhamdulillah masa tu cuma retak tulang kaki, sejak tu tak mampu nak jadi atlet sekolah. Lumba lari ke, merentas desa ke..Amal masuk tapi selalunya nombor terakhir. Kalau cikgu tak bagi masuk pun, sibuk nak masuk sebab nak rasa nikmat berlari walaupun tak segagah kawan2 lain. eh tiba masuk cerita lain...sorry.

okay, sebabkan Amal duduk dengan kawan2 di Bangi. Jadi, Amal balik Sekinchan sebab Amal tak nak susahkan kawan serumah nak tolong pimpin naik turun tangga bagai. Walaupun sebenarnya masa sakit ni banyak menyusahkan diorang. minta maaf dan berjuta infiniti terima kasih.

Masa dekat rumah, kalau Amal nak bergerak...Amal terpaksa guna kerusi roda dengan tongkat kaki yang kena peluk kiri kanan tu. Sebenarnya kan masa ni, bukan sahaja fizikal sakit tapi emosi Amal dah tak stabil. kejap-kejap menangis, kejap-kejap menangis. Bukan apa, sebab kita dah besar...sihat wal afiat tiba-tiba jadi macam orang yang tak guna pula. Mula-mula sakit tu memang tak boleh nak terima. Semua benda nak kena minta tolong orang...sedih sangat. Rasa diri ni menyusahkan keluarga.

Tapi lepas Mak pujuk Amal dengan kata-kata yang damai lagi melembutkan, perlahan-lahan Amal cuba terima. Sesekali ujian Allah menyapa. InsyaAllah pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

1 Mei 2018
Bila dah sakit ni, tempat paling kerap dilawati tentulah klinik dan hospital. Kena cucuk jarumlah, ambik darahlah, makan ubatlah, terapilah, temujanjilah...dan aktiviti biasa bila orang sakit. Takkan tak nak sembuh. Itulah sampai bengkak tangan bekas kena cucuk.

Hampir sebulan Amal sakit, itulah dugaan semasa sakit. Dari solat sempurna, atas kerusi, hingga solat duduk atas lantai, tak dapat nikmat solat macam selalu tu. Huhu... Paling sakit bila nak tidur dan bangun dari tidur nak solat subuh. Rasa diri ni cukup-cukup lemah. Ada satu ketika masa anak buah minta di dukung, Amal menangis je sebab tak mampu nak angkat dan dakap dia...muka dia pelik je tengok mak ngah dia tak nak angkat. Ditambah lagi rasa sakit semasa orang bercakap perihal kita di belakang dengan menduga-duga tanpa bertanya. lagi sakit bila orang cakap kita ni nak mati. Tolonglah...kalau nak melawat orang sakit jangan cakap bukan-bukan depan dia. Cakaplah perkataan yang elok-elok atau lebih baik doakan kesembuhannya.

*******************

Alhamdulillah sekarang dah bulan ogos kan?.

Segala puji bagi Allah yang menurunkan penyakit dan dia juga yang menyembuhkan. Alhamdulillah hari Amal menulis ni, hari Amal dah sembuh sepenuhnya. Dah boleh berjalan, melompat dan berlari. Tak sabar nak naik bukit. Sepanjang sakit ini singgah...macam2 ibrah dan pengajaran yang Amal boleh ambil darinya.

1. Allah tahu Amal kuat dan mampu, maka diuji dengan sakit yang Amal tak pernah terlintas boleh sakit begitu sekali.

2. Allah nak tengok tahap kesabaran kita pada tahap yang mana, masih boleh solat atau menyerah tak nak solat masa sakit.

3. Banyak nama-nama ubat yang Amal dah hafal berkaitan dengan penyakit Amal serta beberapa ilmu terapi fisio.

4. Dapat hafal banyak doa sakit dan doa kesembuhan.

6. Dapat rasa nikmat atas kerusi roda dan pakai tongkat kaki, bukan selalu orang nak usung kita. hehe.

7. Dapat memahami perasaan orang sakit, lagi-lagi yang kat wad hospital tu. Tapi bab makanan memang tak best!

8. Dapat cuti banyak, spend time with my beloved family.

9. Banyak kali pergi pantai, tenang kan fikiran.

di tepi pantai yg indah ku duduk sendiri




Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...