Friday, January 15, 2021

Refleksi : Hidup bersama Covid-19

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

Baiklah...merujuk kepada tajuk, Amal nak berkongsi sedikit refleksi mengenainya. Nampaknya, sudah setahun covid-19 hidup bersama semenjak ia ditemui pada pertengahan bulan Disember pada tahun 2019 di Bandar Wuhan, Hubei, China. Jadi, mudah nak ingat yang virus ni ditemui pada tahun 2019. Dan telah disahkan ia merupakan Pandemik yang di iktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kerana wabak ini menular sehingga ke peringkat global termasuk melibatkan Malaysia.

"Malaysia dan Covid 19"

Itulah yang ingin ditarik perhatian oleh Amal.

Apa yang Malaysia lakukan ketika wabak ini tiba di Malaysia?

Kemunculan wabak Covid-19 di Malaysia adalah pada penghujung Januari 2020 oleh pengunjung yang tiba di Johor melalui Singapura dari China. Pada awal laporan kes hanya menunjukkan angka sederhana sehinggalah pada penghujung Februari dan awal Mac ianya mula merebak secara mendadak berikutan pengumpulan Jemaah Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Dalam hanya beberapa minggu Malaysia terus menjadi angka kes terkumpul tertinggi di Asia Tenggara.

Itulah cerita bagaimana mula-mula Malaysia berkenalan dengan Covid-19.

Jadi, Amal tidak akan memperincikan tentang statistik kes kerana semua itu boleh diperoleh di laman Rasmi Portal Kesihatan Malaysia

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia. Tentulah perasaan Amal bercampur baur. Malah, Amal juga sedikit kecewa dengan apa yang berlaku pada diri Amal dan juga apa yang berlaku pada Malaysia. 

"Api yang kecil lebih mudah dipadam daripada api yang besar"

Takpelah. Ini semua takdir ujian dari Allah. Rasanya tiada siapa menyangka apa yang berlaku akan menjadi seteruk ini. Tiada siapa yang menyangka virus kecil ini akan melumpuhkan seluruh sistem dunia dan memberikan kesan pada sosial mahupun ekonominya.

Berbalik pada apa yang berlaku di Malaysia, tindakan kerajaan untuk mengekang pada peringkat pertama wabak ini merebak dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 Hari atau 2 minggu. Perintah ini disambung-sambung sehinggalah hampir berbulan-bulan lamanya. Diawal pengumuman menyebabkan pembelian panik dan dikala berkurung dirumah menjadi murung emosi.

Daripada PKP kepada PKPD (diperketat), PKPB (bersyarat) dan PKPP (pemulihan).
Beserta SOP yg menjadi norma kehidupan seperti hand sanitizer, topeng muka dan penjarakan sosial. 

Dan sampai pada satu tahap...apabila graf menunjukkan kes menurun...

Semua menghebuskan sedikit nafas lega apabila kerajaan melonggarkan sedikit syarat. Ini disebabkan Malaysia perlu menjaga beberapa kepentingan ekonomi negara. Kerana akibat dari pelaksanaan PKP, pelbagai industri lumpuh dan memberhentikan operasi. Yang gah seperti industri pelancongan sehinggalah industri kecil banyak yang terkesan. Kesannya, ramai yg kehilangan punca pendapatan. Ini, yang membuatkan kerajaan melonggarkan syarat PKP dan membuka semula kebanyakan sektor pada bulan Mei. Ini kerana PKP pada masa Itu sudah pada tahap pemulihan dan dijangka berakhir pada 31 Ogos 2020.

Namun, sayangnya....

Bila graf menunjukkan trend penurunan dan melihatkan sinar positif yang seolah-olah kita bakal menjalani kehidupan seperti dahulu. Kita mula leka dan alpa, dengan kejayaan Malaysia menurunkan kadar kes positif dan peningkatan kes sembuh, sedangkan Malaysia sebenarnya masih ada lagi kes positif. Bukan sifar. Disebabkan terlalu merasa kita boleh kawal keadaan, Malaysia telah dilanda gelombang kedua kes. Berikutan daripada Pilihan Raya di Sabah. Tak mahu pun menuding jari, tapi itulah yang terjadi. Pemimpin yang acap kali menasihati agar rakyat menjalani kuarantin dan mematuhi SOP sedikit terlupa yang mereka juga bukan kebal dari virus kecil ini. Akibatnya...sekali lagi, angka kes naik mendadak. 

"api sudah padam, tapi puntung berasap"

Malaysia seperti tidak mengambil pelajaran dari peristiwa lepas. Kes naik, terus naik dan tiada tanda menunjukkan penurunan walaupun kerajaan sudah mengumumkan PKPB di negeri yang terlibat terutamanya Sabah dari pertengahan Oktober 2020 sehingga penghujung Disember 2020. Diburukkan lagi dengan pembukaan tahun baru 2021, negeri Timur malahan Pahang dilanda musibah banjir dan tanah runtuh. Kesemua yang berlaku terus mengakibatkan kenaikan yang mendadak. Tidak terfikir dari angka 1 kes boleh merebak sehingga angka 147855 kes (pada 15 Jan 2021). Begitu juga dengan kematian akibat virus ini.

Sekali lagi!....

Sekali lagi!....

Kita ulang semula semua yang telah kita lalui pada tahun lepas, "episode PKP 2.0" bermula...pada pertengahan Januari 2021 selama 14 hari. 

okaylah, panjang membebel.

Kesimpulannya, Covid-19 akan tetap menjadi titik tolak dalam lipatan sejarah negara. Bagaimana kerajaan  mengambil langkah menghadapi penularan, para barisan hadapan seperti para petugas kesihatan yang sehingga kini bertungkus lumus bertugas tidak henti-henti dan kita semua yang memainkan peranan dalam naik turunnya angka kes Covid-19. Dan pada masa akan datang, setahun... 2 tahun...5 tahun...mahupun 10 tahun akan datang, kita takkan pernah tahu apa yang bakal generasi anak-anak muda bakal hadapi. Buat masa sekarang, menolak atau menfikan kewujudan virus kecil ini adalah sangat mustahi dan bukanlah sesuatu yang bijak. Tapi kita kena akui yang kehadiran virus kecil bernama covid-19 ini, telah hidup bersama dengan kita pada hari berikut dan seterusnya. Apa yang boleh disebutkan, bersabarlah...semuanya akan berakhir. Tiada yang kekal abadi di dunia ini, virus ini mahkluk Allah yang didatangkan dengan pelbagai sebab menjadi ujian.

Persoalannya bukan lagi tentang Covid, tiba masa Allah akan angkat virus kecil ni dan berakhir. Dengan usaha dan doa. Persoalan yang sebenar Covid -19 hanyalah ujian. Hakikatnya, tanya pada diri masing-masing dan muhasabah diri sendiri apa yg terjadi pada kehidupan kita, anak-anak yang sekolah dan apa yang kita lakukan sepanjang ujian ini. Termenung dirumah? atau memberontak ingin keluar? atau main game sepanjang hari? atau bertikam lidah? atau menghabiskan bacaan buku? atau memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadah?. Masing-masing punya skrip jawapan masing-masing apa yg dilakukan sepanjang ujian ini Allah turunkan. Sungguh, kita sememangnya mahkluk Allah yang cukup lemah. Allah seperti memperkecilkan kita dengan menghantar virus kecil, tidak nampak pada kita tapi lihatlah betapa besar kesannya pada kehidupan manusia. Dari yang kaya hingga yang miskin, dari yang berjawatan hingga yang ditepi jalan semuanya terkesan. 

Maha Suci Allah yang maha hebat dan berkuasa.


cuba cari burung hantu
































Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...