Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.
huraian : andai kata kita bersyukur dengan segala rezeki yg dikurniakan Allah kepada diri kita pasti Allah akan menambahkan lagi dari sudut yg tidak disangka-sangka, rezeki kesihatan yg baik, rezeki dinaikkan pangkat, rezeki dapat mengerjakan umrah, dan pelbagai lagi rezeki yg baik-baik dikurniakan Allah sebagai ganjaran orang yg bersyukur. Manakala, ilmu jika disimpan dan tidak dikongsikan tidak akan bertambah. Proses ilmu mesti disampaikan dan dipanjangkan barulah ilmu akan berkembang, jika kita rasa ilmu tu milik kita, kita silap. Ilmu Itu milik Allah.