Thursday, January 28, 2021

Saya Gadis Banjar : JIKIN ULAHAN ARWAH NENEK

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.

Hari tu, Amal ada kemas dapur rumah. Sambil kemas-kemas atas almari...ada nampak JIKIN yang macam arwah nenek Amal pernah buat. Jadi, Amal ingat nak share tentang JIKIN pada korang.


Ni buat tempat bunga je ni...



JIKIN

Jikin adalah hasil kraftangan orang Banjar yang cukup popular dimana ia dihasilkan menggunakan lidi pokok kelapa dianyam menjadi seperti piring, kebiasaanya digunakan sebagai alas periuk atau kuali. 

Apa yang Amal nak tulis ni apa yang pernah Amal tengok cara pembuatan jikin arwah nenek, itupun masa arwah nenek masih hidup.

Amal suka tengok arwah nenek buat. Petang-petang, malam-malam lepas isyak. Sambil duduk-duduk tengok tv, arwah nenek Amal buat lah jikin ni. 

Selalunya arwah nenek Amal akan mula buat jikin bila ada pelepah kelapa yang jatuh ribut atau pokok kelapa yang baru lepas kena potong ambil umbut. Masa tu lah arwah nenek Amal akan sibuk mengumpulkan pelepah kelapa untuk ambil lidinya. Kalau pelepah yang tua lidinya tak sesuai sangat buat jikin...sesuai buat penyapu. Kalau nak buat jikin pakai pelepah yang agak muda masih hijau.

Bila dah diasingkan dari pelepahnya, lidi-lidi yang dikumpulkan akan dikemaskan, dibuang lagi tepi-tepi lidi tu bagi halus dan cantik lidinya. Sebahagiannya ada yang dijadikan jikin dan selebihnya dijadikan penyapu. Hampas dari batang lidi jangan dibuang tau, arwah nenek kata boleh buat tempat ayam bertelur nak eramkan anak ayam. Sampai sekarang pun, Amal tengok mak buat macam tu.

Okay, tadi dah pilih-pilih lidikan. Sekarang bolehlah nak mulakan proses buat jikin.

Arwah nenek Amal Akan duduk dan anyam lidi dengan susunan bentuk geometrik hexagon yang mempunyai enam sisi. Hmm...macam mana nak explain ye?

Amal terpaksa ambil gambar dari blog orang lain, sebab arwah nenek Amal dah takde. Amal ambil dari kaskus (Minta izin ye...)


Inilah jikin


Kemudian lidi yang telah siap dianyam akan direndam dalam air, kalau arwah nenek rendam dalam air jadi lembutlah sikit. Dan jadi cantik. Antara kegunaan yang boleh digunakan apabila jikin telah siap adalah sebagai alas periuk nasi ataupun lauk. 

Perkataan Banjar Hari ni:

pajal=benam




































Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...