Sunday, February 14, 2021

CERPEN: Aku sayang Aman

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tak mahu bersoal jawab, bosan kan?...ada masa ni, layan jelah. Huhhh, selamat membaca.

watak-watak dalam cerpen:
1. Dayang
2. Aman
3. Jo
4. Kuda belang
5. Min min

(Ni cerita awal kenapa Aman dah takde)

Aman Maju Jaya



Selamat datang dan salam perkenalkan.

Ni kisah tentang dayang dan kucingnya bernama Aman. Kisah ni bermula pada waktu Aman hilang. Masa tu Aman hilang untuk beberapa hari tanpa khabar Berita tanpa ada wartawan yang tahu kemana Aman pergi. 

Memang dayang tak aman semenjak Aman hilang. Merata si dayang pergi mencari Aman, dekat belakang rumah, dalam reban dan dekat bendang. 

Tak jumpa juga!!!!!!!!

Akhirnya, pada satu hari di Hari kepulangan Aman pada dayang, Aman dilihat seperti termenung, khayal dan Tak ceria. Air liur Aman selalu meleleh...senang cerita Aman Tak seperti selalu, Tak seperti sebelum Aman hilang.

Kaki Aman pula dipenuhi dengan lumpur hitam, seperti Aman baru kembali dari paya dan hutan. 

Dayang sangat risau melihat keadaan Aman yg tidak ceria Itu.

Dijamu makan tidak makan....ikan rebus yg digaul dengan nasi Itu dibiarkan sahaja tidak berusik daripada pagi. Akhirnya min min yg makan santapan Itu.

Khabar dari pada rakan-rakan min min menceritakan bahawa, Aman berjumpa dengan kuda belang. 

Entah siapa yg membawa cerita karut.

Disebabkan Aman berbulu belang, maka Aman berjumpa kuda belang.

Ahhhhh, mengarut. Ini benar2 mengarut.

Aman sebenarnya telah makan runput beracun. Itu sebabnya Aman hilang selera makan dan mulai agak Tak bermaya.

Macam2 usaha yg dayang buat untuk pulihkan Aman. Tapi apakah daya tuhan lebih sayang Aman.

Aman mati pada Hari jumaat di kaki surau dalam keadaan kesedihan.

Tapi sebelum Aman pergi, Aman sempat bersama dengan dayang dalam tempoh 7 Hari menceritakan sesuatu yg misteri.

Aman menceritakan kisahnya, yang Mana dia telah masuk hutan kerana ingin mencari temannya yg lama. 

Nama teman lama Aman adalah jo. Dan jo adalah kucing hutan. Mereka berdua berkawan sejak zaman pembukaan hutan-hutan baru. Nasib Aman cukup baik, kerana Aman adalah kucing peliharaan manusia. Tetapi jo adalah kucing hutan yg tiada tuan. 

Kerana rindukan temannya jo, Aman telah masuk ke hutan seorang diri tanpa ditemani dengan min min, Kakak kepada Aman atau member lain seperti yibie mahupun opie. Aman benar2 sendiri.

Semasa masuk, Aman menemui semangkuk sup maggi yg masih panas. Akibat kelaparan, Aman makan maggi tersebut tanpa menghiraukan siapa pemilik maggi tersebut. Puas makan sehingga kenyang dan sendawa.... tiba2 keluar satu makhluk dari balik daun hutan.

Seekor kuda belang yang berbelang hitam dan putih. 

"Kenapa kau habiskan makanan aku?" Kata kuda belang kepada Aman.

"Aku lapar, aku minta maaf makan ko punya makanan" jawab Aman.

"Baiklah, aku maafkan. Apa tujuan ko datang hutan"...soal kuda belang.

"Aku datang Cari jo, si kucing hutan". Jawab Aman pula.

"Jo yg ada tanda parut di perut?, Dia sudah mati." Kuda belang kenal dengan jo, dan menyatakan dia telah mati.

Aman benar2 terkejut mendengar Berita daripada kuda belang dan berada sangat sedih.

Dalam perjalan pulang, Aman sakit perut. Mungkin sebab makan manggi milik kuda belang tadi. Akhirnya, Aman ambil keputusan makan runput hutan tanpa mengetahui bahawa rumput Itu beracun. Itu sebab Aman jadi macam tu. Ditambah kesedihan kehilangan temannya.

Pengajaran dari kisah ini:
Jangan jalan2 sorang....bahaya.


Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...