Monday, February 15, 2021

MACAM MANA NAK JADI ORANG YANG CERIA DAN BAHAGIA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

MACAM MANA NAK JADI ORANG YANG CERIA DAN BAHAGIA

Dalam surah At-Tin ayat 4, Allah SWT berfirman:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِ نْسَا نَ فِيْۤ اَحْسَنِ تَقْوِيْمٍ ۖ 

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."

Kalau betul2 faham ayat ini, Allah nak bagitahu beza manusia dengan makhluk ciptaan Allah yg lain. Contohnya, ikan hebat berenang di dalam air, akan tetapi ikan bila berada di daratan tidak akan mampu hidup. Tetapi, manusia Allah ciptakan boleh berada di darat, di laut malah udara...siap boleh terjun lagi pakai payung terjun. Sebab tu...manusia adalah penciptaan Allah yg terbaik.

Tetapi perhatikan pada ayat seterusnya...

Dalam surah A-Tin ayat 5 Allah SWT berfirman:

ثُمَّ رَدَدْنٰهُ اَسْفَلَ سَا فِلِيْنَ ۙ 

"Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,"
(QS. At-Tin 95: Ayat 5)

Bila semua ilmu ini, disalah gunakan maka manusia ini akan jadi serendah-rendahnya. 

Dalam sehari, mengikut hasil kajian...seorang manusia akan terdedah dengan lebih kurang 5,000 toksik (negative) sehari dalam hidup. 

Dari perkataan manusia samada orang luar atau diri sendiri. 
"Tak guna lah kau ni, lembap"
"Eh...kau ni berdoa pun belum tentu Tuhan makbulkan"
"Aku ni jahat..."
"Aku ni memang bodoh...asyik gagal je exam"

Nampak tak?...tu semua negatif-talk. Ataupun kita panggil........

NEGATIVE MIND ATTITUDE

1. Suka mengeluh
2. Suka menyalahkan orang lain
3. Suka mendongkol menyimpan dendam

Dengan sikap macam ni...Kita takkan kemana...10 tahun akan datang kalau masih dengan sikap macam ni...Kita takkan ubah apa2

" Dengki dengan orang adalah pembaziran masa yg balik terburuk "

Jadi, untuk rahsia bahagia dalam hidup adalah dengan de-tox semua toksik dalam pemikiran Kita dengan cara paling mudah. Sangat berkesan dilakukan sebelum tidur. Dan esok harinya dijamin bangun tidur Kita akan dapat kecerian dan senyuman malah lebih segar di waktu pagi.


1. Baca zikir fatimah

Subhanallah 33 ×
Alhamdulillah 33 ×
Allahuakbar 34 ×
Kemudian tawakkal

Bila nak beramal dengan zikir...belajar untuk mengejar kualiti bukan kuantiti. Kalau dibaca sekadar 33× dengan laju...tanpa penghayatan...zikir takkan beri kesan. Bacalah dengan sepenuh hati. Kalau baca 1 kali pun tapi dengan sepenuh hati...tu lagi beri kesan. 

Bila sebut subhanallah...hati kita ni faham Kita sedang mengkagumi Allah. 
Bila sebut Alhamdulillah...hati ni faham Kita sedang memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat...sampai mengalir air mata.
Bila sebut Allahuakbar...hati ni faham kita sedang menganggap Allah lah segala-galanya...Kita tak nak yg lain.
Lepas habis zikir...Kita mula tawakkal...Kita serahkan segala urusan Kita pada Allah untuk diatur. 

Zikir fatimah yg diberikan Rasulullah SAW kepada Fatimah sebenarnya mahu mengejar tentang pengurusan emosi. Fatimah rasa dia penat uruskan keluarga...lalu minta khadam dari ayahnya...untuk ringankan bebannya. Tapi, Rasulullah mengajar fatimah ni disini, bahawa fatimah sebenarnya perlu rehatkan emosi. Kadang2 bila kita berkerja, bukan badan ug penat tapi emosi Kita otak Kita yg penat. 

2. Belajar memafkan orang 

Cakap pada diri 
"Ya Allah, Aku maafkan diri aku...dan Aku maafkan kesalahan orang lain terhadap diriku"

Kalau tak boleh maafkan...Cuba selawat 3 ×, baca surah At-takwir ayat 17 dan 18 3× juga..

وَا لَّيْلِ اِذَا عَسْعَسَ ۙ 

"Dan malam, apabila ia hampir habis"

وَا لصُّبْحِ اِذَا تَنَفَّسَ ۙ 

"Dan siang, apabila ia mulai terang;"

Tarik nafas...dan lepas....minta bersihkan hati. Dan cuba maafkan. Esok2, bila teringat...buat lagi...maafkan...maafkan.

3. Baca doa tidur elok2...

4. Niat bangun esok pagi macam ni:
"Ya Allah, Aku nak bangun esok dalam keadaan ceria dan bahagia dan Aku nak jadi ahli syurga"

5. Dengar bunyi Alam....sound of nature. Bunyi pokok, bunyi angin, bunyi hujan, bunyi ombak... bunyi burung... Kalau Kat bandar susah nak dengar bunyi2 ni...boleh pasang you tube. Bunyi air lalu...tido nyenyak he nanti. 

Boleh cuba cara ni...saya dah!
Senyumlah...itu ubat yg paling mujarab!

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...