Tuesday, November 13, 2018

Apa nak buat bila datang 'bendera merah'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Lama dah Amal simpan niat nak tulis pasal perkara ni. Tapi al-maklumlah Amal ni manusia yang sibuk sangat. kononnya...heee

Moga-moga Allah tidak menyibukkan kita semua termasuk Amal sendiri dengan urusan keduniaan. Aamiin InsyaAllah.

Entry kali ni, agak perempuan sikit.
Perempuan dan datang haid.

Tapi, kalau ada lelaki yang sudi baca untuk menambah pengetahuan untuk dikongsikan kepada wanita-wanita yang dicintai takde masalah. Sama-samalah kita ye. Amal suka je orang panjangkan ilmu ni.

Amal tak nak cerita pasal pengenalan haid, berapa hari haid? kenapa haid terjadi?...tapi Amal lebih nak kongsikan apa perkara ataupun aktiviti yang kita boleh buat bila seorang wanita itu didatangi haid. Maksudnya macam mana nak dapat pahala walaupun disaat kita diberi 'cuti' dari mengerjakan solat dan mengaji.

Apa yang boleh dibuat bila datang 'bendera merah'

1. Berdoa

Bila datang haid, ucapkanlah Alhamdulillah, tanda syukur kerana Allah nak keluarkan darah kotor secara semulajadi dari diri kita dan mengelakkan diri kita daripada ditimpa penyakit. Ya, masa ni memang kita tak boleh solat tapi masa ni juga adalah peluang untuk kita memperbanyakkan doa kepada Allah. Kita cuma tak boleh solat, bukan tak boleh berdoa. Bangun subuh, mandi, lalu bersiap-siaplah dengan penuh kemas....duduk elok-elok macam lepas habis solat, angkat tangan dan berdoalah.

* tips berdoa: senaraikan apa yang kita nak minta dalam buku nota, kalau tak nak pakai buku nota, pakai phone install apps note. Bila-bila masa teringat apa yang kita hajati tu terus je taip dan tulis. Barulah kita berdoa ada tujuan. Tapi jangan lupa 3 benda dalam berdoa: 1. Pujian kepada Allah, 2. Selawat keatas Rasul, 3. Doakan kedua ibubapa...lepastu nak doa apa sahaja...doalah.

2. Berzikir

Yup! zikir. Zikir maksudnya ingatan. Ingatan kepada siapa? ingatan kepada Allah SWT. Kalau nak tahu zikir ni ada macam-macam jenis zikir. Google je, banyak zikir yang akan terpampang. Nak zikir panjang, nak zikir pendek...ikut lah sukahati. Yang penting berzikir. Hati selalu teringat-ingat dekat Allah macam ingat kekasih, lidah selalu basah dengan zikir dan tetap istiqamah sebut zikir ni. Cuma Amal  nak bagitahu, perasan tak dekat Amal punya social media macam facebook, ig, twitter dan dekat blog ni...ada satu zikir yang Amal cukup suka. Memang akan ada terselit. Macam zikir favorite lah. Kalau makanan favorite mesti tomyam, minuman favorite mesti sirap...hmmm gitulah. mesti tahukan? kan? kan? Zikir favorite Amal adalah :

سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 🌻

3. Mendengar bacaan Al-Quran

Walaupun cuti mengaji, tapi kita boleh je dengar orang mengaji. Suruh je adik beradik korang ngaji dekat telinga korang. Nak lagi gempak suruh je dorang mengaji surah-surah kegemaran korang. Kalau korang suka surah Al-Baqarah suruh adik korang baca surah tu depan korang. Ikutlah mana-mana surah yang korang suka. Tapi kalau nak dengar bacaan Al-Quran 24 jam, janganlah suruh dorang ngaji, kesian adik2...awak bukalah mp3.


4. Membaca bahan bacaan agama

Masa datang haid rasa macam banyak masa free kan. Padahal kalau ikut sama je. Tapi masa yang dikatakan free ni bolehlah kita menelaah buku-buku ilmiah dijadikan penambah ilmu didada. Ada banyak genre bacaan, macam novel sejarah islam, kisah nabi, hukum fiqh dan majalah solusi. Tapi itu cerita yang hardcopy. Takut yang menulis entry ni pun tak berapa nak buka buku...ahaks! zaman sekarang semua menalaah bahan bacaan dalam phone. kalau kat social media, google...taip je tajuk yang kita nak...macam-macam ayat yang keluar. Tapi kena pilih betul-betul lah. Jangan terus cedok, ambil percaya dan amal. hui...bahaya tu. Tapis sikit dengan lihat rujukan dan sebagainya.

5. Mendengar kuliah atau menghadiri majlis-majlis ilmu

kalau Allah gerakkan hati nak dengar kuliah, cepat-cepat buat tau. Amal suka dengar kuliah Ustazah Hafizah Musa...walaupun lembut je ustazah cakap tapi isinya sampai. Senang nak faham. Macam Amal cakaplah sekarang zaman it, zaman teknologi. Walaupun tak pergi masjid tapi ada live kuliah dari masjid. Walaupun tak sempat buka tv tapi ada rakaman dalam you tube. Cukup mudah nak dapat ilmu dan senang sangat nak dapat dengar kuliah. Alasan apa sebenarnya kita?

*tips dengar kuliah online : nak bagi rasa macam kita betul-betul berada dalam majlis ilmu atau dekat situ, amal nak sarankan supaya korang sediakan satu buku catatan khas. Setiap kali buka kuliah online yang durasi 1 jam, 30 minit atau 10 minit kebawah...setiap kali itulah buka buku catatan dan catat isi penting. kata Ustaz Jafri Abu Bakar dalam kuliah onlinenya...apa sahaja amalan nak bagi lekat, kita kena catat.

that's it...dengar je catat.

6. Melakukan amalan-amalan sunnah

Jangan fikir yang sunnah itu hanyalah solat sunat sedangkan banyak lagi perkara sunnah lain yang dilakukan Rasulullah. Contoh yang paling senang dan mudah adalah sedekah. Sedekah yang paling mudah adalah senyum. Kan senang tu. Tapi kalau nak buat yang lain takde masalah pun...buatlah. Sedekah duit, harta, tenaga. eh...banyaklah.

Amal nasihatkan buatlah.

Bila nak buat benda baik, jangan tangguh atau kata nanti. Sebab perkataan 'nanti' tu akan menyebabkan kita terlupa akan benda baik kita nak buat tadi. kalau ingat alhamdulillah. syukur...tapi kalau tak ingat pun syukur juga sebab malaikat dah catat niat baik kita tadi. its okay....cuma diri sendiri lah akan terasa rugi. huhu.


Kesimpulan

Haid bukan alasan unuk kita tinggal ibadah, tetapi semasa haid pun kita boleh meraih pahala.





















Monday, October 8, 2018

Rumah Mutiara Kata 26

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Bila Takde semangat, Bacalah selawat"

huraian : Seperti yang Amal pernah kata sebelum ni, bacalah selawat. Banyakkan selawat keatas nabi. Tak rugi pun. Jom banyakkan selawat! lagi-lagi di hari Jumaat. Dalam sebuah Hadith Riwayat Muslim ada Rasulullah SAW ada menyebut "barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah s.w.t akan berselawat untuknya 10 kali.


Friday, October 5, 2018

Rumah Mutiara Kata 25

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Banyakkan selawat, insyaAllah dapat Syafaat"

huraian : Jom banyakkan selawat! lagi-lagi di hari Jumaat. Dalam sebuah Hadith Riwayat Muslim ada Rasulullah SAW ada menyebut "barangsiapa yang berselawatt kepadaku sekali, maka Allah s.w.t akan berselawat untuknya 10 kali.

Sunday, September 23, 2018

Saya Gadis Banjar: RESEPI JERUK PELAM

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Minggu lepas balik kampung. Masa ayah belok nak parking kat halaman...Amal tengok buah pelam dekat pokok lebat betul.

"Ayah, kalau buat jeruk sedap ni..."

 "Memang nak tunggu angah petik pun buat jeruk pelam"

Pelam Bamban
                     
Esok pagi-pagi lagi, pakai cantik-cantik semata-mata nak petik pelam. Haha...warr~
 
Maka, bermulalah perjalanan membuat jeruuuuukkk peeelaammm.
Okay, ni resepi berasaskan agak-agak je.

Resepi Jeruk 
1. Petik buah pelam.
Mestilah, sebab kita nak buat jeruk pelam. Pelam kat rumah pelam bamban. So, Amal guna pelam bamban. Sebenarnya semua pelam boleh...asal pelam muda

Sebakul ni

2. Potong buah pelam mengikut saiz
Saiz yg agak sesuai, saiz nipis dan kecik. Comel-comel je. Lepas potong terus letak dalam air...basuh terus.

Ni baldi bukan pelam


3. Rendam dalam air garam dan kapur. Menurut kata pakar iaitu Mak, mak kata rendam sampai semua pelam tenggelam...ikut sukahati korang nak garam banyak mana. Kapur pun sukahati korang. Asal jadi. Rendam sehari semalam ye. Kadang-kadang mak amal ni macam gebang je...acah2 sehari semalam...tapi sebenarnya tak sampai sejam. Entah resepi ni betul ke idak.

4. Letak air gula
Suka hati juga lah. Ala...pandai2lah. banyak mana pelam tu...banyak tu juga gula ye. Haha...kalau korang buat selori pelam...selori gula.hamik.haha. Entah...tak tahu nak cakap.

5. Bubuh ubat jeruk
Ubat jeruk beli kat pasar Raya. Nama dia jeruk buah. Yang Amal beli ni harga RM4.90...kedai kampung je. Botol kecik tapi power. Yang ni kena rendam 24 jam. Yg ni tak gebang. Lepas rendam 24 jam...boleh makan. Sedap rasanya.



Masam.
Nama pun jeruk.

Sedapnyer...


Monday, September 17, 2018

TRAVELOG : CATATAN AMAL DI BUKIT BOTAK

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

................


Amal di Bukit Botak



Malam tu Amal bermimpi nak panjat bukit. Haha...sampai termimpi-mimpi Amal nak sangat panjat bukit. Pagi sebelum subuh Amal minta ayah hantar ke rumah abang di Puncak Alam. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan sampai tepat masa subuh. 



Lepas solat subuh, tiba-tiba abang tanya dekat Amal. 



"Angah, kau nak hiking tak?" 

Dengan sepantas kilat Amal jawab. 
"Nak"

Ini seperti pucuk dicita ulam mendatang ataupun seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Eh...tak²...orang nak daki bukit...diajak-ajak.

Haha memang tersangat nak lah.

Disebabkan Amal bermimpi nak panjat bukit kan. Bangun tidur tu Amal terus packing kasut. Jadi, memang dah bawa kasut hiking pun. Ngeh ngeh. Nampak tak?... Ini yg dinamakan sediakan kasut sebelum hiking.

Teruja kot. 

Setelah sekian lama kaki Amal ini berehat panjang.

Jadi...jom kita mendaki!..weee~

Abang ajak Amal pergi daki Bukit Cherakah...tapi abang kata ada juga orang panggil Bukit Botak. Ikutlah nama apapun. Bukit Botak ni berada di Puncak Alam. 

Kami bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi dan sampai dekat kawasan bukit kira-kira pukul 7.10 pagi. Kalau ikut mula panjat pukul 7.20 pagi. Itupun sebab abang bawa anak dia yang berumur 3 tahun, makanya adalah dua tiga scene drama nak pujuk pakai kasutlah, masuk dalam carrier lah. Maka, macam-macamlah berlaku sebelum betul-betul dapat naik tu. Kebetulan pula, kakak ipar Amal tak ikut...sebab demam. Maka, memang betul-betul abang ngan Amal a.k.a makngah dia layan kerenah si kecik tu.

Steady abang!

Track Bukit Botak, untuk Amal...Amal bahagikan kepada 3 check point.

1. Kabel Pencawang

Mula je mendaki, Amal dah rasa kecuramannya, kalau ikut betul-betul ada 2 kali je kawasan rata. Dahlah dengan tak sarapan...tak warm up...main naik je. Berkicap jalen masa mula-mula nak naik. Baru 10 minit jalan...dah tercungap-cungap. Tapi sebab semangat sangatkan...maka kita teruskan. Lagipun masa ni track dekat kawasan kelapa sawit...laluan tanah merah, batu-batu. Boleh lah.  Kalau view dia kat sini biasa jela. Kami teruskan pendakian sampai lah dekat bawah pencawang elektrik. Affan tak daki pun...sampai sini...rehat jap...ambil-ambil gambar. Hari baik, mood baik...angin pula sepoi-sepoi bahasa. Memang layan.

Bawah pencawang

2. Berbukit Batu dekat Kampaet

Lepas lepak-lepak jap bawah kabel, kita dh masuk track dalam hutan. Laluan kat sini dia pecah 2. Satu track untuk hiking, satu lagi track untuk motor dan basikal. Amal suka betul kalau dah masuk track dalam hutan, laluan dia thrill sikit. Panjat memanjat, pegang tali, pegang pokok. Baru mencabar. 

Lama tak naik banyak kali juga take 5... minum-minum air. Abang lagi steady. Satunya-satunya pangkat ayah bawa anak 3 tahun kat belakang pakai carrier dalam ramai-ramai manusia hiking kat situ. Memang kalau selisih, ada je yang tegur. 


3. Kawasan lapang dekat Puncak Bukit Botak

Lepas kawasan bukit batu Kampaet, kami teruskan sampai dekat kawasan campsite. Memang cantiknya lah view kat sini...angin pula kuat...daun-daun berguguran jatuh. Aduhai...cantiknya ciptaan Allah ni. Kalau ikut dah sampai puncak. 

Puncak Bukit

Tapi abang kata, alang-alang dah kat atas ni...apakata terus sampai kawasan lapang Bukit Botak. Apalagi...kita on kan aja. Yang penat kau. Haha. Dahlah abang tak bagi Amal jalan dulu...dia suruh jalan belakang dia...dia marah Amal laju sangat. Haha. Sampai kat sini kira-kira pukul 9.00 pagi. lambat kan...sebab apa...sebab banyak berhenti. Ngeh ngeh.

Memang Botak

Apa yg Amal dapat daripada pendakian hari ni.

1. Sila sarapan dan warm up...jangan jadi macam Amal, abang dan affan. Berkicap jalen tau. At least...bawalah air dan roti.
2. Pagi-pagi tak panas, cuaca redup dan berembun. Orang pun tak ramai.
3. Track cantik, bersih dan kemas. 
4. Jangan cepat mengalah dan putus asa...teruskan perjalanan kerana kita tak tau apa yg indah menunggu di hadapan.
5. Cabaran itu sentiasa ada...tinggal kita je nak hadapi macam mana.
6. Yang naik sini tak ramai non Muslim. Tak tahulah masa Amal naik je ke. Atau masa hari lain. Ramainya muslim. 
7. Kaki Amal sakit. Tapi Amal lantakkan. Injured sebenarnya. Tak nak layan...balik cari ubat. Degil.

Kasut murahan

Boleh pergi lagi?


Thursday, September 13, 2018

Saya Gadis Banjar : KEPAH OH KEPAH

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...................


Hujung tahun lepas Ayah ajak pergi laut. Mak memang angkat tangan tak nak ikut. Memandangkan anak-anak ayah yang ada kat rumah cuma Amal, Jiha dan Nonoi...maka kamilah mangsanya...haha.

ku relakan jiwa~ menjadi penghuni dalam sangkar hatimu...tiberrr
(lagu dalam hati..bila ayah ajak)

Ayah dengan motor kesayangannya Yamaha Sport lama yang banyak asap mencemar alam dah mula panggil anak-anak perempuannya yang sangat kelambatan. Di hon motor tu berkali-kali...

"pon!...pon!...cepatlah.." ayah dengan motor tu sama je bisingnya. Ajak anak perempuan memang lah. Nak cari tudung ke laut dah satu hal. Takkan nak pakai tudung cantik.

hebat ayah

oh ayah kesayanganku....Amal sayang ayah.

Kami berempat, merempit ke Parit 5, Sekinchan. Port yang kaya dengan khazanah alam semesta semula jadi. Tempat di mana remis dan kepah membiak memperbanyakkan warisan keluarganya. Sampai dekat situ...Subhanallah ramainya orang macam kami berempat ni. Jenis pemusnah alam habitat remis dan kepah. Rakus. Fokus kami hari ni kepah.

" Wahai Kepah...bersedialah!"

lumpur tu...arghhh
Kami hanya bawa seguni. Jadilah dapat memusnahkan satu family kepah. (Ya Allah...kenapa teruk sangat imaginasi Amal ni...korang layan je la ye).

Baiklah, sebelum sampai dekat kawasan kepah...Amal nak bagitahu bahawasanya pantai ni dipenuhi dengan lumpur dalam. Tepi pantai banyak pasir, kepah ada di tengah laut. Jadi, kena jalan kaki atas lumpur tu untuk ke tengah laut.

Mula-mula, semua semangat membara termasuk Amal nak cari kepah. Tapi...tapi...baru 10 langkah masuk lumpur dah mengah. Semput. Tak larat. Rasa jauh betul nak sampaikan dekat tengah laut yang padahal takde lah jauh sangat. Acah-acah je lebih. Ayah memang hebat, tak terkejar kami yang perempuan dengan ayah...ayah macam jalan atas simen. kitorang kat belakang terkial-kial angkat kaki dalam lumpur. haha.

Super Dad!
Jiha dan nonoi pun dah sampai kat ayah. Cuma Amal ni je yang lambat. Kaki Amal tak larat. Banyak kali duduk berhenti atas lumpur. Rasanya lagi penat dari daki bukit. Berhenti kejap...main dengan siput..jalan sikit. Berhenti kejap...main dengan siput...jalan sikit. entah apa-apa. haha.

Akhirnya, setelah berhempas pulas mengerah segala keringat dan tenaga...sampai juga dekat ayah. Nak pitam dah. Dah la waktu tengahari, matahari tegak atas kepala. Ya Allah, macam mana agaknya di Mahsyar nanti.

Masa tu ayah dah banyak dapat. Jiha dan nonoi pun sama. Amal baru nak cari. Rupanya senang je nak cari kepah ni, sebab dia lebih kurang macam kerang. Atas lumpur je. Fizikal kepah ni pula agak besar dan berat. Jadi memang senang sangat nak cari. Yang susah cuma nak sampai ke situ je.

rupa kepah
Alhamdulillah, kerja kami Kami dimuda sebab ada pakcik sebelah Amal yang mencari tu dia bagi je kepah yang dicari tu dekat kitorang. Baiknya pakcik. Tak pasal-pasal dapat lebih seguni. Terima Kasihh pakcik. Rasanya mak kat rumah dah panjang leher..apahal kami lambat sangat.

Sebelum balik, sempat cukai dengan ayah nak air tebu tepi jalan. Air kosong yang kami bawa ke laut dah rasa lumpur. Sebab tu dapat air tebu sejuk pula tu memang sedap tekak.

Balik tu, sampai rumah ayah request nak kepah masak sambal. Demimu ayah...

Seronok. Tapi penat.

Amal masak sambal kepah





Rumah Mutiara Kata 24

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Ilmu itu ibarat air yang mengisi botol kosong"

huraian : kenapa Amal cakap macam tu?, pendapat Amal begini..saat kita menuntut ilmu kita adalah botol kosong. kita ni tak tahu apa-apa. Bila kita hadir dalam majlis ilmu, kita bawa diri kita yang macam botol kosong tu isi dengan ilmu. Ilmu itulah air yang mengisi kita. Penuhkan diri kita dengan ilmu. Jangan bawa botol penuh...jangan bawa diri yang rasa macam banyak ilmu semasa menuntut ilmu...bila kita belajar nak isi dengan ilmu baru, nanti kita tak boleh nak terima. Kita akan rasa kita je yang betul. Ilmu yang kita dapat pula, kita bawa balik tak boleh simpan dalam rumah...simpan untuk kita sorang je. Air(ilmu) tu kita kena share, kongsi dan sampaikan pada orang lain. Barulah orang lain akan tahu nikmat air(ilmu) tersebut.

Nota: Allah akan bagi ilham bila kita selalu melihat dengan mata hati


tengok botol air pun boleh dapat ilham


Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...