Friday, February 12, 2016

Rumah Mutiara Kata 18

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Tanda ilmu berkat, sampai bila-bila masih ingat"

huraian : setiap dari diri seseorang pasti pernah mendepani majlis ilmu. Tidak mengira alam tadika, taska, sekolah rendah mahupun menengah dan juga universiti. Prosesnya adalah menuntut ilmu. Maka dari itu, apakah semua ilmu yang kita pelajari masihkah kita ingat?...ataupun sekadar meluluskan diri ketika waktu peperiksaan semata?...

Pesanan: belajar untuk menuntut ilmu, kemudian amalkan. Jangan belajar untuk menunjuk² ilmu, kemudian lupakan.


Tuesday, October 20, 2015

Rumah Mutiara Kata 17

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Harapan buat yang Berdoa, Jalan buat yang Berusaha"

huraian : Setiap yang bernama manusia itu akan menghadapi ujian daripada Allah swt. cuma apakah kita akan sabar atau sebaliknya. Maka dari itu banyakkan lah berdoa kepada Allah swt bukan sahaja ketika saat-saat duka malah juga saat-saat gembira. InsyaAllah Allah swt akan memberi kita jalan yang kadangkala tidak kita sangka-sangka. Letakkanlah keyakinan sepenuhnya (100%) kepada Allah swt tanpa mengurangi sedikit pun. 

*Jangan pernah putus asa kerana Syaitan juga tidak pernah kenal putus asa menyesatkan manusia. jadi mengapa kita begitu cepat menyerah kalah sebelum berjuang?


Godaan Syaitan

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...kita mulakan hari dengan ucapan rasa syukur yang sangat-sangat kerana Allah SWT. Pernah tak baca komik Siri Godaan Syaitan yang di olah oleh Tuan Badrul Hisham Shari atau lebih Popular dengan gelaran Pak Cik Bad. (klik link untuk tengok laman buku)

Sejak sekolah menengah sampai dah kerja ni pun masih lagi saya suka dan tatap berbanding komik lain. sebab apa suka komik ni?

1. sebab lukisan yang cantik dan comel-comel je
2. lontaran dialog yang terbaik!
3. ada Hadith Nabi dan Dalil Al-Quran
4. Kata-kata motivasi
5. Pengajaran 

Dalam komik ni ciri-ciri ketara yang ditunjukkan syaitan adalah tidak kenal putus asa dan tetap terus menerus berusaha menggoda manusia untuk melakukan perkara maksiat.

kalau manusia yang digoda tadi ikut apa yang syaitan cakap nanti bertepuk tanganlah mereka tanda gembira. Dalam komik ni ada dua syaitan yang popular. Syaitan Gemuk warna hijau dengan Syaitan Kurus warna ungu. Dan manusia yang digoda ada pelbagai tidak ditetapkan. Cuma setiap episod yang dipaparkan adalah berkaitan dengan keadaan semasa.

lain pula halnya kalau manusia tadi tak endah dan buat tak tahu bila digoda syaitan gemuk dan kurus ni. Maka Pak Cik Bad akan buat mereka berdua berasa benar-benar kecewa dengan mimik mukak yang sememangnyo hodoh lagikan tak hensem.

Samada di tengah penceritaan atau penghujung cerita akan diselitkan kata-kata hikmah, Hadith Nabi mahupun dalil Al-Quran supaya menjadi penguat cerita dan peringatan juga buat kita.


okay! baiklah.
Saya bukanlah promoter buku ni, tapi sekadar mewawarkan buku-buku terbaik yang boleh dijadikan koleksi. Komik-komik dipasaran memang banyak. Cuma antara yang banyak itu ada yang terbaik. Sekadar pandangan saya.







hasil nukilan:
Pengembara Berbaju Kurung | Dayang Bungah 


Monday, August 31, 2015

Saya Gadis Banjar : Hidup Macam Kelapa

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...cuti merdeka ni, godek-godek laptop sendiri dan jumpa gambar-gambar lama masa arwah nenek (al-fatihah) masih ada dekat kebun kelapa. Memang cadang nak buat entry pasal Kebun Kelapa tapi masa tu agak terhad sikit.

Masa saya duk menanam anggur(nganggur der) orang lain namanya tanam anggur tapi saya tanam kelapa. Ambil upah mengopek kelapa, jual kelapa dan apa sahaja yang berkaitan Kelapa. Dalam banyak-banyak Pokok. paling Amal suka pokok Kelapa lah. nak tahu sebab apa?

sebabnya:
1. akar: manusia memerlukan kekuatan dari dasar macam pokok kelapa, walaupun batangnya kuat tapi kalau akarnya lemah...tumbang juga. thats mean, strenght our iman!. 

2. Batang : tubuh badan manusia boleh diibaratkan macam sebatang pokok kelapa kerana setiap satu batang pokok kelapa itu saling bergantung diantara satu sama lain, begitu juga tubuh badan...setiap sendi yang terdapat pada batang tubuh saling bergantungan. from top to toe.fikir dan renung.

3. buah kelapa; Buah kelapa ni ibarat mulut yang keluar dari sebatang pokok kelapa. kadangkala buah kelapa nya cukup cantik, sedap dan elok. namun kadangkala buahnya ada yang kurang. Begitu juga mulut manusia. seandainya di jaga dengan baik maka hasil yang keluar dari mulut juga baik. mesti sedap didengar macam air kelapa. mudah diteguk. seputih isinya.

4.Daun kelapa. Macam mahkota lah, lambang yang membezakan pokok itu, Daun kelapa ni unik, Allah ciptakannya lurus. supaya kita boleh jadi yang orang berada di jalan yang lurus. Iman macam sebatang lidi mudah dipatahkan tapi jika imannya kuat, tentu sukar untuk dipatahkan malah mampu pula membersihkannya jiwa yang lain bagai penyapu.

Aduhai, jiwa sastera memang meresap ke tubuh dan jadi darah daging. Maaf ye. Haha.

Itulah, kalau nak cerita pasal kelapa ni, macam-macam sebenarnya. Tangan orang yang mengopek kelapa pasti tahu bagaimana rasanya. Hidup ni macam kelapa. Tinggi. Tapi kalau takut jangan jadi kelapa yang tinggi. duduk rilex kat bawah macam rumput. 




hasil nukilan :
Pengembara Berbaju Kurung | Dayang Bungah

Saturday, August 29, 2015

Manuskrip hidup

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap manusia ada manuskrip cerita masing-masing. Manuskrip yang menceritakan perjalanan hidup seseorang samada dibuai mimpi ataupun ditaburi duri. Dalam keadaan manusia menghadapi peristiwa jatuh bangun dalam hidup, Allah SWT sebenarnya sedang memberi perhatian dan kasih sayang yang berganda-ganda kepada manusia.

Sebenarnya, Amal suka mendengar kisah orang lain, dan dijadikan satu motivasi dalam hidup ketika kita menghadapi satu-satu saat yang teramat sukar. Dan ada seorang sahabat bertanyakan kepada Amal, "kenapa Amal suka mendengar kisah orang lain? " Amal menjawab, untuk melihat diri kita sendiri, kita memerlukan cermin, dan cermin hidup itu ada pada orang lain. 

Rupanya baru Amal sedar, sampailah rasunan kata ini ditulis, seolah-olah karma pada diri yang suka mengambil kisah orang lain sebagai motivasi diri. Betapa sukarnya anak muda ini menghadapi kepayahan hidup, dan sudah tentu akan ada orang lain yang lebih sukar daripada Amal. Allah SWT lebih mengetahui. Cuma Amal nak kongsikan bagaimana menghadapi perasaan saat diri terasa lemah. 

1. Perasaan merasakan diri tidak berguna.

fasa pertama, hidup bagai tiada erti apabila kekecewaan yang begitu besar melanda diri. Saat ini kita merasakan diri tidak berguna. Memohon maaf atas kewujudan diri.

Baiklah merawat perasaan yang sebegini, Amal sendiri tak nafikan, memang sukar tapi dengan izin Allah boleh diatasi dengan katakan kepada diri La Haula Wala Quwwata Illa Billah. kita minta Allah kuatkan kita, jangan fikirkan punca, penyebab atau apa sahaja yang boleh menyebabkan kita hilang arah. Letakkan Allah SWT dalam minda. InsyaAllah saat itu boleh jadi peristiwa istimewa kita dalam hidup.

2. Air mata menjadi peneman setia.

Tidak dinafikan, apabila kita menghadapi saat-saat kesedihan, air mata yang ditahan pasti akan turun laju menemani diri. Bagai mengiyakan kesedihan kita, menzahirkan kekecewaan kita. Saranan Amal menangislah sepuasnya tanpa rasa bersedih dan kesal.

3. Diri terasa keseorang.

Disaat-saat begini, kita akan cuba lari dari semua orang dan merasakan bersendirian adalah lebih baik. Amal sendiri pun akan begini. ketika ini lari lah kemana sahaja, pergilah. Namun biarlah tempat pertama yang kita ingin bersendiri itu adalah Rumah Allah, Masjid atau surau. Iktikaf di Masjid dapat menenangkan hati yang gundah gulana. Dengan mudah hati akan terpujuk sendiri. lantaran jiwa yang rapuh tadi telah dikuatkan dengan alunan zikir. kemudian, pergilah tempat yang ramai orang, tetapi orang yang tidak mengenali siapa korang, lihat suasana kanak-kanak berlari, orang tua di tempat makan, peniaga di kedai dan cuba senyum pada orang sekeliling. tahu tak senyuman adalah ubat duka yang paling mujarab?

4. Ujian Allah berat dan tak tertanggung

Apabila insan itu mengadapi saat-saat sukar dalam hidup, seringkala kata-kata ini dilontarkan. "Kenapa Allah uji aku sebegini".

Wahai hati yang diuji, dengarlah... Allah SWT tahu yang kita mampu menghadapinya, dan tujuan Allah SWT uji bukan untuk melemahkan kita tetapi untuk menguatkan kita. Cuba kita renung dan fikir seberapa banyak masalah yang kita hadapi, dan kita lihat bagai tiada jalan keluar sebelum ini, tapi sedar tak Allah SWT telah menolong kita tanpa kita sedar? dan perlahan-lahan masalah tersebut telah diselesaikan.


Tenanglah dalam menghadapi kekecewaan, samada kecewa dengan cinta, sahabat, hidup atau sebagainya. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud kita tidak boleh bersedih cuma nasihat kepada rakan-rakan agar jangan terlalu mengikut perasaan. Allah tahu apa yang kita perlu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan duduk dalam keadaan yang sama, keluarlah dari perasaan itu. Tinggalkan dan jangan menoleh lagi. Langkah pertama untuk keluar dari kekecewaan dengan mencari Allah SWT.


p/s: Sabar itu kunci orang beriman.













Saturday, August 15, 2015

CERPEN: Min-Min bertemu Pokok Pelam

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tak mahu bersoal jawab dengan anak-anak syurga, ada masa terus Amal taip. Huhhh, selamat membaca.

watak-watak dalam cerpen:
1. Min-min
2. Pokok Pelam

*amaran!!!...cerpen ini berkaitan kucing, tiada kena mengena dengan manusia...



Huargh!!!...luas Min-min menganga nak menunjuk kan dia baru bangun dari tidur yang lena. Min-min lambat-lambat buka mata. Bangun pun seakan seekor kucing yang pemalas.

Setelah Min-min benar-benar telah membuka matanya, Min-min terkejut dan kaku. Min-min merasakan tempat yang sedang dia berada bukanlah istana mahligainya yang selalu. 

Min-min toleh ke kanan, Min-min toleh ke kiri dan kembali menoleh kehadapan lantas meneguk air liurnya. where am i?

Min-min memanggil nama yibi dan wopie dengan kuat, berkali-kali Min-min panggil tapi yang kedengaran hanya bunyi unggas-unggas yang berada di dalam awanan. 

Uuuuu...kadangkala kedengaran juga bunyi burung hantu berbunyi, meremang bulu roma Min-min. 

Hairan Min-min, macam mana dia boleh tersesat sampai ke sini. Rasanya tadi dia baru lepas menyiasat kes sepuluh ekor tikus mati dibelakang rumah Pak Kamal. Pak Kamal bising-bising sebab banyak sangat tikus mati di belakang rumah. Jadi Min-min pun pergilah siasat ke belakang rumah nak tolong Pak Kamal mana tahu Min-min boleh jumpa punca. 

Apa yang Min-min ingat, Min-min kenyang. Lepas kenyang Min-min pun tidur. 

Hmm, puas Min-min fikir dan cari jalan macam mana nak balik, tapi Min-min tak jumpa-jumpa. Tengah Min-min jalan-jalan, tiba-tiba ada satu suara berkata "Aku Pokok Pelam, Kau tak boleh cakar akar aku! panjat boleh". 

Min-min pun tanya Pokok Pelam tu sambil merayu-rayu "eh, kenapa pula Pokok Pelam, kesiankan lah Min-min yang tersesat ni, Min-min nak balik rumah Pak Kamal" 

Pokok Pelam kehairanan dan kembali bertanya pada Min-min "kau kata kau sesat, Hahaha,..Min-min kau kan memang berada di rumah Pak Kamal. cepatlah naik"

"eh yeke?"soal Min-min kehairanan sambil memanjat akar pokok pelam dan keluar dari kolam yang dianggap hutan tadi.

"Yela Min-min, cuma kau tu jatuh dalam kolam kering Pak Kamal, kau tak sedar...kau ingat kau tidur, tapi kau pengsan 3 hari Min-min." jelas Pokok Pelam.

"Habis tu kenapa yibi dengan wopie tak cari Min-min" soal Min-min dengan nada sedikit merajuk.

Pokok pelam menjawab dengan nada yang perlahan dan seakan berbisik pada Min-min, "Psss, Min-Min dorang berdua lah yang bunuh tikus tapi tak makan."

Min-min dah agak, ini mesti kerja wopie. Dah tak reti, dia hasut yibi yang baik tu. Belajar pun tak habis lagi ada hati nak lawan cikgu. 

sabar je la...

Moral Kisah ni : 

1. Kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerja, jangan cuai macam Min-min tadi sampai jatuh.
2. Jangan malu untuk bertanya, jika kita menghadapi masalah. Pernah dengar pepath 'malu bertanya sesat jalan'.
3. Anak murid mestilah menghormati guru, kalau tidak jadi macam wopie dan yibi, ilmu tak berkat.

hasil nukilan; 
Pengembara Berbaju Kurung| Dayang Bungah























Sunday, July 12, 2015

Saya Gadis Banjar : GOOGLE KEREPEK-KEREPEK

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...sabtu minggu lepas, di izinkan Allah SWT Amal dapat menjejaki kaki ke kampung halaman. (baru sebulan tak balik...cehhh)


Jadilah dapat sahur dengan keluarga 2 hari, berbuka 2 hari. daripada tak kan?...omputih cakap better late than never.

Jadi, berdasarkan tajuk yang korang perhatikan di atas, sudah tentu Amal akan menceritakan tentang pengembaraan Amal dalam mencari kerepek-kerepek terbaik. Dan... tidak dinafikan tempat tersebut semestinya in myhometown. yeahhh!!!

Of course, bila korang lalu dekat jalan Klang-Teluk Intan, memang akan ada banyak jualan-jualan kerepek dekat bahu jalan. Sampaikan kita rasa nak pergi je dekat semua jualan tersebut kan?.

Yang meniaga kat bahu jalan, dekat gudang, booth raya, ataupun daripada kilang, semuanya bagus-bagus. InsyaAllah sedap-sedap semuanya. 

Dalam banyak-banyak jualan tu, Amal pergi 3 tempat jualan kerepek.

1. TARMIZI YACOB 
Alamat: No.44, Batu 51, Parit 11, Pasir Panjang. 

kalau nak cari kilang buat kerepek, biskut, kuih, bahulu dan lain-lain...boleh serbu kilang Tarmizi ni. Lokasinya memang dekat Kampung Amal

bagi gambar lah...tengok sendiri

banyak nya kuih...eh?..kaki ayah


2. NORA COOKIES
Alamat: Lot 101, Simpang lima, Sungai Besar
Kilang ni tepi jalan je,, selalunya pembekal atau pemborong biskut raya dan kerepek serbu sini,, begitu juga dengan tarmizi. sama la...

belanja gambar la juga..

tengok tu...mana boleh tahan T_T


3. HAJJAH KASMIRAH* MUNASIR
Alamat:Parit 2, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar

Kilang ni best, hehe..sebab bila pergi memborong kat sini...mesti dapat free kerepek-kerepek lain. kilang ni memang focus buat kerepek je tau, sebab tu kalau nak kenduri-kendara, warga kampung akan cari kilang ni. Tapi time musim perayaan ni, kilang ni ada juga yang tumpang letak kuih atau biskut raya. Huish rambang mata kot Amal tengok!

malam tu, tamat lah riwayat kerepek-kerepek ni...

Alamak, jangan kata tak puas tengok...haha memang tak lah. kena datang dan tengok sendiri. Sebagai tanda menyokong Usahawan Kecil dan Sederhana ni, Salah satunya kome-kome boleh lah dengan memperbanyakkan memborong dan mewawarkan kepada masyarakat di luar sana. Amal percaya, sebenarnya dengan sokongan kecil ini, dapat membantu lebih ramai peniaga kecil di luar bandar, dan masyarakat melayu khususnya. (dah rasa macam pegawai masyarakat bagi ucapan daaa...)

Tambahan pula, menjelang perayaan yang bakal tiba tidak sampai sampai seminggu ni, bukan hanya persediaan menyambut lebaran sahaja yang perlu. Tetapi kita sama-sama menilai dan muhasabah sepanjang menjalani Ramadhan. Apakah kita bersedia menempuh alam kuman-kuman jahat?...persediaan untuk tempoh 1 tahun tanpa Ramadhan. 

Okay...okay maaf buat korang berkerut dahi, baca dengan penuh keseriusan.

# Raya-raya juga, tapi jangan buat-buat lupa. lepas raya kena kerja...ngehngeh

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...