Thursday, January 21, 2021

MAHALNYA SEBUAH HIDAYAH (versi tutup aurat)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

Baiklah, Amal terfikir nak kongsikan perkara ni semenjak dua...tiga minggu yg lepas. Jadi, bila Amal teringat je...terus Amal catat dalam buku nota isi-isi yg Amal nak kongsikan nanti. Apa yg amal terfikir adalah mengenai Hidayah. Dan betapa mahalnya sebuah Hidayah yg Allah beri. 

Dalam surah Al-Fatihah ayat 6 Allah SWT berfirman:

اِهْدِنَا الصِّرَا طَ الْمُسْتَقِيْمَ

"Tunjukilah kami jalan yang lurus."

Dalam surah Al-Baqarah ayat 5 Allah SWT berfirman:

اُولٰٓئِكَ عَلٰى هُدًى مِّنْ رَّبِّهِمْ ۙ وَاُ ولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ

"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya."


Dalam surah Maryam ayat 76 Allah SWT berfirman:

وَيَزِيْدُ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اهْتَدَوْا هُدًى ۗ وَا لْبٰقِيٰتُ الصّٰلِحٰتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَا بًا وَّخَيْرٌ مَّرَدًّا

"Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya."


APA ITU HIDAYAH?

Merujuk kepada artikel perbezaan taufik dan hidayah daripada Imam Ibn Rajab al-Hanbali membahagikan hidayah kepada dua:

1. Hidayah bersifat mujmal, hidayah yg dianugerahkan kepada setiap muslim...hidayah beragama islam dan mempunyai iman. Percaya kepada Allah.

2. Hidayah yg bersifat khusus, hidayah yg lebih terperinci untuk menguatkan lagi keislamannya dan keimanannya serta pertolongan untuk mengamalkan semuanya, dan ini sangat diperlukan setiap orang mukmin siang dan malam.

(Jami' al-'ulum wa al-hikam)

Hidayah itu milik Allah dan hidayah yg bersifat khusus itu diberikan kepada hambanya yg terpilih. Malah lebih khusus lagi adalah taufik. Yg benar-benar merupakan iradat dari Allah untuk hamba-Nya melakukan kebaikan. 

Hidayah itu akan...
- akan melahirkan kefahaman yg mendalam tentang islam
- akan meningkatkan  ketakutan kepada ancaman azab Allah
- akan menyuburkan iman supaya berterusan melakukan kebaikan
- akan menjentik kesedaran tentang kejahilan selama ini
- akan memberi petunjuk bagaimana menjadi muslim yg sebenarnya

Taufik hidayah adalah milik Allah yg mana ia perlu sangat2 kita mohon dalam doa. Alhamdulillah, kita telah mendapat hidayah menjadi seorang muslim. Percaya kepada Allah yg Esa Maha Berkuasa, tapi sejauh mana mendalam kita beriman pada Allah? 

Tanya pada diri...

Walaupun kita ini orang Islam, kenapa ada perbezaan diantara pakaian, ibadah, akhlak, dan lain2. 

Amal lebih nak tumpu pada pakaian atau lebih spesifik aurat. Sebagai seorang yg beragama Islam, wajib sangat2 menutup aurat. Bagi wanita, jelas perbezaan antara muslim dengan bukan muslim apabila menutup aurat. Tiada alasan untuk tidak mahu atau tidak tahu menutup aurat. 

Amal bukan nak cakap Amal baik....Amal sendiri ada kekurangan dan tak lari dari melakukan dosa jika kita rujuk dalam surah Yusuf ayat 53 Allah SWT berfirman:

وَمَاۤ اُبَرِّئُ نَفْسِيْ ۚ اِنَّ النَّفْسَ لَاَ مَّا رَةٌ بِۢا لسُّوْٓءِ اِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّيْ ۗ اِنَّ رَبِّيْ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Nampak Tak? 
 jomlah sama2 kita perbaiki diri Kita, salah satunya adalah menutup aurat....macam ni lah, sebenarnya semua orang adalah baik. Mana ada orang jahat...Masa Kita lahir...Masa baby...jahat ke?....takkan. Yang jadi jahat sebab apa?...sebab pengaruh...nafsu...syaitan hasut...

Hidayah ni hanya orang tertentu yg dipilih, hanya yg tertentu yg Akan diberi petunjuk, kerana Jika Allah inginkan kebaikan padanya, Allah Akan berikan dia penunjuk dalam memahami agama.

Sebab tu jangan pelik, jika kayalah macam mana pun, belum tentu mampu untuk membeli pakaian yg menutup aurat, belum tentu mampu untuk sedekah, belum tentu mampu untuk pergi mengerjakan haji atau umrah. 

"Kerana Allah akan memampukan (berikan petunjuk) pada yg dipilih"

Okay!
Jangan lupa berdoa....Itu senjata orang mukmin.





























Friday, January 15, 2021

Rumah Mutiara Kata 33

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


      "Rezeki akan bertambah jika diberi, Ilmu akan bertambah jika dikongsi"

huraian : andai kata kita bersyukur dengan segala rezeki yg dikurniakan Allah kepada diri kita pasti  Allah akan menambahkan lagi dari sudut yg tidak disangka-sangka, rezeki kesihatan yg baik, rezeki dinaikkan pangkat, rezeki dapat mengerjakan umrah, dan pelbagai lagi rezeki yg baik-baik dikurniakan Allah sebagai ganjaran orang yg bersyukur. Manakala, ilmu jika disimpan dan tidak dikongsikan tidak akan bertambah. Proses ilmu mesti disampaikan dan dipanjangkan barulah ilmu akan berkembang, jika kita rasa ilmu tu milik kita, kita silap. Ilmu Itu milik Allah.







Refleksi : Hidup bersama Covid-19

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

Baiklah...merujuk kepada tajuk, Amal nak berkongsi sedikit refleksi mengenainya. Nampaknya, sudah setahun covid-19 hidup bersama semenjak ia ditemui pada pertengahan bulan Disember pada tahun 2019 di Bandar Wuhan, Hubei, China. Jadi, mudah nak ingat yang virus ni ditemui pada tahun 2019. Dan telah disahkan ia merupakan Pandemik yang di iktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kerana wabak ini menular sehingga ke peringkat global termasuk melibatkan Malaysia.

"Malaysia dan Covid 19"

Itulah yang ingin ditarik perhatian oleh Amal.

Apa yang Malaysia lakukan ketika wabak ini tiba di Malaysia?

Kemunculan wabak Covid-19 di Malaysia adalah pada penghujung Januari 2020 oleh pengunjung yang tiba di Johor melalui Singapura dari China. Pada awal laporan kes hanya menunjukkan angka sederhana sehinggalah pada penghujung Februari dan awal Mac ianya mula merebak secara mendadak berikutan pengumpulan Jemaah Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Dalam hanya beberapa minggu Malaysia terus menjadi angka kes terkumpul tertinggi di Asia Tenggara.

Itulah cerita bagaimana mula-mula Malaysia berkenalan dengan Covid-19.

Jadi, Amal tidak akan memperincikan tentang statistik kes kerana semua itu boleh diperoleh di laman Rasmi Portal Kesihatan Malaysia

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia. Tentulah perasaan Amal bercampur baur. Malah, Amal juga sedikit kecewa dengan apa yang berlaku pada diri Amal dan juga apa yang berlaku pada Malaysia. 

"Api yang kecil lebih mudah dipadam daripada api yang besar"

Takpelah. Ini semua takdir ujian dari Allah. Rasanya tiada siapa menyangka apa yang berlaku akan menjadi seteruk ini. Tiada siapa yang menyangka virus kecil ini akan melumpuhkan seluruh sistem dunia dan memberikan kesan pada sosial mahupun ekonominya.

Berbalik pada apa yang berlaku di Malaysia, tindakan kerajaan untuk mengekang pada peringkat pertama wabak ini merebak dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 Hari atau 2 minggu. Perintah ini disambung-sambung sehinggalah hampir berbulan-bulan lamanya. Diawal pengumuman menyebabkan pembelian panik dan dikala berkurung dirumah menjadi murung emosi.

Daripada PKP kepada PKPD (diperketat), PKPB (bersyarat) dan PKPP (pemulihan).
Beserta SOP yg menjadi norma kehidupan seperti hand sanitizer, topeng muka dan penjarakan sosial. 

Dan sampai pada satu tahap...apabila graf menunjukkan kes menurun...

Semua menghebuskan sedikit nafas lega apabila kerajaan melonggarkan sedikit syarat. Ini disebabkan Malaysia perlu menjaga beberapa kepentingan ekonomi negara. Kerana akibat dari pelaksanaan PKP, pelbagai industri lumpuh dan memberhentikan operasi. Yang gah seperti industri pelancongan sehinggalah industri kecil banyak yang terkesan. Kesannya, ramai yg kehilangan punca pendapatan. Ini, yang membuatkan kerajaan melonggarkan syarat PKP dan membuka semula kebanyakan sektor pada bulan Mei. Ini kerana PKP pada masa Itu sudah pada tahap pemulihan dan dijangka berakhir pada 31 Ogos 2020.

Namun, sayangnya....

Bila graf menunjukkan trend penurunan dan melihatkan sinar positif yang seolah-olah kita bakal menjalani kehidupan seperti dahulu. Kita mula leka dan alpa, dengan kejayaan Malaysia menurunkan kadar kes positif dan peningkatan kes sembuh, sedangkan Malaysia sebenarnya masih ada lagi kes positif. Bukan sifar. Disebabkan terlalu merasa kita boleh kawal keadaan, Malaysia telah dilanda gelombang kedua kes. Berikutan daripada Pilihan Raya di Sabah. Tak mahu pun menuding jari, tapi itulah yang terjadi. Pemimpin yang acap kali menasihati agar rakyat menjalani kuarantin dan mematuhi SOP sedikit terlupa yang mereka juga bukan kebal dari virus kecil ini. Akibatnya...sekali lagi, angka kes naik mendadak. 

"api sudah padam, tapi puntung berasap"

Malaysia seperti tidak mengambil pelajaran dari peristiwa lepas. Kes naik, terus naik dan tiada tanda menunjukkan penurunan walaupun kerajaan sudah mengumumkan PKPB di negeri yang terlibat terutamanya Sabah dari pertengahan Oktober 2020 sehingga penghujung Disember 2020. Diburukkan lagi dengan pembukaan tahun baru 2021, negeri Timur malahan Pahang dilanda musibah banjir dan tanah runtuh. Kesemua yang berlaku terus mengakibatkan kenaikan yang mendadak. Tidak terfikir dari angka 1 kes boleh merebak sehingga angka 147855 kes (pada 15 Jan 2021). Begitu juga dengan kematian akibat virus ini.

Sekali lagi!....

Sekali lagi!....

Kita ulang semula semua yang telah kita lalui pada tahun lepas, "episode PKP 2.0" bermula...pada pertengahan Januari 2021 selama 14 hari. 

okaylah, panjang membebel.

Kesimpulannya, Covid-19 akan tetap menjadi titik tolak dalam lipatan sejarah negara. Bagaimana kerajaan  mengambil langkah menghadapi penularan, para barisan hadapan seperti para petugas kesihatan yang sehingga kini bertungkus lumus bertugas tidak henti-henti dan kita semua yang memainkan peranan dalam naik turunnya angka kes Covid-19. Dan pada masa akan datang, setahun... 2 tahun...5 tahun...mahupun 10 tahun akan datang, kita takkan pernah tahu apa yang bakal generasi anak-anak muda bakal hadapi. Buat masa sekarang, menolak atau menfikan kewujudan virus kecil ini adalah sangat mustahi dan bukanlah sesuatu yang bijak. Tapi kita kena akui yang kehadiran virus kecil bernama covid-19 ini, telah hidup bersama dengan kita pada hari berikut dan seterusnya. Apa yang boleh disebutkan, bersabarlah...semuanya akan berakhir. Tiada yang kekal abadi di dunia ini, virus ini mahkluk Allah yang didatangkan dengan pelbagai sebab menjadi ujian.

Persoalannya bukan lagi tentang Covid, tiba masa Allah akan angkat virus kecil ni dan berakhir. Dengan usaha dan doa. Persoalan yang sebenar Covid -19 hanyalah ujian. Hakikatnya, tanya pada diri masing-masing dan muhasabah diri sendiri apa yg terjadi pada kehidupan kita, anak-anak yang sekolah dan apa yang kita lakukan sepanjang ujian ini. Termenung dirumah? atau memberontak ingin keluar? atau main game sepanjang hari? atau bertikam lidah? atau menghabiskan bacaan buku? atau memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadah?. Masing-masing punya skrip jawapan masing-masing apa yg dilakukan sepanjang ujian ini Allah turunkan. Sungguh, kita sememangnya mahkluk Allah yang cukup lemah. Allah seperti memperkecilkan kita dengan menghantar virus kecil, tidak nampak pada kita tapi lihatlah betapa besar kesannya pada kehidupan manusia. Dari yang kaya hingga yang miskin, dari yang berjawatan hingga yang ditepi jalan semuanya terkesan. 

Maha Suci Allah yang maha hebat dan berkuasa.


cuba cari burung hantu
































Friday, January 1, 2021

Warkah Satu Satu Buat Ayah

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


...

Selamat tinggal tahun 2020, selamat datang tahun 2021.

Setiap kali tahun baru, setiap kali tu lah juga umur masing2 akan meningkat satu angka. Itu tanda semakin nak dekat mati dan semakin berkurangan jangka hayat hidup Kita. Itulah, biasanya bila tahun baru masing2 sibuk dengan azam baru. Takpelah, Tak salah pun nak menanam azam... tapi jangan lupa azam yg paling utama...azam untuk mendapat Redha daripada Allah dan ingin menjadi ahli syurga 

Okaylah, berbalik kepada tajuk yg dinukilkan. Dengan penuh rasa rendah diri dan bimbang kalau2 ini saat terakhir dalam hidup Amal...Amal nak nukilkan satu warkah khas buat Ayah. 

Setiap kali tahun baru.  Setiap kali itulah Hari jadi Ayah. Masuk tahun baru, secara normalnya semua seluruh dunia Akan sambut. Begitulah juga...Tak pernah boleh kami nak lupa tarikh Hari lahir Ayah. Pasti ingat punyalah. 


Ayah...kalau ada satu satu ucapan yg boleh anakmu ucap...adalah.

"Terima kasih Ayah, maafkan salah silap anakmu dan Redha lah padaku".


Setiap anak tidak pernah meminta dan memilih lahir kepada anak siapa. Dan setiap ibu dan Ayah tidak pernah meminta dan memilih anak yg di kurniakan Allah SWT. Itulah qada' dan qadar takdir ketentuan yg telah ditetapkan Allah SWT. 

Banyakkan bersyukur dengan takdir hidup, siapa pun orang tua kita, samada kaya atau miskin, samada golongan terpelajar atau tercicir dari pendidikan, samada terkenal atau biasa. Terima lah...begitu juga...anak yg dilahirkan samada sempurna atau ada kekurangan...

Redhalah dengan takdir hidup yg Allah tetapkan. Teruskan tanggungjawab masing2...jadi ibu bapa terbaik, jadi anak terbaik dan buat lah sehabis baik. Kerana Kita ni hamba-Nya. 









Saturday, December 19, 2020

Saya Gadis Banjar : TIPS BILA TELINGA DIMASUKI SERANGGA SEPERTI SEMUT

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


...

ini nyamuk bukan semut...


Seumur hidup, rasanya ini kali pertama Allah izinkan semut masuk dalam telinga Amal. Maha suci Allah yg maha menjaga segala urusan hamba-Nya. Adalah hikmah Allah izinkan semut masuk dalam telinga Amal kan?

ceritanya begini, malam tu...Amal dah lena tidur. tapi dalam pukul 11 malam lebih tersedar ada bunyi yg sangat bising. Amal cuba keluarkan earphone dari telinga sebab mungkin sebab bunyi earphone yg amal tertido dengannya terkuat. walaupun amal dah keluarkan earphone, bunyi bising dekat telinga masih kuat...

macam bunyi besi bergesel..."kiuk...kiuk...kiuk.." dari perlahan sampai kuat.

Amal guna jari, gosok-gosok dalam telinga. takde apa yg berlaku....bunyi masih ada, apalagi amal pun pergi bilik adik nonoi...kebetulan dorang belum tido...suruh check suluh lampu dalam telinga ada apa...

ada semut!!!!

~semut berkawat satu...satu...hora...horay~

ini semut dan kawannya...


Rupanya ada semut hitam sedang kelemasan dalam telinga nak keluar tak jumpa jalan. Amal pun mula rasa takut kalau semut tu masuk ke dalam badan sampai masuk dalam otakkkkk...hah apa lah yg amal fikir. Jadi, berdasarkan ikhitiar dan logik akal. kami mulakan dengan tips yg pertama. Bersandarkan carian google dalam internet.

cara pertama: suluh lampu dan ambil pengorek telinga.
adik amal ambil pengorek telinga...tapi dia pun takut semut tu makin kedalam...
keputusan : gagal!...semut masih ada dalam telinga...

cara kedua: masukkan air dan keluarkan semula
tak berani lah nak buat tips ni...lainlah kalau berenang dalam air lepastu telinga masuk air...rasa pekak. 
keputusan : gagal sebelum mencuba.

cara ketiga: biarkan sahaja dan akan keluar sendiri
tips ni hanya boleh dipakai bagi orang yg boleh sabar dengan bunyi dalam telinga. 
keputusan ; gagal juga

cara keempat : gunakan herba dan bau yg kuat
tips ni di kongsi oleh mak, Allah bagi ilham kat mak suruh amal letak herba dekat telinga..tak sampai beberapa minit...semut hitam tadi merangkak keluar dengan jayanya.
keputusan : Alhamdulillah...terima kasih Allah

cara kelima : kalau semua tips tak jalan memang kena gerak ke hospital
tips ni adalah langkah terakhir kalau semua ikhtiar diatas tak boleh buat semut keluar
keputusan : bergantung kepada takdir Allah.

Subhanallah, Alhamdulillah, maha suci Allah. Nikmat telinga dapat dengar dengan baik tanpa gangguan adalah nikmat yg jarang kita syukuri. bertahun-tahun kita hidup Allah sentiasa pelihara telinga kita..tido lah maca mana pun...takde apa yg berlaku..tapi bila sekali Allah uji...Allah bagi izin makhluk kecil comel masuk macam mana respon kita pada hal tersebut. 

sebagai kesimpulan, Amal nak rakamkan peristiwa semut dalam surah An-Naml ayat 18 dan 19.

حَتّٰۤى اِذَاۤ اَتَوْا عَلٰى وَا دِ النَّمْلِ ۙ قَا لَتْ نَمْلَةٌ يّٰۤاَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوْا مَسٰكِنَكُمْ ۚ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمٰنُ وَجُنُوْدُهٗ ۙ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْنَ

"(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Waadin-Naml, berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari."


فَتَبَسَّمَ ضَا حِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَا لَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْۤ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْۤ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَا لِدَيَّ وَاَ نْ اَعْمَلَ صَا لِحًـا تَرْضٰٮهُ وَاَ دْخِلْنِيْ بِرَحْمَتِكَ فِيْ عِبَا دِكَ الصّٰلِحِيْنَ

"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh."


inilah herbanya...

rupa dalamnya...


Maha suci Allah, yang sangat hebat. Amal pernah baca dan lihat video kehidupan semut dan sosiologinya yg terdiri dari Ratu semut, pejantan, prajurit dan pekerja. yang sesat ni...mungkin pekerja semut...mungkinlah mungkin...




Tuesday, December 15, 2020

Saya Gadis Banjar : ABANG BAIN CARI TIRAM BATU

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

Minggu lepas abang bain balik dengan isteri dan anak-anaknya. biasanya kalau abang aku balik, dia memang suka buat aktiviti 'explore' nya. Tiba-tiba hilang dan bawa balik tangkapan dari hutan lah, kebun lah. tapi kali ni dia bawa balik hasil tangkapan dari laut. Pantai apakah dia sebut..aku tak ingat.

Malam tu, abang aku tanya ada sesiapa nak makan tiram batu? 
Semua seperti takde jawapan...krik...krik...krik....sebab semua tak kenal dan tak pernah makan.

Abang aku buat keputusan yg macam kami semua perlu di perkenalkan dengan spesis rare dari laut ini. supaya kenal dan tahu rasanya tiram batu ni. Aku tengoklah abang aku keluarkan tiram ni dari plastik tangkapan beliau petang tadi.

macam batu kan?


aku pun pertama kali tengok...seperti teruja. Abang kata mahkluk ni dia lekat dekat batu tepi-tepi laut...pantai...kalau nak ambil kena pakai kapak ke...tukul ke...baru tercabut. ni kena rebus dulu dengan air dalam 10 ke 15 minit macam tu. 


sesi rebus batu....


okay, tunggu.....tunggu....tunggu....tak sabar nak makan...


dah siap rebus...


isinya sedap sangat...


kalau nak buka tiram ni, tak boleh pakai tangan. kena pakai peralatan lain. macam kami, kami guna pengepit dengan gunting. nampak macam sikit kan...tapi dalam satu tiram tu ada banyak isi tiram lain sebab dorang ni melekat-lekat antara satu sama lain. Sebab tu kalau dekat pasar atau market, takkan jual secara timbang tapi dorang akan jual secara satu ketul berharga Rm 1 atau Rm 2. Memang sedap sangat isinya, macam rasa kerang dan ketam. Abang aku makan dengan perahan lemon dan cicah dengan sambal kicap pedas. Aku pulak makan dengan sos cili je. yang penting kami makan ramai-ramai lebih 10 orang.


perah lemon dan sambal kicap pedas...


uyuh mencari, ngalih membuka, tapi nyaman di mamah.








Resepi Buku Biru : ASAM PEDAS rasa macam dekat kedai...

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...


inilah buku resepi yang warna biru...lama dah


Perkenalkan slot entry terbaru Amal dekat blog ni, Amal nak share buku nota Amal yg ada banyak resepi masakan yang best dan sedap. InsyaAllah...yang penting jangan derhaka dengan resepi. untuk post kali pertama ni, Amal nak share resepi Asam Pedas yang sangat mudah dan simple je tapi hasil nya rasa macam kat kedai punya. Tak caya boleh try.


resepi dari buku...macam ni lah


Resepi Asam Pedas
 
tips bila nak masak: 
1. sediakan bahan dulu, baru masak. 
2. kalau ikan tu sekor je, bahan-bahan lain agak-agak lah untuk sekor juga. 

  • ikan siakap/keli/pari/udang/ketam atau apa lagi yang korang rasa nak masak asam pedas. dan kuantiti bahan lain tergantung pada kuantiti disini.
  • bawang merah 3-5 (kecil) / 1-2 (besar)
  • bawang putih 3-5
  • cili merah 3-5
  • belacan 1/2
  • daun kesum 5
  • bunga kantan 1-2
  • asam keping 2-3
  • asam jawa (semangkuk)
  • cili kering yang dah blander (semangkuk)

ni pun agak-agak...ikan apa tu?


dah siap sediakan bahan...jom masak :

  1. Sediakan kuali atas tempat masak dan masukkan sedikit minyak masak.
  2. Bawang merah dan bawang putih blander dengan letak air sikit. Kalau tak letak air nanti tak bergerak blander...
  3. Dah siap blander, tumis dalam kuali sampai naik bau...
  4. sementara tunggu naik bau, blander cili merah dengan belacan, ya...letak air sikit juga.
  5. bawang yg tumis tadi dah naik bau kan, boleh masukkan cili merah yang blander dengan belacan tadi. kacau..sampai naik bau lagi.
  6. okay, bau dah bestkan...boleh masukkan cili kering (semangkuk), asam jawa (semangkuk)...kacau tau...jangan lupa. kalau nak kacau boleh lawan arah jam sambil zikir, subhanallah..alhamdulillah..allahukabar.
  7. seterusnya campak daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
  8. biarkan sekejap...bagi semua bersatu padu dalam kuali. 
  9. masukkan ikan...dan masukkan air sama paras ikan. biarkan menggelegak..jangan kacau dah. 
  10. biladah rasa agak-agak 5 ke 7 minit boleh check kepekatan asam pedas. masa ni boleh letak garam dan gula dan sedikit perasa. 

sedap tak?


alhamdulillah, dah siap. asam pedas amal ni memang takde letak bendi atau tomato. nak letak..letak lah...takde masalah. amal je yg tak letak sebab takde.

selamat mencuba.














Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...